Saturday, March 28, 2020

Hijrah Rasulullah sallallahu Alaihi Wasallam Education Board Game

بسم الله الرحمن الرحيم


Entri ini ditulis pada 11/10/2019.

Pagi Jumaat.

Abdullah mengajak bermain permainan yang baru dapat ini.

Nampak seperti menarik.

Seperti board game yang lain, tetapi ia penuh dengan informasi dan maklumat yang berguna tentang hijrah dan tokoh-tokoh Islam.

Permainan board memang menarik dan dapat mengeratkan hubungan kekeluargaan.

Dengan lukisan dan latar belakang yang comel.

Cara permainan yang ringkas dan mudah.


Banyak info yang bagus


Kalau tak dapat jawab, hilang 1 giliran untuk jalan.

Ini adalah soalan untuk Abdullah.

Alhamdulillah dia dapat jawab soalan ini.


Diterangkan cara permainan.



Menarik dan menambah informasi.

Boleh beli di fb :

Tuesday, March 24, 2020

Sebarkan atau sembunyikan

بسم الله الرحمن الرحيم

Entri ini ditulis pada 7/10/2019

Antara pengajaran yang baik yang dapat dari kenangan konvokesyen Huffaz nusantara 2019 ialah samada menceritakan kehebatan diri/ anak-anak/ saudara mara/ cucu atau diamkan.


Manusia ini ada bermacam-macam perangai dan telatah.

Ana yang suka bercerita kelebihan diri, anak-anak dan saudara mara kepada orang lain.

Ada pula yang diamkan saja.

Mana yang patut kita contohi.?


Dari apa yang difikirkan kedua-duanya bagus, tapi mestilah dengan sekadarnya dan tidak melampau

Contohnya, jika kita bercerita kejayaan saudara mara kita kepada orang ramai, insyaallah ada yang terinspirasi dan berusaha untuk mencontohi mereka.

Ada juga yang mendoakan kebaikan.

Namun perlu juga berhati-hati dengan hati yang dengki terhadap kejayaan orang lain.

Kerana itu berkongsilah sekadarnya.


Dalam situasi kedua, jika kita diam, ia juga mungkin baik untuk mengelakkan riyak, sombong dan takabbur, namun tak dapat pula kita memberi inspirasi kepada orang lain. Sebaik-baik manusia adalah yang paling banyak memberi manfaat kepada orang lain.


Teringat saya kenangan dalam dewan kuliah ketika tahun 2 tahun 2004, di kuliah dakwah Mujamma' Sheikh Ahmad Kiftaro dulu.


Anisah Maha Alharbali, pensyarah subjek mustolah hadis bertanya di hadapan siswi:
Siapa di antara kamu semua yang hafaz 30 juz Al-Quran.?

Seperti biasa, orang melayu yang terkenal dengan rendah diri dan tawaduk, pasti dan tidak menjawab atau mengaku.

Tapi ramai yang tahu siswi X adalah Hafizah al Quran. Lalu mereka menyebut namanya.

Anisah Maha bertanya:
"Kenapa kamu tidak angkat tangan mengaku yang kamu hafaz Al-Quran semuanya? Kamu malu? Kamu takut kamu riyak?

Sebenarnya zaman sekarang kita lebih perlu mengaku kebaikan kita untuk memberikan contoh tauladan kepada orang lain supaya manusia dapat mencontohi perkara yang baik.

Kita sangat kurang mempunyai contoh tauladan yang baik sedangkan contoh keburukan itu sangat banyak."

Begitulah pandangan Anisah Maha.


Jadi sebaiknya kita bersederhana dalam apa juga keadaan.

Insyaallah semoga Allah berkati kehidupan kita.

Friday, March 20, 2020

Kenangan Ahmad Zaid di konvokesyen Huffaz Nusantara 2019

بسم الله الرحمن الرحيم


Entri ini ditulis pada 6/10/2019


Entri ini hanya bertujuan untuk menyimpan memori indah anak-anak, semoga dikenang kembali saat ini pada masa hadapan.


Doa kami sentiasa moga Allah memanjangkan nikmayNya kepada kita semua hingga kepada nikmat yang teragung sama-sama di Al Firdaus nanti... Ya Rabb.


