Monday, July 30, 2012

Buku comel Ahlan Wa Sahlan Ya Ramadan khas untuk Abg Abbudey

بسم الله الرحمن الرحيم

Sempena Bulan Ramadhan yg mulia ni, kami menghadiahkan buat Abg Abbudey buku yang dicetak khas untuknya meraikan Abang Abbudey yang kuat dan tabah berpuasa untuk tahun pertamanya


comel!

Cetakan khas untuk Abdul Rahman...
sweetnya!!



muka surat dalam
semua mukasurat berwarna.
Menarik utk kanak2..

dicetak nama Abg Abbudey!!


ada jadual puasa Ramadhan juga =)


Info yg best

Alhamduillah....Buku in kami beli dari sahabat kami...Semoga Abang Abbudey lebih tabah dan ceria menghadapi Bulan istimewa ini....

Friday, July 27, 2012

Maaf...sudah PENUH


Wednesday, July 25, 2012

Noorah. Suri rumah yang Hebat !

بسم الله الرحمن الرحيم

NOORAH adalah sebuah buku yg mempamerkan kisah benar seorang wanita dan juga suri rumah yg aktif dalam memberi manfaat kepada orang lain dan berkhidmat utk agama Islam sepanjang hidupnya.

Sebenarnya dah lama dengar ramai orang yang bercerita tentang kehebatan Buku NOORAH ni, tp tak sempat utk membelinya.

Muka depan buku
Alhamdulillah, bulan lepas, saya sempat membelinya secara online dari penulisnya sendiri.


Selepas membacanya, saya pun bersetuju dengan pandangan mereka, buku NOORAH memang hebat!

Bermula dengan kelahiran bayi musim sejuk  di Yorkshire ini kemudian bermulalah hidupnya yang penuh ujian dan cabaran.


muka belakang buku



harga buku


1- ayahnya yg sering mabuk dan memukul ibunya. kemudian ibunya yg cuba membunuh diri.

2- Noorah masuk ke rumah kebajikan dan kemudian penjara.

3- Bila dewasa Noorah mula mencari kebenaran ttg relevannya agama di zaman moden

antara bab2 dlm buku


4- Merantau dan bekerja di negara arab dan melihat suasana Islam ketika tinggal bersama dengan keluarga muslim,

----- dipendekkan cerita: Noorah pernah berkahwin 2 kali salah seorangnya Orang Malaysia dan anaknya pernah diculik oleh suami pertamanya sendiri.

Dan Noorah pernah dibedah beberapa kali kerana kanser dan pernah menyertai konvoi Viva Palestin dan banyak lagi cabaran dalam hidupnya yang ditempuhinya.

APA YG SAYA DAPAT DARI BUKU INI?

1- Rasa betapa besarnya ujian ALLAH kepada Noorah sepanjang hidupnya. Kalaulah cerita ini bukan kisah benar, tentu sahaja menyangka ia adalah rekaan penulis krn hidup Noorah yg penuh dengan liku dan dugaan...tak berhenti dari ujian. Sering ditindas oleh kaum lelaki dan anaknya diculik oleh suaminya sendiri, penghidap kanser yang kritikal dan macam2 lagi ujian yang Noorah hadapi dalam hidupnya...

antara gambar2 menarik dalam buku


2- Betapa tabahnya hati seorang wanita yg juga ibu dan suri rumah dalam menguruskan urusan rumahnya, urusan dakwah, mengurus kesihatannya yg sering keluar masuk hospital kerana kanser.

3- Rasa amat beruntung dan bersyukur dgn apa yg telah ALLAH berikan dalam hidup kita. Jika bandingkan dengan hidup Noorah, rasa bagai kita ini hidup senang lenang saja berbanding Noorah yg tidak lepas dan berhenti dari ujian ALLAH. Pun begitu, Noorah tetap merasakan dirinya sangat beruntung berbanding dengan orang Palestin

4- Betapa kuatnya semangat seorang wanita Muslim dan prihatinnya terhadap saudara seagama di Palestin hingga sanggu menyertai konvoi untuk menghantar bantuan ke Palestin walaupun dirinya masih dalam rawatan kerana kansernya yang tidak berhenti merebak.

lagi gambar2 dlm buku


5- Kisah hidup Noorah amat menyayat hati dan amat memberi kesan kepada sesiapa yang mmebacanya... Semoga ALLAH memberkati hidup Noorah dan penulis buku ini juga keluarga mereka. Amin3.

p/s: NOORAH sebuah buku travelog tarbiah dari Galeri Ilmu yg saya beli secara online juga dari penulisnya Ummu Hani Abu Hassan

penulis bersama Noorah sekeluarga


Sejak akhir-akhir ni seronok membeli buku secara online. Dapat duit gaji, terus transfer utk beli buku dan kemudian tunggu buku sampai di rumah.

