Kanak2 mmg punya sifat ingin tahu yg amat tggi...Begitu juga dgn Abg Abbudey. Kalau dahulu Abg Abbudey belajar membuat bahas di sini, kali ini Abg Abbudey belajar membuat e-cover pula...
Semuanya bermula bila dia melihat saya sibuk mengadap komputer utk reka e-cover utk e-book bonus bagi pembelian e-book 3 LANGKAH MUDAH DIDIK ANAK HAFAL QURAN yang bakal diterbitkan oleh Syarikat Islamic Parenting Network milik Puan Lina Karim tak lama lagi.
Maklumat lanjut tentang e-book yang sudah siap 90% boleh rujuk di sini..
Pada entry yg lepas, kita dah lihat bagaimana ABdul Rahman blh menghafal skrip kartun Bahasa arab dlm masa kurang sebulan w/pun dia jrg menonton kartun dlm you tube termasuklah TV (skrg TV dirumah km lgsg x pernah dibuka kcuali utk menonton berita, itu pn amat jarang krn sgt sibuk mengulangkaji pljrn n quran slps Maghrib)
InsyaALlah kali ini kita akan lihat pula Abdullah (3 tahun) yg berusaha utk mengikut dialog bahasa arab fushah (baku) ketika menonton kartun siwak vs rokok...
Dr kartun ni juga saya perasan bhw anak2 saya tidak pernah kenal dgn sunnah BERSIWAK dan x kenal langsung apakah itu siwak....?? Astagfirullah...
Satu sunnah kesukaan Rasulullah SAW yg hampir dilupakan ummat Islam...bagaimana dgn sunnah2 yg lain? jka bukan kita yg amalkan, siapa lg yg nak amalkan.....astagfirullah....
InsyaAllah anak2 akan diperkenalkan dgn siwak n bagaimana cara menggunakannya...
Abdul Rahman asyik bertanya: bila nak belikan abang siwak??.....maaf, maaf, maaf.....terlupa....huhu
Ini menunjukkan bahawa kanak2 sgt mudah mengikut n menghafal skrip kartun...jd ibu bapa2 perlu berhati2 dgn bahan tontonan anak2... saya harap tiada lg dialog: 'aku.....kau', 'tak nak kawan' , 'saya tumbuk kamu' , 'tak guna' yang diambil dr kartun melayu....
Sebenarnya buku hafalan ini adalah permintaan dr Abg Abbudey yang
teringin memiliki buku hafalan kerana dia melihat abang2 (anak murid
saya ) di Tahfiz Mutmainnah semua memiliki buku hafalan dan rekod masing2..
bahan2nya:
hasilnya:
buku hafalan adik n abang yang dah siap distepler n balut
(inilah
pentingnya membawa anak2 kecil ke tempat2 yg baik sprt masjid dan
majlis2 ilmu...mereka akan cepat 'tangkap' perkara yg baik...begitu jg
jika sebaliknya...)
Jadi, inilah hasil rekaan buku hafalan dan rekod hafazan utk abang Abbudey n adik Abdulah..
saya letakkan backgroud yg kartun n berwarna-warni spy lebih menarik
Alhamdulillah pada malam Jumaat yang lalu, Tahfiz Mutmainah berjaya mengadakan satu majlis bagi menghargai dan meraikan pelajar yang berjaya menghafaz 30 juz quran pada tahun ini.
Pelajar tersebut Ialah Muhamad Ad-Duri bin Muhammad Syukri ...
Di bawah, gambar sekitar majlis tersebut
Ad-Duri, pelajar pertama yang berjaya menghafaz 30 juz al-quran di Tahfiz Mutmainnah dlm ms 3 tahun penubuhan tahfiz ini.
Beliau menyampaikan dan mencerita pengalaman beliau pada mula memasuki Tahfiz.
W/pun beliau bermula dengan iqra' dan sangat payah untuk membaca al-quran, tetapi berkat kesabaran dan kesungguhan beliau, siapa sangka beliau menjadi pelajar pertama yang habis menghafal quran di Tahfiz Mutmainah!!
Dari kiri: Ustaz Shahril Long (pengurusi Tahfiz Mutmainnah), Encik Muhammad Syukri (Ayah kepada Ad-duri), Ustaz Jamal (Naib Mudir)
Mohammad Daniel Mohd Kassim (pljr yg sudah menjangkau lebih 20 juz) memberi ucapan dan menceritakan pengalaman beliau menghafal quran di Tahfiz Mutmainnah
Sedikit Nasihat dari Mudir Tahfiz Mutmainnah
Ustaz Shahril Long memberi ucapan dan tazkirah kepada hadirin
Para pelajar dan tetamu yang hadir pada malam tersebut
Persembahan Nasyid dari pelajar tahfiz
Antara tetamu yang hadir
Anugerah dan hadiah dari Pihak sekolah kepada Muhamad Ad-Duri atas kejayaann beliau
Muhammad Daniel menerima hadiah kerana telah menjangkau 20 juz
Mohd Fahmiz juga telah melebihi 20 juz
Kamal Hakim bin Adil turut menjangkau 20 juz
Mohammad Syamim juga sudah menghafal lebih 20 juz
Fitrah bin Muhammad Jamaluddin menerima hadiah kerana kerana sgt rajin dalam membantu guru2 dan melakukan kerja2 sekolah
Ikmal b. Abdul Rahim juga antara pelajar yang ringan tulang membantu guru
Mohd Izzuddin bin Mod.Latfee diberi ganjaran atas sikap yang rajin membantu
Beratur untuk mendapatkan hidangan
Didoakan agar semua adik2 ini dapat memantapkan dan mengukuhkan lagi hafazan mereka serta berusaha lebih lagi dalam pelajaran.
