Wednesday, September 30, 2026

Susah dan senang.


بسم الله الرحمن الرحيم 


Entri ini ditulis pada 21/7/2024


Alhamdulillah walaupun abang Abbudey mengalami kesukaran ketika di lapangan terbang Saudi untuk masuk ke Mesir tetapi alhamdulillah Allah kurniakan banyak kemudahan kepada Abang Abbudey untuk tunaikan umrah.


Mudah dapat visa dan mudah untuk masuk laksanakan umrah. Alhamdulillah.

Abang Abbudey di Mesir

Pengalaman Abang Abbudey transit sebelum masuk Mesir dan mengerjakan umrah bersama Dr.Adil ada ditulis di sini:
https://cinta-rasul.blogspot.com/2024/07/siri-kembara-ilmu-ke-mesir-bahagian-1.html


Alhamdulillah segalanya adalah anugerah Allah buat pengalaman Abang Abbudey.


Begitulah hidup kita. Kita hanyalah hamba Allah yang sangat lemah yang hanya mengharapkan belas ihsan dan kasih sayang Allah subhanahu wata'ala.




Apa yang kita miliki hanyalah pemberian Allah subhanahu wata'ala.


Antara doa Rasulullah SAW adalah:


 اللَّهُمَّ إِنِّي أَعُوذُ بِكَ مِنْ زَوَالِ نِعْمَتِكَ، وَتَحَوُّلِ عَافِيَتِكَ، وَفُجَاءَةِ نِقْمَتِكَ، وَجَمِيعِ سَخَطِكَ


Maksudnya: 

"Ya Allah, sesungguhnya aku berlindung dengan-Mu daripada hilangnya nikmat-Mu kepadaku, daripada berubahnya kesejahteraan kurniaan-Mu, daripada seksa-Mu yang datang secara mengejut dan daripada segala kemurkaan-Mu."

(Hadis Riwayat Muslim, no. 2739)


Semoga segala nikmat Allah berkekalan dan membawa kita mensyukurinya dan masuk ke dalam syurga.


Alhamdulillah.

Tuesday, September 29, 2026

Hikmah musafir.


بسم الله الرحمن الرحيم 


Entri ini ditulis pada 20/7/2024


Bila membaca tulisan Abang Abbudey tentang pengalamannya di Mesir, saya terfikir begitulah pengalaman kita di negara orang.





Sesat dan pelbagai kesukaran itu yang menjadikan hati kita makin kuat bergantung kepada Allah.


Jika di negara sendiri semuanya mudah.


Terus teringat bayt syair Imam Asy Syafie ini:




Monday, September 28, 2026

Menjiwai kelazatan nikmat beribadat

 

بسم الله الرحمن الرحيم 


Entri ini ditulis pada 20/7/2024


Lumrahnya ketika di usia kanak-kanak, amal ibadat/ amal-amal sunat dilakukan dengan terpaksa, main-main, nak habis cepat dan sekadar rutin.



Teruskan melakukannya kerana bila makin berusia, tenaga makin berkurangan, makin kurang nikmat berseronok, ketika itu barulah dapat MENJIWAI kelazatan nikmat ibadah. Buat dengan rasa cinta dan bukan sekadar rutin.


Dan harapannya Allah kurniakan istiqamah dalam ibadat hingga akhir hayat. Amin.

Sunday, September 27, 2026

Catatan kembara menuntut ilmu seorang remaja.

 

بسم الله الرحمن الرحيم 


Entri ini ditulis pada 19/7/2024


Dalam kembara di negara orang terlalu banyak pengalaman dan ilmu baru kita perolehi.










Catatlah ia. Insyaallah ia bermanfaat di masa hadapan.


Antara catatan pengalaman Abang Abbudey menimba ilmu.


Semoga bermanfaat dan memberi inspirasi.


Antara catatan Abang Abbudey:


https://cinta-rasul.blogspot.com/2024/07/siri-kembara-ilmu-ke-mesir-bahagian-1.html


https://cinta-rasul.blogspot.com/2024/07/siri-kembara-ilmu-ke-mesir-bahagian-3.html


حفظك الله من كل سوء يا رب🤲🏻

Saturday, September 26, 2026

Perjalanan abadi.

