Saturday, March 30, 2024

Nikmat tasmik secara online

 بسم الله الرحمن الرحيم


Entri ini ditulis pada 7/1/2022


Sejujurnya, rasa seronok dapat tasmik dengan guru, walaupun secara online. Alhamdulillah. Terkenang zaman mengaji di Tahfiz dulu-dulu.



Kita akan usaha bersungguh-sungguh supaya hafazan yang akan ditasmik lancar sebaik mungkin.


Sudah hampir 5 bulan saya tasmik secara online dengan ustazah.


5 kali seminggu. Pukul 9 malam pada hari kerja dan 7 pagi pada Hari Jumaat. Lebih kurang 40 minit untuk tasmik hafazan 1 juzuk bagi satu sesi.


Ia sangat membantu untuk menjaga hafazan bagi kita orang dewasa yang sibuk seharian.

Thursday, March 28, 2024

Plastic bag storage

 


بسم الله الرحمن الرحيم 


Sebab rimas bila plastik berkepuk-kepuk dalam laci, saya beli beg ni untuk susun plastik.


https://shope.ee/VjTjCpZoY




Settle!


Pilih beg jenis ni sebab ada ruang berbeza untuk plastik kecik dan plastik besar. Tak adalah kena punggah laci sebab cari saiz plastik tak jumpa😅


Cara lipat plastik supaya mudah tarik, jimat ruang dan tak serabut belajar dari YouTube.


Begitulah cara simpan plastik agar fikiran lebih tenang dan aman.😅

Allah beri peluang untuk terus berkhidmat

 بسم الله الرحمن الرحيم


Entri ini ditulis pada 5/1/2022


Alhamdulillah masuk tahun ke15 menjadi guru dan tahun ke 8 memikul amanah sebagai guru besar.


Mula bekerja di Kedah tahun pada 2007, ketika Abdul Rahman berusia setahun. Sekarang Abdul Rahman dah tingkatan 4.


Mula menjadi guru besar ketika Abdullah darjah 1. Sekarang Abdullah dah tingkatan 2.



Pantasnya masa berlalu. Semoga ia berlalu seiring dengan bertambahnya amal Soleh dan semakin dekat dengan Allah.


Kita merancang usaha sebaiknya dan hati tidak henti-henti mengharapkan pertolongan Allah dalam setiap detik kehidupan. Allah jualah yang menganugerahkan segalanya. Alhamdulillah

Tuesday, March 26, 2024

Masih lagi dengan rasa ragu-ragu

 بسم الله الرحمن الرحيم


Entri ini ditulis pada 3/1/2022


Pagi ini terfikir lagi tentang topik RAGU-RAGU. la banyak kali bermain dalam fikiran dan seringkali diluahkan dalam penulisan.



ٱهۡدِنَا ٱلصِّرَٰطَ ٱلۡمُسۡتَقِيمَ


Tunjukilah kami jalan yang lurus.


-Surah Al-Fatihah, Ayah 6

Inilah penenang hati dalam mengha



rungi simptom ragu-ragu dalam membuat keputusan dalam kehidupan.

Sunday, March 24, 2024

Cemburu

 بسم الله الرحمن الرحيم


Entri ini ditulis pada 31/12/2021


Sama seperti sahabat saya ini, cemburu rasanya bila melihat orang yang lebih berusia daripada kita, tapi lebih sihat. Ayahnya menyertai pertandingan lumba basikal !



Saya pula melihat mak abah mertua naik bas pusing Malaysia seminggu balik sihat ceria saja. 


Kita ni balik KL sehari, habis sakit-sakit badan, pening kepala walaupun tak drive pun..huhu..Apalah yang lembik sangat aku ni.?.🙃


Kesihatan itu sangat dirasai nikmatnya pabila ia semakin pudar.

Friday, March 22, 2024

Peringat setiap hari

 بسم الله الرحمن الرحيم


Entri ini ditulis pada 31/12/2021


Secara normalnya menjadi mak-mak tak boleh jemu peringat anak-anak, walau adakalanya mood tak elok asyik kena peringat perkara yang sama setiap hari.😅 


Suruh azan, solat kat masjid, suruh ulang hafazan, suruh makan ......


Kalau time mood elok, boleh bagitau diri sendiri: Semua tu amanah, tanggungjawab, ada pahalanya. Sabarrrr


Sebab sayanglah kena peringat. Kalau tak, biaq pi la depa nak buat pa pon.



NOTA: Jumaat lepas baba bawa anak-anak dan pelajar Thanawi pi misi bantuan banjir di Selangor.

