Friday, May 6, 2016

Tips membawa anak-anak kecil ke Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2016

بسم الله الرحمن الرحيم

Membawa bayi kecil ke PBAKL 2016 tidaklah digalakkan kerana tempat yang ramai orang, tetapi jika ingin pergi juga buatlah perancangan yang rapi dahulu.


Antara tips saya ialah:

1- Baca post-post dalam Facebook dan Google tentang keadaan di PBAKL 2016 untuk gambaran awal supaya kita lebih bersedia untuk sebarang kemungkinan

2- Search awal-awal tentang kedudukan booth yang menjadi pilihan anda kerana tahun ini PBAKL 2016 diadakan di tempat baharu, jadi banyaklah perubahan kedudukan booth.

Hall C terdapat banyak booth yang menarik.


3- Keluar awal pagi, seawal jam 10 pagi untuk dapat tempat parking yang dekat walaupun berbayar.

4- Beri makan (atau susu kepada bayi) sehingga kenyang agar mereka selesa ketika di sana.

5- Bersiap sedia dengan air dan makanan untuk anak-anak. Paling-paling roti dan air kosong untuk persediaan. Mungkin ramai orang beli makanan hingga anak-anak penat menunggu.

6- Apa buku yang berminat, bila jumpa terus beli kerana anda mungkin tidak jumpa kembali buku tersebut apabila cari semula. Banyak booth boleh menyebabkan kekeliruan.

7- PBAKL 2016 sangat bising dengan promosi, jadi bersegeralah membeli kerana anak-anak kecil akan rasa tidak selesa.

8- Bekerjasama dengan suami.

Sebagai contoh anda menunggu di suatu sudut yang lapang dengan anak-anak dan suami pergi mencari buku.

Atau suami pergi mencari buku kegemaran dengan anak-anak dan anda tunggu di tempat yang lebih selesa dan senyap dengan bayi.

Mesti ambil peluang bermain juga (baba perhatikan) sementara mama & Zaid menyorok
9- Cuba pergi pada bukan hari cuti.

Hari cuti keadaan amatlah sardin.

Tapi jangan fikir hari-hari biasa keadaan legang.. Kuranglah sikit sardinnya.



Bersama Dr.Zahazan Mohammad



10- Idea untuk membawa stroller & beg trolley amatlah memudahkan.

Beli dan sumbat dalam beg. 
Tak perlu pegang banyak-banyak plastik beg.

Kalau nak mudah naik lif dan jumpa parking dekat, plan untuk sampai sebelum pukul 10.


11- Cuba untuk tidak terlalu lama di PBAKL 2016 jika membawa anak-anak kecil.

Kesian mereka jika tidak selesa.

Atau jika masih perlu berlama-lama, anda tunggulah di dalam kereta sementara suami dan anak-anak yang lain membeli buku.

12- Berdoa agar semua urusan dipermudahkan ALLAH. 
Amin.


Alhamdulillah ALLAH permudahkan semua urusan kami di PBAKL 2016.

PBAKL 2016 memang menyeronokkan.
Abdullah dan Abdul Rahman pun seronok dapat ke PBAKL 2016

Pengalaman kami di PBAKL 2016 boleh dibaca di sini:


Alhamdulillah

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...