Showing posts with label Kajian Surah Yusuf. Show all posts
Showing posts with label Kajian Surah Yusuf. Show all posts

Tuesday, March 5, 2013

Pelajaran dari Surah Yusuf (tentang anak)

بسم الله الرحمن الرحيم

Antara pelajaran ringkas yang saya dapat kajian saya dalam bab 'Kesucian diri terhadap anak melalui Surah Yusuf' ialah:




















Monday, March 4, 2013

Kaum Ayah...Dengarlah!

بسم الله الرحمن الرحيم

Melalui ayat 4 dan 5 Surah Yusuf:

4. (ingatlah peristiwa) ketika Nabi Yusuf berkata kepada bapanya: "Wahai ayahku! Sesungguhnya Aku mimpi melihat sebelas bintang dan matahari serta bulan; Aku melihat mereka tunduk memberi hormat kepadaku".

5. Bapanya berkata:" Wahai anakku! janganlah Engkau ceritakan mimpimu kepada saudara-saudaramu, kerana Aku khuatir mereka akan menjalankan sesuatu rancangan jahat terhadapmu. Sesungguhnya Syaitan adalah musuh Yang nyata bagi manusia.



Kita dapat lihat di sana bagaimana seorang ayah dapat memberikan sepenuh perhatian dan mendengar cerita daripada anak kecilnya.

Nabi Yaa'kub (Alaihis Salam) memberikan masanya untuk mendengar Nabi Yusuf (Alaihis Salam) bercerita tentang mimpinya.

Penuh perhatian.

Penuh hikmah.

Cerita tentang mimpi!

Adakah kita (terutamanya seorang ayah)  pernah ambil kisah untuk mendengar cerita dari anak kita atau kita terlalu sibuk untuk mendengar mereka bercerita


Cerita tentang mimpi!

Cerita tentang mimpi yang selalu kita fikir ia adalah satu perkara yang BIASA!

Tetapi cerita tentang mimpi Nabi Yusuf itu direnung oleh ayahnya dan Nabi Yaa'kub merasakan ia adalah satu mimpi yang punya makna yang besar.

Cerita tentang mimpi!

Cerita tentang mimpi yang akhirnya menjadi realiti dan Nabi Yusuf menjadi seorang yang BESAR!

Mimpi orang HEBAT!

Ada hikmah tersembunyi apabila seorang ayah mendengar cerita anak kecilnya.

Luangkan masa untuk mendengar penuh perhatian cerita anak kita,
nanti besar mereka akan menjadi ORANG HEBAT.

Thursday, February 28, 2013

Oh...Surah Yusuf!

بسم الله الرحمن الرحيم

Soalan untuk jiwa hari ini:

1- Adakah anak kita akan datang menemui KITA (ibu bapa)  untuk bercerita tentang perkara yang mendesak dan merunsingkan hatinya? atau dia lebih rela berkongsi dengan orang lain?

2- Adakah KITA ambil kisah dengan cerita anak kita?

YA ALLAH. Jadikanlah kami ibu bapa seperti Nabi Yaa'kub Alaihis Salam yang 
prihatian mendengar kisah anaknya.


dalami dan renung2kanlah

Friday, February 22, 2013

Kesedihan seorang bapa

بسم الله الرحمن الرحيم

Berhari2 menatap, membelek, mengkaji dan membaca tafsir2 Surah Yusuf membuatkan saya bagai menyaksikan sendiri plot2 dalam Surah Yusuf di hadapan mata sendiri.

Imiginasi gambaran peristiwa dalam Surah Yusuf sentiasa berputar2 dalam minda. Bagi saya ini adalah kerana terlalu banyak memikirkan dan meneliti tafsir Surah Yusuf.

Perkara ini bagi saya adalah normal, sebagai contoh ketika dalam perancangan membuat Seminar Langkah Mudah Didik ANak Hafaz Al-Quran, oleh kerana setiap hari memikirkannya, ia boleh terbawa2 dalam mimpi.

