Tuesday, October 31, 2017

'Pakcik Masjid' yang baik hati !

بسم الله الرحمن الرحيم

Seperti biasa, jika ada kelapangan masa, kami akan membawa anak-anaka mengikut baba ke kuliah Maghrib. 

Pada hari tersebut, kebetulan kami sampai ke Surau Al-Hidayah, Taman Cinta Sayang sebelum azan Maghrib berkumandang.

"Abang nak pi turun azanlah. Abang nak mintak kat pakcik tu nak azan." Abbudey bergurau lantas terus turun dari kereta.

Kami masih dalam kereta bersiap-siap nak turun.

Tiba-tiba kedengaran suara azan berkumandang.

"Tu abang yang azan ka?" Tanya Abdullah. Kedengaran seperti bukan suara orang dewasa.

"Cuba pi tengok." 

Kami keluar dari kereta dan jelas sekali memang Abang Abbudey yang sedang azan.

"Abang mintak kat pakcik tu nak azan ka?" Penuh dengan tanda tanya kami ajukan soalan selepas Abang Abbudey selesai azan.

Mungkin juga dia bersungguh nak mintak izin nak azan.

Dipegang tangan abang Abbudey yang sejuk. Dia rasa gementar rupanya.

"Abang tak mintak lagi. Pakcik tu tanya abang: Abang nak azan tak? Abang katalah nak." Cerita Abbudey.

Kami semua terus masuk ke dalam surau.

MasyaALLAH hasrat Abang Abbudey yang ingin azan itu diperkenankan Allah.

Kemudian, pakcik tadi memberi peluang kepada Abang Abbudey untuk melaungkan iqamah dan Abdullah juga diberikan peluang untuk melaungkan iqamah ketika Isyak.

MasyaALLAH, begitulah mulianya akhlak golongan tua yang memberi peluang kepada kanak-kanak untuk mencuba melaungkan azan dan iqamah di masjid.

Walaupun nampak perkara yang remeh, namun sebenarnya ia memberi rasa seronok dan dihargai dalam diri kanak-kanak.

Walaupun mereka mungkin melaungkan azan dan iqamah tidaklah sebaik mana dan mungkin ada kesilapan pada pertama kali, namun ia akan bertambah baik jika dilatih selalu.

Tersenyum lebar Abdullah dan lebih-lebih lagi Abang Abbudey.

Menuju ke masjid bersama.
Moga Allah berkati


Memang di tahfiz sudah selalu mereka melaungkan azan, namun apabila di tempat baru, boleh saja mereka gementar.

Abang Abbudey sudah beberapa kali menyatakan hasrat hatinya untuk azan, menjadi imam di masjid dan menyampaikan kuliah.

Pernah sekali ketika Bulan Ramadhan Abang Abbudey bercerita ketika kami pulang dari Solat Terawih di Masjid di Penang."Tadi tok imam masjid tu tanya abang: Abang nak jadi imam tak? Tapi abang kata: Tak."

Berbuka di RnR sebelum sampai ke masjid di Parit Buntar, Perak untuk menunaikan
Solat Terawih yang terakhir 1438H
" Kenapa abang kata tak? Katalah ya. Kan abang selalu habaq abang nak jadi imam terawih. Bila ada peluang, abang kenalah rebut."

Abang Abbudey sengih sahaja. Mungkin dia malu, segan dan gementar ketika itu.

Semoga anak-anak ini sering mendapat peluang untuk terus menjadi lebih baik.

Amin.

Saturday, October 28, 2017

Nikmat mengulang hafazan

بسم الله الرحمن الرحيم

"Untung mama sebab tiap-tiap malam mama boleh tasmik hafazan anak-anak." Saya suarakan luahan hati kepada anak-anak selepas selesai sesi tasmik anak-anak pada malam itu.


