Sunday, June 30, 2013

Info Buku: Melahirkan Anak Pencinta AL-Quran

بسم الله الرحمن الرحيم

InsyaALLAH kali ini saya akan berkongsi tentang buku yang Alhamdulillah saya sudah habis baca. Buku yang pernah saya baca sewaktu 2 jam penantian dahulu.

Inilah bukunya:
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v


tengok sahaja buku ini di kaunter buku di HASANI,
terus tertarik untuk beli.
MasyaALLAH
muka hadapan.

muka belakang

harganya: RM20
terbitan: Telaga Biru

penulisnya

Buku ini bagi saya amat bagus untuk memberi motivasi untuk mendidik anak2 kecil dengan Al-Quran.

Malahan ia juga memberi penerangan yang jelas tentang tujuan sebenar kita mendidik anak dengan AL-Quran.

Buku ini bagi saya banyak memberi muhasabah dan teguran kepada diri dalam mendidik anak2 dengan Al-Quran.

Antara kelebihan buku ini ialah:
1- Tajuk2 kupasan yang menarik

tajuk2nya isi kandungannya yang menarik untuk dibaca
(*p/s: Oh! saya sangat guna camera handphone Nokia Lumia.
Hasil gambarnya yang  sharp dan  fokus. Tulisan dalam buku tu pun dapat dibaca, tak kembang gambarnnya
 =) 


2- Disertakan dengan dalil2 dari Al-Quran dan Sunnah

3- Gambar dan ilustrasi yang menarik dalam buku
Tulisan yang mudah difaham dan menusuk ke hati

4- Bahasanya yang baik dan memberi motivasi dalam diri pembaca. MasyaALLAH!


5- Disediakan juga rujukan dan marjik kepada Hadis2 dan kata2 ulama dalam buku tersebut

kelebihan Ahli Al-Quran



6- Point yang mudah difahami


7- Isi2 penting dijelaskan dan ditulis dengan besar
benarlah firman ALLAH SWT

YA ALLAH.
Perkenankanlah doa kami

Selamat membaca, menambah motivasi diri dan muhasabah.

Friday, June 28, 2013

Terangilah hati kami dengan Al-Quran

بسم الله الرحمن الرحيم


Sedikit perkongsian tentang pengalaman kami sekeluarga dengan Al-Quran kali ini.

Terangilah hidup kami dengan Al-Quran, YA ALLAH..

Sejak 7 tahun lalu, sejak kelahiran Abang Abbudey, hampir setiap hari rumah kami kedengaran alunan ayat Al-Quran, samada melalui audio ataupun ulangan hafazan anak2.

Alhamdulillah selepas 7 tahun dalam keadaan begitu, bila tidak dipasang alunan ayat Al-Quran, akan rasa seperti sangat mengantuk, tak bersemangat, sedih semacam je...Amat sunyi ! Macam ada mende yg tak kena je....hmmm....

Begitu juga bila sudah selalu dengan Al-Quran, kalau ada masa2 senyap seperti ketika masak dan sidai baju, hati akan berusaha untuk membaca ayat Al-Quran... Cuma ingatkan semula di mana ulangan hafazan yang terakhir dan cuma untuk sambungkannya.



Saya juga terfikir, banyaknya pahala guru2 Al-quran dan mak abah yang menghantar kami ke tahfiz. Bila cucunya belajar menghafaz Al-Quran, setiap huruf  Al-quran yang dibaca, mak dan abah akan dapat pahalanya... itu kalau seorang cucu, kalau 10 orang?

 MLM yang betul2 untung. masyaALLAH.

Moga ALLAH terus subur mekarkan rasa cintakan Kalam ALLAH dan jadikanlah ia sebagai syafaat kepada kami di akhirat nanti dan berkatilah hidup kami.
Amin3.

Tuesday, June 25, 2013

Jom Buat Blended Orange Cake Bersama Abdullah

بسم الله الرحمن الرحيم

Pada cuti yang lepas, untuk menghabiskan buah oren yang banyak (selain buat jus oren), saya ajar Abdullah buat kek oren. Sangat senang. campak2 lepas tu blend, pastu masuk oven.

ting!

dah siap!

resepi ambil di sini:

mula2 potong buah oren dan tuang minyak dalam blender


masukkan 2 cawan gula dalam blender

Pecahkan 3 biji telur dan masukkan dalam blender

masukkan adunan yang dah sudah diblend tadi dalam 2 cawan tepung + baking powder

kacau hingga sebati

tuang dalam loyang dan bakar dalam oven.


Tolong basuh pinggan mangkuk

Tolong bersihkan dapur sekali

Alhamdulillah...
Percubaan pertama.

Monday, June 24, 2013

Belajar dan terus belajar....

