Friday, April 19, 2013

Apa yang istimewa sangat majalah AULAD Mei 2013?

بسم الله الرحمن الرحيم

Kelmarin, saya berjaya dapatkan Majalah AULAD di PASTI Mutmainnah waktu bayar yuran Abdullah.

AULAD bulan Mei 2013
Tema hari guru
Bila belek2, terkejut bila terlihat ini:
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
Wah...memang tak disangka2 blog ini dapat muncul dalam
majalah kesukaan anak2.

Kami tidak pernah  dimaklumkan awal pun.
Amat surprised

Anak2 pun seronok
 Saya hanya menghantar emel ke majalah Aulad memaklumkan ralat dalam ruangan Bahasa Arab yang terdapat dalam edisi Mac 2013 dan juga memberitahu penghargaan dan sokongan keluarga kami kepada Majalah AULAD 
(seperti saya beri penghargaan kepada buku-buku kegemaran saya yg lain.)

Abdullah menghabiskan masa bersama Majalah AULAD yang baru dibeli

Gaya 'ralit' sebegini dah jadi biasa bila tekun
membuat aktiviti
Alhamdulillah banyak faedah dan aktiviti berguna yang anak2 dapat dari Majalah AULAD ini =) Banyak yg dah ditulis di SINI

Ini adalah sedikit rakaman aktiviti Abdullah dengan Majalah AULAD edisi Mei 2013
http://youtu.be/exjph_zOm2w

Moga majalah2 dan buku2 seperti ini terus maju dan dapat menyampaikan ilmu yang berguna kepada kanak-kanak dan masyarakat. =)

Wednesday, April 10, 2013

Percubaan pertama bersuara Muhammad Taha Al-Junayd

بسم الله الرحمن الرحيم

Saya jarang download bacaan Al-Quran dengan suara Muhammad Taha Al-Junayd, sebab dulu tak kenal lagi. Kebanyakan bacaan AL-Quran yang di download adalah dengan suara:
1- Sheikh Saad AL-Ghamidi
2- Sheikh Sudais & Shuraim
3- Sheikh Masyari Affasi
4- Sheikh Abu Bakr Asy-Syatiri.

Baru2 ni saya download Surah Al-Hujurat dengan Suara Muhammad Taha Al-junayd  (untuk hafazan surah baru Abang Abbudey)dan saya pasangkan bacaan tersebut sedang Abang Abbudey dok buat kerja lain. Saya pasang bacaan Al-Quran itu pun x tak sampai setengah surah, kebetulan saya tak sibuk, saya panggil Abang Abbudey untuk baca Al-Quran.

Saya kata: "Cuba abang baca sedap macam budak tadi tu (muhammad Taha AL-Junayd) "

Inilah yang jadi:
Percubaan pertama Abang Abbudey baca dengan suara Muhammad Taha Al-Junayd
*Maafkan beberapa kesalahan tajwid budak 7 tahun ini,
 InsyaALLAH boleh diperbaiki lagi di masa akan datang, amin3* 

Berapa markah yang boleh diberi kepada Abang ABbudey? 
=)

Bagi saya ini menunjukkan walaupun kanak2 sedang bermain, tapi telinga dan otak sangat peka dengan persekitaran hingga dia boleh meniru suara Muhammad Taha Al-Junayd walaupun baru pasang dalam masa 2 minit sahaja.

Jadi, berilah persekitaran yang baik kepada anak jika kita mahukan anak jadi baik. Jadikanlah persekitaran mesra Al-Quran jika ingin anak-anak hafal Al-Quran.

Moga ALLAH berkati kita semua.
Amin3.

Tuesday, April 9, 2013

Alhamdulillah...Lengkap akhirnya =)

بسم الله الرحمن الرحيم


ALhamdulillah....

Akhirnya ALLAH makbulkan doa saya untuk melengkapkan himpunan buku tulisan Puan Roza Roslan seperti impian peminat2 tulisan Puan Roza Roslan yang lain juga.

Alhamdulillah Buku Bukan Sekadar Resepi  (BSR) dalam tatapan.

Alhamdulillah
seronok dapat baca buku ini

gambar yang segar dan menarik


harganya

resepinya
Di sebalik setiap resepi, ada kisah yang tersembunyi
yang Puan Roza Roslan ceritakan

Kisah yang amat menarik
Saya tidak pernah beli buku resepi, kalau rasa nak masak apa, google sahaja. Macam2 versi resepi akan keluar =)

Dulu sebelum pergi belajar ke Syria, seperti beberapa pelajar lain, mak bekalkan beberapa buku resepi =P. Sebab di Syria dulu mana ada internet kat rumah, Internet di CC pun lambatnya lah...huhu

Tapi Bukan sekadar resepi bukan hanya buku resepi sahaja..

Biasanya buku resepi hanya untuk rujukan, tapi buku BSR mempunyai banyak cerita, ilmu dan nilai2 kerohanian dan keinsafan.

