Wednesday, October 31, 2012

Dapat hadiah dari Minsyam

بسم الله الرحمن الرحيم

Kadang-kadang ada beberapa perkara yang kita anggap biasa, remeh dan kecil sahaja, tp ada pihak lain yang memandangnya istimewa dan besar.

Sama seperti entry dan video yg saya post di sini:
http://www.cinta-rasul.blogspot.com/2012/10/iklan-yang-tak-berbayar-dan-pelakon.html

Saya anggapnya adalah biasa sahaja...

Dan seperti kebiasaan, saya selalu berkongsi maklumat ttg buku yg baik yang pernah saya baca, barangan kraf yg berguna untuk anak2 seperti di sini, di sini dan macam2 lagi.

Begitu juga dengan website pendidikan dan educational games yg baik juga saya sll kongsikan bersama dalam blog ini

Bagi saya, benda yang baik, eloklah dikongsi maklumat tentangnya ...Moga orang lain juga mendapat manfaat daripadanya. Barulah berkembang keberkatannya.

Berbalik kepada video  54 SAAT ini,



Kebetulan pengasas produk Minsyam terjumpa video ini dan mengucapkan terima kasih atas perkongsian ini dan berbesar hati memberi hadiah kepada kami.


sumber dr sini:
http://www.facebook.com/minsyam.fanpage/posts/298473503595326

Alhamdulillah...

Inilah hadiah yg kami perolehi...ALhamdulillah...

Abang tak sabar nak tahu dapat hadiah apa.
Waktu ni adik sedang tidur...

Abdul Rahman kalut nak buka kotak misteri ini

benda pertama

kedua, apa isinya?

Ini isinya

Sabun Zaitun

Kapsul Habbatusssauda' dan kapsul minyak zaitun



Inilah semua barang yg kami dapat...

ALHAMDULILLAH...
Terima kasih banyak2 kepada MINSYAM..

Tuesday, October 30, 2012

Menghargai cuti raya AidilAdha dengan beraktiviti bersama anak2

بسم الله الرحمن الرحيم

Kalau dahulu, untuk beraktiviti lama2 di luar rumah bersama anak2 adalah perkara yang mudah dan sering dilakukan. .

Tapi sekarang, memandang semua sudah bersekolah, masa untuk beraktiviti di luar rumah agak terhad.

ALhamdulillah, cuti hari Raya AidilAdha beberapa hari ini sempat kami luangkan masa setengah hari (hari cuti yang terakhir) untuk beraktiviti dengan anak. Hari2 awal cuti pula sibuk dengan persiapan hari raya dan anak2 pun sibuk sama mengikut tengok abahnya sembelih binatang2 korban....

Inilah aktiviti yang kami lakukan:

Menggunakan water colour yg lama dok dalam almari je...

Baju plastik yg Abbudey pakai ni adalah atas permintaan Abbudey sendiri.
Dia yg potong sendiri.
Ajaibnya macamanalah dia boleh ingat yang saya pernah buatkan baju plastik ini untuk dia.
Sbb saya pernah buatkan utk anak2 sekali sahaja di sini:
http://cinta-rasul.blogspot.com/2010/06/berkenalan-dengan-water-colour.html
dan ketika itu, dia masih kecil lagi... tak sekolah lagi rasanya.
Macamanalah dia boleh ingat lagi baju plastik ni.
Dia pun bukan pernah buka dan baca blog ni...
MasyaALLAH...kuatnya ingatan kanak2 kan?!

Memang adik sangat meminati aktiviti ini.

Idea baru..
warnakan batu2 yang diambil dari taman kecil baba

siap seekor ladybug batu!

dua ekor ladybugs hasil kretiviti anak ini

Abbudey kata ladybug warna oren tu garang. tengok kening yang dia lukis tu...
garang x?

water color dah habis
guna jelah kaler pensil pulak
Abdullah cuba utk warnakan ladybug batu.
jeles dengan ladybug yg abang  buat

mukanya sudah tercalit water colour

Selepas siap beraktiviti, meja batu ini perlu dibersihkan  dari palitan2 water colour

membasuh meja

makan ketupat palas selepas siap bersih membersih...


Alhamdulillah.... dari bangun tidur sampai ke zohor mereka beraktiviti di luar rumah....Alhamdulillah masih ada masa berkualiti dengan anak2...moga berkekalan nikmat kurniaan ALLAH ini....


              KLIK SINI UNTUK LIHAT LEBIH BANYAK AKTIVITI KRAF YANG MENARIK 

Sunday, October 28, 2012

Catatan kembara yang mendidik jiwa mayarakat

**Moga2 tulisan ini membuahkan kesan di hati

بسم الله الرحمن الرحيم


Ini adalah antara gaya penulisan yang saya minati.