--- MENCAMBAHKAN RASA BERSYUKUR DENGAN MEMBACA---

Tuesday, July 24, 2012

Meningkatkan kemahiran meneka, mengeja dan menulis

بسم الله الرحمن الرحيم

Alhamdulillah, lama saya x buat entry tentang aktiviti berfaedah dengan anak2.

Aktiviti kali ini adalah bertujuan untuk meningkatkan kemahiran meneka, mengenal huruf, mengeja dan menulis.

Yg paling penting dapat mengeratkan hubungan ibu bapa dan anak2 kecil! 

Aktiviti ini sangat simple dan seronok bg kanak2!

Kami panggil aktiviti TEKA-TEKI.....Anak2 sangat seronok dengan aktiviti simple ini !!




1- Anda hya perlukan kertas dan pen.
2- Mula meletakkan petak kosong utk huruf bagi perkataan tersebut
3- lukis gambar bagi perkataan tersebut
4- sambil anda lukis, minta anak2 teka.
5-siapa yg dapat teka, dia akan kena mngisi tempat kosong bagi perkataan tersebut
6- dan dialah pemenangnya!



Tapi oleh kerana adik Abdullah tak pandai mengeja dan menulis huruf2 lg, Abg Abbudey yg akan mengeja dan menulis, kemudian adik akan ulang mengeja semula.. simple dan seronokkkan?





Aktiviti ini kami lakukan selepas ulangan al-quran pada waktu isyak, jd buat secara santai sahaja.


---- OK, kalau anda rasa mcm pening kepala je dengan penjelasan di atas, di sini saya sertakan video bg menjelaskan perjalanan aktiviti ini..

video



video

note: gula-gula dalam bahasa arab adalah : سكاكر (sakakir)

Selamat beraktiviti dengan anak2... :-)


              KLIK SINI UNTUK LIHAT LEBIH BANYAK AKTIVITI KRAF YANG MENARIK 

Saturday, July 21, 2012

Khas dalam Bulan Ramadan sahaja!

السلام عليكم

Ramadan Kareem.
Selamat menyambut Ramadan.


Sempena kedatangan Bulan Ramadan penuh dengan keberkatan ini, Islamic Parenting Network ingin memberikan khabar gembira kepada anda semua.

Dapatkan HARGA ISTIMEWA khas dalam BULAN RAMDAN ini sahaja!


Maklumat lanjut sila rujuk: 

Jom tingkatkan amalan dalam Bulan Puasa ini.

Friday, July 20, 2012

Ramadan kareem

Selamat datang Ramadhan.
Semoga kita menghargainya dan menggunakan peluang ini dengan bersungguh2.

Wednesday, July 18, 2012

Qasiyun Katering - Nasi Arab

Untuk Negeri Kedah sahaja


Saturday, July 14, 2012

cute quilling bookmark

بسم الله الرحمن الرحيم

Saya pernah menulis ttg kraf quiling di sini dan juga di sini.

Inilah antara kerja anak-anak bila bersama mama. Kalau dengan baba, mereka akan melakukan aktiviti orang lelaki seperti main bola, p tengok kambing n lembu, p masjid dan lain.

Antara perkembangan yang dapat dilihat, Abdul Rahman sekarang semakin mahir dan kreatif membuat kraf. 

Oleh kerana aktiviti kraf tangan ni adalah aktivti duduk2 dan senyap2, jadi masa itu bolehlah digunakan untuk membuka al-quran.

kalau tidak, boleh bersembang2 dengan anak2 sambil mmebuat kraf. dapat mengeratkan hubungan kekeluargaan di samping menghilangkan stress... buat kraf ni kan tenang2 je... =)

OK. antara hasil penanda buku quilling kami yang baru belajar ni.



Asalnya nak buat bear, tiba2 jadi tikus pulak ..huhu

mama ajar Abbudey teknik buat bear yang betul

percaya atau tidak inilah hasil quilling abbudey 100%... dia buat sendiri..
dan dulu inilah teknik asas yg paling mudah utk buat quilling 

simple bookmark dr Abbudey

bookmark siput

bookmark siput: biar lambat, asalkan habis buku tu dibaca dan dapat faedahnya... =)

si bear yg menjelma menjadi tikus

Abbudey kata: "jom jual bookmark ni"...hehe..siapalah nak beli hasil kraf orang yg baru belajar n buat kadang2 je...

Kalau lihat di sini, lagi banyak quilling bookmark yang comel amat! geram!

JOm bertenang2 bersama anak2 dengan melakukan kraf!

              KLIK SINI UNTUK LIHAT LEBIH BANYAK AKTIVITI KRAF YANG MENARIK 

Wednesday, July 11, 2012

games pendidikan / educational games

بسم الله الرحمن الرحيم

Saya pernah menulis tentang games pendidikan yang menyeronokkan di sini.

