TANDA CINTAKAN ALLAH...IKUTILAH RASULULLAH SALLAHU ALAIHI WASALLAM

TANDA CINTAKAN ALLAH...IKUTILAH RASULULLAH SALLAHU ALAIHI WASALLAM

Mushkilah dari anda dan jawapan daripada kami

Assalamualaikum.
Pelawat blog ini dialu-alukan untuk mengaju sebarang persoalan tentang hukum-hukum agama sekitar Fekah, Akidah, Tafsir dan apa sahaja dan InsyaAllah kami akan menjawabnya di dalam blog ini....

Sila tulis soalan dan masalah anda di ruang ini...Harap Maklum

Wednesday, November 18, 2009

RENCAH DALAM DAKWAH

Menjadi ‘ustaz’ ini tidak semudah yg disangka. Bukan hanya pergi kuliah di masjid2 dan kemudian pulang ke rumah. Byk cabaran dan dugaan yg bkn hya m’guris hati, malah adakalanya, mencincang hati!

Menjadi ‘ustaz’ bermakna anda terpaksa BERSEDIA untuk menghadapi SEGALANYA!


Bersedia untuk ‘ternganga’ apabila hanya diberi sebuah kole setelah mengharungi jalan selama 45 minit dari Kuala Ketil ke Penang dan 45minit lagi dari Penang ke Kuala Ketil, meninggalkan breakfast, anak isteri yang demam, duit poket yang hanya tinggal $10 utk isi myk shj! (klu anda dlm situasi sy ini, adakah anda akan tersyum dgn hati yg ikhlas ???!!!.)



ada sorang kawan kata ikhlas tu kalau hati tak rasa apa kalau tak diberi. Kata saya “Kenapa orang yang nak menerima ja kena ikhlas, sedang orang yang nak memberi berkira-kira dan mengungkit-ngungkit pula.


Bersedia utk dituduh mengata anak dara orang apabila menjawab soalan bahawa wanita perlu memakai tudung dan haram org perempuan yg tidak memakai tudung! (atau anda ada hukum lain bg tudung perempuan??!!)


-adakah tudung seperti ini jg boleh dikira 'hijab syar'ie???!!-


Juga bersedia untuk digelar sbg wahabi apabila mengatakan muzik yang memekik entah apa-apa tu haram! (sila bg pndgn anda klu anda ada hukum lain bg muzik yg bingit itu.)!!


Itulah antara cabaran seorang ustaz…suka duka mereka, hya mereka yg tahu…

Seorang ustaz jg perlu bersedia dgn ilmu dan kata2..Perkara ini menjadi lumrah dan perkara biasa yg perlu dihadapi.

Inilah salah satu kisahnya….

Seperti biasa, sekali dalam sebulan, sy akan dijemput untuk memberikan kuliah FEKAH di Jabatan MARITIM Malaysia di Pulau Pinang. Itulah yg sy sangkakan pada hari itu.

Apabila sampai di sana, seorang pegawai membawa sy ke sebuah dewan yang lain dari bilik kuliah yg biasa digunakan untuk kelas Fekah.

Tambahan dari itu, dewan itu jauh lebih besar dr bilik kuliah yg biasa.


Lebih lg, audiensnya tiga kali ganda lebih ramai dr pegawai yg menyertai kelas Fekah yg biasa.

Lebih dr itu, pegawai2 besar MARITIM turut turun sama untuk mendengar ceramah hari itu.

Yg tambah mencuakkan, tajuk ceramah yg bleh tahan canggihnya: INTERGRITI KEROHANIAN.

…………dan sy hya bersedia untuk myampaikan pengajian Fekah kerana tidak dimaklumkan ttg ceramah khas pada hari tersebut.

Klulah anda duduk di tempat sy pada ketika itu, apa yg anda lakukan?

1- TERNGANGA!!!

2- Mengatakan bhw anda tidak tahu ttg cerawah khas tersebut dan terus memulakan pengajian Fekah di hadapan pegawai2 yg ramai dan pegawai atasan MERITIM tersebut??!!

3- Menyalahkan pihak yg tdk memaklumkan ttg ceramah khas itu, dan terus angkat kaki, balik rumah dengan penuh kehampaan.

4- Cakap sj apa yg terlintas di minda anda??