Walaupun selalunya sesi hafazan setiap malam, terhenti-henti kerana melayan kerenah Ahmad Zaid, berselang seli dengan Solat Isyak dan makan malam, adakalanya tidak dapat dilakukan kerana kesihatan, namun Alhamdulillah rutin hafazan setiap malam ini berterusan lebih 10 tahun. Alhamdulillah.


Rutin lain seperti pengajian kitab sering tertangguh, lupa dan tidak sempat, namun rutin tasmik Alquran, Alhamdulillah Allah bagi peluang untuk istiqamah hingga ke hari ini.


Buku catatan hafazan untuk panduan hafazan setiap hari


Alhamdulillah, kini Abdul Rahman berbaki 8 juz untuk tamatkan hafazan dan Abdullah berbaki 15 juz lagi.

"Mama tau tak, abang X tu khatam hafazan ketika dia tingkatan 3. Tapi dia cerita lepas dia khatam, dia malas nak ulang, dia buat manzil (ulangan hafazan lama) sehari satu mukasurat ja." Abdul Rahman menyambung cerita pula.

"Sebab tulah masa zaman sekolah untung sebab tiap-tiap hari boleh ulang banyak hafazan. Sebab tu kena ulang sungguh-sungguh. Nanti dah habis sekolah, dah kerja, takde ustaz ustazah dan perhatikan ulangan hafazan kita, kita sendiri yang kena ada sikap tanggungjawab dalam diri kita untuk ulang hafazan kita dan jaga supaya tak lupa." Mama mula bertazkirah tanpa dijemput.

"Kalau malas ulang hafazan, nanti sayang je... Mesti lupa hafazan yang kita dah hafal bertahun-tahun di sekolah." Ayat yang selalu mama ulang-ulang. Moga melekat dalam hati.

"Kalau ada masa yang kita boleh hafaz hafazan baru banyak baris, hafaz je banyak...Nanti mungkin ada masanya nanti, kita tak mampu nak hafal banyak. Masa tu rasa macam otak ni beku, tepu. Hafal-hafal tapi tak dapat ingat. Mama dulu pun pernah jadi macam tu masa mama hafaz Surah Hud dulu."


Allah bantulah kami untuk memuliakan kalamNya. Amin Ya Rabb

Wednesday, October 25, 2017

Info buku: Moving Out

بسم الله الرحمن الرحيم

Sudut utama yang menarik tentang buku ini ialah kerana kisah luar negara.

Buku-buku cerita tetang luar negara memang menarik untuk dibaca kerana ingin menambah ilmu dan info tentang tempat yang tidak pernah kita sampai.

Kaver buku ini juga sangat menarik perhatian.



Buku ini mengisahkan tentang keluarga yang keluar dari zon selesa dan mengambil tindakan drastik untuk berhijrah ke Australia demi kebaikan pendidikan anak-anak.



Setiap manusia, setiap tempat, setiap negara pasti ada nilai-nilai positif. Ambillah dan pelajarilah nilai-nilai positif tersebut.

Itulah ciri-ciri orang mukmin yang mencari hikmah dan nilai positif di setiap sudut.

Itu jugalah anjuran Islam agar kita saling kenal-mengenali agar saling dapat mempelajari dan mengambil manfaat serta nilai positif dari orang lain.


Nilai-nilai positif yang ada pada orang lain atau negara lain bukanlah untuk didengki, tapi untuk dipelajari.

Demikianlah antara manfaat yang didapati di dalam buku ini.

Penulis menceritakan banyak sudut positif yang di dapati dari segi pembelajaran dan persekitaran masyarakat yang didapati setelah berhijrah ke Australia.

Penulis juga berlaku adil dalam menulis buku ini kerana tidak hanya menulis tentang kemanisan negara orang sahaja, pelbagai cabaran, rintangan dan ujian turut diceritakan dalam buku ini juga.




Buku ini juga berwarna penuh dan mempunyai pelbagai gambar yang menarik.

Selamat membaca

Tuesday, October 24, 2017

Usaha dakwah kepada umum

بسم الله الرحمن الرحيم

Sebenarnya banyak kali ingin menulis tentang perkara ini, namun dimatikan sahaja hasrat itu.