Link ini memang terdapat banyak games pendidikan yang berguna dan menyeronokkan kanak2 untuk belajar. Bukan meningkatkan kemahiran membaca dalam Bahasa Inggeris sahaja, bahkan dalam matematik juga.

Menarik kan?

Jom tengok Abdullah dan Abbudey belajar matematik sambil main game
video








Tanpa mereka sedari, mereka sedang belajar sambil bermain.

Tuesday, July 3, 2012

Nantikan khabar gembira ini

بسم الله الرحمن الرحيم

InsyaALLAH pihak Islamic Parenting Network dan tim e-book 3 Langkah Mudah Didik Anak Hafal Al-Quran sedang merancang untuk memberi sedikit 'khabar gembira' kepada ANDA pada Bulan Ramadan yang akan tiba nanti...


Doakan semuanya berjalan lancar.

Untuk mengetahui perkembangan terkini, anda bolehlah layari:
https://www.facebook.com/pages/3-Langkah-Mudah-Al-Quran/265460076831108

Sunday, July 1, 2012

Buku: I Want To Be A Writer. Penulis: Ummu Hani Abu Hassan

بسم الله الرحمن الرحيم

InsyaALLAH kali ini saya akan memberi info tentang buku I Want To Be A Writer  yang sudah habis dibaca..

Muka hadapan buku yang dimaksudkan


Jangan risau, buku ini dalam Bahasa Melayu, tajuk sahaja dalam Bahasa Inggeris =)

1- Buku ini menceritakan pengalaman penulis sejak dari kecil berjinak2 dengan penulisan kreatif. Mcm budak2 biasa, mula tulis karangan, tulis diari, kemudian masuk sayembara cerpen dan sebagainya.

Cerita pengalaman budak perempuan kampung yang lasak dan menyeronokkan.

Muka belakang buku


Banyak ikhtibar dan pengajaran yang boleh di ambil dari cerita sejarah penulis buku ini.

--- Termasuk juga sikap rendah hati penulis terhadap hasil tulisannya yang lepas2....


turut disediakan gambar2 penulis


2- Buku ini juga menyediakan tips2 dan panduan2 bagaimana ingin memulakan langkah untuk menjadi seorang penulis.

3- Buku ini juga menyediakan contoh cerpen dan skrip drama serta ulasan tentang hasil karya tersebut supaya pembaca boleh menjadikannya sebagai panduan.

tip penulisan dan  contoh2 karya



** Habis baca buku ini, saya rasa seperti baru balik dr kursus penulisan saja.. Terus bersemangat nak berkarya...


4- Kenapa saya membaca buku ini? Adakah saya ingin menjadi seorang penulis? haha..


    a- Antara minat dari kecil ialah menulis walaupun entah apa2 ntah yg ditulis
    
     b- kalau x minat menulis, takkan buat blog kot... cuma dalam blog ni, tak nak pula rasa terkongkong dengan peraturan tatabahasa melayu dan sebagainya. Tapi tak juga guna bahasa terlalu moden (termasuk bahasa eewwww!) sampai orang tak faham apa yang ditulis. 
    
autograph dari penulis.. jangan jeles!

      c- penulis ini bukan hanya penulis cerpen, novel sahaja. malahan dalam bidang agama pon ramai penulisnya kan? 


Tengok sheikh wahbah zuhaili dan Sheikh Ramadhan albuthi...banyakkan hasil tulisannya? hampir semua alim ulama mempunyai hasil tulisan tersendiri dalam usaha menggerakkan dakwah.





antara bab2 dalam buku ini.


     d- kalau saya ni tak minat menulis, takkan terbit ebook 3 Langkah Mudah Didik Anak Hafal Al-Quran tu kan?




OK. jadi bagi sesiapa yg mempunyai cita2 ingin menjadi penulis, mmpunyai minat menulis, anda bolehlah timba pengalaman dari penulis Ummu Hani ABu Hassan ini serta panduan2 untuk menjadi penulis yang baik InsyaALLAH.


harganya

Boleh PM terus ke Facebook Ummu Hani untuk dapatkan buku karyanya terus dari penulis kalau malas nak cari di kedai buku. (mcm saya..bukan apa, kdg2 bila p kedai buku, x cukup duit nak beli. Bila ada duit, x dan pula nak p kedai buku. Patutlah org lani suka shopping online je. tranfer duit terus dpt barang. beli buku byk2 utk baca xpe, tambah ilmu)
https://www.facebook.com/ummuhani.a.hassan


ketika penulis di Syria


TAMBAH ILMU DENGAN MEMBACA..INSYA ALLAH


P/S: Doakan kami berdua cepat habis MENULIS Bahas M.A ye? semoga ALLAH memberkati anda semua...


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...