Wednesday, March 30, 2011

craft: kipas bergerak

Smlm km sempat membuat craft ttg kipas..
cara2nya blh lihat di sini:
http://www.youtube.com/watch?v=HO_VU04qkdM

Apabila meletakkan kipas di hujung pensel dan duduk di bawah kipas angin, kipas itu akan berputar laju


Kami membuat banyak2. Permintaan dr Abg Abbudey utk buat utk kawan2nya di PASTI

Siap utk dibawa ke PASTI

Memerhatikan kipas berpusing

cuba utk membuat sebuah kipas


video

Tuesday, March 29, 2011

Bacaan Abbudey di TM

video
Abg Abbudey mempersembahkan bacaan Surah Al-Alaq pada perasmian Malam Kesenian TM.
(Agak bermain2 kerana dia dah biasa yg penonton2 dan tempat..)

Sunday, March 27, 2011

3 projek dgn straw!

Beberapa hari yg lepas kami berjaya melakukan beberapa projek menggunakan straw bersama2....

1- Membuat bunyi bising menggunakan straw.
video

buat bunyi bising guna straw

cara2nya boleh rujuk sini:
http://www.youtube.com/watch?v=bdKUmPrxtAY

2- straw berpusing bila di tiup

video

berusaha bagi straw berpusing...(budak2 susah nak cuba..)

3- straw naik tegak bila ditiup

video
straw yg naik tegak bila ditiup....

kedua2 cara ini boleh dirujuk disini:
http://www.youtube.com/watch?v=56GUxUCVtDA&feature=related


              KLIK SINI UNTUK LIHAT LEBIH BANYAK AKTIVITI KRAF YANG MENARIK 

Wednesday, March 23, 2011

Buku cerita Indonesia

Ini adalah buku yg sgt istimewa hadiah dr Pak Ngah yg pulang dr berseminar di Indonesia tahun lepas...Terima kasih byk2...

W/pun dah setahun dpt buku ni, ttp buku ni tetap seronok dibaca bersama anak2...
Buku yg menerapkan ttg cinta kpd Allah, Ibu bapa n sanak saudara...
Gambar lukisan yg sgt comel

menarik kan??



ayat dlm 3 bahasa (Inggeris- Melayu (Indon) n arab)

Thursday, March 17, 2011

Kraf Marble run menggunakan kotak tisu dan kotak cereal!

Asalnya projek ini boleh dibuat menggunakan kotak cereal, tp boleh juga menggunakan kotak tisu...

Adik meletakkan gam di kotak tisu

Melekatkan kertas berwarna

Kotak yang siap adik lekatkan


Bersedia untuk bermain!!!!

video
Adik bermain marble run yg dibuat menggunakan kotak tisu
(Abg Abbudey tiada masa ni sbb tgh tidur -sgt penat bila pulang dari PASTI...)

Dan bagi keluarga yg mengamal makan cereal untuk sarapan, tentu byk kotak cereal yg sudah dibuang kan??

Sebenarnya byk aktiviti dan kraf yg boleh dibuat menggunakan kotak cereal yg kosong...

Ini adalah satu projek yg berjaya kami lakukan:

meletakkan guli dan saksikan ia bergolek turun hingga ke tingkat bawah!

idea dan langkah2 utk membuatnya boleh di dapati di sini:
http://madebyjoel.blogspot.com/2010/06/cereal-box-marble-run.html

giliran adik pula!..

Abg mencuba dgn bola pingpong pula...


video
seronok memerhatikan guli bergolek!!
(adik Abdullah yg kurang sihat pun sgt berseronok!)

Faedah dr aktivti ini:
1- memahami bagaimana bola bergolek, ttg graviti dan keseimbangan.
2- koordinasi mata dengan memerhatikan gerakan bola..
3- social skill - bekerjasama dan belajar beratur dan menunggu giliran (tidak berebut2)
4- Merapat hubungan kekeluargaan
5- mengawal tingkahlaku (klu tidak, habis satu rumah bersepah guli.....)

untuk projek kraf lain yg menggunakan kotak cereal, googlekan shj dan anda akan temui byk idea yg menarik dan membuatkan anda berfikir 2x sebelum membuang kotak2 samada kotak tisu atau kotak cereal!





video permainan marble run yg amat mengujakan!

Dan ada kenyataan yg menyatakan bahawa marble run ini boleh menjadi fun therapy dan menenangkan perasaan seperti melihat ikan berenang2 di kolam dan air yg mengalir lembut di sungai!...(mmg seronok bila melihat guli bergolek)

Untuk lebih maklumat ttg faedah aktiviti marble run ini, boleh lihat di sini:
http://hubpages.com/hub/Marble-Run-Toys

This post is linked to:



              KLIK SINI UNTUK LIHAT LEBIH BANYAK AKTIVITI KRAF YANG MENARIK 

baca dan suaikan

Lagi aktiviti utk bacaan abang Abbudey:

suaikan gambar dgn perkataan yg sesuai

tekun melakukan kerja

Abg ABbudey

Adik Abdullah yg sentiasa perlu disediakan aktiviti yang sama dgn Abg Abbudey utknya

Monday, March 14, 2011

Adik Abdullah (berusia 2 tahun) menghafal Surah Ar-Rahman

video
Adik Abdullah turut dapat menghafal Surah Arrahman ketika kami melatih Abg Abbudey utk persembahan Sambutan Maulidur Rasul yang lepas....ALhamdulillah....