Ada rasa tidak sedap dalam hati.

Pada masa ini, jika anak-anak pergi bermain bola sepak di padang, kami sentiasa menemani mereka.
Hak anak-anak untuk bermain di luar

Kelihatan ada juga beberapa ibu bapa yang seperti ini jika anak-anak mereka masih kecil.

Pelbagai perkara yang dibimbangi:

Bimbang cedera atau dicederakan.

Bimbang juga jika anak-anak terkesan dengan budaya yang tidak baik di padang.

Walaupun kita didik anak-anak kita dengan baik, kita tetap perlu berdoa agar mereka boleh memberi kesan yang positif kepada orang di luar sana dan tidak terkesan dengan perkara yang negatif di luar sana.

Mereka makin membesar.

Jika ketika kanak-kanak, bolehlah kita kepung mereka dengan akhlak mulia di rumah sahaja.

Apabila mereka makin membesar, mereka makin terbuka kepada dunia luar. Pelbagai unsur positif dan negatif yang mereka akan temui.

"Bila kita dah hafal Al-Quran, kita doalah selalu bagi ALLAH jadikan Al-Quran tu penjaga kita dari kita buat benda tak elok. Mama dulu nakal jugak, tapi sekarang bila mama dah dewasa, mama rasa AL-Quran banyak jaga mama dari jadi lagi nakal lagi masa kecik dulu." Sambil berjalan sambil bercerita kepada Abdullah di sebelah.

Kesukaan mereka juga jika dapat berbasikal bersama-sama kami
"Abang dengan adik jangan ikut akhlak tak baik dari kawan-kawan di padang. Jangan cakap benda yang tak baik. Tegur kawan-kawan tu." Pesan lagi kepada anak-anak.

"Hari tu abang tegur depa, tapi depa marah abang balik. Depa kata depa bukan ejek abang pun."

Begitulah. Ada kanak-kanak yang lidahnya tak lepas dari sebut perkataan-perkataan tak elok. Dalam keadaan marah atau tidak, asyik menyebut perkataan yang tidak elok saja.

Semak rasa dalam hati.

Ada dua tiga kali baba pun turut menegur.

Alhamdulillah ada di antara mereka berhenti menyebut perkara yang tak elok itu.

"Abang adik pun jaga lidah.. Jangan ejek-ejek orang lain." Pesan juga kepada anak-anak.

Terfikir juga, bagaimanalah kanak-kanak kecil begini tidak kasar bahasanya, bila orang dewasa sendiri ramai yang berbahasa kesat.

Lihat sahaja komen-komen di ruangan media sosial... Di Facebook....


Allah....

Moga Allah ampuni dosa kita semua dan berikan kita peluang untuk memperbaiki diri.

Anak-anak juga ada salah silapnya dan kami redho jika guru-guru memberitahu kesilapan mereka kepada kami.

"Hang ada tinggal solat tak?" Tanya salah seorang rakan bermain bola anak-anak.

"Mestilah tak. Jadi orang kafir tau kalau tinggal solat." Balas anak.

Ada juga anak-anak yang baik-baik di padang itu. Anak-anak pensyarah INSANIAH.

Namun apa buruk itu, kita cubalah untuk berdakwah kepada mereka.

Semoga kita dapat mengislahkan diri dan masyarakat.

Semoga ALLAH pelihara diri kita dan zuriat kita dari maksiat dan kemungkaran.

Sunday, October 22, 2017

Kenapa buat review buku tanpa bayaran?

بسم الله الرحمن الرحيم

Antara versi penulisan entri di dalam blog ini ialah tentang info dan review buku.

Review buku yang ditulis adalah selepas membaca keseluruhan buku, selepas memahami semua isi kandung buku tersebut.

Ada juga buku yang dibaca, tapi tidak dibuat review dalam blog ini kerana mungkin ada unsur yang tidak baik di dalam buku tersebut.