Penulis yang terkenal dengan gaya bahasa yang kadang-kadangnya santai dan adakalanya berat, ayat2 yg menusuk ke kalbu, bijak menggambarkan suasana, persekitaran dan memainkan emosi pembaca dengan bahasa2 yg cantik.

Nak tahu buku apa?
Inilah bukunya:

v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v


Buku-buku Ustz Hasrizal yang lepas yang 'meletup' seperti Rindu Bau Pohon Tin sangat menarik dan telah lama selesai dibaca.

Tahun ini beliau kembali lagi dengan hasil tulisan yang makin menarik...

Cuma saya je yg tertinggal keretapi sbb baru dapat membelinya... Alasan biasa: kadang2 bila pergi kedai buku, tak cukup duit nak beli....Apapun alhamdulillah sbb dapat memilikinya.

belakang buku
Membaca buku travelog kisah benar penulis ini akan membuatkan pembaca rasa sayang nak tutup selagi tak habis baca.


Kisah penulis yang 'terpenjara' dalam menamatkan sijil B.Anya di Jordan akibat pelbagai ujian dan dugaan yang menimpa beliau dari biasiswa ditarik semula, kemalangan jalanraya, masalah kesihatan  hingga beliau masuk penjara di Scotland...Dugaan yang tidak dijangka oleh akal manusia bertalu2 menimpa beliau membuatkan pembaca sedar betapa Maha Kuasanya ALLAH itu menguji orang2 yang beriman.

SANGAT MENARIK!

harganya
Seperti juga buku Noorah yang pernah diulas sebelum ini, begitu juga dengan buku ini, kalaulah bukan kisah benar, ia tak ubah seperti drama TV.

Segala perancangan yang disusun dan diatur rapi, tetapi ia hanya perancangan seorang manusia yang lemah. ALLAH itu Maha kuasa untuk menentukan segala-galanya.

أنت تريد وأنا أريد والله يفعل ما يريد

Rasa sesak nafas bila membaca ujian yang melanda penulis hingga pengajian B.Anya  yang patut diselesaikan dalam masa 4 tahun itu menjadi 8 tahun. Dan itu baru sahaja permulaan ujian...

Kemudian beliau diuji lagi ketika menjadi pengetua di sebuah sekolah dan juga imam (dalam masa yg sama) di sebuah masjid dalam komuniti muslim di Belfast.

Diceritakan juga kisah hiwar tentang persoalan agama di sana dari orang bukan Islam yang akhirnya memeluk Islam setelah kajian yang mendalam juga kisah2 ancaman terhadap muslimin yang menetap di sana.

Bila baca kisah2 pengislaman mereka ini, terus terngiang2 dlm ingatan saya Hadis Rasulullah SAW tentang ganjaran orang yang mengislamkan orang kafir:

 عن سهل بن سعد رضي الله عنه قال أن رسول الله صلى الله عليه وسلم قال لعلي رضي الله عنه:  ( فوالله لان يهدي الله بك رجلا واحدا خير لك من حمر النعم) أخرجه البخاري

Maksudnya:
Daripada Sahl bin Saad RA berkata: Rasulullah SAW bersabda kepada Ali RA: (Demi ALLAH. Seseorang yang mendapat hidayah dengan disebabkan kamu adalah lebih baik dari unta merah (tanda puncak kekayaan masyarakat arab.))


untuk mereka yg suka tengok gambar orang
MasyaALLAH...besaaaaaaaaaaaaaarrrnya pahala si penulis...

Sebuah travelog yang membuahkan rasa kehambaan dan penyerahan yang meninggi kepada Pencipta.

OK.
Selamat membaca. Semoga beroleh manfaat dari buku ini..Amin =)

Friday, October 26, 2012

Alhamdulillah dan Selamat Hari Raya AidilAdha

**Moga ada yg mendapat inspirasi dari tulisan ini. amiinn..

بسم الله الرحمن الرحيم


Alhamdulillah kami sekeluarga termasuk Abdul Rahman berjaya menunaikan ibadah Puasa Arafah pada hari ini...

Alhamdulillah..satu permulaan yg baik utk Abdul Rahman berpuasa sunat. Doakan semoga dia dapat istiqamah amalannya dan beroleh husnul khatimah..Amiinn..

Sebenarnya Abdul Rahman berpuasa Arafah bukan atas suruhan apatah lg paksaan daripada kami...Ini adalah pilihan darinya sendiri. Kami hanya merancang untuk bangun sahur bersama dan AbdulRahman kata dia pun nak join sahur dan puasa sekali...