Alhamdulillah pada ketika itu sy ada membw bersama sebuah kitab Akhlak yg bertajuk ‘Risalah Qusyairiyyah’. Syukur apabila kitab itu menjadi modal dan penyelamat utk sy ‘rancak’ berceramah selama 1 setengah jam w/pun tanpa sebarang persediaan awal dan tidak diketahui oleh sesiapapun bhw sy tdk dimaklum awal ttg ceramah itu. Namun tntu sy lebih suka untuk berceramah dengan penuh bersedia.

Di akhir ceramah, pengerusi majlis berkata: “InsyaAllah kita akan menjemput lg Ustaz Amri untuk memberikan ceramah seprti ini..”

…..Dan sy menyambung: “Tp kena habaq awai2 dulu no!”



Monday, November 16, 2009

MENERJAH PERIBADI SI PEMAKAN DAGING SAUDARA SENDIRI.

Di dalam post yg sblm2 ni, beberapa kl dah sy tulis ttg dosa2 lidah TERUTAMANYA MENGUMPAT. Sampai ada yg b’tya knapa perlu menulis perkara seremeh tu? Knapa tak menulis ttg masalah politik ke, keruntuhan moral, ekonomi ke @ lain2?


Bg sy, dosa2 lidah ini bukanlah seremeh yg disangka oleh mereka. Bahkan ia tak ubah seperti api dalam sekam. Senyap2 habis dosanya memakan amalan pahala yg dilakukan seumur hidup, itulah ingatan Nabi Sallahu alaihi wasallam ttg dosa lidah yg SERING DIANGGAP REMEH.

Teringat sy satu kata2:

لو كان الكلام من الفضة لكان السكوت من الذهب.

((Kalaulah kata2 itu dari perak, tentulah diam itu daripada emas.))



Tetapi diam di sini tentlah diam pada tempat yg sepatutnya, bukannya diam sbb malu nak bertya dalam kelas, diam malu menegah kemungkaran…..

Itu ungkapan ttg berharganya diam pada suatu masa dahulu, ttp pada masa kini diam bkn lg dianggap emas, malahan dianggap ‘kera sumbang’ dan katak bawah tempurung!

Kali ini kita akan menerjah dan melihat dgn teliti peribadi dan betapa rugi seseorang yg sering membiarkan lidah mengata itu dan ini:



PERIBADI ORG YG MENGATA DAN MENGUMPAT DI SISI ALLAH.
1- Di anggap umpama org yg mmakan daging saudaranya sendiri. (sanggupkah kita memakan daging saudara kita?)
2- Pahala2nya terhapus krana amalan menganyam ketupat x berdaun itu.


3- Hina di sisi Allah dan Rasulullah SAW


4- Baginya azab yg pedih kerana dosa sepotong daging yg bernama lidah
5- Tiada kebahagian baginya di dunia (Mcm mana nak bahagia kerana hatinya sentiasa dengki dan iri dengan kesenangan dan kebahagian org lain. Lalu hati yg sakit dan rosak itu diterjemahkan dengan lidah yg berkata2 tak tentu hala.

Dan dia juga hilang rasa kasih syg dan nikmat mahabbah dgn org lain krn sering iri hati dan dengki terhadap org lain ) dan di akhirat.


PERIBADI ORG YG MENGATA DAN MENGUMPAT DI SISI MANUSIA.


1- Sedarkah diri kita bahawa org yg mengumpat adalah org yg PENGECUT, krg hya brani mengata di blkg shj?


2- Sdrkah juga bhw pengumpat itu adalah TALAM DUA MUKA kerana mengata org di belakang dan berbuat baik di hadapan.
3- Tanpa disedarinya, dia sebenarnya hilang kepercayaan di sisi org lain krn mjadi lumrah alam org akan setkan dlm otak ‘klu dia mengumpat org lain dpn aku, x mustahil dia akan mengumpat aku di blkg aku.’


4- Tidak tergolong dikalangan org yg tsiqah
5- Org yg suka mengumpat ini sebenarnya membuka pekung di dadanya dan mendedahkan keburukan dirinya sendiri.

6- Tanpa disedari, org memandang lekeh kpdnya dan mencopnya sebagai MULUT TEMPAYAN dan RADIO BERGERAK.