Memang bukan sekadar resepi sahaja.

Oh, Puan Roza Roslan sudah menulis sambungan kepada buku BSR, rasanya tajuknya Resepi Antara Benua, InsyaALLAH ingin dimiliki jua.

ALLAH suburkan rasa cintakan ilmu dan minta membaca dalam keluarga kami. Amin3

Monday, April 8, 2013

Kepuasan Hadiah Musabaqah AL-Quran buat Abang Abbudey

بسم الله الرحمن الرحيم

Atas janji untuk membeli hadiah atas kemenangan Abang ABbudey atas kemenangan Musabaqah AL-Quran antara keluarga kami (dalam entri semalam) , inilah hadiah yang dipilih oleh Abang ABbudey ketika di MPH C-Mart.
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v


Lego Ninja Go
Sekarang ni trend budak2 sebaya Abang ABbudey bermain game NinjaGo

Di rumah tak pernah pula anak2 main game NinjaGo
Saya pun tak tahu Ninja Go tu apa benda hinggalah Abang ABbudey minta lego ni.
Kawan2nya main game Ninja Go
Dia minta yang real punya Ninja Go

harganya!
tapi janji mesti dikota
Abang ABbudey dah menang musabaqah.
Hadiah mesti dibeli



Teringat ketika saya kecil, saya juga mengumpul duit untuk membeli set LEGO. kadang2 dapat hadiah dari abah sbb puasa penuh.

Saya masih ingat lagi betapa syoknya bila dapat set LEGO yang diimpikan. Dok tatap, main siang malam. Berimiginasi seorang2.

Begitulah juga dengan Abang ABbudey bila mendapat hadiah ini.

Asyik mengadap LEGO sampai tak tidur seharian dan tidur lambat.Berhari2.



kepuasan Abang Abbudey

Moga Abang ABbudey lebih rajin menghafal AL-Quran dan ALLAH berikan kekuatan ingatan dan mudahkan anak-anak untuk menghafal AL-Quran. AMin3.

Sunday, April 7, 2013

Musabaqah AL-Quran antara Keluarga

بسم الله الرحمن الرحيم

Beberapa hari lalu, rumah kami adakan musabaqah (ujian) Hafazan AL-Quran antara keluarga kami. Ujian AL-Quran seperti yang pernah ditulis di sini, tapi kali ini ada hadiah! =)

Peserta:
Abang Abbudey
Mama
Adik Abdullah

Hakim:
Baba

Cara2nya:
Baba membaca sepotong ayat AL-Quran dari Surah yang dihafaz oleh peserta dan peserta akan menyambungnya. Markah dipotong pada setiap kesalahan.

Peserta pertama Abang Abbudey. Ini video yang dirakam.
http://youtu.be/KRG-xMRZt9k
Soalan pertama dari Surah AL-Fath yang baru selesai dihafal, kurang lancar sedikit.
Soalan yang lain, lancar, ALhamdulillah......

Peserta kedua, mama. 

Peserta ke-3 Adik Abdullah. Tapi pagi tu moodnya tak baik.. (haha...)

Pemenang musabaqah kali ini ialah:
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
MAMA!   

acah je....!

pemenangnya ialah:
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
Abang Abbudey!!!
Yang paling sedikit salahnya.



Tahniah Abang Abbudey!

Moga Abang Abbudey dan Adik ABdullah lebih berusaha dan seronok menghafal Al-Quran. Amin3.

Hadiah untuk Abang ABbudey, InsyaALLAH akan diceritakan pada entri yang akan datang.
=)

Saturday, April 6, 2013

Perkara yang sangat ingin dilakukan

بسم الله الرحمن الرحيم

InsyaALLAH kali ini saya ingin menyenaraikan perkara2 yang sangat ingin saya lakukan dengan anak2 setiap hari. 

Mungkin perkara ini kami sekeluarga lakukan setiap minggu dan bulan, tapi kalau tertinggal sehari dua (samada kerana ibunya sibuk, atau anak2 sibuk), rasa tak best sangat.

ALLAH berkati masa kami dengan perkara yang bermanfaat di dunia & akhirat. Amin3.

Antara perkara tersebut ialah:

1- Baca dan ulang Al-quran anak2
Rasanya macam setiap hari anak2 akan hafal al-quran dengan saya, samaada sikit atau banyak je.
Namun ada juga harinya yang tak sempat nak ulang. 
Bila sehari anak2, tak ulang Al-Quran dengan saya, saya rasa macam dah lama je anak2 tak ulang AL-Quran.

Bila anak2 dapat ulang banyak dengan saya, saya akan rasa seronok. Moga dapat istiqamah. Amin3

2- Membaca buku cerita dengan anak2.
Saya pernah ceritakan di sini yang saya amat bersyukur jika saya dapat bercerita dan membaca buku dengan anak. Amat seronok tau dapat berkongsi ilmu dengan anak2.

