Tuesday, January 30, 2018

Nikmat yang tidak jemu-jemu


بسم الله الرحمن الرحيم


Lumrah hidup manusia mudah jemu bila terlalu lama dalam satu-satu keadaan.

Contohnya: Jemu bila makan lauk sambal udang setiap hari walaupun ia adalah lauk kegemarannya 

Namun ada beberapa perkara yang pada pendapat saya tidak jemu-jemu walaupun dilakukan setiap hari.

Sebagai contoh ialah melahirkan kasih sayang.

Mengasihi, mencium bayi dan anak kecil adalah antara nikmat yang dirasakan tidak puas dan tidak jemu.

Hinggakan timbul rasa rindu untuk memeluk dan mencium bayi walaupun ia ada di hadapan mata.

Busuk masam lepas bangun tidur pun seronok dipeluk cium

MasyaAllah. Itulah sifah kasih sayang yang Allah campakkan dalam hati seorang ibu.

Hinggakan rasa sayangnya apabila bayi ini kian membesar dan akan hilang bau harum bayi yang dirindui oleh ibu setiap hari.

"Bayi ini nikmatnya seperti syurga, masam-masam tak mandi pun lagi syok ibunya peluk cium." Petikan kata-kata seorang ustazah yang pernah didengari.

Alhamdulillah atas nikmat kurniaan Allah.

Friday, January 26, 2018

Usaha gigih yang perlu dihargai

بسم الله الرحمن الرحيم

Awal tahun ini selepas dua minggu persekolahan, Abdul Rahman berjaya menamatkan hafazan  Surah Ali Imran dan Juz 4 (berbaki 7 juz lagi) . Abdullah pula selesai juz 1 (Berbaki 14 juz).

Alhamdulillah..

Ia adalah satu usaha gigih anak-anak yang perlu dihargai.

Anak-anak bersungguh-sungguh menghafaz Al-Quran dan mengulangnya tak kira hari sekolah ataupun cuti.

Keadaan mama yang kadangkala tidak sihat dan tidak dapat mendengar hafazan mereka ketika cuti yang lalu membuatkan mereka sama-sama tasmik hafazan masing-masing.

Kadang-kadang periksa apa yang mereka lakukan di dalam bilik dan dapati mereka sedang tasmik hafazan sama-sama.

Malahan kesukaran Abang Abbudey menghafaz Surah An-Nisa juga diselesaikan sendiri dengan berusaha mendengar audio Surah tersebut berulang kali hingga lancar.

"Surah An Nisa ni ayat pasal harta pusaka ni payah lah." Abbudey menyuarakan kesukarannya.

Begitu juga dengan ayat tantang wanita-wanita yang diharamkan berkahwin dengan mereka.

Agak sukar untuk dihafaz.

Abang Abbudey cuba selesaikan sendiri kesukaran itu dengan mengulang audio ayat tersebut berulang kali. 

(Antara audio bacaan Alquran oleh Sheikh Saad Alghamidi yang paling saya sukai bacaan Surah An Nisa'. Bacaannya mendayu dan sayu. Masyaallah.. Boleh cuba dengar. Memang syahdu.)

Walaupun dalam kesukaran begitu, Abang Abbudey tetap dengan azam 2018nya ingin menghafaz 1 muka surat hafazan baru setiap hari.

"Kalau susah, kurangkanlah hafazan tu, setengah muka pun tak apa." Mama cuba memberikan cadangan.

"Tak apa. Abang nak hafaz semuka jugak sehari."

Pernah ditanya kenapa Abang Abbudey bersungguh nak hafaz semuka hafazan baru sehari, namun tiada jawapan yang ditemui.

"Saja..." Satu perkataan dari Abang Abbudey.

Abang Abbudey sudah merencanakan dan meletakkan target masa dalam mindanya untuk khatam.
"InsyaALLAH bulan 7 nanti abang akan habis hafal Al-Quran." 


Jarang sekali beli donat ini.

Teringat ketika zaman kanak-kanak, kalau dibeli donat ini, mesti mak akan
potong 4 atau dua, supaya seorang boleh merasa pelbagai perisa.


Alhamdulillah, syukur kepada ALLAH yang menganugerahkan semangat berkobar-kobar dalam hati Abang Abbudey untuk terus menghafaz Al-Quran. Ia adalah satu faktor yang sangat penting.

