Tuesday, September 29, 2015

Seronoknya membaca

بسم الله الرحمن الرحيم


Membaca buku sangatlah menyeronokkan dan melekakan. Leka dengan ilmu, InsyaAllah.

Dewasa ini pilihan genre buku bacaan juga sudah banyak berbeza. Jika masa kanak-kanak sukakan majalah kartun, bila remaja sukakan novel, bila dewasa pula sukakan kisah benar, travelog dan buku-buku ilmiah. Membaca novel terasa macam menipu diri sendiri pula.

Antara keseronokan membaca buku ialah:


Itulah perasaan yang saya dapati apabila membaca setiap buku.


Sentiasa rasa kurang dan perlu meningkatkan lagi amalan dan ilmu.

Secara peribadi saya merasakan membaca dapat juga menenangkan fikiran dan melupakan sebentar masalah yang dihadapi bila buku tersebut sangat menarik dan mengasyikkan walaupun ia adalah buku ilmiah. Contohnya buku ini:

Amat menyeronokkan dan mengasyikkan bila membacanya, sehingga dapat melupakan masalah-masalah yang berserabut. Dahsyat kan?!

Membaca ibarat terapi.

Berkongsi info dan buku seperti ini dengan anak2 juga amat menyeronokkan dan menenangkan.

Anak2 akan tertanya2 mengapakah kita membaca buku ini dan mereka akan membelek2nya. Oleh kerana ini adalah buku yang bagus, maka tiada masalah untuk mereka membelek dan membacanya.

Lebih menarik minat mereka bila mereka melihat gambar2 yang menarik.



Membaca buku juga boleh menerbitkan rasa insaf dan sayu. 

Sebagai contoh petikan dari buku ini:






Kata-kata yang membuatkan diri berhenti dan berfikir lama.

Allah jadikanlah kita semua dan anak2 golongan yang cintakan ilmu dan suka membaca dan mengkaji. Amin.





Saturday, September 26, 2015

Plan anak-anak untuk cuti sekolah lepas

بسم الله الرحمن الرحيم

Biasanya untuk cuti sekolah, saya akan search, sediakan plan dan perancangan yang lengkap untuk cuti sekolah. Ke mana ingin berjalan, berapa hari, berapa baju yang nak dibawa, berapa hari berada di rumah dan anak-anak perlu siapkan kerja sekolah dan hafazan.

Tetapi untuk cuti sekolah yang lepas, atas masalah kesihatan, tiada perancangan yang dibuat. Tiada plan untuk berjalan ke mana-mana. Rumah menjadi tempat yang paling nikmat dan selesa untuk saya.

Anak-anak membantu melakukan kerja-kerja rumah setiap hari.

Dari pagi tolong sapu sampah, sidai baju, angkat baju, mop lantai hinggakan memasak, membasuh pinggan dan mengemas dapur.

Alhamdulillah.. Anak-anak soleh yang banyak boleh berdikari sekarang ini.

Syukur kepada Allah.

Kebanyakan masa anak-anak dihabiskan dengan membaca buku, menghafaz Al-Quran, pergi ke Masjid, pergi Ke Kuliah dan Pergi ke kenduri.

Namun mereka juga pandai membuat perancangan dan plan untuk mengisi masa kosong dengan aktiviti yang luar biasa dan menyeronokkan berbanding dari hari-hari sekolah.

Nama pun cuti, mestilah perlu ada ruang untuk enjoy, namun masih dalam mentaati Allah subhanahu wa taala.

Abdul Rahman sudah pandai merancang untuk memancing ikan dan mandi sungai.

Segala perancangan yang dibuat akan dikongsi dan diminta pandangan baba.

Alhamdulillah, jika kena masa dan ada kelapangan, InsyaALLAH perancangan mereka boleh ditunaikan.

Alhamdulillah, syukur bila anak-anak sudah pandai merancang, mengatur, berbincang dan menyusun jadual.

Kemahiran untuk menggunakan dan mengatur masa lapang dengan perkara yang berfaedah dan tidak membuang masa.