Wednesday, March 20, 2024

Memohon cinta Al Quran

 بسم الله الرحمن الرحيم


Entri ini ditulis pada 28/12/2022


3 cara baca Al Quran yang perlu kita lakukan:

1. Qiraah lisaniyyah (secara lisan)

2. Qiraah qalbiyyah (faham dan tadabbur)

3. Qiraah Amaliyyah (amalkan ayat Al-Quran)




5 tanda hati cintakan Al Quran:

1. Gembira bersamanya

2. Tidak jemu berlama-lama dalam majlisnya

3. Rindu kepadanya

4. Banyak merujuk mencari pedomannya

5. Taat arahan dan larangannya


Sedutan pengajian Mafatih Tadabbur Al Quran (kunci-kunci Tadabbur Al Quran)






Nota gambar: Doa memohon cinta Al Quran dan hilangkan keresahan.

Monday, March 18, 2024

Mimpi aneh

 بسم الله الرحمن الرحيم


Entri ini ditulis pada 27/12/2021


Kelmarin kawan sekerja di SRITM dulu, selalu panggilnya dengan singkatan namanya 'Mai', ustazah yang ajar Math dan sains di kelas anak-anak di SRITM dulu, wassap bercerita tentang mimpinya.



Seram pulak dengar ceritanya.


Baba kata: "Mimpi je tu, tak ada apa tu."


Ok. Don't overthinking.


Tapi hati mengatakan, mungkin juga teguran agar tidak lalai dan kuatkan usaha menuntut ilmu Al Quran dan menjaganya. Wallahua'lam

Sunday, March 17, 2024

Menang dan kalah

بسم الله الرحمن الرحيم


Entri ini ditulis pada 13/1/23


 Di sebalik seorang anak yang tenang bila masuk musabaqah, ada pula seorang anak LAIN yang sentiasa stress/nervous bila masuk musabaqah.


Dan ada anak sorang lagi yang amat confident 😅. "Ahmad mesti menang punya."



Dan di sebalik kemenangan, mereka juga pernah rasai kekalahan. 


Lumrah kehidupan, yang kekal hanyalah ALLAH. 


 «حَقٌّ عَلَى اللَّهِ عَزَّ وَجَلَّ أَنْ لَا يَرْفَعَ شَيْئًا مِنَ الدُّنْيَا إِلَّا وَضَعَهُ»

((Hak Allah untuk tidak meninggikan sesuatu dari perkara dunia, kecuali dalam kesempatan lain Dia merendahkannya”.)) Sabda Nabi SAW ketika unta baginda yang akhirnya tewas kepada unta orang Badwi. (HR AL-BUKHARI)


Itulah kehidupan dunia ini. Yang penting SENTIASA BERUSAHA DAN TIDAK BERPUTUS ASA.

Saturday, March 16, 2024

Bercakap vs menulis

 بسم الله الرحمن الرحيم


Entri ini ditulis pada 27/12/2021


Kalau tak bagitau pun, orang boleh nampak jelas😅. 



"Nak cakap apa ye? Nak balas jawab apa ye?." Inilah situasi dalam minda bila ada sesi sembang-sembang. Bukan sombong, seriously tak ada idea.

Friday, March 15, 2024

Buat anak-anak lepasan SPM

 بسم الله الرحمن الرحيم


Pesan mama kepada anak-anak/ pelajar-pelajar (terutamanya yang baru habis SPM, masa lapang banyak):


Ulang hafazan. Jaga hafazan elok-elok. Sayang kalau lupa hafazan.



Dari kecik, bertahun-tahun kita hafal Al Quran sampai khatam. Hari tu sibuk SPM, lani banyak masa lapang, gunakan untuk ulang hafazan. 



Jangan lupa susah payah kita hafal Al Quran dulu. Tengok Ahmad tu, dok pulun hafal ayat baru sikit-sikit tiap-tiap hari. Macam tulah perjuangan nak hafal sampai khatam. 


Moga ingat pesanan mama hingga akhir hayat. Insyaallah.

Thursday, March 14, 2024

Perjalanan ke Alor Setar

 بسم الله الرحمن الرحيم


Entri ini ditulis pada 27/12/2021


Hari ini ada urusan di Alor Setar.


Dalam perjalanan ke sana, sempat tasmik Abang Abbudey 10 mukasurat dari juz 1, Ahmad tasmik Surah Al Qiyamah, Abdullah tasmik 10 mukasurat juz 28.



Kemudian tasmik online kawan, Naila, 20 mukasurat juz 4.


Sampai pula turn mama hantar hafazan online, 20 mukasurat dari juz 4, anak-anak mula berperang di belakang, maklumlah 3 hari tak jumpa.... 😑

Tuesday, March 12, 2024

Yang teristimewa

 بسم الله الرحمن الرحيم


Entri ini ditulis pada 27/12/2021


Dalam ramai-ramai manusia, pasti ada yang satu yang teristimewa. Itulah sifat manusiawi. 