Tanpa semangat, tentu akan layu, malas, tidak mahu berusaha untuk menghafaz Al-Quran

Sedikit perkongsian ketika bertukar-tukar fikiran dengan penulis hebat yang bersemangat membentuk ummah, Dr.Anayasmin (InsyaALLAH banyak manfaat yang boleh anda dapat dari pengkongsian di dalam Facebook beliau. Pernah juga tulis reviu buku beliau di sini:

"Mungkin sedikit yang saya ingin kongsikan, perjalanan anak anak menghafaz Al-Quran perlu kepada usaha gigih. Usaha menghafal kalam Allah pasti Allah akan bantu. Kita perlu beri 'banyakkk' sokongan kepada anak-anak. Menghafal mudah diingati, tapi sukar untuk dijaga dan kekal ingat. Perjalanannya juga tak perlu tergopoh-gapah. Bersabarlah. Perjalanannya perlu tabah. Perjalanannya pasti diberkati Allah. Menghafal Al-Quran itu tidak wajib, namun kemuliaannya amat memukau. Anak anak saya pun lama perjalanan mereka menghafal Al-Quran.Dari bayi hingga kini hampir 12 tahun. Berbaki 7 juz (dan Abdullah 14 juz lagi) lagi usaha mereka menghafal."






Salah satu cara untuk menghargai usaha gigih mereka melalui hobi kegemaran mereka.
Raikan sedikit zaman kanak-kanak mereka akan semakin dipenghujungnya.


Malahan, sikap anak-anak yang rajin menolong juga patut dihargai.

Tolong jaga Ahmad Zaid.

Tolong buat susu Ahmad Zaid.

Tolong cuci dan salin pampers Ahmad Zaid.

Tolong mandikan Ahmad Zaid.

Tolong lipat baju dan mop rumah.

"Nanti mama belikan 1 biji Hotwheels." Seronoklah mereka kalau dengar ayat sebegitu.

Namun mereka tak berani nak minta kerana pasti akan dibalas:
"Tolong mama kenalah ikhlas..."

Allah jadikanlah kita semua orang yang cemerlang dunia dan akhirat.



Tuesday, January 23, 2018

Mengharapkan sweet?


بسم الله الرحمن الرحيم

Keluarga kami sama seperti keluarga-keluarga normal yang lain.

Bukanlah setiap hari itu sempurna dan ideal sahaja.

Ada hari yang rumah ribut dan marah-marah.

Ada hari yang ahli rumah sakit.

Ada hari yang isi rumah senyap kerana ahlinya merajuk....

Namun syukur dipanjatkan kepada Tuhan atas nikmatNya yang mengekalkan keharmonian rumah ini sepanjang lebih 12 tahun. Semoga ia berkekalan hingga ke syurga.

Bukanlah perkara sweet hanya pada jambangan bunga yang diberi untuk mengingati ulangtahun perkahwinan yang seringkali dilupai tarikhnya (bagi yang berpenyakit lupa nombor), dapat mendengar dan tasmik hafazan anak setiap hari (sepanjang 11 tahun selepas kelahiran anak) juga adalah perkara yang sangat sweet dan disyukuri.

Alhamdulillah..

Moga ia berkekalan.



Perkara yang sweet juga apabila dapat bangun pagi dan dapati anak-anak telah lipat baju dan mengemas rumah ketika anda sakit.

Alhamdulillah.


Hargailah perkara sweet ini walaupun ia dianggap kecil dan remeh kerana ia sebenarnya mempunyai erti yang amat besar.

Saturday, January 20, 2018

Kita lalai !

بسم الله الرحمن الرحيم


Seringkali apabila menulis tesis, mengkaji bahan-bahan dan tulisan yang ada, ada sahaja bab yang menjadi teguran kepada diri sendiri dan juga keluarga.

Banyak bab yang ditulis yang menyentuh hati pasti akan dikongsikan semula kepada khalayak di alam maya.

Seperti yang pernah ditulis di sini:



Alhamdulillah...

Itulah antara tujuan utama saya menulis tesis.

Supaya diri ini sentiasa dalam suasana ilmu dan tidak terbuai dan kesenangan, keseronokan dan kelalaian membunuh masa.

Berehat dari kepenatan itu tidak salah.

Yang menjadi kesalahan apabila berlama-lama berehat hingga membunuh semangat, kurang ibadah dan lalai.

Tajuk yang menjentik hati

Ayat yang dibahas

Kita lalai walaupun Hari Perhitungan Amalan kita kian menghampir

Antara kelalaian yang meyelimuti kita

Akibat dari kelalaian-kelaian 

Saya kongsikan antara isi-isi bab ini kepada anak-anak:

"Mama tulis bab sifat orang kafir yang suka hiburan, kelalaian dan melalaikan orang Islam. Sampai zaman lani pun.

Kita lalai dengan hiburan, internet, game, kartun, sibuk dengan fesyen, hias baju, hias kereta, sibuk nak makan macam-macam.....

Lepas tu siapa yang nak fikir tentang ilmu?

Siapa yang nak fikir tentang ibadah?

Siapa yang nak jaga ibadah malam?

Siapa yang nak hafal Al-Quran?