7- Tanpa dia sedari juga, org akan menganggapnya seorang yg KURANG ILMU DAN AKHLAK krn asyik mengata perihal org lain. Org yg berilmu dan mulia akhlaknya tidak akan sewenang-wenangnya mempersenda dan memperkecilkan org lain krn tidak mustahil org lain lebih baik drnya

Tentu rasa malu (mcm nak menyorok bwh meja) bl diri dianggap manusia PENGECUT, TALAM DUA MUKA, MULUT TEMPAYAN dan RADIO BERGERAK. KURANG ILMU DAN AKHLAK kan? Habis tu, klu tak mengumpat nak cakap apa? Itulah dosa lidah yg dianggap kecil itu sedar x sedar dah bernanah (atau lebih tepat barah yg dah kronik) krn masyarakat x dpt berenti daripada melakukannya, ibarat ketagihan.


Ingatlah Hadis RAsulullah SAW:

عن أبي هريرة قال: قال رسول الله صلى الله عليه وسل: ((من كان يؤمن بالله واليوم الآخر فليقل خيرا أو ليصمت.)) رواه البخاري ومسلم

((Barangsiapa yg beriman dgn Allah dan RasulNya maka hendaklah dia berkata yg baik ataupun dia berdiam.))


Mengapa perlu mengata org lain sedangkan semua manusia punya kekurangan dan kelebihan tersendiri (dan ingat bhw anda x sempurna dan byk kecacatannya.).??!!!

Mengapa perlu iri hati dengan kesenangan dan kemewahan org lain sedangkan Allah telah catatkan rezeki bg setiap hambanya.??!!!

Carilah kebahagian dan KETENANGAN HATI dengan meninggalkan sakit hati dan iri hati terhadap manusia lain…..

Thursday, November 12, 2009

SALAM PERTEMUAN BUAT KALI KE-2 !

ALHAMDULILLAH, KEMBALI BER’BLOG’.


Alhamdulillah sebulan sebelum Ramadan menjelma, Allah tlh murahkan rezeki kami sekeluarga apabila urusan membeli rumah di Taman Batu Pekaka, Kuala Ketil selesai dengan slmt.

Lanskap taman n kolam ikan tepi rumah yg belum siap lg

Mini Maktabah di rumah km

Betapa km bersyukur krn dikurniakan Allah nikmat dan sedikit ‘kemewahan dunia’..Baru setahun km bekerja, da dpt beli rumah (w/pun loan). Bg sy itu adalah salah satu anugerah yg patut disyukuri. Terasa kehidupn skrg agak ‘stabil’. Ramai lg kwn2 yg sekapal yg masih lg dlm kehidupan sbg seorang mahasiswa n ada yg baru mula hidup bekerjaya. Sedkit yg Allah anugerahkan ini pn sy dah rasa MEWAH DAN BERUNTUNG..


-ini anak ikan, bukan berudu!-


-ruang makan-



Itulah hakikatnya. Kita perlu melihat org yg lebih bwh n kurang dr kita dlm urusan dunia, barulah ia membuahkan rasa syukur dan berterima kasih kepada Allah.


Tapi apabila kita asyik mlihat org yg lebih atas dan lebih kaya dlm urusan DUNIA, itulah yg menyebabkan rasa tidak puas hati dengan segala2nya. Org beli kereta baru, kita pon nak beli. Org beli perabot baru, kita x senang hati pki perabot lama. Dan2 sofa kat umah tu nampak buruk.

Muhammad Abd. Rahman bergaya dengan jubah yg tok jahit


bilik Abbudey


Tetapi dlm urusan ibadat dan akhirat kita perlu MEMANDANG DAN MENCONTOHI ORG YG LEBIH daripada kita.



Kitab yg perlu dubaca, bukan hya hiasan!



Tetapi, kebanyakkan dr kita dah terbalik. Bab ibadat, kata ustaz tu x bgun qiamullail pon, kita yg x ustaz ni pun x pyh bgn lah….. Sentiasa melihat org yg kurang untuk memperlihatkan kehebatan diri sendiri.


-ruang tamu-


sedikit perhiasan dr Syria



Kenapa tidak kita bandingkan ibadah kita dengan ibadah para sahabat nabi?? Sedangkan itulah yg akan menjadi motivasi kpd kita untuk gagah beribadah.


Baba membisikkan sesuatu yg melucukan


Stlh selesai renevote ‘ala kadar’, km pun berpindah ke rumah baru (yg lama) itu. Kebetulan rumah yg bercoverkan warna hijau kuning tak ada line internet, jd itulah alasan kenapa blog ni bersawang sekian lama.

