Monday, September 30, 2013

Menyusun huruf hijaiyyah menggunakan blok iqra'

بسم الله الرحمن الرحيم

Pada awal tahun ini, saya pernah menulis tentang blok iqra' seperti gambar di bawah ini:

Tulisan tentang blok ini boleh dibaca di sini:
dan

Beberapa hari yang lalu, Abdullah mengambil blok ini dan bermain. (Permainan yang disimpan, bila diambil semula akan rasa seperti bermain dengan mainan baru kerana lama tak bermain dengannya.


Abdullah menyusun dan mengingat sendiri urutan huruf hijaiyyah dari bawah ke atas. jadi alif akan berada di bawah sekali, di atasnya ba...... dan seterusnya
kelihatan baris hurufnya berbeza kerana Abdullah melihat baris pada kiub yang di atas

seperti ini

dia begitu seronok menyusun sehingga habis

kemaskan binaan susunan huruf hijaiyyah.

seronok sebab dan selesai...
Alhamdulillah susunan huruf hijaiyyah dari alif hingga ya amat senang dan dapat diingati, disusun dengan betul.

Saturday, September 28, 2013

Kraf: Puppet Zirafah

بسم الله الرحمن الرحيم

Kraf kali ini juga adalah hadiah dari mak long Safiyyah kepada Abang Abbudey


kotak kraf

belakang kotak
isinya


cara membuatnya


hasil yg dah siap dibuat oleh Abang Abbudey dan Adik Abdullah....

p/s: mata zirafah ini dah tercabut..
proses membuatnya tak sempat nk tgkp gmbr =P
              KLIK SINI UNTUK LIHAT LEBIH BANYAK AKTIVITI KRAF YANG MENARIK 

Thursday, September 26, 2013

Menulis Diari Celik Saya

بسم الله الرحمن الرحيم

Alhamdulillah, proses mengenalkan Abang Abbudey dengan buku Diari Celik Saya, Inpirasi dr Prof Muhaya (pernah diulas di sini) disambut baik oleh Abang Abbudey.

Alhamdulillah, Abang Abbudey menunjukkan minat untuk mencatat Diari Celik Saya. 

Pada permulaannya, sedikit bimbingan dan idea prlu dijelaskan kepada anak darjah 1 ini, bagaimana perlu isi Diari Celik Saya itu, tapi lama2 Abang Abbudey mampu berfikir dan tulis sendiri tentang impiannya, kesyukurannya, muhasabah solat dan bacaan AL-Qurannya ... Alhamdulillah..

inilah bukunya

Abang Abbudey sedang melukis impiannya

tekun.
MasyaALLAH

adik pun nak melukis juga



Bagi saya, memiliki Diari Celik Saya ini akan menyedarkan anda tentang pentingnya anak2 berfikir tentang impian mereka dan muhasabah diri mereka

Tuesday, September 24, 2013

Abbudey: Surah HA MIM yg KE-7 sempena umur 7 tahun

بسم الله الرحمن الرحيم

Alhamdulillah, bulan september ini genaplah umur Abang Abbudey 7 tahun. ALLAH berkatilah anak2 ini sepanjang hayatnya dan jadikanlah mereka insan yg bermanfaat kepada Islam.

Kebetulan juga, pada bulan ni juga Abang Abbudey dalam proses menghafal Surah Ha mim (حم)  yg terakhir baginya, iaitu Surah Ghofir/ Mukmin... Boleh rujuk di sini:


Surah baru hafazan Abang Abbudey di awal usia 7 tahun
Surah2 di dalam AL-Quran yg dimulai dengan ha mim (حم) ada 7 semuanya
1- Ghofir
2- Fussilat
3- Asy- Syura
4- Az-Zukhruf
5- Ad- Dukhan
6- Al-Jatsiyah
7- Al- Ahqaf


muka pertama Surah Ghofir.
ALLAH mudahkanlah anak2 ini menghafal, memahami, mentadabbur dan mengamalkan Al-Quran
Amin3
Oleh kerana sudah lebih 6 juz  (131 mukasurat) yg Abang Abbudey hafal, saya ingin merakam video untuk kenangan kelak.... tapi masih belum berkesempatan lg (perrghhh alasan semata). ALLAH mudahkan semua urusan kami.. amin3...

