Sunday, April 28, 2019

Aktiviti dengan buku sticker bagi kanak-kanak berusia 3 tahun

بسم الله الرحمن الرحيم

**Entri ini ditulis pada 22/12/2018.

Ketika saya berkongsi petikan video ini di dalam status whatsapp peribadi, beberapa respon dari rakan-rakan yang mempunyai anak-anak sebaya dengan Ahmad Zaid saya terima.


Suka melihat keletah Ahmad Zaid yang berzikir dan membacakan Surah AnNas sambil menampal sticker.
MasyaAllah


Video yang dikongsikan dalam status whatsapp
 Beberapa rakan memberi respon bahawa anak-anak mereka pun sukakan buku sticker seperti Ahmad Zaid ini, namun anak-anak hanya tampal merata-rata dan tidak pada tempatnya yang sepatut.

Terus saya teringat bahawa Ahmad Zaid awal-awal dulu juga begitu. Koyak dan tampal sahaja sticker di mana-mana.

Namun abang-abang dan kami mengajarkan Ahmad Zaid untuk tampalkan sticker di tempat yang sepatutnya dengan cermat, lama-kelamaan Ahmad Zaid faham dan boleh mengikut arahan.


Buku yang dibeli untuk bahan bacaan abang Abdullah, dimanfaatkan bersama oleh Ahmad Zaid yang sukakan sticker

Ini juga adalah antara buku sticker Ahmad Zaid.

Aktiviti yang sama:
Buka sticker, cari tempat yang sepatutnya, dan tampal
Lagi cerita tentang buku sticker dan Ahmad Zaid di sini:
https://cinta-rasul.blogspot.com/2019/04/ahmad-zaid-3-tahun-dan-minatnya.html

Aktiviti ini dapat melatih anak-anak bersabar dan membuat kerja dengan cermat.


Thursday, April 25, 2019

Ahmad Zaid (3 tahun) dan minatnya terhadap buku sticker

بسم الله الرحمن الرحيم

Ketika membuat aktiviti dengan buku sticker dengan Ahmad Zaid, saya teringat yang Abdullah dahulu juga sangat sukakan buku aktiviti dan buku sticker, seperti dalam entri pada 6 tahun lepas:

http://cinta-rasul.blogspot.com/2013/04/info-buku-1000-stickers-animals-book.html

http://cinta-rasul.blogspot.com/2013/05/info-buku-i-can-cut-n-paste-scissor.html


http://cinta-rasul.blogspot.com/2012/08/shapeland-book-buku-aktiviti-yg-sgt.html



Buku sticker dalam video ini sebenarnya dibelikan untuk bacaan Abang Abdullah, namun Ahmad Zaid berminat untuk membuat aktiviti membuka dan menampal pelekat-pelekat di dalam buku ini.

Lihat dalam video tersebut, agak sukar untuk Ahmad Zaid membuka dan menampal pelekat-pelekat tersebut dengan baik.

Ia adalah satu kemahiran yang perlu diasah hingga mahir.

Insyaallah satu aktiviti yang berfaedah disamping mengeratkan hubungan kekeluargaan bersama anak-anak. Amin



Monday, April 22, 2019

Jam cantik untuk si dia

بسم الله الرحمن الرحيم


Jam ini ditempah dengan hasrat di hati semoga kedukaan di hati si dia sedikit terubat.

Sungguh tidak sanggup nak melihat duka di wajah si dia...

Mungkin sekadar ingin memasukkan sedikit kebahagiaan di hatinya.
Jam cantik untuk si dia...

Dengan ingatan:
Allah with u

Moga tiada sedih lagi.
Allah bersamamu.

Jam ini ditempah melalui seorang sahabat lama.

Istimewa jam ini saya pilih kerana boleh ditulis padanya.

Tulisan rumi atau jawi dan juga boleh diletakkan gambar juga.



Pelbagai pilihan warna yang ada








Sebelum ini si dia memakai jam bertulisan inggeris berwarna hitam, dihadiahkan jam bertulisan Arab berwarna putih.

Kepada saya pula dia hadiahkan jam putih bertulisan inggeris

Jam comel hadiah darinya

Sedangkan sebelum ini saya memakai jam hitam bertulisan Arab.