Dan untuk sy menulis blog di sekolah rsnya bknlah satu plhn yg tepat, jd kerja2 menulis blog ini dihentikan sementara sehinggalah km kembali mmsg line internet..

dapur


Abdullah melepak di ruang santai



kwsn blkg rumah


Pelbagai situasi dan suasana yg tlh sy lalui spnjg offline ini, Biarlah foto2 yg menceritakannya. Bukankah sekeping gambr itu lebih bermakna dr 100 pth perkataan (dan adakalanya disalah tafsirkan.)


ini bukan di blkg umah km, tp pantai di Kuala Sg.Baru, Melaka


Dlm membicarakan ttg nikmat, saya teringat kata2 Sheikh Ratib Nabulsi, (seorang sheikh di Syria yg sgt berhikmah dlm kata2 dan pengajiannya.)

Katanya:


SETIAP MANUSIA ITU TIDAK LARI DR UJIAN ALLAH. ORG KAYA DAN HIDUP SENANG DIUJI DGN KEKAYAANNYA, ADAKAH DIA BERSYUKUR. BETAPA RAMAI ORG YG PUNYA KEMEWAHAN DAN ALPA UNTUK BERSYUKUR.



ORG YG MISKIN DAN HIDUP SUSAH DIUJI DGN KESUSAHANNYA, ADAKAH DIA BERSABAR. BETAPA RAMAI ORG YG HIDUP SUSAH MENGELUH DAN LUPA BERSABAR DGN UJIAN ALLAH.



SENTIASALAH KITA BERSABAR DAN BERSYUKUR DENGAN KETENTUAN ALLAH kerana itulah UJIAN Allah kepada kita .))


video

ABBUDEY DI PERASMIAN MAJLIS TILAWAH MASJID KUALA KETIL


Teringat juga satu hadis:

عن عبد الله بن محصن الأنصارى رضي الله عنه قال رسول الله صلى الله عليه وسلم : (( من أصبح معافى في جسده آمنا في سربه عنده قوت يومه فكأنما حيزت له الدنيا.))رواه الترمذي

Maksudnya:

Org yg sihat tubuh badannya dan selamat di rumahnya, dia memiliki makanan untuk dimakan pada hari itu, maka dia seumpama memiliki seisi dunia .


Thursday, July 16, 2009

INFO KITAB: 2- BAGAIMANA KITA MENDIDIK ANAK-ANAK.



NAMA BUKU: SIRI BIMBINGAN UMMAH (1) BAGAIMANA KITA MENDIDIK ANAK-ANAK.



PENTERJEMAH: Mariam Jamilah Yusof



HARGA: RM5 je!


PENERBIT:

MAAHAD TARBIAH ISLAMIAH DERANG, KEDAH-(sekolah kebanggaanku yg byk berjasa kepada diri ini dan memberikan aku pendidikan awal, mentarbiah aku sehingga menjadi INSAN sebegini.

(www.mtiderang.org)



ULASAN:

Buku yg ingin saya ‘kupaskan’ pada kali ini adalah dari SIRI BIMBINGAN UMMAH yg mempunyai 3 jilid (setakat ini). Saya akan kupas buku yg pertama dahulu, dan yg dua lg InsyaAllah pada masa mendatang….

Menjadi ibu bapa bukanlah satu tugasan semudah ABC. Ia adalah satu tangunggjawab yg bakal dipersoal di akhirat nanti. Adakah anda telah tunaikan amanah yg Allah berikan. Adakah anda telah didik anak2 dgn corak Islam.


Menjadi ibu bapa jg bkn hanya sekadar beri makan minum, pakai, tmpt tggl shj. Anak2 wajib dibekalkan dengan bimbingan agama agar akidah mereka utuh dan iman mereka kukuh.

Buku yg terjemah oleh bekas pelajar MTID dari kitab “كيف نربي أولادنا” memberi gambaran kepada pembaca ttg kewajipan lain selain memberi keperluan harian anak2. Milikilah buku ini dan renungilah isi kandungannya, adakah kita telah menepati landasan Islam dalam mendidik anak2.



Jika anda ingin mendapatkannya, bolehlah dapatkan dari Maahad Tarbiah Islamiah Derang atau menghubungi saya dan dapatkannya di tempat2 kuliah saya. Saya tidak membuat jual beli melalui pos kerana kekangan masa, harap maaf!



KEISTIMEWAAN:

1- Tidak terlalu panjang (pasti anda dapat menghabiskannya w/pun anda bukan seorang yg rajin membaca.)