Thursday, September 24, 2015

Tak ada orang nak sembahyang jenazah abang nanti

بسم الله الرحمن الرحيم

Hujung minggu cuti sekolah yang lepas adalah hari yang sibuk untuk baba.

1- Mula dengan kuliah Dhuha di Surau Taman Sejati jam 9 (25 km/ 30 minit dari rumah)

2- Pulang ke rumah untuk kenduri sekitar Kuala Ketil. (25 km)

3- Lepas Zohor : Kenduri rakan-rakan di Sungai Petani (25 km lagi)

4- Asar: Pulang ke Kuala Ketil untuk Solat Jenazah. (25 km lagi)

5- Maghrib: Kuliah Maghrib di Padang Temusu, Sungai Petani (25 km)

6- Pulang ke rumah ( 25 km)

= Lebih150km drive kereta dalam sehari.

Kisahnya, asalnya anak-anak ingin mengikut ke kuliah Maghrib, tetapi memandangkan mereka tidak tidur siang dan tidak mengulang hafazan lagi, maka mereka perlu duduk di rumah nak menghabiskan hafazan.

Abdul Rahman fikir kami tidak benarkan dia ikut baba pergi solat jenazah selepas asar, lantas Abdul Rahman kata:

"Nanti tak ada orang nak solat jenazah abang nanti."

Sentap!

Kami jelaskan bukan tidak benarkan dia ikut solat jenazah, tapi untuk kuliah maghrib malam nanti.

Beberapa ketika kemudian, Abdul Rahman bertanya:

"Kenapa kita tak pi Central Square hari ni?" Asalnya dan plan nak bawa anak-anak ke sana, tapi masa sangat suntuk, dibatalkan sahaja plan untuk hal yang lebih penting.

jawab saya:
"Nanti tak ada siapa yang solat jenazah abang nanti." saya ulang semula jawapan Abdul Rahman.

Saya jelaskan bahawa kita tak sempat kerana perlu bergegas pulang ke Kuala Ketil untuk solat jenazah.

Dialog yang pelik dari Abdul Rahman.

Dia dah besar.

Saya tanya:

"Dari mana abang belajar cakap macam tu?"

Jawabnya:
"Memanglah, kalau kita tak pi solat jenazah orang, nanti takde siapa nak mai solat jenazah kita..."

Tamat cerita dalam kereta hari itu.



Monday, September 21, 2015

Mencari erti sebenar kejayaan

بسم الله الرحمن الرحيم


 Kami ingin berjaya!



Sunday, September 20, 2015

Peluang mendekati Sheikh Kuraiyyim Rajih

بسم الله الرحمن الرحيم


Alhamdulillah kami sekeluarga dapat bersama dalam Majlis Ilmu bersama  Sheikh Kuraiyyim Rajih.

Alhamdulillah anak-anak juga sempat bersama dalam majlis ilmu yang penuh berkah itu dan mendekati sheikh bila baba diberi peluang menguruskan beberapa kuliah dan pengajian sheikh di Kedah.


Anak-anak sentiasa dididik dan diajar menghormati, mencintai dan memuliakan pewaris Nabi.

Sheikh doakan agar mereka berakhlak mulia.


Kesempatan bersama sheikh juga adalah dengan harapan dan doa anak-anak dapat mencontohi akhlak dan peribadi sheikh, menuntut ilmu dengan mereka dan mendapat keberkatan dan doa dari mereka.

Senyuman sheikh untuk Abdul Rahman yang mengambil gamabrnya dengan jarak dekat....



Moga kita semua mendapat keberkatan bersama para ulama dan keberkatan menuntut ilmu di dalam majlis-majlis ilmu. 

Thursday, September 17, 2015

Info Buku: Ledakan Facebook antara pahala dan dosa

بسم الله الرحمن الرحيم


Buku adalah antara buku yang patut dimilikki bagi mereka yang mempunyai akaun facebook.



Buku ini sangat bagus dan mempunyai banyak panduan untuk kita yang menggunakan media social.



membaca buku ini juga akan membuat anda berfikir banyak kali sebelum anda memgeluarkan apa-apa post di dalam Facebook atau blog.