 بسم الله الرحمن الرحيم 


Entri ini ditulis pada 12/7/2024


Kupasan Asy Syahid Sheikh Al Buthi tentang perjalanan abadi sangat menarik, membuka hati dan minda. 




Masya Allah.


Ulasan Sheikh menyedarkan mungkin ada sisi pandang lain tentang kematian yang tidak pernah kita terfikir. 


Masya Allah.

Friday, September 25, 2026

Bila hati lesu........

 بسم الله الرحمن الرحيم 


Entri ini ditulis pada 8/7/2024


Kita bukanlah sentiasa kuat, sentiasa bersemangat, positif.


Ada saja masa-masa lemau lemah, ribut jiwa, sedih layu, tak bermaya, futur.




Lazimilah ilmu dan majlis ilmu. 



Insyaallah itulah yang cas diri kita. Yang muhasabah dan mengingatkan diri kita menuju husnul Khatimah.

Thursday, September 24, 2026

NIKMAT ILMU & TEKNOLOGI


بسم الله الرحمن الرحيم 


Entri ini ditulis pada 30/6/2024


Nikmat teknologi skrg membolehkan kita ikuti majlis ilmu dari serata dunia bila-bila masa dengan PERCUMA. Gunakanlah ia sebaiknya.


Teringat masa kecik dulu, masa mula-mula hafal Al Quran, nak beli set kaset Sudais 30 juz di kedai, tak silap +-RM300.



Pulun kumpul duit. Dah beli, tebuk petak bawah kaset sebab takut nanti tertekan record kat radio (kalau anda faham, maknanya anda hidup zaman 90an😅). 


Lani nak dengar bacaan Al Quran imam apa saja, semua free. Semudah di hujung jari. Jangan tak dengar saja.

Wednesday, September 23, 2026

Anak lelaki dengan semangat main bola sepak.


بسم الله الرحمن الرحيم 


Entri ini ditulis pada 28/6/2024


Agaknya fitrah anak lelaki memang suka sangat ⚽ dari kecik.


Semangat main ⚽ tu, tiap-tiap hari main pun tak jemu, kalau jatuh pun bangun semula.





Kalau gagal lawan ⚽ pun, tetap semangat usaha.




Jadi, dengan Al Quran pun kena lebih lagi usaha, lebih lagi suka, tak jemu. Kalau susah menghafal pun, tetap usaha lebih lagi. Lebih dari usaha main bola.


Insyaallah.

Tuesday, September 22, 2026

Mahalnya malam

 

بسم الله الرحمن الرحيم 


Entri ini ditulis pada 24/6/2024


Hening malam menjadikan suara hati lebih kuat didengari berbanding ketika hiruk pikuk kesibukan di pagi hari.



Fahamilah ia. 

Selesaikan persoalan, hantarkan permintaan kepada Yang Maha Mendengar.


Malam itu kekuatan 

Untuk kita hadapi siang.

Monday, September 21, 2026

DOA SETIAP KALI KHATAM AL-QURAN.



بسم الله الرحمن الرحيم 


Entri ini ditulis pada 13/6/2024


DOA SETIAP KALI KHATAM AL-QURAN.


Itulah antara pesanan Al Marhum Sheikh Muhyiddin Al Kurdi dalam lembaran Sanad Al Quran yang diberikan. 


Begitulah juga pesanan kepada anak-anak.

" Doakan mama baba, guru-guru setiap kali khatam Al-Quran. Apa impian kita, kita doa setiap kali kita khatam hafazan Al-Quran. Insyaallah Allah perkenankan."



Nota gambar: Sanad Al Quran yang abah bawa terjemah di ITBN 20 tahun dulu.

Sunday, September 20, 2026

UJIAN KITA DAN UJIAN MEREKA.

 

بسم الله الرحمن الرحيم 


Entri ini ditulis pada 13/6/2024.


