Friday, November 29, 2013

Pengalaman di Malaysia Islamic Children Fair, Shah Alam Convention Centre (siri 1)


بسم الله الرحمن الرحيم

Alhamdulilah segalanya berjalan lancar...

Alhamdulillah pada 24.November yang lepas saya telah melunaskan tanggungjawab untuk menjadi salah seorang ahli panel di Malaysia Islamic Chlidren Fair, Shah Alam Convention Centre.

Day & Date: Sunday, 24th Nov 2013
Time: 3:45pm - 4:45pm 
Programme: Forum 2: Parenting Out of the Box
Venue:  Plenary Hall, Shah Alam Convention Centre, Shah Alam.

Tajuk Forum ialah:
"Parenting Out of the Box"





iklan untuk  aktiviti pada hari terakhir MICF


Iklan untuk kedua2 hari

Antara soalan yang diajukan oleh moderator (Puan Lily Maznah Muaz) (Beliau juga ialah penulis buku AHLAN WA SAHLAN YA RAMADHAN yang comel yg pernah kami beli tahun lalu - baca di sini ) :


1- Sebagai ibubapa, kita impikan anak-anak soleh yang bakal menjadi "saham" kita di alam Barzakh dan Akhirat nanti. Pendidikan awal perlu bermula dari rumah. Apakah yang boleh ibubapa lakukan sendiri di rumah bagi membimbing anak-anak soleh ini? Boleh Ustazah kongsikan rutin harian dalam menjadikan anak-anak Tahfiz dari rumah?

2- Persediaan untuk mendidik anak ?

3- Umur yang sesuai untuk mula homeschool bersama anak?

pemandangan dari pentas
kredit gambar dengan izin dari Fb Puan Zaszima Abu Samah
Pada pendapat saya, ALhamdulillah ibu bapa pada masakini sudah sedar kepentingan mendidik anak dari kecil. Kerana itulah seminar dan kursus keibubapaan semakin banyak, terutamanya di Kuala Lumpur dan Selangor.


ALhamdulillah, ia adalah satu perkembangan yang baik. Moga ia menjadi lebih baik, INsyaALLAH.


kredit gambar dengan izin dari Fb Puan Zaszima Abu Samah
di hujung sana: Moderator: Puan Lily Maznah dan ahli Panel Puan Rasheedah CoachSha

Walaupun pada mulanya sangat  teringin untuk hadiri seminar ini dari awal pagi, namun apakandaya.... ke sana kesini.

Banyak ilmu, makluman dan pengalaman yang dapat dikumpul dalam seminar ini, ALhamdulillah.
kredit gambar dari FB Puan Lily Maznah
3 ibu2 panel
=)
Dua ahli panel yang lain (sebelum ini hanya saya kenal di alam maya sahaja) Puan Zaszima Abu-Samah yang ceria dan amat cintakan ilmu dan  Puan Rasheedah CoachSha 
yang tabah dan kuat tawakkalnya kepada ALLAH SWT adalah yang berkongsi banyak ilmu dan pengalaman mereka mendidik anak yang sangat menarik. Sangat kreatif, Ceria  dan menyeronokkan.Alhamdulillah

Mereka berkongsi tentang cara kreatif mereka mendidik anak dengan homeschooling dan roadschooling.

Benarlah, berkenalan dengan ramai orang akan membuatkan kita bertambah ilmu pengetahuan. MasyaALLAH.

Berkenalan dengan orang yang banyak pengalaman dan ilmu juga akan membuatkan anda dapat mengetahui banyak ilmu baru... MasyaALLAH!

kredit gambar dengan izin dari Fb Puan Zaszima Abu Samah
Moga usaha murni seperti ini dapat memberi natijah yang baik dan mampu melahirkan ganerasi pejuang yang menegakkan Agama Islam di masa hadapan. Amin


Nota:
Hari ni hari jumaat, jangan lupa:
1- Surah AL-Kahfi,
2- Banyakkan Selawat
3- Banyakkan doa (doakan saya & keluarga juga)

Tuesday, November 26, 2013

Perancangan Aktiviti Cuti Sekolah Anak2 2013

بسم الله الرحمن الرحيم

Setiap kali menjelang cuti sekolah anak2, mesti kena ready dengan perancangan bagi mengisi cuti sekolah mereka. Kalau tidak, dikhuatiri mereka akan mengeluh dan mengadu kebosanan.

