Sunday, December 28, 2008

تربية الأولاد


اختياري الأول في تربية أولادي هو القرآن الكريم. أتمنى أن يكون كل أبنائي من حفاظ لكتاب الله العظيم مهما كان أملهم في المستقبل. فالقرآن ليس حاجزا بينهم وبين أملهم، بل هو الذي سيساعدهم في تحقيق أمنيتهم. وذلك لسبب تجربة حياتي. ولو كان والديَّ ليس من حفاظ القرآن ولا يعرفان اللغة العربية إلا قليلا، ولكنهما ينجحان في جعل كثير من أبنائهم من حفاظ القرآن. ولا أنسى أبداً كيف أمي تجتهد وتشترك مع أبنائهم في وظيفة حفظ القرآن. وها أنا قد تركت طفولتي بعيدا والوقت يسير بسرعة عجيبة وأنا أشعر من صميم قلبي أن القرآن هو الذي يحميني من جنون الشباب ومن المعصية التي تنتشر في هذا الوقت. وأصبحت أماً..... أتمنى أن أكون أما ناجحة بمعناها الحقيقية. آمين يا رب العالمين.
- عائشة هاشمي

Tarbiah anak-anak

Pilihan utamaku dalam menididik anak-anak ialah Al-Quran Al-Karim. Harapanku agar semua cahaya mataku dapat menjadi hafiz al-quran walau apa sahaja impian dan cita-cita mereka. Al-quran bukanlah penghalang cita-cita mereka, bahkan ianya yang membantu merealisasikan impian mereka. Bagaimana aku tahu? Kerana ia adalah pengalaman hidupku sendiri.

Sungguhpun ibu bapaku bukanlah hafiz al-quran dan hanya mengetahui sedikit sahaja Bahasa Arab, namun mereka berjaya menjadikan anak-anak mereka huffaz al-quran. Dan tidak pernah aku lupakan peranan ibuku yang berusaha dan menyertai anak-anaknya dalam menyelesaikan tugas menghafal al-quran di rumah.

Kini, aku telah meninggalkan zaman kanak-kanakku jauh di belakang. Masa berlalu dengan begitu pantas dan dapat aku rasakan jauh di sudut hatiku bahawa al-quran itulah yang memelihara diriku dari kegilaan zaman remaja dan maksiat yang begitu menular pada saat itu.

Tika ini, aku seorang ibu. Harapanku agar aku dapat menjadi seorang ibu yang berjaya dengan ertikata yang hakiki… Amin Ya Rabbal Alamin.
-Aishah Hashimee

2 comments:

  1. I think I come to the right place, because for a long time do not see such a good thing the!

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...