Dan Abg Abbudey hya berlatih beberapa kali shj krn kalut dgn lawatan di Langkawi (Rakaman Bacaan Abg Abbudey pada sambutan Maulidur Rasul di Masjid Al-Ihsan, Langkawi belum jumpa lagi...huhu

Saturday, March 12, 2011

Respon membina dari 2 wanita hebat

Alhamdulillah minggu ini saya dapat respon yang menarik dan membina dari 2 pembaca blog ini.

Wanita2 hebat yg saya maksudkan ini ialah Puan Lina Karim dan Puan Maisarah Abdul Karim.

Mungkin ramai yang sudah mengenali Puan Lina Karim yang sgt terkenal dengan penulisan blog ttg cara mengajar anak2 kecilnya (Darwish n Darwisya). Dan saya juga sgt meminati tulisan Puan Lina didalam blognya yang kaya dengan ilmu dan info yang amat berharga.

petikan akhbar ttg anak Puan Lina

Emel dari Puan Lina Karim yang berkongsi ttg cara mengajar anak2 kecil menghafal al-quran sangat bermanffaat saya terima hampir setiap minggu....Niat murni Puan Lina untuk menyebarkan ilmu ttg kaedah menghafal Al-quran di usia kecil InsyaALlah akan diberi ganjaran oleh Allah..



Puan Lina memberi cadangan kepada saya supaya merekodkan bacaan anak2 dan menyiarkannya di dalam You Tube supaya lebih ramai orang dapat mengambil manfaat drpdnya...( InsyaAllah saya akan pertimbangkan cadangan tersebut.)




Dan cadangan kedua Puan Lina ialah supaya menerbitkan buku ttg Kaedah mengajar anak2 kecil (seawal usia bayi)- (setelah membaca sedutan dari buku pernah kami tulis) dan katanya buku ttg hal sedemikian amat kurang di Malaysia... Saya juga berdoa supaya buku tersebut dapat diterbitkan suatu hari nanti,InsyaALlah (w/pun sudah lama terperap dlm laptop sahaja)...


Dan Respon ke2 dari Kak Maisarah Abdul Karim yang menetap di UK. Beliau berkongsi byk info ttg pendidikan awal untuk bayi.

Dan sy sgt berterima kasih kpd beliau kepada telah memberi alamt website utk free download kitab2 arab utk kanak2 yg telah lama saya search tp x jumpa2...

Antara kitab2 arab yg sesuai utk anak2 kecil seawal usia 2 tahun ialah seperti di dalam gambar di bawah:



Buku2 ini mempunyai ilustrasi yang berwarna warni dan gambr2 yg sgt comel...Saya telah pun print dan baca bersama anak2 beberapa buah buku.

Anda juga boleh download dan print di link di bawah:

http://www.mini-mumin.com/ReadingRoom.html
http://bookstolearnarabic.wordpress.com/arabic-stories/arabic-stories-grade-1/
http://toolstolearnarabic.blogspot.com/2010/05/grade-1-2-20-arabic-talking-books-mp3.html

Selamt menjelajah dan mengambil manfaat dr web2 di atas.


Akhir sekali, saya amat berterima kasih kepada semua yang menyokong dan memberi respon baik kepada blog ini..Semoga anda semoga sentiasa diberkati Allah dan mendapat balasan yang berganda..Amin.

Friday, March 11, 2011

latihan matematik utk Abg Abbudey

Sedikit latihan matametik yg sempat Abg Abbudey lakukan...

Mencari jawapan, gunting dan lekatkan


Well done Abg Abbudey!

Tuesday, March 8, 2011

Bermain dengan bekas2

OLEH KERANA ADIK ABDULLAH KLU MASUK DAPUR, MESTI KELUARKAN BEKAS2 DADIH, KALI INI BENARKAN MEREKA BERMAIN DGN BEKAS2 DADIH TERSEBUT....

Apa2pun aktiviti kali ini boleh memupuk minda mencipta n nilai kreatif dlm diri kanak2....

cuba utk mereka sesuatu


Faedah yg lain ialah:
1- Koordinasi mata n tangan
2- meningkatkan kemahiran motor halus
3- belajar ttg keseimbangan- di mana anak2 berusaha utk menyusun bekas2 ini supaya tidak jatuh dan rosak binaan mereka.
4- meningkatkan logikal kemampuan berfikir..

adik membuat menara tinggi

Abg n adik bekerjasama membuat piramid

seronok bermain!

susun panjang2

sekarang Abg Abbudey n adik Abdullah sgt seronok klu dapat mereka2 dgn bekas ni...dan selalu ambil sendiri dr dapur....Yang penting boleh kemas sendiri lepas puas bermain....


Abbudey mereka huruf A

Bukit atau huruf B

LIHAT....DENGAN BERMAIN BEKAS SHJ, BYK FAEDAN N PEMBELAJARAN YG ANAK2 DPT....APA LG...JOM BERAKTIVITI BERSAMA ANAK2....

              KLIK SINI UNTUK LIHAT LEBIH BANYAK AKTIVITI KRAF YANG MENARIK 

Friday, March 4, 2011

Memanfaatkan musim kemarau...

Sebenarnya musim kemarau ini byk keistimewaan dan aktiviti yg boleh dijalankan....Antaranya:
MAIN LAYANG2..

layang2 yang berjaya diterbangkan....tinggi!

Baba menaikkan layang2


Abg Abbudey mengawal layang-layangnya



Bermain layang2 di Sungai Kuala Ketil (blkg rumah Wan Nason.)




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...