Ketika di konvensyen Huffaz nusantara, banyak memori indah bersama Ahmad Zaid.

Abdullah dan Abdul Rahman antara penerima sijil Huffaz yang termuda.



Ahmad Zaid sejak 2 minggu telah menunggu dan bertanya setiap hari bila nak pergi hotel?

Dia merasakan dapat bercuti di hotel sangat seronok.

Tiap-tiap hari bangun pagi dia akan bertanya: Kita nak p hotel ke hari ni?

Kami juga sentiasa berpesan kepadanya agar berakhlak mulia dalam musafir ini.

Oleh kerana kami membawa anak kecil, maka kami memilih untuk berada di bahagian atas tepi dewan.


Ketika nama Abdullah dan Abdul Rahman dipanggil untuk menerima skrol, Ahmad bertanya:
Bila depa nak panggil nama Ahmad? Ahmad nak pi ambik kat depan.


Tiba-tiba, bila ada peserta yang bernama Ahmad Zaid dipanggil untuk menerima skrol, Ahmad berkata:
"Mai kopiah Ahmad, depa dah panggil nama Ahmad, Ahmad nak pi depan ni."😅



Kami juga membeli jubah putih dan kopiah untuk Ahmad yang sama dengan abang-abangnya dengan optimis semoga Ahmad juga akan khatam Al-Quran di usia kecil. Amin Ya Rabb.


Ia juga supaya Ahmad tidak rasa terasing berbanding abang-abangnya.

Ketika ingin turun dari kereta apabila sudah sampai di majlis, Ahmad bertanya:
Mana serban Ahmad?😅


Dia mahu sama seperti abang-abangnya.


Alhamdulillah selesai majlis.

Insyaallah Ahmad akan khatam Al-Quran lebih muda dari abang-abangnya


Jazakumullahu Khairan Kathira kepada semua yang berusaha dalam memartabatkan institusi Huffaz di nusantara ini, ganjaran besar Allah sediakan untuk antum semua insya Allah.


Buat anak-anak Huffaz, moga dapat menjaga Al Quran dalam dada sebaiknya seiring dengan ibadah dan akhlak mulia yang selayaknya bagi penghafaz Al-Quran. Amin

Jangan berhenti di sini sahaja. Fahami, tadabbur dan amalkanlah al Quran setiap masa.

Monday, March 16, 2020

Kenangan Syria buat inspirasi orang lain.

بسم الله الرحمن الرحيم

Sejak akhir-akhir ini, saya suka berkongsi kenangan di Syria dalam status whatsapp peribadi saya.

Masyaallah...

Terasa betapa besarnya pengorbanan mak abah memberi pendidikan yang terbaik kepada kami ketika itu.

Antara status whatsapp yang saya kongsikan dan alhamdulillah mendapat respon bahawa ia memberi inspirasi kepada mereka yang membaca.








Alhamdulillah ia adalah perkongsian yang bermanfaat kepada orang ramai.

Thursday, March 12, 2020

Jalan-jalan Terengganu 2019

بسم الله الرحمن الرحيم

Entri ini ditulis pada 5/10/2019

Alhamdulillah urusan kami di Terengganu selama tiga hari dua malam untuk majlis konvokesyen Huffaz nusantara 2019 diserikan lagi dengan tok dan wan ikut sama-sama kami.

Syukur tidak terhingga kepada Allah subhanahu wata'ala.

Alhamdulillah dapat juga kami bawa mak dan abah berjalan-jalan.

Antara tempat yang kami lawati ialah:

Tapak pasar malam berdekatan dengan Jambatan angkat, Terengganu


Tapak pasar malam sangat meriah dengan permainan kenderaan kanak-kanak dan  makanan yang lazat-lazat.

Kami sempat juga lawati ke Pasar Payang baru.


Belakang pasar payang juga terdapat pemandangan laut yang indah dan bersih.

Pasar Payang baru yang lebih bersih, cantik dan menarik.

Bermain di tapak pasar malam.

Sempat juga ke Masjid Kristal

Ke Stadium tertutup Terengganu untuk urusan konvokesyen



Ke menara jambatan angkat.

Rm5 bayaran masuk untuk seorang.