 (جبلت القلوب على حب من أحسن إليها)


HATI ini diciptakan dengan fitrah untuk kasih kepada orang yang berbuat baik kepadanya (HR. Al Baihaqi)



Ketika belajar juga begitu. Semua guru dihormati, tapi pasti ada yang paling disayangi. 


Itulah pensyarah subjek usul hadis ketika tahun 2 di kuliah dakwah, Mujamma' Sheikh Ahmad Kiftaro. Dulu risau betul kalau tak score dalam usul hadis.


Walaupun hampir 20 tahun masa berlalu, still keep in touch dengan anisah.


Rasa dihargai bila anisah minta bantuan daripada kita, walau terpisah antara benua berbeza. Doa kebaikan selalu buat beliau dan semua guru.

Sunday, March 10, 2024

Dialog Ahmad- Siri 1

 

بسم الله الرحمن الرحيم


Entri ini ditulis pada 25/12/2021


Dialog Ahmad cuti hari kedua:


👦🏻: Mama, Ahmad nak buat gigi besi boleh tak?


🧕🏻: Awat pulak?😅


👦🏻: Gigi Ahmad takdak.


😅




----------------------------


👦🏻: Mama, awat mama panggil baba: abang?


🧕🏻: Sebab baba tua lagi daripada mama (Rasanya jawapan paling jami' muqni' dah ni)



👦🏻: Ahmad panggil tokwan: abang, boleh tak?



🧕🏻: (😭😭😭😭.....tak tau nak jawab apa dah)

Friday, March 8, 2024

GENERASI PELAPIS

 بسم الله الرحمن الرحيم


Entri ini ditulis pada 24/12/2021


 Detik terindah dalam hidup Nabi Sallahu Alaihi Wasallam ketika di akhir hayat baginda, baginda menyingkap tirai kamar yang menghubungkan ke Masjid Nabawi ketika Subuh. (setelah beberapa hari Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam tidak berjemaah lantaran sakit tenat.)



Baginda tersenyum.


Melihat Abu Bakar menjadi imam solat Subuh kepada para sahabat.


Baginda menemui Ilahi dan agama Allah tetap terpelihara (dengan adanya generasi pelapis).

Tuesday, March 5, 2024

Bahagia Sang Guru

 بسم الله الرحمن الرحيم


Entri ini ditulis pada 24/12/2021


2005: 

Ketika cuti musim panas di Syria, pulang ke Malaysia, mengajar di Tahfiz At Tazkirah, Ampang, tempat belajar sekolah rendah dulu. Mengajar bersama ustazah-ustazah yang mengajar kita dulu.



Roda kehidupan terus berpusing.


2021:

Kini anak-anak murid kita pula yang mengajar bersama kita.


Adakalanya terbayang di mata, zaman mereka sekolah dulu, dimarah kerana tidak siapkan homework. Kini mereka ada ketokohan menjadi guru, pandai serba serbi, merekalah generasi pelapis.


Jika dipanjangkan umur, dapat pula melihat anak-anak ibtidaie pula, ada di kalangan mereka yang mampu sambung perjuangan sampaikan ilmu Al Quran dan mengenal Allah.


Begitulah harapannya guru. Bahagia sang guru.

Sunday, March 3, 2024

Overworried tentang anak


بسم الله الرحمن الرحيم


Entri ini ditulis pada 24/12/2021


Meniti hidup bersama anak-anak, pasti ada kerisauan terhadap mereka.


Kita bukan sentiasa bersama mereka, kita tidak tahu hati dan fikiran mereka, kita tak mampu mengawal segalanya tentang mereka.


Untuk saya, ketika overworried tentang hal-hal ini, diulang-ulang sepuas hati doa-doa ini, hingga tenang hati, yakin dengan penjagaan Allah.



Ya Allah peliharalah kami (dan anak-anak kami) sebagaimana Engkau memelihara hamba-hambaMu yang Soleh.


Jauhkanlah antara kami dan maksiat sebagai Engkau jauhkan antara timur dan barat.


Berilah kami beroleh dari pasangan dan zuriat keturunan kami perkara-perkara yang menyukakan hati dan jadikanlah kami ikutan bagi orang-orang yang bertaqwa.

Friday, March 1, 2024

Tak mudah

 بسم الله الرحمن الرحيم


Entri ini ditulis pada 23/12/2021


"Ustaz cerita kat mama, adik nampak sedih sebab tak habis syahadah, tapi abang dah habis. Adik sampai juz berapa dah buat Syahadah?"


"7 juzuk."


Senyap......



Satu sudut yang lain:


"Mama, abang dah 2 kali buat ujian juz 11, tak lulus lagi." Pernah Abdul Rahman mengadu kesukarannya.


Cabaran bersama anak-anak di usia remaja. Doa sentiasa mereka membesar menjadi pemuda bertaqwa.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...