Monday, March 30, 2009

JADUAL PENGAJIAN USTAZ AMRI UNTUK BULAN APRIL 2009


*SILA KLIK PADA GAMBAR UNTUK BESARKAN JADUAL.

**SEBARANG PERTANYAAN, SILA HUBUNGI USTAZ AMRI MOHD. NASON DI 013-420 2206

Saturday, March 21, 2009

RASULULLAH (sallahu alaihi wasallam) IDOLA DALAM INTERAKSI BERSAMA ANAK-ANAK

1- Rasulullah i sangat berlemah-lembut dan memanjakan kanak-kanak.

Lihatlah, bagaimana muamalah Rasulullah i bersama cucunya, Hasan dan Husin. Betapa baginda i memanjakan kanak-kanak. Taraf baginda i sebagai ketua negara dan ummat sedikitpun tidak menyebabkan baginda sombong dan menjauhkan diri dari kanak-kanak.

عَنِ ابْنِ مَسْعُوْدٍ رَضِيَ اللهُ عَنْهُ قَالَ: كَانَ النَّبِيُّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يُصَلِّيْ، فَإِذَا سَجَدَ وَثَبَ الْحَسَنُ وَالْحُسَيْنُ عَلَى ظَهْرِه،ِ فَإِذَا أَرَادُوا أَنْ يَمْنَعُوهُمَا، أَشَارَ عَلَيْهِمَ أَنْ دَعُوهُمَا، فَلَمَّا قَضَى الصَّلاَةَ وَضَعَهُمَا فِي حجْرِهِ، وَقَالَ: «مَنْ أَحَبَّنِي فَلْيُحِبَّ هَذَيْنِ» رواه أبو يعلي بسند حسن.

Maksudnya:

Daripada Ibnu Mas’ud berkata: Pada satu ketika, nabi i sedang bersolat. Apabila baginda bersujud Hasan dan Husin memanjat belakang baginda i . Para sahabat ingin melarang mereka berdua. Rasulullah i mengisyaratkan supaya membiarkan mereka. Apabila baginda i selesai bersolat, baginda meletakkan mereka di atas pangkuannya seraya bersabda: ((Barangsiapa yang menyukaiku, maka hendaklah ia menyukai mereka berdua.))

{HR Abu Ya’la}

2- Rasulullah i mengajar mereka kalimah tauhid dan al-quran walaupun di usia kecil.

عَنْ جُنْدُبِ بن عَبْد اللَّه قَالَ: "كُنَّا مَعَ النَّبِيِّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ وَنَحْنُ فِتْيَان حَزَاورة فَتَعَلَّمْنَا الإِيْمَانَ قَبْلَ أَن ْنَتَعَّلمَ القُرْآنَ، ثُمَّ تَعَلَّمْنَا القُرْآنَ فَازْدَدْنَا بِهِ إِيْمَانًا". أخرجه ابن ماجه وغيره

Maksudnya:

Daripada Jundub bin Abdullah berkata: ((Kami bersama Rasulullah i sewaktu kami kecil maka kami mempelajari iman sebelum kami mempelajari al-quran, kemudian apabila kami belajar al-quran maka bertambahlah iman kami.))

{HR Ibnu Majah}





3- Rasulullah i tidak melarang kanak-kanak bermain.

عَنْ عَائِشَةَ رَضِيَ اللهُ عَنْهَا قَالَتْ : [ سَابَقَنِي رَسُول اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فَسَبَقْتُهُ ، فَلَمَّا أَرْهَقَنِي اللَّحْم سَابَقَنِي ، فَسَبَقَنِي ، فَقَالَ : هَذِهِ بِتِلْكَ. ] صحيح مسلم

Maksudnya:

Daripada Aishah Radiallahu Anha berkata: Rasulullah i pernah berlumba lari dengan aku dan aku berjaya mengalahkannya, ketika badan aku semakin berisi Rasulullah i pula mengalahkan aku lalu baginda i berkata: ((Kemenangan ini untuk kekalahan hari itu.))