Review buku yang dikogsikan di dalam Facebook



Antara sebab mengapa saya buka kongsikan review buku walaupun tanpa bayaran.

Ya.

Review buku yang ditulis adalah berdasarkan rasa hati yang saya perolehi setelah membaca buku tersebut.

Antara sebab-sebabnya:

1- Saya sendiri suka membaca review buku di dalam blog lain kerana ia akan memberi idea kepada kita untuk membeli buku.

Antara blog yang saya ikuti untuk review buku ialah:

2- Jika kita mempromot buku yang baik, InsyaALLAH kita juga akan mendapat pahala menyebarkan ilmu.

Kesemua review buku yang ditulis dalam blog ini boleh dibaca
DI SINI dan DI SINI

Semoga ilmu bertambah-tambah dengan budaya membaca.

Saturday, October 21, 2017

Alhamdulillah, Selepas 7 tahun berjuang.

بسم الله الرحمن الرحيم

Alhamdulillah hari ini hadir ke majlis konvokesyen Baba yang telah menamatkan sarjana dalam bidang Usuluddin.



Nukilan rasa Baba hari ini:


Konvo Degree
(Dakwah: Bahasa Arab dan Pengajian Islam)
2007

2015
Konvo Mama.
Sarjana Usuluddin

2017
Konvo Baba.
Sarjana Usuluddin




Semoga bertambah ilmu dan taqwa.

Amin.

Thursday, October 19, 2017

Lawatan ke Pusat Sains Negara (PSN), Kuala Lumpur 2017

بسم الله الرحمن الرحيم


Sebelum ini kami pernah pergi ke Pusat Sains Negara Kuala Lumpur hampir 3 tahun yang lalu, boleh baca di sini:

Begitu juga dengan Pusat Sains Negara di Alor Setar, boleh baca di sini:


Kali ini kami ke Pusat Sains Negara Kuala Lumpur sekali lagi apabila melihat iklan yang tular di media sosial ini:
Iklan yang menghebahkan bahawa masuk ke PSN adalah
percuma pada tarikh tersebut dengan pelbagai aktiviti yang menarik secara pecuma
Ia memang benar.

Semua aktiviti di sana memang menarik dan percuma.

Kehadiran kami ke Kuala Lumpur juga adalah untuk memenuhi jemputan untuk mencari dana untuk pembangunan Maahad Al Iman Li Ulumil Quran seperti yang ditulis di dalam entri ini:


Antara Programnya:
 Banyak yang dibaca di dalam Facebook bahawa terlalu ramai orang yang hadir ke PSN pada hari semalamnya (Hari Ahad) hingga terpaksa parking sejauh 2km.

Kami mengambil iktibar untuk pergi seawal waktu PSN buka memandangkan hari tersebut adalah hari terakhir ia dibuka secara percuma.
Menunggu di lobi hotel seawal jam 8 pagi

Bersiap-siap awal, InsyaALLAH dapat mengelakkan kesesakan.

Kalau sudah sesak dan parking jauh, hilang pula mood
nak berjalan di PSN

Alhamdulillah dapat parking di atas

Betul-betul sebelah bangunan PSN.

Jalan juga tidak sesak dan perjalanan ke sana lanncar.

Alhamdulillah


Ahmad Zaid yang lena sejak dari dalam kereta



Rombongan kami ramai sebenarnya.

14 orang dewasa

15 orang kanak-kanak.

Alhamdulillah semuanya percuma.

Alhamdulillah ketika ini orang tidak ramai lagi

Menjelang tengahari, PSN mula sesak dan padat


Bermain peperangan laser di tingkat 2 secara percuma

Bersedia untuk bertempur


Akhir sekali ke kolam di PSN ini agak kotor kerana ramai orang,
berbanding kami pergi 3 tahun lalu, lebih bersih
kerana tiada orang

Sebentar sahaja di sini.

InsyaALLAH semuanya ok.