Untuk plan cuti anak2 2013, adalah seperti di bawah ini:
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v




Penerangan plan cuti sekolah 2013

1- Pemantapan Al-Quran
Kalau pada hari sekolah, cuma sempat buat 1 sesi sahaja dalam sehari (selepas maghrib setiap hari).

Pada cuti sekolah ini, ALhamdulillah berkesempatan untuk buat 2 sesi sehari, sekali sebelum zohor dan sekali selepas manghrib. ALhamdulillah.... ALLAH kurniakanlah istiqamah pada kita semua.

Pada setiap sesi akan buat ulangan surah2 lama yg dah dihafal dan menghafaz surah2 baru. Itu sahaja.

Alhamdulillah, oleh kerana anak2 dah biasa mengulang AL-Quran setiap hari dari dulu lagi, InsyaALLAH ia tidak membebankan mereka. Hanya beberapa minit sahaja.

2- Membaca
Saya akan membaca dan minta anak2 membaca beberapa helai buku cerita pada setiap hari supaya dapat memupuk cinta kepada ilmu dan juga mengasah lagi skil membaca

3- Kerja rumah
Dalam musim cuti ini jugalah nak mengajar dan biasakan anak dengan kerja2 rumah.
Kalau hari sekolah, terkejan2 nak siapkan itu ini. Semua nak cepat siap je....

Bila cuti ini, bolehlah minta anak tolong buat kerja rumah supaya mereka biasa melakukan kerja rumah dan rajin serta mahir melakukannya, INsyaALLAH.


tolong sidai baju
biarkan sahaja mereka sidai dengan cara mereka (dengan bantuan sedikit2), lama2 nanti mahirlah


tolong sapu rumah


tolong memasak
aktiviti masak memasak banyak dicatat di sini:
http://cinta-rasul.blogspot.com/search/label/masak2

Aktiviti memasak juga dan yang lain2 ini juga dapat mengeratkan hubungan kekeluargaan. Anak2 cukup seronok kalau ajak mereka memasak.... Alhamdulillah
Dan balik dr MICF (akan dicerita kemudian) smlm, smpai rumah pkl 4 ptg, tgok matahari terik, teringin nak membasuh baju yg menggunung ... ALhamdulillah anak teruna  2org nilah yg tolong sidai baju.
"ALhamdulillah syukur mama... senang hati mama ada anak yg rajin tolong mama n soleh sgt..." kerajinan yg mesti dipuji....

4- Aktiviti lain.
Aktiviti mereka sendiri2 seperti bermain, melukis, mewarna , berkelahi..... atau projek bersama...

5- Percutian
Tidak bermaknalah percutian kalau tak pergi berjalan w/pun dalam Kedah sahaja... hehe...Bukan sahaja dapat berseronok, bahkan dapat mengeratkan hubungan kekeluargaan....ALhamdulillah atas nikmat ALLAH....Syoknya !!!!


jom baca
di sini
Artikel yang bagus tentang kepentingan masa cuti anak2

ALLAH berkati masa kita semua. amin

Sunday, November 24, 2013

Info buku anak-anak: Janji Aiman

بسم الله الرحمن الرحيم

Sesuai dengan peningkatan usia, kini Abang Abbudey akan masuk darjah 2 pula, dia kini pandai ingin memilih sendiri bahan bacaannya (tapi masih bawah kawalan dan pemantauan dari kami).


Kalau dahulu, buku yang banyak gambar yang comel2 dan  berwarna warni itulah pilihannya, sekarang ini, pilihannya ialah buku novel kanak2 pula.

Mungkin kerana dia ada melihat kawan2 memiliki buku novel.

Yang penting, isinya bagus dan dapat dijadikan pengajaran dan teladan.

Ini adalah buku novel pertama yang Abang Abbudey pilih sendiri.

Novel kanak-kanak bercirikan nasihat dan Islam
Abang Abbudey memilih buku ini
Novel pertama miliknya
Sebelum ini, dia hanya beli buku yang banyak gambar (sesuai dengan usianya)

isi kandungannya

harganya

terdapat juga beberapa ilustrasi dalam buku ini
  



ALhamdulillah Abang Abbudey dah selesai mmebaca buku ini dan sudah ceritakan pula kepada saya. Malah minta beli buku cerita baru lagi.