Perlu diingatkan di sini, walaupun Rasulullah i tidak melarang kanak-kanak bermain secara umumnya, tetapi apabila sampai masa-masa yang tententu seperti pada penghujung petang dan awal malam kerana syaitan berlegar-legar pada waktu itu.

4- Rasulullah i menyuruh ibu bapa mengajar mereka bersolat kerana ia adalah tiang agama.

Solat adalah perkara yang pertama yang akan ditanya kepada manusia apabila manusia menghadap Allah di akhirat nanti. Justeru Allah meminta ibu bapa mengajar anak-anak bersolat sedari kecil. Ibu bapa bukanlah hanya mengajar anak-anak kaifiat bersolat, tetapi mereka perlu menyedarkan anak-anak juga apa tujuan mereka bersolat, bagaimana pensyariatan solat itu terjadi dan apa hikmat di sebalik solat yang dikerjakan sehari semalam itu.

عَنِ ابْنِ عَبَّاسٍ رَضِيَ اللهُ عَنْهُمَا أَنَّ النَّبِيَّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ : (( مَنْ لَمْ تَنْهَهُ صَلاَتُهُ عَنِ الْفَحْشَاءِ وَالْمُنْكَرِ لَمْ يَزْدَدْ مِنَ اللهِ إِلاَّ بُعْداً .))رواه الطبراني

Maksudnya:

Daripada Ibnu Abbas Radiallahuanhuma bahawa nabi i bersabda: ((Barangsiapa yang solatnya tidak menghalangnya dari melakukan maksiat dan kemungkaran maka dia adalah semakin jauh daripada Allah.))

{HR At-Tabrani}

5- Rasulullahi hanya menyuruh ibu bapa memukul mereka kerana tinggalkan solat dan bermalas-malas untuk mendirikannya, itupun pada umur sepuluh tahun, bukan kurang dari itu dan bukan kerana perkara-perkara remeh yang lain.

عَنِ ابْنِ عَبَّاسٍ عَنِ الرَّسُولِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّم قَالَ : (( عَلِّقُوا السَّوْطَ حَيْثُ يَرَاهُ أَهْلُ الْبَيْتِ ، فَإِنَّهُ أدب لَهُمْ.)) رواه الطبراني

Maksudnya:

Daripada Ibnu Abbas Radiallahu Anhu daripada Rasulullah i bersabda: (( Gantunglah cemeti di tempat yang dilihat oleh ahli rumah, maka sesungguhnya ia dapat mendisiplinkan mereka)) {HR At-Tabrani}

6- Rasulullah i menanam semangat berusaha dan berlumba-lumba dan menggalakkan mereka dengan hadiah kerana ia dapat mengeluarkan bakat yang terpendam.

7- Rasulullah i mengasah minda para sahabat termasuklah kanak-kanak dengan bermain teka-teki.

8- Rasulullah i tidak memperkecilkan kanak-kanak.

9- Mengajar mereka adab, doa-doa dan akhlak mulia

10- Rasulullah i mengingatkan ibu bapa supaya jangan mengajar mereka menipu dan berhati-hati dengan dosa-dosa yang kecil.

YA RASULULLAH, BETAPA INDAHNYA AKHLAKMU, BETAPA LUHURNYA PERIBADIMU...

اللهم صلِّ على سيدنا محمد

*PETIKAN BUKU MOTIVASI RASUL oleh Amri Mohd Nason dan Aishah Hashimee yang bakal diterbit....




Wednesday, March 18, 2009

Ujian Allah


Hidup ini ibarat roda yang berpusing...Suka duka silih berganti...Jika 4 hari lepas aku sekeluarga seronok berjalan di Perak, dua hari lepas aku diuji dengan kemalangan..Mungkin sebagai kaffarah buat diri yang lalai, mungkn peringatan buat diriku yang selalu memecut laju agar memandu lebih cermat, Mungin juga untuk menguji kesabaranku sejauh mana aku masih bersyukur dengan nikmat Allah dan tidak tergadah dengan ujian yang diberi... mungkin juga untuk meninggikan darjatku agar lebih hampir dengan Rabb..
Kemalangan bermula begini..