Sarapan di Nasi Dagang Vintage seperti yang disarankan oleh Google.

Alhamdulillah gerai yang ramai dengan orang dan sedap-sedap makanannya.



Alhamdulilah nikmat Allah yang disyukuri.


Semoga Allah merahmati dan memberi nikmat yang lebih besar kepada kita semua di syurga nanti.

Amin

Saturday, March 7, 2020

Hobi baru Ahmad

بسم الله الرحمن الرحيم

Entri ini ditulis pada 3/10/2019

Ahmad sekarang sangat ralit dengan water colour.

Tiap-tiap hari pun dia mewarna. Banyak muka surat



Antara hasil Ahmad warna




Kami belikan warna air seperti ini untuk Ahmad


Ahmad mula mengenali warna air apabila kami membeli buku warna ini di BBW

Buku warna yang disertakan dengan water colour dan crayon sekali. Berharga rm10 sahaja. Buku warna yang sangat tebal. Ralit Ahmad mewarna setiap hari.


Dari situ Ahmad mula mengenali dan menyukai water colour.

Alhamdulillah..satu hobi yang baik.

Teringat abang-abang dahulu juga seperti ini. Contohnya Abdullah yang sangat sukakan buku-buku aktiviti yang menggunakan gunting dan gam.

Banyak buku aktiviti yang habis disiapkan.

Kini giliran Ahmad pula ralit dengan hobinya.

Heaven.


Mengasyikkan.

Aktiviti senyap yang boleh dipasang audio al Quran ketika itu agar ia meresap dalam hati dan minda anak-anak.

Alhamdulillah.

Tuesday, March 3, 2020

Kenangan khatam Al-Quran 20 tahun lalu

بسم الله الرحمن الرحيم
Entri ini ditulis pada 3/10/2019



Teringat kenangan: Ketika khatam Al-Quran pada usia 14 tahun. Hari tu abah buat kenduri di tahfiz, jemput pakwa makwa dan saudara mara dari Melaka.

Surah terakhir yang dihafal ialah Surah Al-Mursalat. Hari khatam Al-Quran, saya selak semua helaian Al-Quran.

"Betul ke dah hafal semua ni? Kenapa rasa macam ada surah yang tak hafal lagi je." Serius rasa tak konfiden.😅

Tapi selepas dapat ijazah sanad, banyak kali masuk musabaqah 30 juzuk, terbuktilah memang dah hafaz 30 juz

Abdullah pula (11 tahun): Surah Al Israk adalah surah terakhir yang dihafal.


Alhamdulillah..

Semoga abang-abang boleh sama-sama mengajar Ahmad menghafaz Al-Quran.

Insyaallah Ahmad juga mudah menghafaz Al-Quran dan cepat khatam.

Amin

Friday, February 28, 2020

Alhamdulillah Abdullah khatam Al-Quran sebelum usia 11 tahun

بسم الله الرحمن الرحيم

Entri ini ditulis pada 3/10/2019


Alhamdulillah... 1/10/2019 tarikh termaktub anakanda kedua khatam hafazan Al-Quran sebelum usia 11 tahun.

Usaha dan penat lelah menghafaz Al-Quran pasti ada nilainya di sisi Allah. Adakalanya hingga terlena ketika menghafaz.

Jazakumullahu Khairan Kathira tidak terhingga kepada semua guru yang mendidik anak² kami.


Kami menjadi saksi kesungguhannya menghafaz Al-Quran dari kecil hingga khatam.

Sungguh mereka bersungguh-sungguh menghafaz Al-Quran.

Alhamdulillah.

Semua semangat dan kesungguhan itu adalah anugerah Allah subhanahu wata'ala.

Doa kami agar anak² dapat memelihara hafazan Al-Quran sebaiknya, memahami, mentadabbur, mengamalkan dan mengajarkannya.


Monday, February 24, 2020

Idea yang sangat bernilai

بسم الله الرحمن الرحيم

Entri ini ditulis pada 3/10/2019

Terlintas di fikiran saya sehari sebelum Abdullah khatam Al-Quran.