Selepas itu pergi bermain luncur ais di IOI Mall

Alhamdulillah, Allah bagi nikmat keriangan dapat bersama-sama keluarga


2 hari sebelum itu, Alhamdulillah dapat balik ke kampung di Melaka setelah hampir 2 tahun tidak balik kampung.

Pulang ke kampung untuk berkumpul beramai-ramai membacakan tahlil kepada mereka yang tiada dan menghubungkan kembali silaturrahim. 

Itulah rutin bulanan yang diwajibkan dalam keluarga abah. Jika tidak, rumah kampung akan dilupakan dan dibiarkan usang.

Tempat jatuh lagikan dikenang, inikan pula tempat bermain dan mendapat kasih sayang datuk dan nenek di rumah kampung ini.

Memang banyak kenangan indah yang diingat kembali walaupun ramai ahlinya telah 
tiada.

Alfaatihah

Ruang berkumpul santai yang penuh memori

Kenangan bermain pondok-pondok di tangga ini
ketika zaman kanak-kanak

Rumah yang penuh memori indah

Masih tidak tidur walaupun sudah larut malam.

Ahmad Zaid seronok bermain



Ayat hafazan hari ini menyemai lagi
rasa syukur kepada Allah atas nikmatNya yang
memperkenankan dan mempermudahkan perancangan kami.

Perbanyakkanlah taat kepadaNya
dan dekatilah Allah.

Ya Rabb!


Alhamdulillah...

Syukur atas nikmat ALLAH.

Tuesday, October 17, 2017

Perkembangan Ahmad Zaid 1 tahun 7 bulan

بسم الله الرحمن الرحيم




**Catatan ini adalah untuk merekod memori ketika anak-anak masih kecil yang pasti akan dirindui pada masa akan datang.

- 12/6/2017


Ahmad Zaid sekarang sudah berusia 1 tahun 7 bulan.

MasyaALLAH pelbagai kemahiran dan ilmu baru yang dimiliki dengan anugerah pemberian ALLAH.


1- Ahmad Zaid sangat suka ikut ke masjid.

Ahmad Zaid boleh ikut bersama ke masjid untuk menunaikan Solat Terawih. Ahmad juga suka memakai kopiah.

Sangat seronok bila tahu abang-abang dan baba nak solat di masjid.

Mesti nak ikut.


2- Suka membaca buku dan menulis. Paling suka lukis bola...
Kita pegang tangan dia dan lukis bola.

Jumpa pen dalam kereta pun tetap mahu menulis,
nasib baik ada kertas


3- Pandai sebut 'uwais' (nama sepupu) dan 'wan'

4- Sangat suka mencicah-cicah makanan dengan air dan bermain begitu

5- sangat suka dan ralit kalau dapat main tuang-tuang dengan sudu. Pindah-pindahkan barang atau makanan menggunakan sudu.

6- Sangat suka menjerit dan suaranya sangat nyaring

7- Suka makan kacang dan kerepek-kerepek

Setiap malam turut serta bersama abang-abang menghafaz
dan mengulang Al-quran

8- Suka membuat suara 'ha ha- hah ha- hah ha' ketika naik kereta sebab senang hati dapat naik kereta.

9- Sukakan kucing dan haiwan peliharaan yang lain.

10- Faham banyak arahan.
Suruh lap tangan.
Suruh pusing dan lompat (abang-abanglah yang suruh ni)
Suruh buang sampah.

Semoga membesar menjadi insan bertaqwa teladan bagi para mukmin.




Sunday, October 15, 2017

Kata-kata hati dan Turun Naik Iman

بسم الله الرحمن الرحيم

Antara topik perbincangan yang pernah dipelajari di dewan Kuliah Dakwah Islamiyyah di Mujamma' Sheikh Ahmad Kiftaro, Damsyik , Syria yang sentiasa diingati ialah tentang turun naiknya iman.

Sesungguhnya kita sering berubah-ubah dalam keadaan iman yang naik turun.