-Abbudey masih mampu tersenyum comel


Aku ingin keluar ke rumah kawanku sebelum nak ke kuliah kt tmn depan tu.. Aku ingat nak keluar sendirian. Kebetulan Abbudey nampak, jadi mcm biasa, dia mesti nak ikut.hati ni tak mau bg ikut tp tangisan dia yang kuat menggamit aku semula utk bawa dia bersama. Selalu aku pakaikan dia helmet, tp hari tu tak terasa plak nak bubuh helmet kat kepala dia. Cam biasa aku bawa moto, tak laju pun. Aku bagi signal utk belok ke kanan tiba-tiba "bang", aku tertiarap dan anak aku melambung dan terpelanting jauh dek rempuhan gila budak muda yang tak berhemah.

-Alhamdulillah aku cuma luka di tangan, lutut n tergeliat kaki, 3x kena urut-

Dalam kepala aku tidak yang lain kecuali Allah dan anak aku. Spontan peristiwa pengebumian sepupu aku minggu lepas yang mati kemalangan terbayang di kepala. Anak aku menjerit kuat, aku segera periksa kalau-kalau patah kaki atau tangan, yang paling dibimbangi kepalanya sbb tak sarung helmet. Alhamdulillah hanya luka-luka kecil dan ringan saja. Seusai berubat kat klinik berhampiran selepas di hantar seorang pak cik yang prihatin aku buat selesai secara luar saja dengan budak tu. Kalau report kat polis nahas dia sbb dia lesen P dan dia potong double line dan rempuh dari belakang.

Ya Rabb! Terkadang diri ini selalu leka, hari ini engkau ingatkan aku betapa maut begitu mudah menjengah. Semoga engkau terus berkati sisa-sisa hidup ini ya Allah.
Seingat aku, selama tiga tahun usia Abbudey dah tiga kali dia menerima kemalangan yang menyebabkan luka agak teruk..

Pertama: sewaktu di Syria. Masa aku angkat dia atas push chair (ada org sebut stroller atau kereta sorong). untuk naik ke rumahku di tingkat tiga yang dianggap antara rumah yang tertinggi di kalangan pelajar Malaysia Syria, kalau nak panjat ke rumah aku, mesti semput. Tak tau camna, tempat pegang depan push chair tu terbuka n kena pipi dia, berdarah sikit.



-Pipi Abbudey yang berdarah terkena pemegang depan push chair_
kedua: Dia jatuh depan rumah wan dia di Kuala Ketil, berdarah kat atas mulut, sampai lani ada lagi tanda.

ketiga: kemalangan motosikal dua hari lalu dan ini luka yang paling teruk. Tapi Alhamdulillah, aku anggap Abbudeyy seorang yang tabah n kuat... Dia taklah menangis teruk sgt..Taklah merap sgt..Masih boleh bermain dengan sepupu2nya....Tapi untuk mengembirakan hatinya yang mungkin terkejut n trauma, semalam aku bw dia beli mainan di Giant, sampai biji 3 lori dia beli..takpelah, sekali sekala...

InsyaAllah, Allah akan memelihara keluarga aku n semua muslimin n muslimat..

Monday, March 16, 2009

Zoo lagi...

Sebelum kami ke Kenduri Perkahwinan sahabat karib (Nasbir) di Perak, aku sekeluarga bersama keluarga abang aku, Azli merancang untuk ke membawa anak2 ke Zoo Taiping. Oleh sebab itu, pukul 6.30 pg, Abbudey n adik Abdullah dah kena bangun mandi...
-Abbudey naik keretapi bersama family Pak Ngah Azli (Mak Ngah, Aufa Husna n Ahmad Uwais-

W/pun ini kali kedua kami ke zoo Taiping selepas kepulangan aku dari Syria, tapi kali ini kami pergi beramai2. Tu yg seronok sikit. Lgpun Abbudey pun dah besar. Byk binatang yg dia dah tau nama dlm bahasa melayu n bahasa arab.


