Tuesday, October 31, 2017

'Pakcik Masjid' yang baik hati !

بسم الله الرحمن الرحيم

Seperti biasa, jika ada kelapangan masa, kami akan membawa anak-anaka mengikut baba ke kuliah Maghrib. 

Pada hari tersebut, kebetulan kami sampai ke Surau Al-Hidayah, Taman Cinta Sayang sebelum azan Maghrib berkumandang.

"Abang nak pi turun azanlah. Abang nak mintak kat pakcik tu nak azan." Abbudey bergurau lantas terus turun dari kereta.

Kami masih dalam kereta bersiap-siap nak turun.

Tiba-tiba kedengaran suara azan berkumandang.

"Tu abang yang azan ka?" Tanya Abdullah. Kedengaran seperti bukan suara orang dewasa.

"Cuba pi tengok." 

Kami keluar dari kereta dan jelas sekali memang Abang Abbudey yang sedang azan.

"Abang mintak kat pakcik tu nak azan ka?" Penuh dengan tanda tanya kami ajukan soalan selepas Abang Abbudey selesai azan.

Mungkin juga dia bersungguh nak mintak izin nak azan.

Dipegang tangan abang Abbudey yang sejuk. Dia rasa gementar rupanya.

"Abang tak mintak lagi. Pakcik tu tanya abang: Abang nak azan tak? Abang katalah nak." Cerita Abbudey.

Kami semua terus masuk ke dalam surau.

MasyaALLAH hasrat Abang Abbudey yang ingin azan itu diperkenankan Allah.

Kemudian, pakcik tadi memberi peluang kepada Abang Abbudey untuk melaungkan iqamah dan Abdullah juga diberikan peluang untuk melaungkan iqamah ketika Isyak.

MasyaALLAH, begitulah mulianya akhlak golongan tua yang memberi peluang kepada kanak-kanak untuk mencuba melaungkan azan dan iqamah di masjid.

Walaupun nampak perkara yang remeh, namun sebenarnya ia memberi rasa seronok dan dihargai dalam diri kanak-kanak.

Walaupun mereka mungkin melaungkan azan dan iqamah tidaklah sebaik mana dan mungkin ada kesilapan pada pertama kali, namun ia akan bertambah baik jika dilatih selalu.

Tersenyum lebar Abdullah dan lebih-lebih lagi Abang Abbudey.

Menuju ke masjid bersama.
Moga Allah berkati


Memang di tahfiz sudah selalu mereka melaungkan azan, namun apabila di tempat baru, boleh saja mereka gementar.

Abang Abbudey sudah beberapa kali menyatakan hasrat hatinya untuk azan, menjadi imam di masjid dan menyampaikan kuliah.

Pernah sekali ketika Bulan Ramadhan Abang Abbudey bercerita ketika kami pulang dari Solat Terawih di Masjid di Penang."Tadi tok imam masjid tu tanya abang: Abang nak jadi imam tak? Tapi abang kata: Tak."

Berbuka di RnR sebelum sampai ke masjid di Parit Buntar, Perak untuk menunaikan
Solat Terawih yang terakhir 1438H
" Kenapa abang kata tak? Katalah ya. Kan abang selalu habaq abang nak jadi imam terawih. Bila ada peluang, abang kenalah rebut."

Abang Abbudey sengih sahaja. Mungkin dia malu, segan dan gementar ketika itu.

Semoga anak-anak ini sering mendapat peluang untuk terus menjadi lebih baik.

Amin.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...