Friday, March 31, 2017

Peluang mendidik anak-anak.

بسم الله الرحمن الرحيم

Pernah terdetik dalam fikiran apabila melihat ibu bapa yang telah berjaya mendidik anak-anak mereka menjadi insan berjaya di sisi Allah dan juga masyarakat, betapa beruntungnya mereka ini. 

Anak-anak mereka telah dewasa dan menjadi orang yang 'hebat'!

Seperti buku keluarga profazz yang dibaca ini.



Begitu juga dengan beberapa keluarga lain yang pernah ditemui.
MasyaAllah. Beruntung ibu bapa ini.

Begitu juga ada rasa kagum kepada ibu ayah mertua
yang telah berjaya mendidik anak-anak mereka.

Ya. Mereka pasti pernah melalui ujian dan cabaran membesarkan dan mendidik anak-anak dan mereka telah berjaya menghadapinya.


Kita ini pula yang anak-anak masih di sekolah rendah, masih terkial-kial, mencari-cari ilmu, mencuba pelbagai teknik mendidik anak-anak. Terasa takut dan gerun pula apabila anak-anak bakal mencecah usia remaja nanti.


Usia yang penuh dengan cabaran, kegilaan dan emosinya.


Doa sentiasa tersemat kukuh di hati agar anak-anak menjadi remaja dan pemuda Islam yang bertaqwa, takut kepada Allah, memberi banyak manfaat kepada makhluk Allah dan menjadi contoh tauladan kepada remaja lain.


Apalah guna hari yang berlalu tanpa iman dan taqwa dan memberi manfaat kepada masyarakat.


Kita masih ada peluang untuk mendidik dan mencorakkan anak-anak yang masih kecil. Allah bantulah kita semua untuk mencorakkan anak-anak dengan corak Islam yang indah dan utuh.

Ya ALLAH, jadikanlah peluang untuk mendidik anak-anak ini dapat kami gunakan dengan semaksima mungkin untuk mentarbiah mereka, mencorakkan mereka dengan nilai-nilai Islam yang sempurna.

Amin Ya Rabb.

Tuesday, March 28, 2017

Warna-warni tarbiah anak-anak

بسم الله الرحمن الرحيم


"Kehidupan di dunia ini tidak sempurna dan penuh dengan kekurangan. Dunia ini adalah tempat kita diuji. Yang sempurna hanyalah di syurga nanti. Jikalau dunia ini sempurna, maka manusia pasti tidak mahu ke syurga."

Itulah mutiara kata dari Sheikh Ratib Nabulsi yang selalu saya ingatkan kepada diri sendiri




Begitulah dengan mendidik anak seharian. 

Bukan setiap hari itu berjalan dengan baik dan ceria sahaja. Adakala ada juga suram dan hujan ribut. 

Namun secara purata dan keseluruhan,Alhamdulillah semuanya baik. Syukur kepada Allah.

Alhamdulillah juga Allah beri kami peluang untuk sentiasa bersama anak-anak, mendidik mereka sejak bayi. Samada di rumah atau di sekolah, mereka tidak lepas dari pandangan mata kami.

Namun suatu hari nanti, mereka tetap akan berdikari, tidak lagi di bawah pandangan dan jagaan ibu bapa. Ketika itu doa dan sepenuh harapan agar mereka semua sentiasa bertaqwa kepada Allah dan ingat bahawa Allah subhanahu wa taala sentiasa memerhatikan mereka walaupun ibu bapa tidak melihat.

Dalam mendidik anak-anak juga, adakalanya kami juga melakukan kesilapan. Manusia itu memang tidak lari dari kesilapan dan Allah itu Maha Pengampun.


Adakalanya terlebih garangnya, terlebih stress, anak-anak pula kini sudah di usia awal remaja, sudah lain perasaannya bila dimarah. Astagfirullah...... Ampunilah kegagalan kami mengawal api kemarahan dalam dada.


Kemarahan yang pasti di hujungnya ada penyesalan. ASTAGFIRULLAH....


Allah itu Maha Penyayang. Dia menghantar insan untuk menegur kesilapan yang kami lakukan.


Ikhlas dalam lubuk hati untuk mendidik anak-anak dengan bersungguh-sungguh agar mereka menjadi insan yang bertaqwa kepada Allah, bermanfaat buat manusia dan Ummat Islam. Biarlah zuriat ini menjadi tauladan bagi orang yang bertaqwa. 