Allah...



Ketika naiknya iman, MasyaALLAH...bersemangat kita untuk membuat amalan.

Namun apabila turunnya Iman, rasa malas dan ralit sekali.

Allah...

Suburkanlah hati kami dengan iman.

Fikiran ini juga adakalanya memikirkan tentang hidup yang sentiasa dalam proses menuntut ilmu.

Moga ia adalah hasil dari  berkat perkenan doa yang sering dipanjatkan setulus hati agar ALLAH sentiasa memberi peluang untuk menuntut ilmu yang bermanfaat dan membuka hati untuk mudah menerima ilmu.

Terfikir juga sambil memujuk hati, jika aku menuntut ilmu dengan penuh usaha dan semangat, menunjukkan kepada anak-anak kepentingan menuntut ilmu, moga-moga anak-anak juga dapat mencontohi dengan lebih baik dan membina ganerasi yang ilmuwan, bertaqwa dan mendekatkan diri dengan ALLAH.

Jadikanlah diri kami dan keluarga kami ganerasi yang banyak memberi manfaat kepada masyarakat.


Terbayang-bayang betapa indahnya jika kita dapat menjadi seperti Al-Bukhari, Asy Syafie, dan ramai lagi ulamak-ulamak silam yang banyak memberi manfaat kepada ummat walaupun badan telah dikandung tanah.

MasyaALLAH.

Indahnya apabila diri kita dapat memberi ilmu kepada orang lain, membuatkan orang mendekatkan diri kepada ALLAH, memberi rasa insaf dan cintakan ALLAH apabila terkenangkan kita walaupun diri telah tiada di dunia ini.

Ya Rabb..

Moga ALLAH perkenankan hasrat hati ini.

Ya Rabb

15 Ramadhan 1428



Suasana pembelajaran di Maahad Al Iman Li Ulumil Quran.

Sedutan bacaan Hizb Bahr setiap pagi oleh para pelajar:

********************************************
Assalamualaikum Warahmatullah Wabarakatuh.
Perkembangan terkini pembinaan bangunan kelas di Maahad Al Iman.
Terima kasih kepada semua penyumbang yang telah membantu memudahkan urusan membina bangunan ini untuk kegunaan pelajar-pelajar bermula Bulan Disember ini.
Tuan puan yang budiman, ingin kami sekali lagi membuka peluang amal jariah untuk wakaf bata dan simen.
Bata satu pallet: 600 biji x rm0.19 = RM 114
Simen satu pallet 40 beg x RM 16 = RM 640
Semoga Allah mempermudahkan urusan orang-orang yang memudahkan urusan saudaranya.
Nombor Akaun Maybank (Maybank Islamic) atas nama
Maahad Al Iman Li Ulumil Quran:
5521 8951 5745
Untuk maklumat lanjut, boleh hubungi/ Whatsapp:
0134202206
(Ustaz Amri bin Mohd Nason)
.
.
www.wasap.my/+60134202206
Ustaz Amri Mohd Nason
Pihak Maahad Al Iman Li Ulumil Quran juga merupakan 'Amil Zakat Negeri Kedah dan kami dapat menyediakan resit zakat pelepasan cukai bagi yang membayar zakat kepada Maahad Al Iman Li Ulumil Quran.
Mohon disebarkan post ini.
Semoga diberkati Allah Terima kasih

Friday, October 13, 2017

Program-program di Sekitar Malaysia

بسم الله الرحمن الرحيم

Kami berbesar hati untuk menjemput anda semua ke program-program sekitar Malaysia dalam masa terdekat.










Program bertujuan untuk mengumpul dana pembinaan Maahad Al Iman Li Ulumil Quran.
Mohon sebarkan.

Semoga ALLAH memberkati kita semua.

Tuesday, October 10, 2017

Puji dan Dapat

بسم الله الرحمن الرحيم

Ketika menulis entri ini:

saya teringatkan memori dan perilaku beberapa masyarakat arab Syria yang akan memberikan barangan mereka jika dipuji.