2- Setiap ayat al-quran dan hadis telah ditakhrij dan diterjemah (bg mengelakkan hadis palsu.)

3- Menerangkan adab2 bersama anak2

4- Memberi contoh cara Rasulullah SAW mendidik anak2

5- Memberi teguran dan perhatian kepada ibu bapa ttg kesilapan mereka dalam mendidik anak2.

6- Turut menyediakan tips2 dlm menjadi ibu bapa yg berjaya dunia dan akhirat

7- Semua bab disyarahkan dengan syarahan yg TIDAK panjang lg menjemukan .



BILANGAN MUKASURAT: 70 m/s



SELAMAT MENAMBAH ILMU!

Tuesday, July 14, 2009

KENAPA ABDUL RAHMAN N ABDULLAH?

Ramai org (termasuklah adik beradik, mak n abah) pernah bertya knapa aku letak nama anak, Abdul Rahman n Abdullah? Nape x letak Abdul Rahim ke? Lg2 pulak bila nama abg ipar aku yg jd dr.homeopathi kat SP pon namanya Abdullah.. sllnya aku hya menjawab “saje..” sbb mls nak jawab panjang…




ABDULLAH YANG MURAH SENYUMAN (dengan org yg dikenali...)


Abg aku kata : “Hang letaklah nama Habiburrahman ka..Kan Aishah suka nama Habib.” Tapi pikir2 balik, nnt ada org ingat aku ni peminat fanatik penulis novel dr Indonesia.


ABDUL RAHMAN YG PUNYA PELBAGAI RAGAM!


Dan sblm lahirnya Abdul Rahman, org rumah aku igt nak tambah 5 huruf lg untuk nama Abdul Rahman yg dah sedia panjang… Tp, setelah berlakunya tawar-menawar yang berpanjangan, keputusannya, nama MUHAMMAD HABIB ABDULRAHMAN dimansuhkan dan diganti dengan nama MUHAMMAD ABDUL RAHMAN.



Dari sebelum aku kawin lg, aku byk kali terbaca hadis ini:

روينا في صحيح مسلم، عن ابن عمر رضي اللّه عنهما قال‏:‏
قال رسول اللّه صلى اللّه عليه وسلم‏:‏ ‏ «‏إنَّ أحَبَّ أسْمائكُمْ إلى اللّه عَزَّ وَجَلَّ عَبْدُ اللّه، وَعَبْدُ الرَّحْمَنِ »

‏ مسلم ‏(‏2132‏)‏ ، وأبو داود ‏(‏4949‏)‏ ، والترمذي ‏(‏2835)

Maksudnya:

Daripada Ibnu Umar RA berkata: Bersabda Rasulullah SAW: ((Sesungguhnya nama-nama kamu yang PALING DISUKAI ALLAH AZZAWALLA ialah Abdullah dan AbdulRahman.))


-CERIA, TANPA MASALAH.-


Hadis ini adalah hadis Sahih yg byk kali aku dah lalui dan baca dalam Kitab Al-Azkar, Tarbiatul Aulad, Sahih Bukahri n Muslim dan byk lagi. Dari situ aku mmg berazam untuk meletakkan nama anak aku dgn NAMA YG DISUKAI ALLAH.



Alasannya: agar mereka menjadi hamba yg mencintai Allah dan dicintaiNya bersempena dengan nama mereka yg disukai Allah. Dan dengan harapan agar mereka sentiasa CEMERLANG di dunia dan di akhirat.



Satu lagi perhatian aku dalam meletakkan nama anak2 aku nie, aku nak nama MUHAMMAD ditulis penuh, bkn hya MOHD. Bg pandgn aku, bila hya ltk MOHD shj, ia ibarat sje nak letak n mcm endah x endah.


Nama Muhammad ditambah dibelakang nama Abdul Rahman n Abdullah adalah kerana hasrat aku agar mereka mengenali Nabi SAW, mencintai baginda dan dicintai baginda SAW.


Itulah kisahnya di sebalik nama kedua ‘hero’ aku yg kian membesar skrg.

Saturday, July 11, 2009

INFO KITAB: 1- DALANG DI PALESTIN…HAMAS ATAU ISRAEL?