بسم الله الرحمن الرحيم

Bagi saya, bila kita bersahabat dengan orang yang baik dan hebat, pelbagai perkara yang boleh kita pelajarinya daripadanya. 


sumber:
google image
sumber:
google image

Banyak yang saya belajar dengan kenalan saya ini.

Yang Pertama ialah: Puan Khairunnisa Iskandar, penulis buku Akhlak anak Muslim (pernah diulas di sini) yang amat bersemangat dalam menulis, produktif dalam menghasilkan bahan bantu mengajar untuk kanak2. Boleh lihat dan beli di sini. Malah Puan Nisa selalu berkongsi tips2 parenting dalam link tersebut.

dari kanan:
Hanan, Iman, Ashraf (Anak2 Puan Nisa) , Abdul rahman dan abdullah
buku Puan KhairunNisa.
amat mengagumkan dan comel sekali bukunya
Pernah diulas di sini
Dan juga Puan Siti Sarah Mohd Fauzi, pemilik kedai http://kedaiberjaya.com/ yang aktif dan banyak idea untuk menghasilkan produk bantu belajar untuk kanak2.

Atirah yang comel amat (Anak ke3 Puan Sarah) dan Abdul Rahman.
Abdullah menyorok di belakang sana tu
Lokasi: Di Lobi Hotel Tabung Haji, D'Bayu Sabah
MasyaALLAH!  sangat kagum dengan kedua2 ibu muda yang masing2 mempunyai 3  anak2 kecil ini. Mempunyai anak kecil sedikit pun tidak menghalang mereka untuk terus mendidik masyarakat dengan produk2 pendidikan mereka. MasyaALLAH3 !!

Moga ALLAH beri kekuatan kepada mereka dalam meneruskan usaha 'dakwah' kepada masyarakat dan memudahkan segala urusan mereka.

Amin

=)

Saturday, June 22, 2013

Info buku: Nota Hati Seorang Lelaki

بسم الله الرحمن الرحيم

Ini adalah buku yang telah dibeli beberapa bulan yang lepas atas saranan dari seorang sahabat.

Saya sangat sukakan buku ini. Sering dibaca sebelum tidur. Ibarat muhasabah diri sebelum melelapkan mata. Bagi saya buku ini amat bagus.



Walaupun tajuk bukunya:
NOTA HATI SEORANG LELAKI

tetapi ia tidak bermaksud langsung bahawa orang perempuan tidak boleh dan tidak sesuai untuk membaca buku ini.

Kerana, di sebalik orang lelaki, mesti ada watak wanita juga.

Kerana secara keseluruhan buku ini adalah tentang kehidupan secara umumnya.


Bagi saya, bila saya baca buku ini, ia seperti membaca tulisan Ustaz Hasrizal. Mungkin kerana cara penyampaian dan tulisannya yang mudah meresap masuk dalam hati dengan ayat2 yang mudah difahami.

Mungkin juga kerana gaya pemikiran penulis yang selalu 'lain' dari orang lain.

Buku ini ibarat himpunan cerpen2 tentang kehidupan seorang lelaki sebagai anak, suami, ayah dan lain2.

Isi cerita-ceritanya amat menusuk hati.



Terbitan Telaga Biru

Antara isi kandungan yang saya minat dalam buku ini ialah:
1- Tentang mendidik anak2
2- Tentang merancang bilangan keluarga
3- Begitu juga dengan seorang ibu yang berpenat lelah (berpeluh2) menguruskan rumahtangga tanpa sebarang bayaran.
4- Tentang kematian
5- Tentang rezeki....
...... dan macam2 lagi topik yang serasi dengan kehidupan dan persoalan hidup kita seharian

Bahasanya banyak menggunakan perbualan dan banyak bermain dengan bahasa. sangat menarik dan indah. Alhamdulillah.

Friday, June 21, 2013

Istimewanya Majalah AULAD edisi JULAI 2013 kepada Abang Abbudey

بسم الله الرحمن الرحيم

Siapa dah beli Majalah AULAD edisi JULAI 2013.??

Ada sesuatu yang istimewa buat Abang Abbudey dalam Majalah AULAD edisi Julai ini!

AULAD bulan Julai ini bermotifkan tentang
Bulan Ramadan yang bakal kita sambut kurang 19 hari lagi,
InsyaALLAH

اللهم بلّغنا رمضان

Inilah yang istimewa untuk Abang Abbudey
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v

Hasil kraf Abang Abbudey yang dipos beberapa bulan lalu terbit dalam majalah kesayangannya!

Kisahnya bermula bila Ustaz Haziq di kelas Abang Abbudey tunjukkan dahulu kepada Abg Abbudey hasil lukisan dan krafnya terbit dalam Majalah Aulad dan minta kepastian adakah Abang Abbudey pemilik lukisan tersebut.

Balik rumah, barulah kami tahu kisahnya bila Abang Abbudey ceritakan semula....Saya baru je dapatkannya di PASTI tempat Abdullah belajar, semalam.