Moga dia terus kuat, tiada duka dan mendapat kebahagiaan dunia dan akhirat.


Sesiapa yang berminat untuk membeli jam ini, boleh wassap sahabat saya ini:


Friday, April 19, 2019

Hebat atau tidak usaha kita?

بسم الله الرحمن الرحيم

Situasi ini berlaku kepada diri saya sejak dari kecil lagi.

Sejak dari kecil, saya selalu terfikir, adakah apa usaha yang dilakukan ini baik dan bagus?

Ketika kanak-kanak, bersekolah di tahfiz (ada pelajaran dan akademik juga) di rumah teres sahaja, rasa rendah diri selalu melanda bila difikirkan orang lain sekolah di bangunan yang hebat, pakai uniform (kami dulu tiada uniform), banyak program sekolah.

Namun masyaALLAH apabila kita berkumpul dengan orang lain, barulah ALLAH tunjuk bahawa usaha yang kita buat adalah baik.

Ketika masuk musabaqah hafazan AL-Quran peringkat Negeri Selangor dan peringkat kebangsaan (pada zaman 90an dulu, belum ada lagi wakil dari Malaysia ke musabaqah hafazan peringkat antarabangsa) Allah tunjukkan kehebatan apabila berjaya menewaskan peserta dari sekolah-sekolah lain.

Apabila mengambil peperiksaan SMU (Sijil Menengah Ugama) di Sekolah Sungai Udang, Melaka, Allah tunjukkan kehebatan apabila menjadi calon terbaik SMU pada tahun itu walaupun adalah calon tumpang sahaja.

Begitu juga ketika belajar di peringkat Diploma Bahasa Arab di Mujamma' Sheikh Ahmad Kiftaro, menjadi pelajar terbaik dalam kelas di antara para pelajar dari serata dunia...

Alhamdulillah atas segala anugerah yang besar yang ALLAH anugerahkan.

Bukanlah dengan tujuan untuk riak dan membangga diri, namun adalah untuk menambahkan keyakinan dan kepastian dalam diri .

Doa yang sering dipanjatkan agar menjadi lebih baik dari yang disangka-sangka orang dan diampunkan apa yang orang tidak tahu.

Biarlah diri kita hebat di sisi ALLAH.

Tak mahulah jika nampak sahaja hebat depan manusia, padahal tiada apa-apa dan hakikatnya kesemua itu adalah anugerah ALLAH

Semoga anak-anak kita juga dapat merasakan apa yang mereka lakukan adalah hebat, lebih-lebih di sisi ALLAH , insyaALLAH !

Tuesday, April 16, 2019

"Bagilah Ahmad pulak jadi imam.!"

بسم الله الرحمن الرحيم



**Entri ini ditulis pada 14/12/2018



"Lepas kuliah, Ahmad lari laju-laju mai kat baba. Pastu dia jerit nak azan dan jadi imam." Cerita baba.

"Baba bagilah Ahmad pula jadi imam."

Pakcik-pakcik di Masjid gelak.

Begitulah gelagat Ahmad Zaid sekarang ni.

"Abang Abbudey lah yang kena bawak dia keluar sebab dia bising ghiyau (menangis). Kalau tak, nak suruh Abang Abbudey jadi imam."

Keinginan dia untuk azan dan jadi imam menjadi-jadi selepas dia membuat persembahan di Seminar Projek Mega Dalam Rumah di Masjid Putrajaya pada Disember tahun lalu.

Ceritanya ada dalam entri di sini:

Selepas itu, kami ada belikan microfon wireless untuk Ahmad Zaid.

Ahmad Zaid dengan mikrofonnya. Pada mikrofon tu ada speaker terus. RM 39. Untuk Ahmad Zaid guna untuk dia azan dan baca Al-Quran. Kerana dia suka nak azan dan jadi imam di masjid.



MasyaAllah... Keyakinan yang tinggi, tetapi masih perlukan persediaan yang banyak.

Insyaallah sampai masa nanti Ahmad Zaid akan boleh azan dan menjadi imam di masjid juga, insyaallah.

