Wednesday, November 30, 2011

Giveaway ebook '3 Langkah Mudah Didik Anak Hafal Al-Quran.'

بسم الله الرحمن الرحيم

Alhamdulillah .....Syukur saya panjatkan kepada Ilahi atas nikmat2Nya yg amat banyak, tak terkira banyaknya.

Alhamdulillah...rasa amat bersyukur sekali kerana penjualan ebook ' 3 LANGKAH MUDAH DIDIK ANAK HAFAL AL-QURAN' mendapat sambutan di luar jangkaan dan amat memberansangkan walaupun belum sebulan lagi ia berada di pasaran.


Saya amat bersyukur kerana kesedaran untuk mengukir anak2 dengan Islam masih tinggi dalam masyarakat kita. Saya berdoa semoga ia akan membuahkan nilai2 Islam yg tinggi dalam keluarga2 Muslim, InsyaALLAH


Justeru itu, saya berniat untuk menderma satu set ebook tersebut kepada pembaca blog cinta-rasul ini.

set ebook yang bernilai RM50


Cara untuk menyertainya mudah sahaja:

Anda hanya perlu komen di dalam entry ini untuk menyatakan keinginan anda untuk menyertai giveaway serta panjatkanlah doa buat keluarga kami, InsyaALLAH...itu sahaja!


Penyertaan akan ditutup pada 10/12/2011 (hari sabtu, jam 12 malam) dan akan diumumkan pada (11/12/2011 - tarikh genap sebulan ebook ini berada di pasaran.)

**InsyaALLAH penentuan pemilik ebook ini akan dibuat melalui cabutan bertuah pada 11/12/2011.
Maklumat lanjut tentang ebook ini, anda boleh dapat dari: 

Semoga ia bermanfaat kepada seluruh masyarakat...AMIN..

Tuesday, November 29, 2011

Pertandingan melukis

Sebenarnya aktiviti kali ini walaupun namanya pertandingan melukis, tp sebenarnya bukanlah tujuanya utk tentukan pemenang. Tapi hanyalah idea untuk mengisi masa luang dengan anak2 dan mengeratkan hubungan kekeluargaan bersama anak2

Memandangkan Abdul Rahman sgt suka melukis skrg, saya pon bermain pertandingan melukis bersamanya dan Abdullah

ada rupa zirafah x?

pencabar handalan..hiii

dua orang budak yg sgt khusyuk melukis n mewarna

gaya Abdullah ketika melukis

Inilah pertandingan melukis kami...
Hanya utk suka2 n mengeratkan hubungan bersama anak2

Lukisan Angry bird yg kami tiru dr pencil box yg Maklong Ana hadiahkan kepada Abbudey

Tikuih (kata org kedah. Dalam bahasa kamusnya: tikus)
p/s: gambar x berapa clear krn masalah pencahayaan (maklumlah malam n kamera cap kambing yg byk berjasa...haha)

Sunday, November 27, 2011

lukis belon

LAGI POST YG DAH TERPERAM LAMA DLM DRAFT (berapa byk lglah yg ada dlm draft tu...?)


Aktiviti kali ini adalah permintaan dr Abg Abbudey ketika dia membaca majalah Aulad keluaran (ogos 2010) m/s 96....


Mula2: tiup belon

lukis sahaja mata, hidung , mulut dan duri ikan buntal dengan pen marker.

Adik turut melukis ....
(tgok: adik kecik lg...huhu)

SIAP!...belon ikan buntal Abg Abbudey

Friday, November 25, 2011

peluang affiliate ebook 3 langkah mudah untuk anda

بسم الله الرحمن الرحيم

Alhamdulillah setelah 2 minggu ebook '3 langkah mudah didik anak hafal Al-quran' dilancarkan, beberapa hari lalu peluang affiliate untuk ebook ini telah berjaya dilansungkan.

Jadi, kepada sesiapa yang berminat untuk berkongsi menjual dan menyebarkan ebook ini bolehlah mendaftar nama dan emel di website ini (bahagian bawah sekali ) :

http://islamicparentingnetwork.net/pages/ebook.php

ruang untuk mendaftar affiliate
Setiap peserta affiliate InsyaALLAH akan diberikan 50%  dari harga ebook yang berjaya dijual, InsyaALLAH.


antara banner utk affiliate yg ditawarkan

Sebarang pertanyaan bolehlah diemelkan ke: mudahhafalquran@gmail.com

Dan Alhamdulillah juga, genap 2 minggu ini penjualan ebook ini berjalan lancar dan sgt memberansangkan (Alhamdulillah)... tanpa sistem affiliate, tanpa iklan dan promosi yg banyak (hya dlm fb shj),  dan email list, syarikat islamic parenting network berjaya menjual hampir 50 buah ebook sepanjang 2 minggu ini. (betul2 ni, tak tipu n bukan sekadar sedap mulut org berniaga ye. Orang Mukmin tak menipu dalam jual belinya dan dalam segala urusannya...)


Ini menunjukkan masyarakat kita masih mengambil berat tentang pendidikan awal Al-quran kepada anak2...ALhamdulillah...


Thursday, November 24, 2011

kasut kotak tisu

Assalamualaikum..

Aktiviti kali ini pon antara aktiviti yang dah lama saya tulis, tp terperam dlm draft sahaja..huhu

Kaki Dinasour dari kotak tisu
Belajar memanfaatkan barangan terbuang







Belajar menghasilkan kraf dari barang2 terbuang dan menghargai semua barang.

Saturday, November 19, 2011

Kotak tisu kerang

بسم الله الرحمن الرحيم

Aktiviti kraf kali ini adalah idea dari Abg Abbudey

Dan idea Abg Abbudey dapat selepas beberapa bulan kami membaca ebook percuma  ini:

Tajuk ebook ini: Hammudah dan kepah ajaib.