Inilah hasil kraf dan lukisan Abang Abbudey.

kraf ini pernah dibuat di sini:
http://cinta-rasul.blogspot.com/2013/03/craft-biri-biri-comel.html

Kemudian, Abang Abbudey tambah sedikit hiasan untuk bg lebih cantik





ALHAMDULILLAH....BERITA GEMBIRA YG MEMBUATKAN ABANG ABBUDEY TERSENYUM LEBAR 

alhamdulillah...

=)


p/s: jom baca Surah AL-Kahf


Thursday, June 20, 2013

Cerita Abang Abbudey dan Kawan2nya

بسم الله الرحمن الرحيم

Saya semakin perasan banyak perubahan dalam diri Abang Abbudey bila dia sudah masuk ke Alam sekolah rendah.

MasyaALLAH. Anakku bukan bayi lagi. Dia makin membesar (dan mak ayahnya pula sudah makin dewasa dan bakal menghampiri tua, zaman remaja dan kanak dah lama ditinggalkan. MasyaALLAH, banyaknya kenangan)

Antara perubahan Abang Abbudey yang terbaru yang saya perasan ialah dia sudah kenal kawan sekolahnya dan ingat kepada mereka.

Buktinya, ketika di Sabah, dia beria2 ingin membelikan key chain untuk diberikan kepada rakan sekelasnya.

Sikap ini tidak ada dalam dirinya ketika kecil dulu. Tak pernah lagi kalau berjalan, teringat nak beli hadiah untuk kawan2. Begitu juga dengan adik, adik tak ingat langsung nak beli hadiah untuk kawan2 kelasnya.

Keychain yang Abang Abbudey pilih ketika di Psr Kraftangan di Kota Kinabalu.
Asyik diulang2:
"Key chain ini untuk XXX, yang ini untuk XXX."

Dia mula mempunyai perasaan seronok untuk MEMBERI kepada orang lain
Moga anak2 ini terus membesar dengan soleh, berilmu dan bertaqwa. Amin3.

TEMPAT MENARIK DI SABAH

Wednesday, June 19, 2013

Semangat kanak2 Syria terhadap Al-Quran

بسم الله الرحمن الرحيم


Gambar2 di bawah ini adalah gambar yg terbaru dikongsi dalam FB universiti tempat saya belajar dahulu yg menunjukkan semangat kanak2 Syria yg pergi ke halaqah (grup) Al-Quran di musim panas ini  WALAUPUN SYRIA SEDANG BERGOLAK DENGAN PEPERANGAN!


di ruang utama Jamik Sheikh Ahmad Kiftaro, Damascus, Syria

untuk lebih gambar, klik
DI SINI

kelompok2 al-quran begini diadakan setiap kali musim panas
di Syria bagi mengisi masa lapang pada masa cuti musim panas yg panjang

saksikan bacaan salah seorang kanak2 yg hadir dalam kelas al-quran musim panas ini
DI SINI


Masya ALLAH!

Perang pun x dapat halang mereka dari mempelajari Al-Quran.
Bagaimana kita?

WW : Komunikasi Penuh Prihatin

بسم الله الرحمن الرحيم


Tuesday, June 18, 2013

Anak menghafaz Al-Quran menggunakan aplikasi Al-Quran dalam Sony Ericsson

بسم الله الرحمن الرحيم

Kali ini ingin menyambung tentang penggunaan aplikasi Al-Quran dalam HP Sony Ericsson yang pernah dicatatkan di sini

Seperti yg saya pernah tulis DI SINI dan DI SINI bahawa anak2 akan mengulang Al-Quran sewaktu perjalanan ke sekolah.

Kali ini kita lihat Abang Abbudey yang mendengar bacaan dari Sheikh Hani Rifaie (sambil melihat Al-Quran dalam HP tu) .

Alhamdulillah. amat memudahkan. Kini bukan sahaja boleh baca al-quran di mana sahaja, bahkan anak2 juga boleh mendengar al-quran di mana sahaja.

OK. Jom kita lihat video di bawah ini:



Dalam video ini Abang Abbudey mendengar bacaan Surah Az-Zukhruf (Surah terbaru hafazannya sekarang), sambil melihatnya al-quran dalam HP tersebut.

Ketika ini juga dalam perjalanan ke sekolah (bunyi kereta 'mengaum' yang sangat kuat..haha (belum pukul 7 pagi lagi, masih gelap di luar sana). Adik pula sambung tidur dalam kereta

Penggunaan aplikasi ini juga adalah secara offline (tak perlu kepada wifi dan line internet) selepas dimuatturun bacaan sheikhnya.