Pada kali ini (n pada masa2 yg dtg) sy akan berkongsi dgn pembaca blog ini info2 kitab yg pernah n telah saya baca supaya kita dapat semarakkan budaya rajin membaca n cintakan ilmu. Bila kita berkongsi kebaikan yg kita dapat, Allah akan tambah kebaikan itu, InsyaAllah. Tp sekadar berkongsi info, bukan berkongsi buku. Buku x boleh pinjam la, anda kena dptkan sendri…hehehe


NAMA BUKU: SIRI BEBASKAN PALESTIN, DALANG DI PALESTIN…HAMAS ATAU ISRAEL?

MUKA DEPAN BUKU



PENULIS: Hafidzi Mohd Noor

HARGA: Maaf, x prsn pulak sbb xde catit, n dah setahun beli masa program Palestin di Islah.


-MUKA BLKG BUKU YG TELAH DIAUTOGRAF OLEH ABBUDEY. huhuhu...-


PENERBIT: PACE & JIMEDIA

ULASAN:


Buku ini sgt menarik kerana tlh mengupas isu palestin scr ilmiah dgn uslub yg x menjemukan. Mgkin krn salah satu sebabnya ialah penulisnya tlh byk mnulis n m’bhskn ttg Palestin.



ANTARA KARIKATUR N GAMABR YG DIPETIK DR AKHBAR ANTARABANGSA-


Isu Palestin yg ditulis dlm buku ini dpt membangkitkan smgt kita untuk membenci yahudi dan mengambil cakna tentang saudara seislam kita di sana. Ia juga membuka mata kita ttg rancangan keji Zionis dan agenda jahat mereka untuk menjajah Palestin. Selain dari itu, pembaca dapat berkongsi kesusahan, kesedihan dan kesayuan hati rakyat Palestin dengan apa yg menimpa mereka apabila menghayati buku ini.


-ANTARA BAB YG T'DPT DLM BUKU-


Buku ini menggunakan bahasa yg membangkitkan semangat pembaca utk teruskan bacaan demi terus mengetahui hakikat sebenar yg berlaku di Palestin…


-ANTARA ISI KANDUNGAN BUKU-


KEISTIMEWAAN:

1- Bahasa yg mudah n bersemangat.

2- Bahasa yg tidak berat. Santai.

3- Sesuai untuk semua, x kisah budak skolah ke siswazah ke.

4- Diselitkan dgn byk karikatur dr akhbar antarabangsa yg mengulas ttg isu palestin

5- Ibarat buku cerita w/pun pd hakikatnya ia adalah realiti yg b’laku di Palestin.

6- Diselitkan juga dgn carta2 maklumat ttg Palestin


-LG KANDUNGAN BUKU YG MENARIK-


BILANGAN MUKASURAT: 100 m/s

SELAMAT MENAMBAH ILMU!

Thursday, July 9, 2009

TERKENANG MUSIM PANAS DI SYRIA (BAHAGIAN 2)

Apa lg yg sll dilakukan stdent di Syria time musim panas.???

-SUASANA PENGAJIAN TALAQQI DI SYRIA.
INI ADALAH PENGAJIAN SHEIKH WAHBAH ZUHAILI DI JAMIK KUWAITI-

Ada antara student yg Pg2 lepas subuh, p talaqqi atau p ngaji quran dengan sheikh… Itu juga antara aktiviti musim soif…Yelah, dah byk masa terluang sbb xde kuliah…Pngajian lps subh mmg byk, tggl antara malas n rajin je…Antaranya ambil sanad hadis, quran, belajar fekah, faraid n mcm2 lg..Nak ilmu apa shj, sheikh dah siap sedia di jamek…Tp, ada je yg sambung tidor…hehehe..

Aiskrim.


-AIS KRIM TUMBUK... NAK TAU DIA TUMBUK CAMNA KENA MAI SYRIA LAAA..-
Ais krim di Syria mmg spesial…Mana taknya..bahan2 asli…Lebih2 pulak bwh rumah aku ada kedai ais krim…Pantang keluar p solat kat masjid, balik mesti beli ais krim..


-MENGINTAI PETI AISKRIM DI KEDAI RUNCIT BAWAH RUMAH-

Dah tu ais krim kat syria 10x lg murah dr Msia…Satu fenomena bila hmpir musim panas, mesti semua kedai runcit keluarkan peti ais utk ais krim dia….heh…Yelah, musim sejuk manalah ada org nak jual ais krim kecuali ais krim tumbuk di Suq Hamidi yg x kesah musim apa pun, tetap ada ais krim tumbuk Bakdash tu..