-Anak2 memberi rusa makan tanpa rasa takut, Rusa tak makan orang kan?!-


-Acik Yep bertindak mengawal kanak2 dari memberi beruang makan jari mereka-



-Abdullah tanpa sedikit pun rasa teruja berbanding kanak2 Ribena di blkg sana-

Biasalah, pergi Zoo ni, anak2 jelah yg seronok lebih...bapak2 n mak2 kepenatan, tapi, alhamdulillah lawatan kami berjalan lancar kerana hari cerah. Alhamdulillah, sebenarnya takut jg hujan, maklumlah lani kan tiap2 hari hujan...

-Abdullah ke'boring'an kerana masih tak faham apa itu zoo-


-Baba Amri turut seronok-




-Anak emas baba ni-

Dari Zoo Taiping, kami berpatah balik untuk ke Majlis Perkahwinan Mohd.Nasbir bin Yusuf bersama Mariam Jamilah bte Mohd. Yusof.


-Abdullah n Abdul Rahman lena dalam kereta kerana kepenatan pulang dari zoo n kenduri kahwin-


Kemudian aku bercadang utk ke kenduri perkahwinan seorang pengikut ceramahku di Penang. Namun kita hanya merancang, ALlah yang menentukan. Hujan lebat mencurah2 menyebabkan aku asyik terlepas jalan dan akhirnya sampai ke rumah pada pukul 4 ptg.



-Driver yg keseorangan terus berjuang meredah hujan lebat utk sampai ke rumah walau penumpang semua lena-

Akhirnya kawin jugak hang



Teringat aku waktu pi buat umrah dengan kawan2 dan Sheikh Mahir (2004). Satu hari aku ngan Nasbir (pengantin baru) duduk berhadapan dengan Ka`abah seusai tawaf sunat. Ada sorang pak cik arab (orang saudi) semawa (pelawa) kami makan tamar dengan dia (sebab dia posa sunat hari tu). Selera kami jamah tamar dia dia yang segar dari ladang dia sendiri. Sambil dok makan kami bersembang bertanyakan latarbelakang dan kewarganegaraan masing2. Nasbir yang mula ta`aruf kemudian aku. Kami bagitau kat dia yang kami berdua ni dari kecik ngaji sekali, kemudian pi Syria sama-sama (2002) dan tinggal pun serumah kat sana dan juga umur kami memang sebaya.



Kata pak cik arab tu “ Masya Allah, banyak kesamaan dan kebersamaan hampa dua orang, moga-moga hampa jugak akan kahwin serentak pada waktu yang sama”. Kuat sekali amin aku dan Nasbir. Depan Ka`abah ni, conform maqbul. Namun ajal dan jodoh hanya milik Allah. Tak mampu kita nak tentukan. Tahun 2005 aku berkahwin (di syria). Nasbir masih solo dan dia macam marah jugak sebab aku tak rai doa pak cik arab tu. Nasib la Beh oi! Dah jodoh aku sampai dulu.

-Aku bersama Nasbir yang kegembiraan di Kenduri perkahwinannya di Parit Buntar-

Kemarin dulu (dua hari lepas) sempurnalah perkahwinan dia dan aku habaq kat dia “hang kena cepat pulun, kawan2 sekelas kita semua dah ada anak dua tiga orang dah”.


بارك الله لكما وبارك عليكما وجمع بينكما في خير


Tahniah! Mubarak! Semoga AllaH berkati hidup hampa sebagai suami isteri.

Sunday, March 8, 2009

MEMORI ANAK-ANAK SYRIA YANG COMEL

GAMBAR MUHAMMAD ABDUL RAHMAN BIN AMRI BERSAMA SEPUPUNYA AHMAD UWAIS BIN AZLI (YANG MUDA 23 HARI DARI ABBUDEY) KINI DAN TIGA TAHUN SEBELUM INI .

GAMBAR DI ATAS DI MALAYSIA DAN GAMBAR DI BAWAH DI SYRIA...SECARA KEBETULAN DAN TANPA DIRANCANG UWAIS PAKAI BAJU BIRU DALAM DUA-DUA GAMBAR DAN ABBUDEY MEMAKAI BAJU KUNING DALAM DUA-DUA GAMBAR....CUMA USIA, TAHUN DAN TEMPAT YANG MEMBEZAKAN MEREKA...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...