Ia berkaitan dengan rantaian tasbih yang digunakan oleh warden asrama. 

"Wah....MasyaALLAH...cantiknya tasbih kamu!." rantaian tasbih yang kelihatan unik dan jarang sekali dijumpai sebegitu. Ia seperti butiran mutiara putih. Sangat cantik!

"Syukran, jika kamu mahu ambillah." semawa anisah tersebut.

"Err...tak payahlah anisah...itu tasbih khas kamu, takkan saya nak ambil pula." Memang niat tulus di hati hanya ingin memuji tasbih itu sahaja.

"Tak mengapa..saya memang ikhlas nak beri kepada kamu. Nanti setiap kali kamu berzikir, saya turut dapat pahala." Lembut jawapan anisah sambil menghulurkan tasbih.

Itulah rantaian tasbih yang digunakan selalu ketika di Syria dulu.

Satu lagi kisah ketika dalam bilik kuliah ketika ketiadaan pensyarah.

"Wah..MasyaALLAH... cantiknya notebook kamu..." mudah sahaja anak gadis tertarik kepada buku nota kecil berwarna pink.

"Ambillah kalau kamu mahu." Nermeen menghulurkan buku notanya.

"Tak mahulah, itu kamu punya. Saya puji sahaja."

Keesokkan harinya Nermeen lalu di hadapan meja saya dan menghulurkan sebuah buku nota berwarna pink.

"Nah. Ini buku nota pink yang kamu suka semalam. Saya beli baru untuk kamu. Sama macam yang saya punya yang kamu suka" Nermeen menghulurkan buku nota baru dan menayangkan buku nota kepunyaannya,

MasyaALLAH...begitulah betapa baiknya hati mereka. Asal dipuji, pasti dan diberikan.

Ia juga berlandas ayat Al-Quran:






Semoga Syria dan ahlinya selamat sejahtera.

Amin Ya Rabb


Suasana pembelajaran di dalam kelas Qisos Al Nabiyyin (Kisah Para Nabi) bersama Ustazah Ummu Muhammad di Maahad Al Iman Li Ulumil Quran





********************************************
Assalamualaikum Warahmatullah Wabarakatuh.

Perkembangan terkini pembinaan bangunan kelas di Maahad Al Iman.
Terima kasih kepada semua penyumbang yang telah membantu memudahkan urusan membina bangunan ini untuk kegunaan pelajar-pelajar bermula Bulan Disember ini.
Tuan puan yang budiman, ingin kami sekali lagi membuka peluang amal jariah untuk wakaf bata dan simen.
Bata satu pallet: 600 biji x rm0.19 = RM 114
Simen satu pallet 40 beg x RM 16 = RM 640
Semoga Allah mempermudahkan urusan orang-orang yang memudahkan urusan saudaranya.
Nombor Akaun Maybank (Maybank Islamic) atas nama
Maahad Al Iman Li Ulumil Quran:
5521 8951 5745
Untuk maklumat lanjut, boleh hubungi/ Whatsapp:
0134202206
(Ustaz Amri bin Mohd Nason)
.
.
www.wasap.my/+60134202206
Ustaz Amri Mohd Nason
Pihak Maahad Al Iman Li Ulumil Quran juga merupakan 'Amil Zakat Negeri Kedah dan kami dapat menyediakan resit zakat pelepasan cukai bagi yang membayar zakat kepada Maahad Al Iman Li Ulumil Quran.
Mohon disebarkan post ini.
Semoga diberkati Allah Terima kasih

Saturday, October 7, 2017

Selidik sebelum sebar

بسم الله الرحمن الرحيم


Apabila anak-anak mula memilih untuk menulis tentang tajuk-tajuk yang lebih berat dan ada kaitan dengan agama seperti tentang sifat Allah, hukum-hakam dan asas-asas agama, seperti yang ditulis di sini:


maka, sebelum ia dipublishkan, tidak dapat tidak, mesti dibaca dengan teliti dan diperiksa agar ia tidak salah dan bercanggahan dengan agama.