3- Anak2 membaca hadis dengan baba.
Nikmat dapat berkongsi ilmu dengan anak2 amat besar dan menyeronokkan. Sangat suka bila anak2 dapat membaca hadis dengan baba seperti di sini

4- Bermain dan membuat aktiviti dengan anak2.
Ini juga adalah antara nikmat yg besar jika dapat lakukan. Tak kisahlah aktiviti kraf, memasak atau apa sahaja. 

Sangat seronok. ALhamdulillah.

5- Bercakap bahasa Arab( dan Inggeris) dengan anak2.
Adakalanya saya akan bercakap Bahasa Arab dengan anak dan ABdullah kelihatan agak fasih berbahasa arab seperti di sini

Tapi selalu juga terlupa nak cakap bahasa arab dengan anak2. 

Rasa rugi sangat sbb dah bazirkan masa dengan tidak berbahasa Arab dengan anak2.

6- Membuat musabaqah Al-Quran dengan anak
Saya sangat suka kalau dapat uji al-quran anak2 seperti dalam entri ini dan juga ini.
Kadang2, tiba2 sahaja saya saja2 akan baca sepotong ayat dan minta anak2 sambungkan. Untuk menguatkan ingatan dan hafazan mereka.
Biasanya ketika naik kereta dengan anak2.
Sangat seronok bila mereka dapat sambung Al-Quran itu dengan betul.
Alhamdulillah.

Tapi kadang2 lupa juga. Biasanya lupa tu lama...huhu..sedih.

Bagi saya antara alasan yang paling utama kam itidak melakukan perkara2 di atas ini ialah tak sempat dan lupa. ALLAH berikanlah kepada kami lebih kerap dan banyak kesempatan dan hindarilah kami dari LUPA.


Saya doakan keluarga lain juga dapat merasai kenikmatan melakukan perkara2 seperti ini dengan anak2. ALLAH berkati masa kita semua dengan keluarga

Friday, April 5, 2013

Info Buku: 1000 Stickers Animals Book

 بسم الله الرحمن الرحيم

Ketika di Kedai Buku Popular, Ampang Point, Abang Abbudey telah mendapat set kraf Pipe Cleaner, Adik  Abdullah pula mendapat buku aktiviti yang menarik ini

buku ini bukan hanya buku sticker semata2
tapi banyak aktiviti menarik yg Abdullah boleh lakukan
menjadi aktiviti yang menarik untuk menghabiskan cuti sekolah yang
lepas.

Beli di Kedai Buku Popular, Ampang Point
Harganya:
RM 19.90 SAHAJA!

Terdapat 80 mukasurat, semuanya berwarna
dan kertas yang tebal dan berkualiti.

Saya rasa ia adalah harga yang berpatutan dan murah untuk
buku yang menarik dan berkualiti ini
=)

Abdullah sangat suka dengan bukunya

sticker yang tersedia untuk dilekatkan untuk aktiviti2 dalam buku ini
Amat menarik

antara aktiviti kesukaan Abdullah

belajar melukis

perlu lekatkan sticker pada bahagian yang pecah2 itu
ini Abdullah lakukan dalam kereta
ketika perjalanan pulang ke Kuala Ketil

Abdullah telah lekatkan sticker binatang dan
carikan jalannya
  
tamnpal stikcer bagi sebelah lagi
gambar binatangh2 di atas bagi hasilkan gambar yang sempura

inilah stikcer2nya

antara aktiviti yang menarik
Adik melukis makanan ikan

makanan kucing yang adik lukis

Adik bulatkan koala yang tersembunyi




Fuh!...banyak kan aktiviti menarik dalam buku ini.
Berbaloi kan utk rm 19.90 !
=)


Alhamdulillah satu lagi buku aktiviti yang menarik untuk anak2.
Terdapat juga buku siri ini tapi yang bertajuk kenderaan dan lain2.
InsyaALLAH akan dapatkan bila Abdullah telah selesai menyiapkan kesemua buku ini.
=)


              KLIK SINI UNTUK LIHAT LEBIH BANYAK AKTIVITI KRAF YANG MENARIK 

Thursday, April 4, 2013

Hasil dari kraf Pipe cleaner lagi

بسم الله الرحمن الرحيم

InsyaALLAH kali ini akan berkongsi beberapa hasil kraf menggunakan pipe cleaner yang dibeli dulu.

putuskan pipe cleaner menggunakan ketip kuku

ok. dah putus dua
pusing-pusingkan untuk jadikan kaki sotong

letakkan gam ke googly eye

lekatkan mata ke kepala sotong

siap.
sotong Abang ABbudey buat
panduan membuat octopus 1
octopus

ini ladybug
panduan membuat ladybug





kucing



panduan membuat kucing




melekatkan mata pada kepala sotong



yang ini sotong adik punya



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...