Kalau diikutkan Abdullah mungkin akan khatam Al-Quran beberapa bulan lagi, namun ketika mendaftarkan Abdul Rahman in konvokesyen huffaz Al-Quran bagi mereka yang telah khatam Al-Quran, timbul idea untuk mendaftarkan Abdullah sekali memandangkan konvokesyen ini mungkin hanya diadakan 2 tahun sekali sahaja.


Kalau Abdullah menyertai selepas 2 tahun juga agak sayang kerana hafazan dia hanya berbaki sedikit sahaja lagi.



Begitu juga kos dan masa akan bertambah kerana pergi 2 kali. Tempat juga tak tahu di mana pada 2 tahun yang akan datang.

Masa kami galakkan Abdullah untuk fokus menghafaz hafazan baru sebelum bermulanya konvokesyen.


Alhamdulillah Abdullah dapat khatam sebelum berlangsungnya konvokesyen tersebut.

Apa yang saya fikirkan ialah Masya Allah...betapa Allah sering timbulkan dalam minda kita ilham-ilham yang bagus dan bermanfaat untuk kita.

Satu ilham.

Dari satu ilham, berterusan pula dengan tindakan untuk merealisasikan ilham tersebut.

Masya Allah..

Begitu juga dengan ilham mendidik anak-anak dengan al Quran sejak dari kecil.

Ilham membuka sekolah maahad walaupun bermula dari 0 sen.


Masya Allah.

Allah itu Maha Hebat memberikan ilham yang baik untuk kita berjaya dunia dan akhirat.

Doa saya semoga kita sentiasa terus dibukakan hati dan minda untuk menerima ilham-ilham yang bagus yang memajukan kita dunia dan akhirat dan mendekatkan diri kita kepada Allah subhanahu wata'ala.

Amin.

Thursday, February 20, 2020

Lukis coklat, makan coklat

بسم الله الرحمن الرحيم

Entri ini ditulis pada 23/9/2019

Ahmad Zaid tak pernah lagi tengok mama atau orang lain menulis menggunakan krim/ coklat.

Jadi bila dia nampak mama tulis atas kek menggunakan coklat, dia jadi sangat takjub.

Ialah, sebelum ini biasa tulis guna pensil dan pen saja, bila nampak mama gunakan makanan dia jadi seronok.



Seronok Ahmad Zaid , dia minta pula mama lukis macam-macam, selepas itu dia calit dan makan. 😅


Hinggakan selepas pulang dari sekolah pun, itulah bendanya yang dicarinya.


Kemudian minta mama lukis apa yang dia mahukan dan kemudian dia makan.

Kelakar kan anak-anak kecil ni.

Alhamdulillah..

Perkara kecil pun mudah untuk jadikan mereka bahagia.

Alhamdulillah.

Sunday, February 16, 2020

Kepuasan buat kek/ kuih?


بسم الله الرحمن الرحيم

Entri ini ditulis pada 20/9/2019


Sungguh dalam buat kek/ biskut/ kuih, ada masanya sukar untuk dapatkan hasil yang sempurna.

Nak menangis rasa.



Resepi yang sama, namun hasilnya berbeza.


Kadang-kadang terkeras.

Ada juga merekah.


Tawar.

Terlebih manis...


Keras...


Sedih bila hasil kek tak menjadi.

😖😖😖







Berkali-kali mencuba buat kek/ biskut...

Hasilnya selalu berbeza-beza.

Kerana itulah saya sangat takut untuk mengambil tempahan.


Kurang keyakinan.

Takut pula tak sesedap rasa bagi orang yang menempah.





Walaupun kek ini sudah bertahun-tahun saya buat, kadangkala tak menjadi sangat.


Begitu juga saya lihat orang lain. Walaupun selalu membuat hidangan kek/ biskut yang sama, adakalanya ia tak menjadi elok walau dah berpuluh tahun dia membuat resepi tersebut.


Ramai ingin menempah, tapi saya tak yakin dapat buat seperti yang mereka pernah rasa sebelum ini..😂😂😂



Rasa macam 10 kali buat kuih/kek, 10 kali juga dapat hasil yang berbeza



Semoga Allah menilai keikhlasan kita memberi, tapi kalau hasilnya tak elok , walaupun bukan niat kita begitu?


Memberi itu ada kenikmatannya, cuma bila tak jadi elok, malu nak bagi kat orang..


Moga Allah redhai.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...