KEJAYAAN YANG DIMILIKI PADA HARI INI MESTILAH BERTERUSAN DAN SENTIASA ISTIQAMAH DALAM MELAKUKAN IBADAT DAN MURAJAA'AH AL-QURAN
Semoga pelajar2 lain turut mencontohi sikap dan akhlak kawan2 mereka yang baik, seterusnya membawa nama baik Tahfiz di mata masyarakat INsyaALLAH!!!
Sebenarnya entry kali ini pernah di siarkan sekitar bulan Ogos dulu. Tapi oleh kerana ada beberapa perkara yg saya kurang jelaskan, jd saya ulang siarkan semula...
Baru2 ni sempat merakam telatah adik Abdullah (3 bulan lg nak masuk 3 tahun) ketika menguji ingatan hafalannya..
Saya buat ujian untuk Abdulah seperti dlm Musabaqah hafazan quran, dimana para peserta akan 'ditebuk' hafazannya dari mana2 surah yg telah dihafalnya..
begitulah cara musabaqah hafazan quran dijalankan..Boleh juga lihat dokumentari ttg muasabaqah hafazan quran di sini:
Dan ada juga tahfiz yg buat exam quran dlm cara ini...
Abaikan gayanya dan makhraj huruf yg masih belum fasih....
Semasa saya mengambil ijazah sanad al-quran di SYria pada tahun 2003 dulu, begini jugalah cara ujian quran dilakukan untuk mndapatkan ijazah quran. Selepas pelajar mmdenagrkan bacaan hafazan kepada guru hingga sempura 30 juz, pelajar akan dibawa berjumpa sheikh mahyuddin kurdi utk di'tebuk' hafazan dr mn2 saja ayat dlm quran. JIka sheikh puas hati dgn hafazan n tajwidnya, barulah diberi ijazah, kalau tidak, perlu diulang semula ujian, hinga sheikh puas hati dgn hafazan n tajwid pljr....
Beginilah juga cara ujian quran yg saya lakukan kepada Abdullah.
Alhamdulillah Abdullah masih mengingat lagi hafalannya yg lama..
Semoga mereka dapat terus istiqamah dalam menghafal al-quran, melakukan ibadah dan amal soleh.
Jutaan terima kaih jg sy ucapkan kepada Blog didikan Al-quran yg sudi berkongsi video ini dalam blog mereka.
Seperti yg dijangkakan, kanak2 mmg mudah menghafal apa yg mereka tonton...Cuba lihat Abdul Rahman n skrip kartun bahasa arab fushah yg dihafal SECARA SPONTAN dalam masa x sampai sebulan (xkan nak disuruh hafal skrip kartun pulak..)
Dan Abdul Rahman tidaklah menonton kartun ini selalu krn dia sll ada homework n kena baca buku BM n iqra' bila pulang dr sekolah n selepas maghrib...Waktu petang pula, selalunya Abdul Rahman bermain...
Skrip Kartun Juha di Zoo (dan kartunnya blh lihat dibawah ini dan bandingkan skripnya)
Skrip dr Kartun Yusuf n Thoriq dr minit ke 1.57
Kartun Yusuf n toriq blh tonton di sini (blh bandingkan skrip yg Abdul Rahman baca di minit 1.57)
W/pun xdelah fasih sgt arabnya, tp ia membuktikan anak2 sgt cepat menghafal n cepat terbentuk mengikut suasana sekitarnya...klu baik,INsyaALLAH baiklah anak itu...Klu buruk, nauzubillahi min zalik....
InsyaAllah pada entry yg akan dtg, sy akan tunjukkan Adik Abdullah yg juga seperti ini...Krana itulah sy sgt takut klu mereka mhafal perkataan 2yg buruk2 klu dibiarkan menonton TV!
Ketika saya sdg minum di dapur, Abg Abbudey datang. Dan sambil tersenyum lebar, dia berkata:
" Hadis ke4 لاَ يَشْرَبَنَّ أَحَدكم قائما, jangan sekali-kali kamu minum sambil berdiri!" (itu adalah antara hadis yg dipelajari dan dihafalnya di Pasti.)
ADOI!
PERISTIWA KE2
Saya sedang melihat katalog utk order barangan.. (Ada gmbr perempuan x pki tudung dlm katalong tersebut). Adik Abdullah nampak saya baca katalog pun berkata: "Haram." Saya bangkit n duduk di tempat lain utk melihat katalong tu semula. Adik Abdullah datang dan menjerit "HARAM, HARAM, HARAM, HARAM!".....terus saya simpan katalog tu...
Dan pernah berlaku, Abdullah menjerit haram dan menundingkan jari kepada orang perempuan yang tidak menutup aurat di pasaraya....bahaya x?
PERISTIWA KE3 Abdul Rahman setiap kali terdengar azan, akan bertanya kepada saya: "Dah solat dah x? Solat berapa rakaat tadi?"
PERISTIWA KE4
Adik Abdullah setiap kali naik kereta, akan mengulangkan skrip dia: "Baba, Mama, Abang. Baca doa naik sayyarah (kereta).
KONKLUSINYA: ANAK2 YANG DIAJAR MELAKUKAN AMAL SOLEH DAN MENINGGALKAN MUNKAR AKAN MENGAMALKAN DAN MENEGUR ORANG LAIN SECARA SPONTAN, KERANA MEREKA TAHU PERKARA ITU ADALAH SALAH!
ORANG DEWASA YANG MNGAJAR KANAK2 MELAKUKAN KEBAIKAN DAN MENINGGALKAN KEMUNKARAN PERLU DAHULU MENGAMALKANNYA....