Sebagai seorang ibu, kisah yang paling menusuk jiwa saya dalam Surah Yusuf dan membuatkan saya terfikir2 tentangnya di mana sahaja ialah hubungan keibubapaan antara Nabi Yaa'kub Alaihissalam dan anak2nya. Peristiwa ini membuatkan emosi kesedihan menghiris hati hingga menitiskan air mata.  Makin ditulis bahas tentang bab ini, makin pilu hati ini.

Kebetulan lagi sekarang ini, sedang menulis bab Kaedah Penyucian Diri Berkenaan Anak-anak Di dalam Surah Yusuf atau dalam Bahasa Arabnya:
منهج سورة يوسف في تهذيب شهوات الإنسان تجاه الولد.



Perkara pertama: yang amat menusuk hati saya ialah kesedihan Nabi Yaa'kub AlaihisSalam ketika diuji dengan perpisahan dengan anak kecilnya, Yusuf AlaihisSalam. dan respon dari seorang sahabat amat mengubati kesedihan ini. (pernah ditulis di sini)

Kedua ialah: Seorang Nabi dan hamba ALLAH yang soleh juga diuji dengan anak2 yang ingkar dan derhaka, yang sanggup merancang untuk membunuh adik mereka sendiri

Ketiga: Konflik dan cemburu buta antara adik beradik dan tuduhan bahawa ayah mereka pilih kasih dan hanya sayangkan adik kecil mereka sahaja. 

Perisitwa2 dalam Surah Yusuf ini memang banyak sangkut pautnya dengan kehidupan kita seharian.

InsyaALLAH jika ada masa nanti, akan diulas lagi lebih lanjut.

YA ALLAH janganlah Engkau uji kami dengan ujian yang tak mampu kami harungi. Limpahkanlah  Rahmat dan kasih sayangMu dalam keluarga kami.

Amin.

P/S: JOM BACA SURAH AL-KAHF PULA....

Monday, February 18, 2013

Respon kepada Entry Surah Yusuf

بسم الله الرحمن الرحيم

Di saat hati begitu sayu mendalami perasaan Nabi Yaakub Alaihis Salam yang dibawakan berita kehilangan anak kecil kesayangannya, Yusuf 'Alaihis Salam. 

Betapa ayahnya Yaa'kub 'Alaihis Salam bersabar ketika menerima berita tersebut.

Sayu hati ini saya kongsikan dalam post yang lepas:

Dan soalan yang ada dalam entri  tersebut juga saya kongsikan bersama seorang sahabat (Isteri kepada Sheikh Mahir)


saya kongsikan isi hati bersama beliau

jawapan dari beliau

Jawapan dari beliau amat singkat, tapi amat mujarab dan mengubati sayu hati ini memikirkan mampukah saya bersabar sebagaimana sabarnya Nabi Yaa'kub Alaihis Salam.??

Jawab beliau:

" Pohonlah dari ALLAH supaya Dia menjadikan kita hamba kepada kasih sayangNya, bukan hamba ujianNya. Kerana kita tidak tahu adakah kita mampu bersabar ketika ditimpa kesusahan atau tidak?"


Jawapan yang menyejukkan kegusaran dihati. Alhamdulillah ...



Moga kita semua sentiasa mendapat rahmat dan kasih sayang Ilahi
Amin.

Sudut lain Surah Yusuf

بسم الله الرحمن الرحيم


Dalam meniti  tahun kedua menyiapkan bahas MA di bawah tajuk:

منهج تهذيب الشهوات الإنسانية من خلال سورة يوسف

Manhaj menyucikan diri mengikut Surah Yusuf, banyak input dan kesedaran yang saya dapat, salah satu daripadanya:


Adakah kita mampu BERSABAR seperti Nabi Yaa'kub ketika menerima berita kematian anak yang paling disayanginya, Nabi Yusuf ??

Mampukah kita?

Mohon doa semua..
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...