Dalam kehidupan, kita lihat ujian mereka yang di sekeliling kita, begitulah juga orang lain melihat kita.


Semua kita diuji. Ujian kesihatan, harta, rezeki, anak-anak, ilmu, dan lain-lain.



Semoga kita semua berjaya melalui ujian-ujian ini dan mendapat natijah yang cemerlang di akhirat.


Allah ampuni ibu ayah kita yang berusaha bersungguh-sungguh, berhabis harta tenaga masa mendidik kita sejak dari kecil. Amin.

Saturday, September 19, 2026

Beginilah kehidupan

 هكذا الحياة.


بسم الله الرحمن الرحيم 


Entri ini ditulis pada 4/6/2024



Beginilah kehidupan. Suka duka kita semua ada hikmahnya. Kita hanyalah hamba Allah yang hidup atas takdirNya. Hidup kita antara roda SABAR dan SYUKUR.



Alhamdulillah semalam Ahmad makin sihat. Tokwan bawa pi ambik air tawar kelmarin. Ubat klinik, ubat homeopati pun dah amik. Ikhtiar semua cara, insyaallah.



Kelmarin dulu paling sakit, kemudian Alhamdulillah makin sembuh. Insyaallah tunggu campak keluar habis pula insyaallah boleh pi sekolah semula.

Friday, September 18, 2026

Dambaan ibu ayah

 بسم الله الرحمن الرحيم 


Entri ini ditulis pada 17/5/2024


Bantuan taufik hidayah Allah itulah yang kita dambakan selalu dalam mendidik anak-anak.




رَبَّنَا هَبۡ لَنَا مِنۡ أَزۡوَ ٰ⁠جِنَا وَذُرِّیَّـٰتِنَا قُرَّةَ أَعۡیُنࣲ وَٱجۡعَلۡنَا لِلۡمُتَّقِینَ إِمَامًا 


 "Wahai Tuhan kami, berilah kami beroleh dari pasangan dan zuriat kami: perkara yang menyukakan hati, dan jadikanlah kami ikutan bagi orang yang bertaqwa."

Thursday, September 17, 2026

Duhai Anak Muda.

 بسم الله الرحمن الرحيم 


Entri ini ditulis pada 17/5/2024


Duhai anak muda, jadilah seperti pemuda Al Kahfi yang dipuji Allah:



- 1) Sesungguhnya mereka itu orang-orang muda yang beriman kepada Tuhan mereka.


- 2) dan kami tambahi mereka dengan hidayah petunjuk.


- 3) Dan Kami kuatkan hati mereka (dengan kesabaran dan keberanian), semasa mereka bangun (menegaskan tauhid) lalu berkata: "Tuhan kami ialah Tuhan yang mencipta dan mentadbirkan langit dan bumi; kami tidak sekali-kali akan menyembah Tuhan yang lain dari padanya.

Wednesday, September 16, 2026

Doa penanda Al Quran

 بسم الله الرحمن الرحيم 


Entri ini ditulis pada 17/5/2024


PENANDA AL QURAN DIY semasa zaman remaja belajar dahulu.


‎‫Guna kad raya je. Lani kad raya pun tak wujud dah. Pastu tulis doa untuk mudahkan menghafal Al-Quran belakang kad raya tu.




Lani anak murid pulak amalkan doa ni setiap hari. Alhamdulillah.


Doa yang ditulis di muka pertama buku hafazan dan dibaca beramai-ramai setiap kali Halaqah.



Alhamdulillah.

Tuesday, September 15, 2026

Rezeki di depan mata sebelum mulut meluahkan keinginan hati.

 بسم الله الرحمن الرحيم 


Entri ini ditulis pada 15/5/2024


Mungkin ramai yang pernah mengalami pengalaman begini. 


Hati terdetik teringin sesuatu. Belum lagi mulut meluahkan rasa meminta, Allah tunaikan keinginan hati tadi depan mata. 



Masya Allah. 


