Sunday, May 27, 2012

Bagaimana ingin menjadikan cuti sekolah yg berkualiti?




بسم الله الرحمن الرحيم

Bila sebut cuti, mesti semua orang ingin bercuti, bebas dari kerja sekolah dan kerja2 pejabat. Tapi masa itu tetap tidak boleh dibazirkan sewenang2nya (anda akan ditanya di akhirat nanti).

Jadi, bagaimana ingin bercuti, tetapi tidak membazirkan masa?pening tak soalan ni?  :)

Google

Bagi yg menyertai kem2 cuti sekolah, menghadiri kenduri2, balik kampung, bercuti dengan keluarga dan mcm2 aktiviti lain, ALhamdulillah, ia satu perkara yg bagus. Faedahnya dapat menimba ilmu, memberi semangat baru dengan berehat dan mengerat hubungan kekeluargaan.

Tapi bertambah bagus lagi jika kita letakkan TARGET  untuk cuti ini.

PERTAMA: TARGET

Target biar jelas!

jangan letakkan target yg terlalu besar!  padankan target dengan tempoh cuti itu.

Jika cuti hanya 14 hari sahaja, padankan target anda dengan tempoh masa tersebut.

Jika ada mempunyai anak kecil, letakkan target utk cuti sekolah  mereka supaya mereka dilatih menjadi seorang yg mempunyai cita2 dan hadaf dalam hidup.




salah satu target cuti sekolah yang baik



Sebagai contohnya:

1- Letakkan target supaya anak berumur 4 tahun boleh tamat buku bacalah anakku no 2 dalam masa cuti  sekolah ini.

2- Ataupun: letakkan target supaya anak berumur 5 tahun dapat menghafal surah al-qariah hingga az-zalzalah dalam masa cuti ini.

3- Atau sebagai seorang remaja meletakkan target ingin pergi solat di Masjid pada setiap waktu solat, mendengar kuliah2 di masjid dll.

4- atau belikan sebuah buku (motivasi atau kemahiran atau majalah solusi atau yg seumpamanya atau  apa sahaja selain komik) dan letakkan target supaya mereka menghabiskan membacanya pada waktu cuti sekolah ini.
Target ini perlulah di letak dan disemat kukuh2 sebelum cuti atau pada awal waktu cuti.


KEDUA: PLAN

Selepas ada target, anda perlu ada plan.

Jangan biarkan plan anda mengambil masa yg banyak dalam sehari, kerana anda akan cepat jemu dan rasa cuti ini bagai tidak bercuti.

Kalau plan anda itu hanya mengambil masa 1 atau 2 jam sehari pun itu sudah cukup bagus.

Plan biar munasabah dan senang dilaksanakan

Sebagai contoh, membaca buku 'bacalah anakku' selama 10 minit dengan anak. Kemudian pada waktu petang membaca alquran dengan anak2 selama setengah jam.waktu maghrib  pergi mendengar kuliah di masjid dengan anak2. sebelum tidur, membaca buku dengan anak2.

AKHIR SEKALI: TERCAPAI?

Di hujung cuti, anda lihat sendiri adakah target cuti anda ini tercapai?
Jangan kedekut memberi hadiah kepada anak2 jika target cuti sekolah mereka tercapai.

Jadi. Anda berseronok dalam cuti sekolah tanpa penat bekerja mahupun membazir masa .

OK x?

CUTI SEKOLAH YG BERKUALITI!

Friday, May 25, 2012

Ulasan tentang Bukit Merah Laketown Resort

بسم الله الرحمن الرحيم

Alhamdulillah beberapa minggu lepas,  kami sekeluarga sempat bercuti di Bukit Merah, Perak.

Bukti kukuh yg km pergi ke sana :)

Percutian yg menyoronokkan (tp jgn fikir 2x ttg duit kerana rata2 tiket di sana agak mahal...),,,kalau x percaya tengok di bawah ini:

harga tiket masuk ke Taman2 di BMLR (Bukit Merah Laketown Resort)
Jd kalau nak seronok, lupakan ttg duit ...(ye ke?)

Abbudey berlari2 di kaunter tiket....

mula berseronok

makan sat...lepas tu sambung balik berseronok
Mknn yg dibeli di sana. Tidak dibenarkan bawa masuk makanan.. mereka akan check beg sblm masuk waterpark ni

Hilangkan stress bersama anak2



Tempat Abdullah dan Abbudey paling suka di waterpark ini kerana cetek dan ada slide utk kanak2


Abdullah dan Abbudey yg tak jemu lg turun  naik slide kecil ini



waktu petang di Bukit Merah

berseronok sebentar


Menuju ke hotel setelah penat berseronok.
Esok sambung lg..