ALLAH semaikanlah rasa cintakan ilmu dalam hati kita semua.

Friday, November 22, 2013

Mengajar anak membaca buku Bahasa Melayu (siri akhir)

بسم الله الرحمن الرحيم

InsyaALLAH pada kali ini saya akan berkongsi rakaman video pada hari pertama Abdullah berkenalan dengan Set buku Pantas Membaca yang telah dikongsi info tentangnya pada entri yang lepas.



ALhamdulillah satu permulaan yang baik bila Abdullah menunjukkan minat yang amat baik kepada buku ini. Sehari boleh baca 2,3 buah buku (sebuah buku ada lebih kurang 24 mukasurat berwarna penuh).

Mungkin kerana ciri2 buku ini yang berwarna warni amat menarik dan ceria menambahkan minatnya untuk membacanya berjam2... sampai lenguh pinggang dan pening kepala maknya tunggu anak membaca, tapi tak boleh mengeluh sikitpun sebab dikhuatiri akan mematahkan semangat anak untuk membaca yang berkobar2...Kita layankan jelah, sementara dia syok nak mmebaca.

ALLAH semaikan sikap cintakan ilmu dalam hati kami semua Ya Rabb

Wednesday, November 20, 2013

WW: Cuti sekolah 2013

plan cuti sekolah untuk anak2
Entri tentang plan ini akan menyusul minggu depan InsyaALLAH

bawah kategori 'aktiviti lain2' 

Tuesday, November 19, 2013

Mengajar anak membaca Buku Bahasa Melayu (Siri 2) - INFO BUKU: SET PANTAS MEMBACA, SIRI BESTARI

بسم الله الرحمن الرحيم

Pada entri lepas, saya sudah memulakan mukadimah tentang pendapat saya mengajar anak2 mengajar Bahasa Melayu.

Belajar membaca Bahasa Melayu memang mudah, dalam 2 bulan pun (atau kurang), anak2 boleh dapat membaca dengan lancar. 

Berbanding dengan ilmu al-Quran yang sangat  luas, bertahun2 belajar pun, masih banyak lagi yang tak tahu dan salah. Setiap kali membaca AL_Quran, ada sahaja ilmu baru yang kita dapat.

Selain anak2 belajar membaca di PASTI, dulu saya mengajar anak2 membaca menggunakan buku Bacalah Anakku. (buku yang digunakan zaman berzaman, MasyaALLAH)..

Selain dari itu juga, beberapa minggu lepas, saya memperkenalkan kepada Abdullah (5 tahun) bahan bacaan baru untuk melatihnya membaca..

Inilah ia
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v

Inilah bukunya
SET PANTAS MEMBACA
Terbitan: Early Learner
Edaran: Edukid

sebuah buku berharga rm5.50
kertas licin dan tebal
berwarna penuh
banyak gambar
tulisan yang selesa untuk anak2 membaca

Saya hanya beli dari no4 hingga 8 sahaja kerana no1 hingga 3 sangat senang

teknik belajar membacanya lebih kurang Bacalah Anakku 

Kisahnya bermula, apabila Abang Abbudey berkenan untuk membeli buku ini yang bernombor 8. Bila lihat Abang Abbudey baca, saya nampak buku ini bagus untuk latih Abdullah membaca Bahasa Melayu. Esoknya pergi sekali lagi ke HASANI untuk beli siri yang lain

Abdul Rahman siap tulis namanya pada buku yang dibeli
TERTINGGAL 'ABD'
عبد

inilah yang dipilih
harganya cuma rm5.50

Oleh kerana buku ini mempunyai ciri 2 yang mesra kanak2, Abdullah amat minat mmebacanya.
Dalam masa 2 hari, Abdullah selesai membaca dari no4 - no6

cerita dalam buku ini juga banyak dan mempunyai pelbagai tema
Selain membaca, Abdullah akan bertanya macam2 perkara berkisar ttg cerita yang dibacanya.

Menguatkan komunikasi antara ibu bapa dan anak2
gambar yang menarik dan berwarna warni
baca lagi dan lagi


kesemua setnya
(maaf, gambarnya blurr)

Abdullah sangat suka cerita naga ini.
Dia akan bercerita dalam Bahasa Arab seperti dalam video di sini:
http://www.cinta-rasul.blogspot.com/2013/11/kemahiran-bercerita-budak-5-tahun-dalam.html

banyak cerita yang menarik

antara soalan ketika membaca cerita ini ialah:

1- mama, jagung kalau tak masak warna apa?
2- Rumah ni macam rumah moyang kat Melaka kan?
3- kita kena makan sayur kan sebab banyak kan sebab banyak khasiat kan?