Terus terdetik: "Ya Allah, aku sebagaimana Engkau tunaikan hasrat kecil hati ini, perkenankanlah doa yang aku ulang-ulang minta setiap hari. "

Monday, September 14, 2026

Macamana nak ingat doa panjang-panjang?

 بسم الله الرحمن الرحيم 


Entri ini ditulis pada 8/5/2024


Sheikh Saied Al Kamali berikan tips untuk hafal doa yang panjang-panjang yang diajar oleh Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam dengan baca sambil TENGOK TEKS dahulu setiap hari.





Insyaallah lama kelamaan, ia dapat dihafal.

Sunday, September 13, 2026

SANGAT TERASA BILA KEHILANGAN.

 


بسم الله الرحمن الرحيم 


Entri ini ditulis pada 3/5/2024


Dapat solat tanpa sakit-sakit lutut, sakit-sakit badan itu nikmat.


Dapat puasa tanpa gastrik itu mahal.



Dapat baca Al Quran tanpa perit kerongkong bernilai.


Sungguh nikmat beribadah dengan kesihatan yang sempurna itu anugerah Allah yang besar, amat terasa bila kehilangan.

Saturday, September 12, 2026

MENGHAFAZ AL-QURAN MENGAJAR MENGURUS MASA.

 

بسم الله الرحمن الرحيم 


Entri ini ditulis pada 2/5/2024


Kalau udah namanya kanak-kanak, setiap masa fikir nak main. 


Peraturan mama di rumah mudah saja:

- Sebelum keluar rumah, habiskan hafazan.




- Lancarkan 5 baris ayat baru, baru boleh pi main. Satgi lepas Asar 5 baris lagi.


Macam tulah juga peraturan kepada abang-abangnya masa kecil dulu.

Friday, September 11, 2026

PERANCANGAN KITA vs KETETAPAN ALLAH.

  


بسم الله الرحمن الرحيم 


Entri ini ditulis pada 29/4/2024


Masa kecik tak pernah ada cita-cita untuk hafal Al Quran sebab tak pandai, gagap bila baca Al Quran. Tapi Allah pilih untuk hafal dan ajar Al Quran. 


Cita-cita dulu belajar di universiti tempatan saja sebab tak pernah duduk asrama, tapi Allah tetapkan untuk belajar jauh di Syria nun. 



Cita-cita dulu jadi suri rumah, urus anak-anak saja, tapi Allah atur laluan untuk urus sekolah.


Apa lagi ketetapan Allah selepas ini? Allah sahaja yang Maha Mengetahui, kita hanya merancang dan berusaha.


أنت تريد، وأنا أريد، والله يفعل ما يريد.

Thursday, September 10, 2026

Kalau duit banyak......

 بسم الله الرحمن الرحيم 

Entri ini ditulis pada 19/4/2024


Darjah 1. 

Topik: Rukun Islam.


🧕🏻: Kalau duit kita banyak sangat, kita kena bayar zakat. Kalau duit kita tak banyak sangat, kita boleh buat apa?



🧒🏻🧒🏻: Beli ceklat !!!


🧕🏻: 😅 (padahal nak habaq boleh sedekah sikit)

Wednesday, September 9, 2026

Manfaatkan teknologi semasa

 بسم الله الرحمن الرحيم 


Entri ini ditulis pada 12/4/2024


Bagi mereka yang banyak mengikuti pengajian Asy syahid Sheikh Muhammad Saied Ramadhan Al Buthi, pasti kenal dengan penyampaian Sheikh yang memberi kesan dalam diri penuntut ilmu.




Dan teknologi semasa mengizinkan kita untuk terus mengikuti pengajian sheikh walau bertahun selepas pemergian sheikh.


رحمه الله

Tuesday, September 8, 2026

Pesanan untuk anak-anak ketika guna handphone

 بسم الله الرحمن الرحيم


Entri ini ditulis pada 10/4/2024


Sejak anak kecik, kami pesan kalau guna HP:

1. Jangan tengok haram



Bila dah remaja, tambah 1 lagi pesanan:

2. Jangan wassap banat.


Bertaqwalah kepada Allah ketika guna HP. Moga Allah pelihara IMAN kita semua.