Bilik hotel yg punya banyak katil.
Kalau ada anak 3,4 orang pon muat lg


Muka mengantuk pergi breakfast keesokkan harinya

tak habis lg mengantuknya


Sampai juga ke Ecopark dengan berjalan kaki
Papan tanda dlm perjalanan di Ecopark



sblm masuk ke ecopark (mcm mini zoo)
yg seronoknya di sini, kita dibenarkan menyentuh dan memberi makan kepada binatang 2 di sini

melihat ikan


memberi makan monyet2 kecil
(boleh masuk dalam kandang tu, tp kami takut diserbu oleh monyet2 yg kelaparan ni)

Anda perasan x apa yg ada di tepi titi itu?

Inilah dia!

Abbudey melarikan diri dikejar oleh burung merak

Abdullah yg tidak takut dengan burung merak

Ke kandang arnab pula

memberi arnab makan

rusa pula

menyaksikan persembahan burung kakak tua

persembahan memerang

memerang ini mengutip sampah

bergamabr dengan burung kakak tua dengan harga RM1 untuk seorang
ok la tu.

Dengan burung kakak tua, Abbudey suka pula. Dia sgt excited  meminta memegang burung kakak tua itu

diekori lagi oleh burung merak


nak ikut balik kuala ketil kot


mereka kelaparan
(mcm bg ayam makan je..cuma ayam ini lebih besar dan cantik)

'ayam2' ini minta makan lg...huhu



selamat tinggal ecopark

cuba menaiki sky sycle
pengalaman yg menarik
Ingatkan nak naik chair lift, tp x buka pula pd hari tu...
                                  LAGI TEMPAT MENARIK YANG MESTI DILAWATI

Kesimpulannya:
Tempat ini sgt menarik, tapi MAHAL dan agak lama tempatnya.

Apa2pun, dpt menghilang stress dan penat bekerja dan menguatkan hubungan dengan keluarga. :)






Wednesday, May 23, 2012

Tips membawa anak2 mendengar kuliah di masjid

بسم الله الرحمن الرحيم


Alhamdulillah jika ada kesempatan dan masa, kami sekeluarga akan mengikuti baba menyampaikan kuliah di masjid.

Di sini beberapa tips dan persediaan yg perlu dilakukan utk membawa anak kecil ke masjid:

1- Sila kenal pasti masjid yg anda ingin pergi itu, pastikan ia luas (mesra kanak2) dan tidak mengganggu jemaah lain.

2- Bawalah makanan2 yg simple (biskut ke, air kotak ke) kerana kanak2 cpt lapar bila mereka bosan. Walaupun dalam tempoh masa yg sekejap (antara maghrib dan isyak hya 1 jam sahaja), tp klu mereka boring, mereka akan bising minta makanan kan?

3- Bawa barang yg membolehkan mereka beraktiviti dalam keadaan senyap mcm puzzle ke, buku warna ke, buku sticker ke, mainan kecik2 ke...

4- Pesan dan selalu ingatkan mereka sebelum pergi masjid agar menjaga adab2 masjid dan berakhlak sopan.

Mungkin 1st time agar sukar dan kanak2 akan cepat jemu, tp bila dah selalu, InsyaALLAh tiada masalah.. Malahan mereka akan suka utk turut serta mendengar kuliah di masjid.


Ini barang yg saya bawa utk anak2 ketika mengikut baba menyampaikan  kuliah di Surau Al-Hidayah, Sungai Petani
-alat tulis, pensil warna, buku2 aktiviti, buku lukisan, agar2 dlm bekas (dpt dr kenduri kahwin) dan air masak-

buku yg kami bw pergi utk adik Abdullah mengisi masanya



Abdullah mnyiapkan buku aktivitinya

Abang Abbudey dengan minat melukisnya.

Kami memilih ruang belakang, jauh dr jemaah lain supaya tidak menganggu mereka mendengar kuliah.
Dan Alhamdulillah surau ini luas. Jd anak2 pun selesa.

Sebenarnya, banyak kelebihannya bila kita membawa anak2 kecil ke masjid. Mereka akan biasa dengan Majlis2 ilmu dan juga tempat2 baik seperti ini.

Bagaimana kita ingin menggalakkan mereka utk solat di masjid jika sering dihindarkan dari masjid.

Apa2pun, sebolehnya sebagai ibu bapa kepada kanak2 tersebut, kita cubalah sedaya mungkin untuk tidak mengganggu jemaah lain dengan kehadiran anak2 kecil kita..

Yang penting, ikhlaskan niat dan berdoalah semoga semuanya berjalan lancar!

video
Anak2 yg sibuk dengan kerja masing2 memudahkan urusan utk pergi mendengar kuliah di Masjid

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...