Banyak juga iktibar dan muhasabah yang boleh kita dapati dari buku ini








Saya amat sarankan kepada mereka yang menggunakan media sosial untuk mendapatkan buku ini sebagai panduan dalam bergaul di alam internet

Monday, September 14, 2015

Mengasah bakat melukis

بسم الله الرحمن الرحيم

Anak-anak memang takjub dengan orang yang berbakat melukis. Mereka juga ingin pandai melukis

Berikut ialah hasil lukisan mereka berpandukan buku lukisan.






Belajar melukis berpandukan buku
Aktiviti ini adalah aktiviti senyap dan boleh dipasang audio Al-Quran ketika ini

Saturday, September 12, 2015

Impian mereka menjadi penulis

بسم الله الرحمن الرحيم

Oleh kerana saya sibuk dengan rutin kerja menulis, anak-anak pun sudah terpengaruh dan mereka juga memasang impian untuk menerbitkan buku.

Untuk permulaan pertama, mereka berazam menulis satu bab dahulu

Buku cerita Abdul Rahman


Buku cerita Abdullah


Mereka tulis dalam buku ini yang dapat dari musabaqah tilawah Al-Quran di sekolah

Saya menggalakkan mereka untuk menulis kerana bagi saya kemahiran menulis adalah satu bakat dan anugerah kurniaan Allah. Jika diasah dengan baik, ia amat memberi manfaat kepada masyarakat. Hingga saya juga memang mempunyai impian untuk menjadi penulis sejak dari kecil.

Moga Allah memberi Ilham dan semangat yang tinggi kepada anak-anak (dan kami juga) untuk menulis dan memberi manfaat kepada orang ramai. amin

Thursday, September 10, 2015

Menjeruk petai

بسم الله الرحمن الرحيم

Petai mudah didapati jika pada musimnya, tapi kalau bukan musimnya, susah juga nak cari petai.

Ini adalah resepi yang didapati dari blog2.

Jeruk petai dengan minyak zaitun

Petai yang dibuang kulitnya direndam dan dijerukkan di dalam minyak zaitun.


Bila dicuba, ia tidak mengubah rasa dan bau petai sangat. Petai masih kekal rasanya seperti rasa asalnya dan kekal rapuh.

Ia juga boleh menjadi inisiatif baru untuk pelajar luar negara mendapat bekalan petai dalam tempoh yang lama. Alah... pengalaman duduk jauh dari Malaysia, segala macam makanan pun kita teringin bila dah berjauhan. Hanya mereka yang pernah tinggal lama di luar negara sahaja yang mengerti perasaan itu.


Monday, September 7, 2015

Jualan Murah di Galeri Ilmu

بسم الله الرحمن الرحيم

Semalam terbaca di Facebook Galeri Ilmu tentang jualan murah di Web Galeri Ilmu.


Yeeeayyy....

Jualan murah buku memang suatu yang dinanti-nantikan untuk menambah koleksi buku baharu.

Pelbagai buku menarik yang boleh didapati.




Tapi kalau dapat pergi ke jualan penghabisan stok di pejabat Galeri Ilmu di Damansara, harga buku-bukunya lagilah GEMPAK!

Tengok sajalah!
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.






Kalaulah Kuala Ketil dan Damansara tu dekat macam ke Sungai Petani, semalam lagi dah pergi memborong buku-buku yang murah tetapi bagus...

Geramnya!

Jeles tengok orang lain yang dapat memborong banyak buku di sana.




Untuk masa sekarang ini, saya berprinsip kalau ada jualan buku yang murah amat, beli sahaja dan kumpul, tapi jangan sampai ke tahap membazir.

 Bukan mudah nak dapat peluang membeli buku yang bagus  dengan harga yang murah. InsyaAllah jika ada kelapangan, akan dibaca dan dihadam juga buku tersebut. Contohnya bila cuti panjang dan ketika mata tidak boleh dilelapkan di tengah malam. Membaca menjadi sangat seronok ketika itu.



InsyaAllah bila-bila masa , moga ada peluang sebegini lagi yang dekat dan murah. amin3..  
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...