Semaikanlah semangat cintakan ilmu dalam hati kita semua Ya Rabb...

Sunday, November 17, 2013

Mengajar anak membaca buku Bahasa Melayu (siri 1)

بسم الله الرحمن الرحيم

Jika pada minggu lepas, blog ini bercerita tentang tips mengajar anak bercakap Bahasa Arab, kali ini InsyaALLAH saya akan cuba berkongsi pengalaman mengajar anak membaca buku Bahasa Melayu.

Saya berpendapat dan yang saya amalkan ialah, saya tidak terlalu  serius (bukan tak ajar langsung) mengajar anak membaca Bahasa Melayu sejak dari bayi berbanding penekanan saya terhadap ilmu Al-Quran kepada anak2. 

Alasannya ialah kerana untuk belajar membaca Bahasa Melayu adalah terlalu senang dan simple berbanding belajar Al-Quran.

Ilmu Al-Quran terlalu luas dan perlukan masa yang panjang untuk mahir, jadi sepanjang usia sejak dari anak sebelum lahir lagi, yang banyak saya tekankan ialah ilmu Al-Quran. Itulah pendapat saya, anda berhak utk setuju atau tidak, terpulanglah.

Walaupun begitu, terdapat juga coretan ttg pengalaman mengajar anak2 mempelajari Bahasa Melayu di sini:


Banyak juga yang anak belajar membaca Bahasa Melayu di PASTI, di samping itu juga pada usia 5 tahun (bulan ini), saya mula menekankan membaca Bahasa Melayu kepada Abdullah.

Abang Abbudey yang sudah tamat darjah 1 ALhamdulillah sudah mahir membaca Bahasa Malaysia, malah mula meminta untuk membeli buku cerita.

antara novel kanak2 pilihan Abang Abbudey yang dibeli baru2 ini


Kami tidak menghalang jika anak2 ingin membeli buku cerita, asalkan yang baik2 agar minat menimba ilmu dan membaca dapat dipupuk.

OK. selesai coretan  mukadimah  yang panjang lebar ini.

InsyaALLAH pada entri yang akan datang, saya akan ceritakan tentang penggunaan buku ini dalam saya mengajar Abdullah membaca Bahasa Melayu, InsyaALLAH

Friday, November 15, 2013

Tips untuk mengajar anak berkomunikasi/ bercakap dalam Bahasa Arab (Siri 2)

بسم الله الرحمن الرحيم

Alhamdulillah selesai karangan tentang tips mengajar anak bercakap dalam Bahasa Arab siri 1 pada entri yang lepas yang panjang lebar, rujuk sini InsyaALLAH pada kali ini saya akan sambung siri yang ke-2.


Antara langkah untuk mengajar anak2 berbahasa arab ialah anda perlu mulakan.

Mulakan berbicara dengan anak2 dengan bahasa arab.

Guna ayat2 yang simple, tapi guna setiap hari.
Contoh:
1- Tanya anak setiap hari:
کيف حالک ؟ 
(Kaifa haluka? = Apa khabar?)

dan minta dia jawab:
الحمدلله أنا بخير
(Alhamdulillah Ana Bikhair = ALhamdulillah saya sihat)

Contoh juga:
Tanya anak:
هل أنت تريد العصير؟
(Hal anta turidul 'Asir = Adakah awak nak jus?)

Dan ajar dia jawab kalau mahu:
نعم، أنا أريد العصير
(Naam, Ana uridul 'Asir = Ya saya mahu jus)

Kalau tak mahu pula, ajar anak:
لا، لا أريد
(Tidak, saya tak mahu)

Demikianlah sebagai contoh.

Untuk mendapatkan idea dan maklumat tentang ayat perbualan dalam Bahasa Arab, anda boleh dapatkan buku perbualan dalam Bahasa Arab di kedai2 buku.

Boleh juga dapat idea dari buku2 kanak2 seperti ini:


amalkan ayat2 yg mudah2 seperti dalam buku itu setiap hari.