Itulah doa yang dipanjat sejak dahulu lagi.


Tidaklah kami inginkan hari yang berlalu dengan sia-sia sahaja tanpa perkara yang mendekatkan diri kepada Allah, menambahkan ilmu di dada dan memberi manfaat kepada masyarakat.

Muka akhir dari buku:
The Best Student Of The Day
Oleh:
Dr.Nik Salida & Bahruddin Bekri

Dibaca pada jam 1 pagi tadi.

Ia berbekas di hati!



Kami hanyalah insan yang lemah yang mengharapkan belas ihsan dan kasih sayang Ilahi untuk menggapai Firdaus bersama-sama. Amin Ya Rabb.

Friday, March 24, 2017

Kisah Vietnamese Spring Roll

بسم الله الرحمن الرحيم

Semalam terlihat post seorang rakan di Facebook yang menjual Vietnamese Spring Roll. Beberapa minggu yang lepas pernah membelinya dengan rakan tersebut.



Melihat post tersebut menyebabkan rasa terliur dan teringinnya....

Tapi kawan tersebut tinggal di Sungai Petani dan kami pula tiada keperluan nak pergi ke Sungai Petani dalam sehari dua ini.

"Tak apalah, buat sendirilah. Cuma kena beli sayur-sayuran dan rice paper (kulit vietnamese spring roll itu) sahaja."

Pada pagi tersebut, kami berjalan kaki ke market untuk membeli sayur-sayuran dan rice paper. Sayuran senang didapati, namun rice paper tiada dijual.

"Di Sungai Petani mesti ada jual. Nanti kita belilah."

Fikiran merancang-rancang bilalah boleh ke Sungai Petani (25KM dari rumah) untuk membeli rice paper.

Tepat jam 8.30 pagi, baba pergi ke Kuliah Dhuha di rumah seorang penduduk Kuala Ketil.

Beberapa ketika selepas itu, sampai mesej Whatssapp dari baba:


Allah.....

Antara hidangan selepas Kuliah Dhuha pada hari tersebut ialah Vietnamese Spring Roll yang teringin sangat tu dan dicari-cari pada pagi tadi.

Allah.....

Kami berusaha dengan daya usaha dan kekuatan sendiri hingga lupa berdoa kepada ALLAH.

Namun Allah perkenankan keinginan remeh hambaNya ini yang lupa meminta kepadaNya.

Allah...

"Keinginan sekecil inipun Allah perkenankan...Perkenankanlah doa-doa yang kami pohon setiap hari Ya Rabb." Terjentik rasa insaf dan pengharapan penuh kepada Allah Subhanahu Wa Taala.




Tuan rumah tersebut bukan hanya membungkuskan Vietnamese Spring Roll yang dah siap sahaja, malahan rice paper pun diberikan.... banyaknya berkeping-keping.

"Tak payah dok cari dah. Ambik yang ini." Kata tuan rumah.

Allah....

Betapa pemurahnya Allah menghantarkan rezeki yang kita inginkan melalui makhluknya.


Terus hati terdetik:
"Ya ALLAH, Engkau tunjukkan sifat pemurahnya yang dapat menghadirkan rezeki dengan sekelip mata, permudahkanlah urusan pembinaan Maahad Al Iman dan jadikan ia pusat mendidik yang cemerlang dunia dan akhirat. Bantulah kami untuk mendidik anak bangsa. Jadikanlah kami orang yang cemerlang dunia dan akhirat."

Rayuan Pembinaan Masjid Maahad Al Iman.

Maklumat lanjut boleh lihat di Facebook Maahad Al Iman Li Ulumil Quran:
https://www.facebook.com/maahadaliman/


Moga doa pada Hari Jumaat ini diperkenan Allah...

Amin


***JANGAN LUPA AL-KAHFI YA!

Wednesday, March 22, 2017

Video yang menyentuh hati

بسم الله الرحمن الرحيم

MasyaAllah...

Hati sangat tersentuh mendengar kuliah Ustazah Norhafizah Musa pada tengahari Jumaat yang ditonton secara live di Facebook IKIMfm.




MasyaALLAH,,,banyak isi yang boleh diambil dari kuliah-kuliah ini.

Isi yang mengajak kita untuk muhasabah dan mengubah diri ke arah yang lebih baik agar berjaya di dunia dan akhirat.





Semoga ALLAH sentiasa memelihara dan memberkati orang yang sentiasa berusaha untuk menyebarkan ilmu dan mengislah masyarakat.