ALhamdulillah..Kami juga menceritakan kepada Abdul Rahman kelebihan berpuasa Sunat Arafah yg hanya ada SEHARI SAHAJA dalam setahun. Dan bersiap sedialah dengan soalan cepumas dari anak kecil ini, antaranya:
1- Budak kecik mcm abang ni pun Allah ampunkan dosa tahun ni dan tahun depan ke?
2- Kalau orang yang tak puasa hari ini, ALLAH tak ampunkan dosa dia ke?

Sebelum2 ni Abdul Rahman selalu juga minta untuk join sama puasa sunat isnin khamis, tp saya tak galakkan kerana takut dia keletihan di sekolah nanti... Tp masa Bulan Ramadan hari tu puasa time sekolah juga....errrr...

Alhamdulillah juga kami sekeluarga dapat bersama2 masyarakat di Kuala Ketil berbuka puasa sunat arafah di Masjid Kuala Ketil...ALhamdulillah ramai yang sedar kelebihan Puasa Arafah yg pernah saya catat di sini  dan juga di sini. Ramainya yang datang berbuka puasa di Masjid Kuala Ketil hingga tak cukup tempat duduk..Kalau yg berbuka di masjid pun seramai ini, di rumah masing2 tentu lg ramai (optimis)..ALhamduillah...Moga ibadah2 seumpama ini terus mekar dalam hati masyarakat kita.

Abdul Rahman berbuka puasa di Masjid Kuala Ketil.
Segan nak tangkap gambar orang ramai, tangkap gambar anak sendiri pun myorok2

Muka budak yang puasa Arafah buat kali pertama ...Alhamdulillah..Moga istiqamah hendaknya

Moga beroleh keberkatan hari Arafah...amin!


SELAMAT HARI RAYA AIDILADHA DARI KAMI DI BLOG CINTA-RASUL
MOGA IBADAH QURBAN KITA DITERIMA ALLAH DAN KEHIDUPAN KITA SEMUA SENTIASA DALAM KEBERKATAN DAN REDHO ILAHI...


Wednesday, October 24, 2012

Moga kita dipermudahkan

kelebihan puasa pada Hari Arafah

Moga kita dipermudahkan urusan untuk berpuasa pada hari yang penuh dengan keberkatan ini.InsyaALLAH tahun ini Hari Arafah akan jatuh pada Hari Khamis ini InsyaALLAH...sama2lah kita hidupkannya...Moga dipermudahkan urusan.

Banyakkan berdoa utk keluarga, anak2 dan semoga kaum muslimin di seluruh dunia, InsyaALLAH


Monday, October 22, 2012

Belajar membaca IQRA' dengan ceria bersama EasyIqra'

بسم الله الرحمن الرحيم


Semasa di SEMINAR CEPAT MEMBACA yang lepas, mereka ada juga buat taklimat tentang penggunaan aplikasi EasyIQRA'.

Apa itu EasyIQRA'??

EasyIQRA' ialah aplikasi yang membantu anak2 untuk membaca iqra' dengan lebih ceria dan seronok.

Kalau nak tahu lebih lanjut, boleh terus layari:
https://www.easyiqra.com/web/



Kami cuba gunakan aplikasi ini kepada Adik Abdullah...
Alhamdulillah.. Abdullah menyukainya

web yg ceria

utk anak2 tidak cepat jemu

sesuai utk kanak2

IQRA' 3
mmg sama seperti mukasurat buku IQRA'

daftar masuk gunakan username (demo) dan password (demo) untuk percubaan di website:
https://www.i-iqra.com/app/iqra1-demo.php


utk demo/ percubaan
https://www.i-iqra.com/app/iqra1-demo.php

Abdullah menggunakan aplikasi ini




Menggunakan demo utk iqra' 3




Bermanja2 dengan iqra' 1

Saturday, October 20, 2012

Menyertai kursus Asas Cepat Membaca

بسم الله الرحمن الرحيم

Alhamdulillah pagi tadi berpeluang untuk menyertai Kursus Cepat Membaca Perdana Bacalah Anakku & ReadEasy di Dewan Omar Mokhtar, atas RFC Lagenda Height.

Saya mendapat maklumat tentang kursus dari FB ReadNetwork bulan lepas dan terus transfer $20 duit pendaftaran ... Semuanya secara online.... (alhamdulillah...senangnya urusan).