Kemudian saya sambung pula dengan  cara menggunakan aplikasi tersebut:

Kelebihan aplikasi ini: 

1- Terdapat banyak pilihan untuk bacaan para sheikh2 yg terkemukan
2- boleh digunakan secara offline (setelah muatturun bacaan sheikhnya)
3- boleh dipilih ayat yang ingin didengar.
4- Tulisan yang hampir menyerupai tulisan al-quran yang biasa (standard)
5- dapat mendengar bacaan Al-Quran sambil melihat ayat2nya (ayat yang sedang dibacakan akan dihighlight dengan warna hijau)


NOTA: Untuk mendengar bacaan penuh Surah Az-Zukhruf dengan suara Sheikh Hani Rifaie,
 boleh buka link ini:
http://www.youtube.com/watch?v=smzTS7bMKUw

*Rakaman menggunakan camera HP Nokia Lumia je....

Bercuti di Sabah (episod akhir): Zoo Lok Kawi dan pulang ke Kedah semula

بسم الله الرحمن الرحيم

Ini adalah tempat yang terakhir kami ziarahi di Sabah sebelum terbang pulang ke Kedah.

Flight naik pukul 5, kami pergi ke Zoo Lok Kawi ini pukul 1.30 - 2.30petang.

Perjalanan dari Zoo ke Airport lebih kurang setengah jam sahaja.


jalan menuju ke Zoo Lok Kawi


melihat gajah

antara anak2 dan harimau tu ada cermin yang tebal

tarikan di Sabah


ok, harap maklum
jangan bagi dia makan walaupun dia buat muka kesian.

Abdullah panggil seladang ni 'tatuka' sebab ada watak seladang ini dalam kartun bahasa Arab yang di tontonya:
Hikayat Tatunka
حكايات تاتونكا

Boleh tonton di sini:
http://www.youtube.com/watch?v=0tv7iS8aYFE

نعامة
ostrich

memerang

sun bear

melihat harimau diberi makan

dan masa yang ditunggu2 oleh anak2; Naik gajah!

adik naik dulu

kemudian Abang Abbudey

Baba menjaga mereka
seorang RM 5

Alhamdulillah mereka cool sahaja time naik gajah
mereka seronok dan tak takut pun

Muka Abang Abbudey yang puas dan seronok dapat naik gajah


saksikan telatah anak2 menaiki Gajah di Zoo Lok Kawi di sini:
http://www.youtube.com/watch?v=n2gtpl2g_Vs


Abang Abbudey yang berani memegang ular ini
free sahaja

Bayaran masuk ke Zoo Lok Kawi dan aktivitinya.
Klik untuk besarkan


baba dan anak2 bersama Pak Cik Mustafa, driver sepanjang kami di Sabah  yang amat tepat masanya.
Alhamdulillah

Walaupun penat ketika di Zoo Lok Kawi, tapi abang Abbudey tetap tak tidur sampai tiba di rumah.Adik tidur juga ketika perjalanan dari Sabah ke KL. Saya sangkakan anak2 akan tidur dalam kapal terbang sebab penat berjalan, rupanya sangjaan saya meleset sama sekali.

Kami sampai di airpot pukul 3 petang, kapal terbang naik pukul 5.30 petang. Sampai di KLIA pukul 8. Solat jamak maghrib dan isyak di KLIA. Naik kapal terbang menuju ke Penang pukul 10.50.
Sampai di rumah pukul 12 malam.

Abang Abbudey langsung tak tidur sepanjang perjalanan. Seronok sangatlah tu.
Waktu di KLIA pula, dia berlari merata dengan menolak troli.
MasyaALLAH amat energatik, gembira dan bertenaga sekali


dompet ikan pilihan mereka sendiri  ketika di Pasar Kraftangan Kota Konabalu

cuba meniru aksi M&M tu...
haha

saya bawakan buku cerita untuk mereka baca pada masa menunggu.

keesokkan harinya, lihat banyak kucing yang menunggu untuk diberi  makan

bukan kucing belaan kami.
Kami x bela kucing

Alhamdulillah. ALLAH beri keselamatan, keseronokkan, kebahagiaan dan perjalanan yang berjalan lancar sepanjang masa berada di Sabah. Alhamdulillah. Syukur kepada ALLAH SWT. Anak2 pun amat bertenaga sepanjang percutian di Sabah. MasyaALLAH. 

Moga ia menjadi pengalaman manis untuk dikenang buat anak2 dan kami sekeluarga.Anak2 juga diajar adab2 ketika dalam musafir. 

Ini adalah perjalanan  dan percutian kami berempat yang paling jauh setakat ini. Percubaan pertama dan pelajaran untuk naik kapal terbang dengan anak2 (kecil) tanpa orang lain.


Tapi perlu kepada persediaan awal. Bekalkan makanan, permainan kecil, buku cerita dan buku aktiviti supaya daapt menghilangkan kebosanan mereka ketika dalam kapal terbang dan ketika menunggu.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...