Sunday, March 19, 2017

Hasil rekaan Photobook Abdul Rahman terkini

بسم الله الرحمن الرحيم

" Mama dengan baba nak buat kerja kat laptop tak? Kalau abang nak buat photobook kat laptop boleh tak? Dah lama abang tak buat photobook" Abdul Rahman meminta izin dahulu sebelum menggunakan laptop.

Laptop di rumah jarang sangat digunakan oleh anak-anak.

Laptop ini hanya digunakan untuk urusan penulisan tesis dan buku sahaja.

Abdul Rahman juga teringin nak buat photobook apabila melihat ibunya membuat photobook khas untuk Ahmad Zaid yang sudah setahun. Photobook yang menghimpunkan perbezaan wajah-wajah Ahman Zaid dalam tempoh setahun pertama dalam hidupnya.

Ini juga bersempena dengan promosi photobook percuma yang dibuat oleh Groupon


Inilah hasil photobook yang dibuat oleh Abbudey. Hasilnya dilihat menarik dan comel sahaja.

Cover photobook yang dibuat oleh Abbudey




Photobook ini juga seronok apabila dapat dihadiahkan kepada saudara-mara dan rakan taulan.

Ramai orang suka melihat gambar mereka dihias indah seperti yang dibuat oleh Abang Abbudey ini kan?

Ada pahalanya menggembirakan hati orang lain dan memberi hadiah kepada orang lain.

InsyaALLAH usaha yang ada kebaikannya.



Thursday, March 16, 2017

Perkembangan Ahmad Zaid (1 tahun 3 bulan)

بسم الله الرحمن  الرحيم

MasyaALLAH...

Kemajuan teknologi menyebabkan perasaan untuk membesarkan Ahmad Zaid sedikit berbeza dari kedua abangnya.

Sebenarnya kami sudah banyak lupa tentang  perkembangan abang-abangnya ketika seusia Ahmad Zaid sekarang hinggakan apabila kami melihat semula memori-memori dan catatan lama tentang aktiviti abang-abangnya di dalam blog ini, kami rasa takjub semula dengan perkembangan mereka ketika usia itu.

Manusia ini banyak sungguh lupanya ya.

Masa juga terasa amat pantas berlalu.

Abdul Rahman dan Abdullah yang dahulu kecil comel, sekarang sudah mendekati usia remaja. MasyaALLAH.

Sejak mengandungkan Ahmad Zaid, saya menambahkan ilmu dan info tentang kandungan dan bayi melalui aplikasi HP dan juga emel yang dihantar melalui aplikasi tersebut.

MasyaALLAH...

Banyak ilmu baru yang dapat menambahkan lagi pengetahuan kita terhadap bayi dan anak kecil kita.

Seperti petikan emel ini:



MasyaALLAH, perkembangan bahasa Ahmad Zaid juga hampir sama dengan apa yang tertulis dalam emel tersebut.

Ahmad Zaid sangat suka menyebut:

"Kuroh"
 (Bola dalam Bahasa Arab)
Dia sangat sukakan bola.

Malahan ada permainan yang digemarinya juga disebut 'kuroh'

Perkataan lain yang selalu disebutnya ialah

"Bye" sambil melambai-lambai tangan.

"Gol" Setelah menendang bola.

"Eeeeeiii" apabila dia melihat sesuatu yang digelikan.



Antara arahan yang sudah difahami oleh Ahmad Zaid ialah arahan supaya bersalaman dan tutup pintu.

InsyaALLAH semoga Ahmad Zaid membesar menjadi insan yang cintakan ilmu dan dekat dengan Ilahi.

Amin.

Monday, March 13, 2017

Pengajian Kitab Hadis, Doa yang Allah perkenankan

بسم الله الرحمن الرحيم


Prinsip saya ketika membaca buku ialah, ambillah dan amalkanlah kebaikan yang terkandung dalam buku tersebut dan jadikanlah perkara yang tidak baik yang ditulis sebagai pengajaran bagi kita.

Apabila membaca buku, pasti ada pengajaran yang melekat di dalam hati.

Begitu juga ketika membaca buku BAHAGIA BUKAN GEMBIRA hasil karya Puan Anfaal Shaari.


Banyak pengajaran yang saya dapat dalam buku ini. Namun salah satu yang sangat melekat di hati ialah kisah anak-anak beliau yang melatih kemahiran berbicara dengan melakukan tazkirah pendek setiap lepas solat Maghrib, seperti yang tertulis dalam gambar di bawah ini.