Namun usaha mereka untuk menulis topik keagamaan berbanding perkara biasa seperti (permainan saya, sekolah saya, hobi saya) adalah perkara yang dipuji.

Mereka menulis dengan mengingati semula apa yang pernah mereka pelajari, bukan dengan copy paste dari Google.

Ada ketikanya jika mereka kurang pasti dengan kesahihan apa yang mereka ingin tulis, mereka akan rujuk kepada baba dan mama dulu sebelum taip di dalam tab.

Namun kebanyakkan mereka akan tulis hingga habis dan berikan tab.

Untuk melatih anak-anak menulis pada peringkat awal ini, syaratnya mudah sahaja:

Tulis apa sahaja, dengan syarat 1 tajuk mestilah tidak kurang dari 10 baris.

Saya dapat lihat, anak-anak begitu memerah fikiran untuk memilih tajuk yang mereka yakin mampu dapat menulis dalam 10 baris.

Menulis adalah proses memerah fikiran dan mengasah kreativiti.

Betapa ramai cendiakawan dan ulamak hebat terdahulu yang meninggalkan hasil karya tulisan yang hebat-hebat yang bermanfaat hingga ke hari.

Itulah hasrat murni di dalam hati.

Latihlah anak-anak menulis agar hasil tulisan dapat memberi manfaat kepada ummat manusia zaman berzaman.

Hasil karya yang membawa kita ke syurga dan diredhai Allah

Amin.



********************************

Suasana pembelajaran di dalam kelas Qisos Al Nabiyyin (Kisah Para Nabi) bersama Ustazah Ummu Muhammad di Maahad Al Iman Li Ulumil Quran






********************************************
Assalamualaikum Warahmatullah Wabarakatuh.

Perkembangan terkini pembinaan bangunan kelas di Maahad Al Iman.
Terima kasih kepada semua penyumbang yang telah membantu memudahkan urusan membina bangunan ini untuk kegunaan pelajar-pelajar bermula Bulan Disember ini.
Tuan puan yang budiman, ingin kami sekali lagi membuka peluang amal jariah untuk wakaf bata dan simen.
Bata satu pallet: 600 biji x rm0.19 = RM 114
Simen satu pallet 40 beg x RM 16 = RM 640
Semoga Allah mempermudahkan urusan orang-orang yang memudahkan urusan saudaranya.
Nombor Akaun Maybank (Maybank Islamic) atas nama
Maahad Al Iman Li Ulumil Quran:
5521 8951 5745
Untuk maklumat lanjut, boleh hubungi/ Whatsapp:
0134202206
(Ustaz Amri bin Mohd Nason)
.
.
www.wasap.my/+60134202206
Ustaz Amri Mohd Nason

Pihak Maahad Al Iman Li Ulumil Quran juga merupakan 'Amil Zakat Negeri Kedah dan kami dapat menyediakan resit zakat pelepasan cukai bagi yang membayar zakat kepada Maahad Al Iman Li Ulumil Quran.
Mohon disebarkan post ini.
Semoga diberkati Allah Terima kasih

Wednesday, October 4, 2017

Karya Abdul Rahman: As Sobur. Allah yang Maha Penyabar.

بسم الله الرحمن الرحيم

Apa maksud As Sobur?

Makna As Sobur ialah: Maha Penyabar.






Rujuk:


As Sobur merupakan nama yang ke-99 dari 99 nama-nama Allah.

Sesungguhnya Allah Maha Penyabar terhadap apa yang Dia hendak lakukan atau menyeksa hambaNya yang bersalah hingga di akhirat kelak.

Walaupun sebesar-besar dosa, Allah akan bersabar hingga hari pembalasan di akhirat kelak.
 
Tahap manapun seseorang itu bersabar, tetapi Allah lagi Maha Penyabar.


Tamat.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...