Sebab tu abang dengan adik kena hafal AlQuran, supaya kita tak lalai..sentiasa ada perkara yang berfaedah yang kita nak buat.

Lepas hafal Al-Quran, kita kaji pulak Al-Quran.

Sentiasa berfikir untuk Islam.

Barulah kita tak jadi orang yang lalai."


Semoga kita tidak menajdi orang yang lalai.

Amin Ya Rabb

Wednesday, January 17, 2018

Ketagihan buku

بسم الله الرحمن الرحيم



Ada ketikanya terasa seronok sangat membaca buku. 

Seronok dan ketagihan hingga sanggup menghantar emel kepada syarikat Mphonline bertanyakan bila buku yang dioder akan sampai.

"Pin!!" 
Bunyi hon lori Gdex di luar rumah


Gembiranya bukan kepalang apabila buku-buku yang dibeli sampai ke rumah.


"Yeaaa...!!! Buku baru dah sampai."
Anak-anak juga turut gembira dan teruja kerana buku yang mereka minta belikan sudah sampai.

Sama adil.
Separuh buku anak-anak,
 separuh lagi buku mama.

Dicukupkan sehingga RM120 supaya kos penghantaran
menjadi percuma.

Sebahagian wang gaji bulanan memang dikhaskan untuk membeli bahan bacaan peribadi dan untuk anak-anak setiap bulan jika dimurahkan rezeki oleh Allah Subhanahu Wa Taala.

Aktiviti membaca ini juga menjadi satu ketagihan kerana sejak kecil hingga kini sering melihat mak dan abah banyak membaca buku. 

Malahan buku-buku mereka 2,3 kali ganda lebih tebal dari buku bacaan saya, dan hampir kesemua buku-buku mereka dalam Bahasa Inggeris.


Hati juga sangat melonjak-lonjak untuk berkongsikan perkara yang baik yang didapati dari buku yang dibaca dengan orang lain walaupun sekadar dalam blog yang sudah hampir berusia 11 tahun. Inilah peluang yang ada. InsyaAllah akan cuba menggunakan peluang ini semaksima mungkin.


Moga ia adalah tambahan hasanah dan bukanlah amalan yang sia-sia di sisi Allah. Ya Rabb.

Sunday, January 14, 2018

Menyertai Musabaqah Hafazan Alquran bawah 12 tahun

بسم الله الرحمن الرحيم



Alhamdulillah pada 3.10.2017 yang lalu anak-anak berpeluang untuk menyertai musabaqah hafazan Alquran kategori bawah 12 tahun di Karnival Usahawan IKS, Di Kulim Hi-Tech Avenue.



Info tentang musabaqah hanya diketahui sehari sebelum berlangsungnya musabaqah.

Antara Surah-surah yang masuk dalam pertandingan ialah:
Annas hingga Ad dhuha, Assajdah dan Al Insan.

Giliran Abdul Rahman menyampaikan hafazan
Alhamdulillah, Sepupu mereka Ahmad Fawwaz mendapat tempat ke 3.

Alhamdulillah.


InsyaAllah rezeki Abdullah dan Abdul Rahman pada masa hadapan pula.

InsyaAllah ada pelajaran yang mereka dapati dari musabaqah ini,menambah nilai diri dan ilmu dalam diri mereka. Amin,

Perbaiki diri dan jangan berputus asa.

Mungkin inilah peluang untuk muhasabah diri semula bahawa kita masih perlu tingkatkan prestasi diri dan terus berusaha untuk maju.

Apapun, selepas itu, kalau tanya pada anak-anak nak masuk tak musabaqah yang akan berlangsung tak lama lagi di tempat sekian sekian?

Pasti mereka menjerit: "Nak !!!"

Alhamdulillah... Bagus. Tidak berputus asa.

Semoga ALLAH berkati hidup kita.
Uwais dan sepupu-sepupu lain pun turut sama memberikan sokongan.

Tok wan, tok, pakcik dan makcik pun hadir sama
memeriahkan majlis musabaqah,


Dah selesai musabaqah, berseronok di sini pula

Melihat arnab-arnab yang ada di sana.







Bacaan Abdul Rahman
11 tahun





Bacaan Abdullah
9 tahun

Thursday, January 11, 2018

Tegurlah

بسم الله الرحمن الرحيم


"Korang dah ada kerja jangan lupa bagi duit bulan-bulan dekat mak, dekat abah takpe, tak payah bagi."

Itulah pesan abah 10 tahun dulu. 

Begitulah abah, kalau bagi duit kepada abahpun, abah tolak. Abah kata bagi saja pada mak.

Kami sebagai anak yang baru keluar dari zaman siswa-siswi ke alam pekerjaan memang tidak terfikir untuk memberi duit bulan-bulan kepada ibu bapa.

Mungkin terlupa.