Dalam hati saya, saya merasakan MasyaALLAH seronoknya apabila anak-anak dilatih memberi tazkirah bermula dari rumah. Seronoknya apabila ada pengajian bersama anak-anak di rumah.

Alhamdulillah memang saban hari kami akan menbaca Al-Quran, mendengar bacaan Al-Quran anak-anak. 

Pengajian pun pernah berjalan beberapa kali (seperti yang dicatatkan dalam entri DI SINI, DI SINI, DI SINI, DI SINI, DI SINI, DI SINI, DI SINI dan DI SINI) dan terhenti akibat kesibukan dan kepenatan di siang hari. Bila tertinggal mulalah lupa untuk diamalkan semua.

Kerana itulah saya merasakan MasyaALLAH seronoknyalah kalau ada pengajian di rumah bersama anak-anak


Alhamdulillah Allah itu Maha Mendengar hasrat hamba-hambaNya walaupun hamba itu penuh kekurangan dan dosa.

Alhamdulillah pengajian kitab hadis Riyadus Solihin telah bermula beberapa hari di rumah kami bersama anak-anak.

Plan kami pengajian ini sepenuhnya dalam Bahasa Arab untuk memantapkan Bahasa Arab anak-anak





Setiap malam hanya baca 1 hadis beserta dengan syarah dalam Bahasa Arab.

Itu sahaja.

Ringkas.


Doa saya sentiasa agar pengajian ini istiqamah dan berpanjangan hingga akhir Kitab Hadis Riyadus Solihin dan membaca kitab-kitab lain pula dan ada kerja-kerja yang boleh memberi kesan yang baik untuk masa depan kami sekeluarga di dunia dan akhirat. Amin

Amin Ya Rabb.

Friday, March 10, 2017

Video: Kesabaran menuntut Ilmu

بسم الله الرحمن الرحيم

Saya pernah kongsikan video Abdul Rahman membetulkan bacaan At Tawwuz DI SINI. InsyaALLAH kali ini saya akan berkongsi video penuh bacaan Al-Fatihaah Muhammad Abdul Rahman di hadapan Sheikh Mahir dan memperbaiki makhraj huruf dan tajwidnya.


Inilah antara aktiviti anak-anak ketika menziarahi Sheikh di Universiti Imam Asy-Syafie di Cianjur pada penghujung Bulan Januari yang lalu.

Jika berkelapangan, sheikh akan mendengar hafazan siswa-siswa selepas solat fardhu di dalam atau luar koridor masjid.

Anak-anak ini bersama mengajak rakan-rakan mereka untuk tasmik hafazan dengan Sheikh Mahir.

"هيا نقرأ القرآن عند الشيخ ماهر"



Rakan-rakan sepermainan mereka.
(anak-anak kepada pensyarah di universiti tersebut)


Dari pagi sampai ke Maghrib mereka bermain di luar rumah.
kawasan di kuarters pensyarah ini InsyaALLAH selamat kerana berpagar dan dikawal, orang luar tidak boleh masuk sewenang-wenangnya.

Anak-anak ini hanya pulang sebentar-sebentar dan ambil biskut untuk alas perut,
Sayang sungguh masa mereka terlepas untuk bermain.
Nak duduk makan pun mereka tak mahu, takut tak sempat nak main.

Macam-macam yang mereka mainkan.Perang rumput menggunakan rumput yang baru dipotong.
Berlawan
Lumba lari

Setiap kali azan berkumandang, mereka akan berhenti main dan terus solat di masjid.

Selepas solat, terus sambung semula bermain.

Cuaca pun sangat elok. Sejuk-sejuk sahaja sepanjang hari. Tidaklah panas ketika bermain di luar. Itu yang lagi seronok mereka bermain.

kerana itulah anak-anak sangat sedih apabila tiba hari pulang semula ke Malaysia.

Seronok sungguh mereka bila berada di Cianjur. Bagaikan syurga

Benteng dan istana yang mereka bina

Mereka akan duduk beratur dalam barisan dan menunggu giliran mereka untuk membaca di hadapan sheikh..

Sheikh akan membetulkan makhraj huruf dan tajwid.


Begitu bersabarnya sang guru untuk memperbaiki setiap makhraj huruf yang salah dengan penuh teliti walaupun Surah Faatihah sahaja, tetapi hingga 5 minit masa diambil untuk memperbetulkan semua makhraj huruf di dalam Surah Al-Faatihah.