Saturday, April 13, 2019

Rumah besar VS Rumah kecil

بسم الله الرحمن الرحيم

Ini adalah fikiran yang terlintas dalam minda saya ketika kami dalam perjalanan pulang dari Country Heights Kajang pada hujung tahun lalu.

Kami pernah pergi ke sana beberapa tahun lalu seperti yang ditulis dalam entri di sini:

Gambar di Country Heights Kajang beberapa tahun yang lalu

Ketika perjalanan keluar, kami lihat kiri kanan adalah rumah yang besar-besar, bertingkat-tingkat.

Keluar sahaja dari pintu gate country heights itu, terus rumah-rumah biasa. Rumah teres biasa.

Tiba-tiba sahaja saya terfikir:

"Ya Allah, adakah begini nanti bila berada di syurga nanti?"

Betapa kita berbeza tingkat dan kualiti syurga mengikut amalan yang kita lakukan?

Makin banyak kita membaca Al-Quran, makin mewah dan besarlah syurga kita, kalau tidak, hanya mampu untuk melihat dan teringin sahaja dari luar pintu syurga.

Ya Allah....

Berikanlah kami semua syurga yang tertinggi AlFirdaus.

Ya Rabb.



Wednesday, April 10, 2019

"Alhamdulillah ada pelapis bila kami mati nanti."

بسم الله الرحمن الرحيم

**Entri ini ditulis pada 14/12/2018

Kisahnya bermula begini:
"Mama, hari tu bilal Masjid Jamek Kuala Ketil habaq, minggu depan dia suruh abang mai subuh hari Jumaat awal di masjid, dia suruh abang jadi imam. Dia tanya abang habis dah tak Al-Quran? Abang kata abang habis dah." Begitulah cerita Abang Abbudey beberapa hari yang lepas.

Dia teruja untuk menjadi imam subuh di masjid Jamek Kuala Ketil.



Sebelum ini abang Abbudey sudah pernah menjadi imam terawih dan imam solat fardhu di masjid-masjid lain apabila mengikut baba pergi kuliah.

Kami mula melatih anak-anak menjadi imam dengan menjadi imam di rumah dahulu. Kemudian mereka menjadi imam solat di Maahad. Apabila nampak bacaan Al-Qur'an mereka semakin baik, kami beritahu mereka, mereka perlu mula menjadi imam di masjid.

Seperti yang ditulis dalam entri di sini:
https://cinta-rasul.blogspot.com/2018/06/pengalaman-pertama-anak-anak-menjadi.html

Bermula dengan imam terawih, pelbagai nasihat dan teguran sering diberikan agar anak-anak memperbaiki mutu bacaan Alquran dan solat mereka.

Abdullah juga turut menjadi imam di masjid-masjid.

Apabila mereka menjadi imam, pada permulaan memang mereka takut, namun, lama-kelamaan mereka  menjadi biasa.

Ia juga satu motivasi, memberi kepuasan dalam diri mereka.

Namun sebelum ini, mereka tidak pernah menjadi imam di Masjid Jamek Kuala Ketil.

"Alhamdulillah, kalau kami mati, dah ada orang yang boleh ganti." Itulah antara kata-kata dari jemaah masjid.

Ya Allah...

Cepatnya masa berlalu...

Dahulunya, anak-anak inilah yang berlari, bising di masjid (sekarang Ahmad Zaid pula yang bising di masjid) kini mereka sudah menjadi imam di masjid...

MasyaAllah...

Semoga Allah memberkati kita semua dan menjadikan kita ikutan bagi orang yang bertaqwa.

Amin Ya Rabb.


Syukur ke hadrat ALLAH Subhanahu wa taala yang melorongkan kami sekeluarga ke jalan ini, Ya Rabb.

Sunday, April 7, 2019

Binatang peliharaan di Rumah

بسم الله الرحمن الرحيم

**Entri ini ditulis pada 14/12/2018


Alhamdulillah, anak-anak suka bela bintang peliharaan di kawasan rumah bersama baba.

Antara yang ada ialah:
Ikan, ayam, kambing, itik, angsa dan kucing.