Kalau nampak yang bukan-bukan, tegurlah, mereka sentiasa perlukan bimbingan.


{ وَذَكِّرۡ فَإِنَّ ٱلذِّكۡرَىٰ تَنفَعُ ٱلۡمُؤۡمِنِینَ }

(( Dan tetap tekunlah engkau memberi peringatan, kerana sesungguhnya peringatan itu berfaedah kepada orang yang beriman.))

Monday, September 7, 2026

KASIH GURU

 بسم الله الرحمن الرحيم


Entri ini ditulis pada 30/3/2024


Ada ketikanya ikut suami menziarahi guru-gurunya yang sudah berusia.


Guru-guru yang dulunya banyak memberi ilmu, manfaat, kasih, nasihat dan tunjuk ajar kepada pelajar-pelajar dan masyarakat.



Semoga ilmu yang mereka sampaikan saban hari terus menjadi saham pahala yang tidak putus-putus buat mereka. Amin.

Sunday, September 6, 2026

Abd Rahman layak ke final MQL (Quranic Recitation And Memorization Championship)

 بسم الله الرحمن الرحيم


Entri ini ditulis pada 28/3/2024


Kisahnya, awal Ramadhan hari tu Ustazah Aminah share info tentang musabaqah ni. Terima kasih ustazah. 


Peringkat saringan hari tu secara online. Alhamdulillah Abd Rahman layak untuk ke final. Tapi finalnya di Shah Alam, Hari Selasa ni. Masa tak sesuai.



Tak apalah, insyaallah ada lagi rezeki next time. Doa yang Nabi SAW ajarkan agar redha dengan ketentuan Allah:

وأسألُكَ أن تجعلَ كلَّ قَضاءٍ قضيتَهُ لي خيرًا.


Dan aku meminta kepada-Mu agar Engkau menjadikan SELURUH yang Engkau takdirkan untukku adalah BAIK.

Saturday, September 5, 2026

Kali pertama Abang Abbudey menyampaikan kuliah.

 

بسم الله الرحمن الرحيم


Entri ini ditulis pada 28/3/2024


🧒🏻: Mama, pakcik kat Masjid Jeniang kata kalau nak solat 8 rakaat kena ada tazkirah.😅 (Abdul Rahman dan Abdullah imam terawih 20 rakaat dari awal Ramadhan di sana)


🧕🏻: Abang study buku Nota Hati Ramadhan yang paklong tulis ni. Ayat mudah faham, banyak info dan dalil boleh guna untuk modal kuliah.



Maka, inilah kali PERTAMA Abdul Rahman sampaikan kuliah di masjid. 


Malu dan rendah diri pasti ada. Biarkan ada juga rasa rendah diri agar tidak sombong dan rasa diri hebat kerana sifat inilah yang mengeluarkan iblis dari syurga.









Respon rakan-rakan yang melihat status ini:





اللهم احفظ أبناءنا بما تحفظ به عبادك الصالحين.

Moga anak-anak kita semua sentiasa dalam jagaan Allah. Amin.

Friday, September 4, 2026

KUNCI ALAM REMAJA

 

بسم الله الرحمن الرحيم


Entri ini ditulis pada 27/3/2024


ALAM REMAJA adalah fasa mula berdikari. 


Lumrah alam ini menuntut HIKMAH/ KEBIJAKSANAAN membuat keputusan.


Hadapilah alam ini dengan pesan Nabi SAW:

اتَّقِ اللَّهَ حَيْثُمَا كُنْتَ 

BERTAQWALAH KAMU DI MANA SAJA KAMU BERADA.


Jangan tengok perkara haram, jangan buat perkara yang mengakibatkan sesal tak kesudahan.

الله يعينكم.

Allah bantu antum/ antunna menghadapi alam ini.



Penuhilah masa dengan Al Quran, ilmu dan ibadat: persediaan menuju alam dewasa.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...