Sang pelajar juga mestilah tabah dan banyak bersabar memperbetulkan kesalahan yang ditegur oleh guru. Janganlah ada rasa jemu, bosan dan berputus asa sekalipun terlalu banya kesalahan yang perlu diperbetulkan.

Beginilah yang kami lalui dan biasa dilalui oleh pelajar-pelajar yang memperdengarkan hafazan kepada sheikh dan mengambil ijazah Al-Quran bersama sheikh.

Doa saya sentiasa agar kami sekeluarga diberi peluang yang banyak dan rezeki untuk menghantar hafazan kepada sheikh hingga khatam Al-Quran dan dapat buat ijazah dengan sheikh.

Amin Ya Rabb

Tuesday, March 7, 2017

Percutian di Gunung Tangkuban Perahu, Bandung, Jakarta

بسم الله الرحمن الرحيم


Penerbangan kami ke Indonesia pada penghujung Bulan Januari yang lalu memang bertujuan utama untuk menziarahi keluarga Sheikh Mahir sahaja.

Kami tidak plan pun untuk berjalan-jalan di Indonesia kerana tahu jalannya yang selalu sesak dan lambat berdasarkan pengalaman 3 tahun yang lalu.


Namun, apabila diajak, kami tidak lepaskan peluang untuk ke Bandung. 

Itupun balik hari sahaja. Keluar dari Cianjur jam 9 pagi dan sampai semula ke sana jam 9 malam.

Kami hanya pergi ke Gunung Tangkuban Perahu untuk melihat kawah gunung berapi di sana.

Perjalanan dari Cianjur ke Bandung memakan masa 3 jam.

Anak-anak pun asyik bertanya berulang kali bilakah akan sampai?

1 hari hanya cukup untuk pergi ke satu tempat sahaja kerana jarak yang jauh dan perjalanan yang lama.

JANGAN LUPA UNTUK MEMBAWA JACKET KERANA ANGIN KENCANG DAN SEJUK DI GUNUNG TANGKUBAN PERAHU INI.

Gambar berlatar belakangkan kawah gunung berapi ini wajib diambil jika sampai
ke Gunung Tangkuban Perahu ini.

Sangat teruja untuk menunggang kuda di sini


Ahmad Zaid yang sangat seronok dapat berjalan setelah 3 jam di dalam kereta.

Puas kepung Ahmad Zaid yang mahu berjalan sendiri.

Kami setia mengikutnya dekat-dekat dari belakang.


Ahmad Zaid yang mahu turun berjalan


Terdapat beberapa gerai menjual ole-ole dan beberapa penjual yang menjual buah-buahan dan cerderamata.

Namun jika kita beli dari seorang, ramai pula yang datang menjual kepada kita.

Jenuh menepis.

Mesti pandai tawar menawar untuk dapat harga yang menarik.




Penjual bekas tisu menjual barangannya

Alhamdulillah percutian yang menyeronokkan.

Sunday, March 5, 2017

Tip Membawa Anak Kecil Menaiki Kapal Terbang

بسم الله الرحمن الرحيم


Penerbangan kami ke Cianjur pada penghujung bulan 1 yang lalu adalah penerbangan pertama bagi Ahmad Zaid yang baru berusia 1 tahun 2 bulan.


Membawa anak kecil menaiki kapal terbang semestinya tidak semudah membawa anak-anak yang dah besar.

Mudah sahaja anak-anak kecil menjerit dan menangis kerana kebosanan dan tidak boleh duduk lama di dalam kapal terbang.

Dahulu Abdullah pun pernah dibawa menaiki kapal terbang ketika baru berusia 1 tahun, pernah ditulis dalam entri DI SINI



Antara tips untuk membawa anak-anak kecil menaiki kapal terbang:

1- Pastikan sediakan pakaian yang sesuai untuk anak, jacket jangan dilupa jika penghawa dingin terlalu kuat di airport dan dalam kapal terbang.

2- Sediakan juga air, biskut untuk mereka kunyah jika sakit telinga

3- Sediakan makanan kegemarannya untuk dijadikan bahan untuk memujuk bila mereka kebosanan.

4- Biarkan anak-anak bermain sepuas-puasnya ketika di lapangan terbang supaya mereka keletihan dan tidur nyenyak ketika dalam kapal terbang nanti kerana mereka tentu amat kebosanan kerana penerbangan yang memakan masa yang lama.