Jika diulang2 setiap hari, bukan suatu perkara yg susah untuk anak anda berkomunikasi dalam Bahasa Arab setiap hari.

Antara entri ayat yang saya ajar anak2 dalam Bahasa Arab sejak dari kecil seperti ini:





Langkah yang paling penting dalam setiap usaha kita mendidik anak2 ialah ISTIQAMAH

Buat apa sahaja pun nak kena isitiqamah kalau nak berjaya.

Kalau takat sehari sahaja bercakap bahasa arab, bagaimana anak2 dapat bercakap dalam Bahasa Arab.

Tulis besar2 dan tampal di dinding bilik:
HARI INI SAYA NAK CAKAP BAHASA ARAB DENGAN ANAK2.

Maka semangat anda akan berkobar2 untuk melakukannya setiap hari.

PAKSA juga setiap ahli keluarga bercakap bahasa Arab. Kerjasama yang baik akan memudahkan usaha untuk anak2 berkomunikasi dalam Bahasa Arab.

Ini juga sangat penting.

Sokongan dan motivasi dari orang yang paling hampir dan rapat dengan kita akan membuatkan kita sentiasa bersemangat dengan azam dan matlamat kita.

Jika tiada sokongan dari orang yg paling hampir dengan anda , anda masih boleh berjaya jika anda mempunyai semangat yang waja dan kental.
AKU TAK KISAH APA ORANG KATA ASALKAN AKU TAU APA YG AKU BUAT INI BETUL DAN AKU NAK ANAK BERCAKAP DALAM BAHASA ARAB ! (ok ke?)

Banyakkan berdoa moga ALLAH sentiasa menyemarakkan api semagat untuk mengajar anak sehingga mereka mampu untuk bercakap dalam Bahasa Arab.

Sekian dahulu tips untuk mengajar anak berkomunikasi dalam bahasa Arab. Doa saya buat anda moga ALLAH memberi kejayaan kepada azam dan cita2 anda. Amin3.

Thursday, November 14, 2013

Usaha untuk menambah kualiti anak-anak di Malaysia Islamic Children's Fair (MICF)

بسم الله الرحمن الرحيم

Semalam saya ada berkongsi tentang aktiviti hebat pada minggu hadapan. InsyaALLAH kali ini saya akan cuba kongsi antara program dan aktiviti yang diadakan di MICF (yang saya tahu sahajalah, mungkin byk lg saya tak tahu)

Dan yang saya nampak usaha MICF ialah:

1- Untuk membantu ibu bapa dalam mendidik anak2.

2- Memberikan banyak pilihan dan idea untuk mendidik dengan lebih kreatif.

sumber gambar:
http://www.facebook.com/micf.my

3- Memberikan motivasi dan kesedaran dalam usaha mengajak ibu bapa mendidik anak2

4- Meningkatkan kualiti anak-anak pada hari ini dengan memupuk kesedaran mendidik dari kecil.

sumber gambar:
http://www.facebook.com/micf.my

5- Menekankan pencapaian anak2 bukan hanya dilihat pada pencapaian akademik sahaja, tetapi terlalu banyak bakat dan kemahiran yang boleh diterokai lagi.

6- Menyediakan satu tempat fokus untuk ibu bapa mendapatkan pelbagai barangan pendidikan untuk anak2... Boleh dapatkan bahan aktiviti untuk anak2 habiskan masa cuti dengan aktiviti yang berkualiti

Antara fokus MICF

Antara pengisian hebat  di MICF:

sumber gambar:
http://www.facebook.com/micf.my
sumber gambar:
http://www.facebook.com/micf.my

sumber gambar:
http://www.facebook.com/micf.my



sumber gambar:
http://www.facebook.com/micf.my

sumber gambar:
http://www.facebook.com/micf.my

Aktiviti pendidikan yang luas:
Pencarian Muazzin Muda
sumber gambar:
http://www.facebook.com/micf.my
Projek Sains:
Membina menara cawan kertas
sumber gambar:
http://www.facebook.com/micf.my
aktiviti kraf
sumber gambar:
http://www.facebook.com/micf.my
Moga usaha seperti ini dapat menjadikan kanak-kanak hari ini peneraju ummah  yang cemerlang dunia akhirat di masa hadapan


P/S: Jom baca Surah AL-Kahf, esok hari Jumaat. Moga beroleh cahaya di dunia dan akhirat
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...