Mungkin tak perasan.

Betapa kita selalu tidak prihatin dengan adab dengan ibu bapa walsupun sudah dewasa, walaupun pada perkara sekecil memberi wang setiap bulan.

Kerana itu tegurlah dan terimalah teguran walaupun adakala ianya pahit.

Janganlah dianggap semua orang tahu apa yang ingin kita tegur dan sampaikan.

" Takkan dia tak tahu perkara tu salah kot.. Dia kan belajar tinggi."


"Takkanlah dia tak tahu kena buat benda tu, dia kan dah lama dalam bidang ini."

Tidak!

 Kita manusia selalu lalai dan leka. Sering melakukan kesalahan. Kita perlukan teguran dan tunjuk ajar dari orang sekeliling.

Teguran itu menampung cebisan-cebisan koyak kecacatan dalam diri kita.

Seringkali juga dalam diri tertanya-tanya, apakah pelajaran yang Allah ingin sampaikan dalam situasi ini.

" Ya Allah, apakah pelajaran yang kau ingin aku belajar dalam kejadian ini. Tunjukkanlah kepadaku. Ajarilah aku. Pimpinlah aku."

Ayat Alquran dibaca mencari pedoman dan jawapan.

"Temukanlah aku dengan jawapan yang betul. Ya Rabb."


Tegurlah dengan cara yang lembut dengan berhikmah. Dengan niat untuk menampal kecacatan, buat dengan niat mengaibkan orang lain.

Monday, January 8, 2018

Karya Abdullah: Tajuk: Rukun Islam


بسم الله الرحمن الرحيم


Rukun islam yang pertama ialah mengucap kalimah syahadah untuk masuk islam.

Untuk mengucap dua kalimah syahadah sebut:
 اشهد ان لا الا الله وأشهد أن محمدا رسول الله 

Rukun islam yang kedua: ialah solat fardu lima waktu solat subuh,solat zuhur,solat asar,solat maghrib,solat isyak.

Rukun yang ketiga ialah puasa.

Rukun yang keempat ialah zakat.

Zakat itu keluarkan duit untuk fakir miskin,pembinaan dan masjid.

Rukun yang terakhir ialah haji.haji ialah menunaikan haji di mekah.


TAMAT..

Friday, January 5, 2018

Jalan penuh ragu-ragu

بسم الله الرحمن الرحيم

Perjalanan hidup ini seringkali kita tempuhi dengan pelbagai keraguan yang ditimbulkan oleh anasir-anasir luar.

Contohnya apabila kita mengajar anak-anak di rumah, ada saja bunyi-bunyi:

" Awal lagi nak ajar anak tu, biarlah anak tu main dulu."

Bila mengajar anak Al-Quran, ada pula yang bersuara:
" Ajar anak Al-Quran, dah besar nanti nak makan apa?" (Dialog cliche sepanjang zaman.)

Bila hantar anak sekolah tahfiz:
" Masuk sekolah tahfiz tak ke mana anak-anak. Kesian anak-anak. Tak ada masa depan. Tak ada kemahiran lain."

Bila buka sekolah tahfiz:
"Apa pelajar-pelajar tu nak buat lepas tamat sekolah nanti? Nak sambung mana nanti.?"

Dan juga dialog pada zaman ini:
" Nak masuk syurga hafallah Al-Quran sendiri, awat suruh anak yang hafal Al-Quran?"

Allah.....

Ayat-ayat seperti ini sedikit sebanyak mampu menjejaskan prinsip dan cita-cita yang kita lakarkan.


Membuatkan kita ragu-ragu dengan perancangan yang telah kita rancang.

Ragu-ragu dengan usaha kita.

"Betul ke usaha yang aku buat ni? Betul ke tindakan aku ajar anak Al-Quran dari kecil ni?"

Allah....

Tunjukkanlah jalan yang benar.


Bacalah Al-Quran untuk mendapat petunjuk dan hidayah ALLAH.


Allah mengetahui segala dalam diri kita.

Mohonlah petunjuk dariNya


Bertanyalah kepada yang lebih alim.

Bacalah dan carilah motivasi untuk memperbaharui semangat.

Semoga ALLAH menunjukkan jalan yang benar

Tuesday, January 2, 2018

Rindu Masa Lampau

بسم الله الرحمن الرحيم

MasyaALLAH kenangan yang sangat dirindui apabila melihat foto-foto suansana dan para guru serta sheikh di universiti tempat kami menagaji di Syria dulu.



Terimbau kembali indahnya suasana menuntut ilmu dan tazkiyyah nafs.

Keramahan para anisah (guru-guru wanita) dan kemurahan hati mereka menyampaikan ilmu.





ALLAH membalas jasa mereka dengan balasan yang berganda.

Moga kita sentiasa dalam keberkatanNYA.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...