Mendapat maklumat dr sini
http://www.facebook.com/readnetwork?fref=ts
 Cetusan idea dan teknik mengajar anak cepat membaca timbul ketika Puan Nik Eliani mendidik anak-anaknya membaca. Seterusnya beliau meluaskan lagi ilmu dengan menerbitkan buku dan mengadakan seminar2 dan kursus untuk memperkenalkan teknik tersebut.

Sangat memberi inspirasi kan?

Mengajar anak sendiri sebenarnya boleh memberi kita banyak idea tentang pendidikan awal kanak2. Banyak yang naluri ibu boleh terokai tentang pendidikan awal kanak-kanak bila mendidik anak2 sendiri.

Rasa-rasa macam sama dengan pengalaman siapa ye?

Macam Puan Lina Karim kan?kan? kan?


jauhnya la tangkap gambar
malu...huhu
Konklusi yg dapat dr kursus ini ialah:
1- Cara mendidik anak perlulah ceria dan happening... bersungguh2 Puan Nik Eliani menunjukkan gaya2 ceria dan kelakar untuk mengajar anak menyebut huruf.... barulah anak2 (anak didik) tak mengantuk.

2- Ibu bapa perlu mainkan peranan kalau mahu anak2 cepat membaca. Kena bekerjasama walaupun cikgu2 dah mengajar di sekolah.

3- Kursus ini juga sangat meriah dan ceria. Yelah, nak ajar anak tadika membaca bagi tak boring. Dan kebanyakan pesertanya adalah dari kalangan cikgu2 tadika dan sekolah rendah. Ada juga ibu bapa yang ingin mecari ilmu untuk mengajar anak2 sendiri.

4- banyak idea untuk mendidik anak2 yg dapat dr kursus ni..Tinggal samada nak buat atau tidak je...Moga2 ALLAH permudahkan untuk mengamalkannya.

5- Bukan anak2 sahaja yg perlu masuk kem-kem cuti sekolah, atau kursus2 musim cuti sekolah, tapi ibu bapa juga perlu menambah ilmu keibubapaan (parenting) , motivasi yang boleh dapat dari seminar2 keibubapaan dan group2 yang boleh menambah ilmu, motivasi dan teknik mendidik anak2 .Sangat memberi inspirasi...

ketika cabutan bertuah

file dan nota kursus

bukti kukuh telah menyertai kursus ini

hadiah (badge) yg dpt bersama nota

Hari ni sertai seminar cepat membaca alhamdulillah dapat sedikit sebanyak idea dan inspirasi untuk buat presentation di Seminar Langkah Mudah Didik Anak Hafaz Al-Quran di DEWAN KISMEC, Sungai Petani, Kedah bulan depan...Doakan semuanya berjalan dengan lancar ye... =)

untuk maklumat lanjut ttg seminar ini, boleh lah layari:
http://www.islamicparentingnetwork.com.my/E+Book

Tuesday, October 16, 2012

Iklan yang tak berbayar dan pelakon iklan yang tidak di bayar

بسم الله الرحمن الرحيم

Kali ini ingin berkongsi 'kecekapan' kanak-kanak yang bulan depan akan berumur 4 tahun menelan kapsul habbatus sauda' Minsyam tanpa paksaan... Makan sendiri je. (kelakar x?)

Elok amalkan habbatussada' selalu supaya menjadi penawar kepada penyakit yg dok ada.

Bukan apa? kebanyakkan kanak2 cukup susah kalau nak diberi makan ubat... apatah lagi ubat yang kena telan. Sebab itulah kebanyakan ubat kanak-kanak dalam bentuk cecair. 

dan tak semua orang dewasa mampu untuk menelan ubat dengan mudah. Percaya tak?

Abdullah yang dapat menelan kapsul habbatus sauda sambil tersenyum =)
kapsul habbatus sauda'

yang kami gunakan




semua gambar credit ke: google image.

NOTA: Sila dapatkan produk ini di mana2 kedai. Jangan hubungi saya, saya tak jual produk ini..Ini adalah iklan yang tak berbayar,,harap maklum.

Sunday, October 14, 2012

suncatcher yang pertama

 بسم الله الرحمن الرحيم


Entry yg tersimpan lama dlm draft shj...
_________________________________________


Sebelum ini anak2 x pernah kenal pon dgn suncatcer.

Ini adalah kraf dgn suncather yg pertama dalam rumah kami..

Sgt menarik!


yg ini Abg Abbudey yg warnakan

Yg ni pula adik yg warna

yg ni adik n abg sama2 warna

melihat bayang2 yg berwana-warni

cantik juga bila disangkut di tingkap....
                                   

              KLIK SINI UNTUK LIHAT LEBIH BANYAK AKTIVITI KRAF YANG MENARIK 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...