Anda boleh lihat dan dowload ebook ini dari websire ini:

 Dan kebetulan juga kami terlihat kotak tisu kerang seperti ini ketika beraya Aidilfitri dulu
gambar google

Aktiviti kami:



Abg Abbudey melekatkan kulit kerang dan kepah (yg kami kumpul dari Pantai di Melaka ketika balik Raya Haji hari tu)pada kotak tisu

Adik pon tolong lekat jg

tekun

kotak tisu yg dah dilekat kulit kerang n kepah
kembali membaca semula ebook 'Hammudeh dan kerang ajaib' bersama kotak tisu yg siap dilekat kulit kerang (sebelah laptop)

seronok



antara kandungan ebook tersebut.




video 
Adik dan abang membaca ebook bersama2

Tuesday, November 15, 2011

Adat kita dan adat mereka

بسم الله الرحمن الرحيم

Peristiwa yang berlaku ini mengingatkan saya pengalaman sewaktu di Syria dulu.

Pada Hari Isnin yang lepas, kami berdua ada exam lisan quran dan exam bertulis al-quran di INSANIAH dr pukul 11am-5pm. Jadi kami bawa bersama  Abdul Rahman n Abdullah ke sana dan bergilir2 menjaga mereka apabila salah seorang kami masuk ke bilik dekan Usuluddin untuk menduduki imtihan syafawi AL-quran.

Dan sempat pula menyuruh Abdullah dan Abdul Rahman bersalaman dengan Dr.Ali Sayyid (Dekan Kuliah Usuluddin di INSANIAH) dan syeikh2 yang lain di dewan peperiksaan.

Prof. Madya Dr. Ali Sayed Abdel Hamid Youssef
Dean of Kulliyyah Usuluddin
Maklumat lanjut, layari:
dan 

Semua sheikh di situ apabila bersalaman, secara spontan dan kebiasaan orang arab, mereka akan memanjatkan DOA sebanyak mungkin kepada kanak2 seperti:
اللهم اجعله قرة عين لأبويه ويكون امتداداً لهما

Maksudnya: semoga Allah menjadikan anak ini penyejuk hati ibu bapanya dan penyambung (perjuangan dan zuriat) mereka.


MasyaALLAH!

Seronoknya dan betapa sejuk hati kita kalau anak2 kita didoakan oleh para alim ulama' dan orang2 soleh seperti ini kan? Moga Allah makbul doa mereka itu.

Begitulah yang dilakukan oleh kebanyakan orang Arab (seperti di Syria) apabila kanak2 bersalaman dengan mereka.

Kemudian saya bandingkan pula dengan orang melayu kita kalau berjumpa dengan kanak2, biasanya mungkin mereka akan memuji akan berkata kata2 yg biasa sahaja. Jarang sekali ada yang menitipkan doa. Kalau ada, ALhamdulillah....

Jadi konklusinya, perbanyakkanlah berjumpa dengan para alim ulama dan orang soleh. Moga kita sentiasa mendapat manfaat daripada mereka...Amin

Monday, November 14, 2011

Hari Ihtifal Pasti Mutmainnah 2011

 Alhamdulillah kelmarin kami sekeluarga sempat menghadiri Hari Ihtifal & Penyampaian Hadiah  Pasti Mutmainnah.

Pelbagai aktiviti n segmen yg dijalan...Alhamdulillah program berjalan lancar n meriah.

Antaranya:

Ihtifal Pasti Mutmainnah

nasyid

Abdul Rahman menyampaikan hafazan

menyampai hafazan



Nasyid



pakaian beragam




Gelagat anak PASTI ketika acara pakaian beragam
COMEL!



Abdul Rahman menerima hadiah


Ahmad Uwais (sepupu Abdul Rahman) menerima hadiah
                                        video
Kami sekeluarga gelak besar bila menonton semula gelagat Abdul Rahman atas pentas


JUTAAN TERIMA KASIH KEPADA GURU2 PASTI YANG TELAH MENDIDIK ANAK KAMI DAN ANAK2 PASTI YANG LAIN. SEMOGA ALLAH MEMBALAS JASA KALIAN. JAZAKUMULLAHU KHAIRAL JAZA'

Friday, November 11, 2011

Alhamdulilah.....PELANCARAN EBOOK 3 LANGKAH MUDAH DIDIK ANAK HAFAL AL-QURAN


Bismillahirrahmanirrahim...

Allahu Akbar...Alhamdulillah hari ini (11/11/2011), Pada hari jumaat yg penuh berkat ini, ebook 3 langkah mudah didik anak hafal al-quran berjaya dilancarkan..

Dengan penuh kesyukuran saya rafakkan kepada Rabbulizzati kerana telah memudahkan urusan dan proses sepanjang tempoh pembikinan ebook ini dan perasmian yang berjalan lancar...ALHAMDULILLAH!!


Dengan ini saya berbesar hati menjemput semua pembaca yang mulia untuk menjenguk website ebook ini .

Anda juga boleh mendapatkan EBOOK PERCUMA tentang Kepentingan Mendidik Anak Dengan Al-quran dari website ini:

EBOOK PERCUMA KHAS UNTUK ANDA



3 Langkah Mudah Didik Anak Hafal Al Quran
Ebook cetusan idea oleh Amri Mohd Nason dan Aishah Hashimee
Terbitan: Islamicparenting.com




Pembelian dan maklumat lanjut boleh dilihat di sini:


Turut disertakan 5 ebook bonus dengan setiap pembelian:

 




Saya doakan semua pengunjung blog ni dan semua pembaca e-book ini akan mendapat idea dan faedah dari semua ebook ini INsyaALLAH!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...