-BUKAN SEKADAR DUDUK2 MAKAN ANGIN, NIE TGH BERDISKUSI, KONGSI ILMU-



Cuti musim panas jg sronok klu dpt p jln2..Tp takat dlm Syria jelah sbb mana ada duit sgt..Paling2 pun p Latakia, ubah angin duduk tepi laut…


-TERUS TURUN PANTAI LEPAS BANGKIT TIDUR-

Lg seronk bila p ramai dengan anak2 n adik beradik…Itu juga yg sempat km lakukan adik beradik sambil mengeratkan tali silaturrahim sesama saudara…


-ASWAD DGN HASIL TANGKAPAN KAMI DGN MENGGUNAKAN KELAMBU SHJ (WARNA PINK KAT BLKG TU).-

Ylah..Km dok adik beradik di Syria, bl musim study, semua dok sibuk dok umah sendiri baca buku…


-SARAPAN PG BERSAMA DI LATAKIA-


-BERSAMA MENYIAPKAN MAKAN MALAM DI LATAKIA.

Rumah plak jauh2..Umah Aswad n Azli jauh di puncak bukit, rumah aku di kaki bukit….Bila time musim cuti, itulah masanya nak berjln2…

Wlu apa2pun jln2 di Syria tidaklah semeriah n sesesang jln2 di Msia..Di Msia kita ada kereta sendiri, nak tggl kat mana hotel pun byk. Nak mkn kat mana, restoren n warung pon byk…Di Syria, bygkan dari Dimasyk kami p Latakia, kena dapatkan service utk pergi dapatkan bas. Naik bas tgh2 mlm 4,5 jam…baru sampai Latakia.


-PULANG DR BERJLN2 DI HADIQAH-

Kat LAtakia, kena cari chalet, pastu masak sendiri…Itu semua pengalaman…Bila igt blk, seronok jgk….Mcm tulah hidup di Syria banding dgn Msia..Hidup Syria mmg renyah, tp xdelah sampai x boleh buat apa2…Smua tu adalah perkara yg perlu dipelajari. Itulah cabaran n keseronokkan mengembara di luar negara, jauh dr keluarga n kesenangan.

DR KIRI: FAWAZ, ABBUDEY, UWAIS MAIN PASIR...DI LATAKIA, PASIR PANTAINYA HITAM N KASAR, X MCM PASIR PANTAI DI M'SIA YG HALUS N COKLAT-

YA, mmg hidup di Syria renyah..Lg2 bl ada anak kecik..Klu hidup sorang x kesah la..Nak heran apa..


-ABAH N MAK YG SEMPAT BERJALAN MAKAN ANGIN N ZIARAH ANAK2 DI SYRIA-

-DR KIRI: AMRI (pemilik blog), NASBIR (kwn baik dr kecik), AZLI(abang), AUFA(anak menakan) N SHAHRUL (kawan skola dr kecik @ biras)-
Bygkan bl musm sejuk plak, baby kena pki baju berlapis2..Paling2 pon 3,4 lapis…Klu bila terbocor kencing je, kenalah bukak selapis2, tukar semua…agak2nya sbb tu abbudey sll riau bl tukar pampers..

-LENA DALAM BUNGKUSAN-


Mlm2 pulak tidur slimut kena tebal, pasang heater smpai bil melambung tinggi…Klu nak kuar rumah, nak kena bungkus anak elok2, takut sakit pulak klu sejuk…Itulah pngalaman menharungi musim sejuk bersma anak kecik…

-CUCU HJ.NASRON YG LAHIR DI SYRIA-

-SIAP DIBUNGKUS UNTUK KELUAR UMAH-


Tp di Syria dl, tgok kwn2 yg ada anak smua pon sm je dgn kami…jd sama2lah berkongsi ilmu..heh!


-MEMBUAT KUIH RAYA PADA BULAN PUASA DI MUSIM SEJUK-


-SAMBIL BUAT KUIH SAMBIL JAGA ANAK2-

Tp , w/pun hidup di Syria agak renyah, aku rs tetap mewah..xpernahlah x dpt makan w/pun sehari…Sentiasa kenyang….Ada lg org yg lebih susah dr kita…Kita ni kira hidup mewahlah banding orang yg mati keleparan di ceruk dunia sana..Jd, apa2pun…Alhamdulillah atas sgl nikmat yg Allah berikan…