Sunday, September 22, 2013

Anak arnab berusia 3 minggu...Alhamdulillah

بسم الله الرحمن الرحيم

Pada bulan lalu, saya ada menulis tentang perihal kami membela arnab hasil dari hadiah dari seorang rakan. Tercatat di sini:
http://cinta-rasul.blogspot.com/2013/08/penambahan-ahli-keluarga-kami.html

Alhamulillah, beberapa minggu yg lalu, arnab yg disangkakan jantan itu (rupa2nya betina) , telah melahirkan 6 ekor anak.... Tapi hanya 2 sahaja yg masih hidup..(Moga terus sihat dan membesar)

besar tapak tangan sahaja ketika anak2 arnab ini berusia 2 minggu.
gambar di atas pula ialah usianya baru sehari

keluarga arnab ini

Ini pula pada minggu ketiga usia anak arnab ini

MasyaALLAH..
Maha suci ALLAH yang menciptakan makhluk yg comel amat ini...
=)

Saturday, September 14, 2013

Buku cerita baru bersama anak2

بسم الله الرحمن الرحيم

ALhamdullillah, beberapa minggu lalu, kami berjaya menamatkan bacaan buku untuk slot bercerita pada setiap malam.

alhamdulillah buku ini selesai diceritakan kepada anak2
moga mereka dapat ingat, mencontohi akhlak, sunnah Rasulullah Sallahu Alaihi wasallam dan mengambil pengajaran dari sirah Rasulullah Sallahu Alaihi Wasallam
Pernah ulas tentang buku ini di sini


Alhamdulillah, kali ini, slot bercerita disambung lagi dengan cerita dari buku baru. Inilah bukunya
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v

Selepas selesai cerita ttg Sirah nabi
Slot bercerita disambung dengan kisah perjuangan para sahabat Radiallahu anhum ajmain

** Buku ni juga diguna oleh baba ketika kuliah maghrib di Surau Hidayah, Sungai Petani setiap bulan


Antara isi kandungan buku ini:

Kami mula dengan bercerita tentang Khalifah yg pertama: Saidina Abu Bakar As-siddiq......




Setiap malam saya akan bercerita kepada anak2, dan untuk mendapat perhatian mereka, sambil bercerita, akan selang seli dengan soalan:
contoh:
Siapa tau Saidina Abu Bakar kerja apa?
Siapa tau kenapa Saidina Abu Bakar digelar As-Siddiq??

Jadi, mata anak2 akan sentiasa cerah mendengar cerita dan mencari peluang untuk jawab soalan =).

ALLAH kumpulkanlah kita semua bersama para sahabat Rasulullah Sallahu Alaihi Wa Sallam yg telah dijamin redha ALLAH di syurga nanti. amin3

Thursday, September 12, 2013

Abdullah menyertai pertandingan khutbah

بسم الله الرحمن الرحيم

Alhamdulillah minggu lepas dan minggu sebelumnya  Abdullah telah menjadi wakil Pasti Mutmainnah ke pertandingan khutbah Alam Ria PASTI peringkat Sungai Petani dan juga peringkat Negeri Kedah.

menonton video khutbah Abang Abbudey yg lama
http://cinta-rasul.blogspot.com/2012/04/penggambaran-pesan-atok-di-tv9-satu.html

suasana sekitar kawasan ketika Alam Ria Pasti Sungai Petani


sementara menunggu guliran


ketika pertandingan khutbah Alam Ria peringkat Negeri Kedah
(tangkap gambar ikut selah tingkap je...)

gambar yg diambil dari FB PASTI ALOR SETAR
https://www.facebook.com/pasti.kawasanalorsetar/media_set?set=a.536896416381559.1073741858.100001836179255&type=1


menerima hadiah ketika Alam Ria peringkat Sungai Petani

Alhamdulillah, walaupun tidak berjaya di Alam Ria peringkat Negeri Kedah, tetapi ia memberi satu pengalaman kepada anak ini, mecabar keberanian untuk bercakap di atas pentas di khalayak ramai. 

Moga Abdullah menjadi lebih berani dan berkebolehan untuk berkomunikasi di khalayak ramai pada masa hadapan.

Untuk melihat lebih gambar pertandingan Alam Ria PASTI peringkat Negeri Kedah, boleh lihat DI SINI

Tuesday, September 10, 2013

Kraf: kucing 3d puzzle

بسم الله الرحمن الرحيم


Set kraf kali ini adalah hadiah dari Mak Long Safiyyah.






Set kraf ini sangat mudah seperti set puzzle 3D yang lepas2. Abdullah (5 tahun) boleh membuatnya sendiri tanpa pertolongan sesiapa pun.


Langkah pertama: Mula menyambung kepingan2 puzzle.
Perlu fokus yang ketelitian yang mendalam


siap dipasang


Langkah seterusnya ialah mewarna kucing yang telah siap dipasang

muka serius dan muncung tanda tengah khusyuk dan  fokus.
Alhamdulillah...siap!


kucing yang colourful =)



Faedah dari aktiviti ini ialah fokus dan kreativiti =)

              KLIK SINI UNTUK LIHAT LEBIH BANYAK AKTIVITI KRAF YANG MENARIK 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...