Membela kambing di hadapan rumah

Alhamdulillah, duduk di kawasan maahad ini, ada ruang untuk membela binatang peliharaan.

Ada yang orang bagi dan ada yang dibeli.

Sejak dahulu lagi selalu mereka mengikut baba  membela ikan, arnab, ayam dan burung merpati.






Kini lebih meriah lagi

Tolong bagi makan kambing

Banyak faedah dan kemahiran yang anak-anak dapat dari membela binatang peliharaan.

Mereka belajar erti tanggungjawab dan kasih sayang.

Mereka belajar tentang binatang.

Mereka belajar cara untuk menyelesaikan masalah yang dihadapi oleh haiwan peliharaan.


Ayam jantan yang jinak.

InsyaALLAH ia tidak menjadi hobi yang sia-sia, InsyaALLAH.

Alhamdulillah, satu nikmat ALLAH yang berharga. Haiwan yang ALLAH jadikan untuk manusia juga mampu menjadi terapi dan memberi ketenangan.

Alhamdulillah

Thursday, April 4, 2019

Ahmad Zaid Suka Belajar

بسم الله الرحمن الرحيم

**Entri ini ditulis pada 14/12/2018

Alhamdulillah ketika cuti sekolah hujung tahun lepas, banyak masa kami dapat luangkan bersama anak-anak.

Alhamdulillah, banyak perkara yang dirasai.

Saya mula perasan bahawa Ahmad Zaid suka belajar, mungkin kerana setiap hari melihat abang-abang menghafaz Al-Quran dan belajar, dari situ, Ahmad Zaid juga sukakan belajar.

Sentiasa doa agar dapat lebih mengajar Ahmad Zaid (3 tahun)


Selain bermain dengan haiwan peliharaan di rumah, banyak perkara baru yang Ahmad Zaid pelajari
Ahmad mula belajar menulis.

Saya print beberapa kertas, dia sangat seronok tunggu kertas yang siap print keluar dari printer. Berlari-lari Ahmad pergi menuju ke printer


Belajar asas menulis

Saya juga mengajar Ahmad asas untuk menggunting, satu perkara yang perlu kanak-kanak pelajari.  Jika tidak, pasti akan kekok memegang gunting.

Seharian Ahmad Zaid seronok menggunting kertas.

Dan juga dia belajar menggunting mengikut garisan lurus




Lihat betapa Ahmad Zaid suka belajar, hingga buku hafazan abang pun diambil, tulis dan baca Surah Annas.

Mungkin kerana setiap hari melihat abang menulis catatan dalam buku hafazan dan menghafaz Al-Quran



Semoga anak-anak kita menjadi orang yang hebat di sisi ALLAH dan ikutan bagi orang yang bertaqwa. Amin

Monday, April 1, 2019

Video: Cara anak-anak menghafaz Matan Tajwid Tuhfatul Athfal

بسم الله الرحمن الرحيم

**Entri ini ditulis pada 14/12/2018


Alhamdulillah setelah anak-anak mula mengenali Matan Tajwid Tuhfatul Athfal dalam daurah tajwid pada cuti sekolah hujung tahun lepas seperti yang ditulis dalam entri di sini:
https://cinta-rasul.blogspot.com/2019/03/menghafal-matan-tajwid-tuhfatul-athfal.html

Saya menggalakkan anak-anak untuk menghafaz matan tajwid ini sehingga habis kesemuanya iaitu 61 bayt syair.


Abang Abbudey menghafaz matan Tuhfatul Athfal.
(Suara belakang, Ahmad Zaid juga minta rakamkan dirinya menghafaz)



Abdullah memyambung matan yang dibaca oleh Abang Abbudey. Abdullah menghafaz bab nun sakinah dan tanwin


Mereka mudah menghafaz dengan mendengar audio dan tulisan yang telah didownload dan dipasangkan dalam TV.

Video matan ini boleh didapati dalam entri di sini:
https://cinta-rasul.blogspot.com/2019/03/menghafal-matan-tajwid-tuhfatul-athfal.html




Beginilah cara mereka menghafaz matan ini.

Semoga ia menjadi ilmu yang bermanfaat untuk anak-anak.

Amin.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...