5- Bawa sekali bantal kecil agar anak boleh tidur dengan selesa dan lama di dalam kapal terbang.

6- Stroller amat membantu sekali kanak-kanak untuk perjalanan yang banyak di dalam lapangan terbang.


Ahmad Zaid bermain sepuas-puasnya di Lapangan Terbang Jakarta



Wajah ceria selepas selesai makan


Hanya gambar abang-abang sahaja yang ada dalam kapal terbang. Ahmad Zaid tidur kerana kepenatan bermain di playroom di airport.

InsyaALLAH tips ini dapat membantu anda

Friday, March 3, 2017

Mendapatkan semula pulangan wang?

بسم الله الرحمن الرحيم

Zaman sekarang ini pasti ramai yang suka shopping online hingga ada yang ketagihan.

Bagi saya pula, saya hadkan sebahagian kecil dari duit gaji untuk shopping. 


Sebelum shopping online juga, dibandingkan dulu harga barang jika lebih murah atau mahal jika dibeli di kedai. Dan juga dibandingkan juga adakah berbaloi masa jika dibeli di kedai atau secara online??


Beberapa bulan yang lalu, saya mengetahui tentang website untuk mendapat pulangan semula sebahagian dari wang yang kita belanjakan secara online:

Inilah websitenya:




Sesiapa sahaja boleh daftar (sign up) dengan mudah.

Terdapat pelbagai link kedai online yang boleh kita dapatkan balik pulangan wang

Siapa yang tahu shopping online, pasti akan boleh sign up dalam website SHOPBACK ini.

Pulangan wang sehingga 11% di LAZADA

Walaupun nampak macam sedikit sahaja pulangan, tapi dikumpul-kumpul boleh
dapat leboh ratusan ringgit semula pulangan wang yang kita gunakan untuk
shopping.

Pulangan wang yang sudah diterima


Macam kita sign up untuk Facebook, emel dan lain-lain.


Perkara yang baik, elok dikongsi infonya.


Ramai yang tahu shopping online, tapi ramai yang tidak tahu untuk mendapatkan pulang wang semula.

Semoga bermanfaat.

Wednesday, March 1, 2017

Terasa seperti berada di syurga dunia

بسم الله الرحمن الرحيم

Berada di Cianjur beberapa hari, terasa bagai berada di syurga.


MasyaALLAH.

Begitulah rasa hati yang diluahkan kepada tuan rumah (Sheikh Mahir sekeluarga) di sana.

Cuaca yang nyaman

Tempat yang cantik

Persekitaran yang sangat aman damai, penuh dengan aroma islamik.

Udara yang segar

Makanan yang sedap-sedap.

Anak-anak yang bahagia sebab boleh bermain sepanjang hari dengan kawna-kawan mereka.

Tinggal sebentar segala urusan kerja dan tesis.

MasyaALLAH

Bahagia sahaja rasa



MasyaALLAH.

Persekitaran yang nyaman dan aman damai

Kawasan di sini juga seperti Cameron Highland. Tanahnya subur. Penuh persekitarannya ditanam pokok-pokok bunga, pokok buah dan sayur-sayuran.

Sejuk mata memandang.


Suka sangat tengok pokok bunga ini kerana jarang dapat lihat di Malaysia.

Bunganya besar-besar dan menghala ke bawah


Kawasan semaian buah dan sayur di dalam kawasan universiti.






Tuan rumah juga sentiasa memasak dan menghidangkan kami makanan yang lazat-lazat, Alhamdulillah..



Kentang lecek dan pizza

Anak-anak yang berselera untuk sarapan dan tak sabar-sabar nak keluar bermain.

Makanan dan buah-buahan yang disediakan.

MasyaALLAH


Karipap keju dan gandum







Pasta
Murtabak Cheese dan ..... (seperti cucur bawang)


Begitulah bagaimana hebatnya Orang Arab memuliakan tetamu. Tempat tinggal dan makanan disediakan sehabis baik.

Hinggakan kami terasa segan nak berlama-lama di sana, terasa takut membebankan tuan rumah.


Namun rasa sangat sedih apabila tiba hari meninggalkan Cianjur.

Anak-anak pun sangat rindukan rakan-rakan mereka untuk bermain bersama.

InsyaALLAH ada rezeki untuk kami kembali ke sini lagi, InsyaALLAH.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...