Sunday, July 30, 2017

Menulis dengan bercakap sahaja ?!

بسم الله الرحمن الرحيم


 Beberapa tahun yang lalu ketika kami sibuk menghasilkan buku-buku dan menerbitkannya, seringkali terfikir alangkah mudahnya menulis buku jika ada alat yang boleh membantu dengan hanya bercakap, perkataan-perkataan yang disebut itu ditaipkan.

Akhirnya walaupun angan-angan tersebut telah dilupakan, tetapi kini kami menjumpai aplikasi tersebut.

Ia ditemui apabila anak-anak menulis karya-karya mereka di dalam tablet.

 Inilah aplikasinya: Google Microphone !


Tekan simbol Microphone itu dan boleh bercakap.

Tulisan akan ditaip mengikut apa yang kita cakap.



Hanya perlu bercakap sahaja dan perkataan-perkataan akan ditaip secara automatik di dalam tablet.

Walaupun ia mungkin perlu kepada beberapa pembetulan selepas selesai bercakap dan ditaip namun sikit sebanyak ia memudahkan urusan untuk menulis buku.

Sungguh mudah urusan untuk menulis!


Anak-anak juga mencuba aplikasi ini.

Boleh setting Bahasa yang kita cakap

Bahasa Arab pun ada!

Ia akan menulis dalam Bahasa Arab jika kita bercakap dalam Bahasa Arab

(dan set bahasa Arab)
Walaupun pada suatu masa dahulu kita merasakan ia adalah sesuatu yang mustahil tetapi dengan teknologi berlaku ia berjaya dilakukan! 

MasyaAllah! betapa hebatnya ilham yang Allah berikan kepada manusia!

 Semoga dengan teknologi yang canggih dapat memajukan manusia, memakmurkan bumi Allah dan mendekatkan diri kepada Allah.

Janganlah teknologi yang canggih yang Allah ilhamkan kepada manusia menjadikan mereka jauh dari Allah dan membuat kejahatan.

Nauzubillahiminzalik.

Thursday, July 27, 2017

Banyakkah ulangan hafazan 20 muka surat sehari ?

بسم الله الرحمن الرحيم



Apabila Abdullah menulis bahawa dia mengulang hafazan sehari 15 muka surat dan Abdul Rahman mengulang hafazan sehari 20 muka surat di entri ini:


Ada beberapa orang yang mengatakan bahawa ia adalah banyak. 

Tetapi bagi mereka yang menghafaz al-quran, ulangan sebanyak itu adalah perlu dilakukan untuk menjaga hafazan Al Quran supaya tidak lupa.

 Abdullah sekarang sudah menghafal 15 juzu' dan Abdul Rahman pula sudah menghafal 20 juzuk, jadi mereka perlu mengulang hafazan sebanyak 15 muka surat dan 20 muka surat untuk Abdul Rahman supaya apa yang telah mereka hafal tidak lupa.

Anak tetap diberi peluang untuk keluar bermain setiap petang.

Mereka mengulang hafazan dan tasmik selepas Maghrib.


Sebenarnya untuk mengulang 20 muka surat sehari memang banyak, namun mereka diberikan secara berperingkat-peringkat sejak dari awal tahun dahulu.

Berikut adalah rekod ulangan hafazan Abang Abdul Rahman (11 tahun):

Januari 2017
Ulangan:10 mukasurat sehari


Februari 2017
Ulangan:10 mukasurat sehari



Mac  2017
Ulangan:15 mukasurat sehari pada awal bulan

dinaikkan 20 mukasurat sehari pada hujung bulan
April 2017
Ulangan:20 mukasurat sehari

Mereka hanya mengulang satu muka surat, 2, 3 muka sahaja sehari. Namun apabila hafazan mereka makin bertambah banyak, maka ulangan hafazan setiap hari juga ditambahkan sedikit demi sedikit.

Malahan juga apabila ditambah muka surat ulangan hafazan, tidak lupa diberikan hadiah kepada mereka agar mereka merasa seronok dan bersungguh-sungguh untuk menghafal al-quran.


Dan ini pula rekod ulangan hafazan Abdullah (9 tahun):


Januari 2017

Ulangan:10 mukasurat sehari

Februari 2017
Ulangan:10 mukasurat sehari



Mac 2017
Ulangan:10 mukasurat sehari

dan dinaikkan 12 mukasurat sehari pada hujung bulan
April 2017

Ulangan:15 mukasurat sehari




 Semoga Allah menetapkan al-quran di dalam hati mereka, menjadikan ia seiring dengan akhlak mereka, menyelamatkan mereka dari fitnah dunia dan syafaat di akhirat sana....

Allahumma amin

Monday, July 24, 2017

Karya Abdullah :saya belajar baca al-quran.


بسم الله الرحمن الرحيم



Dulu saya kecik saya belajar al-quran daripada umur 2 tahun.

video
Abdullah ketika 2 tahun.
Menghafal Surah Ar-Rahman.

Saya belajar mengikut mana-mana surah.

Saya hafal surah:الرحمن الكهف الفاتحة المرسلات dan banyak lagi surah-surah lain yang saya dah hafal.

Saya baca ok la.

Hafazan saya sekarang ialah: Murajaah hafazan senang 5 mukasurat dan hafazan yang payah 10 mukasurat dan hafazan saba (hafazan baru) 5 baris.



Jadi saya baca 15 mukasurat 5baris.

Sekarang saya hafal surah النور..............

tamat 

Penulis:muhammad abdullah bin amri

Friday, July 21, 2017

Karya Abdul Rahman: SAYA BUKAN ASAL MALAYSIA

بسم الله الرحمن الرحيم

Apabila melihat Abdullah banyak menulis, abangnya Abdul Rahman turut ingin menulis menggunakan tab dan meminta untuk diletakkan di dalam blog.

Berikut  ialah karya pertama Abdul Rahman di dalam blog ini:

Semoga ia menjadi satu hobi yang diberkati ALLAH dan memberi manfaat di dunia dan di akhirat.  

Amin.


----------------------------------------------



    Setiap orang dilahirkan di tempat yang berbeza . Begitu juga dengan saya ,saya dilahirkan di Damascus Syria .

Dari kiri:
Fawwaz, Uwais, Aufa dan saya.


Baba membawa saya ke Zoo di Damsyik, Syria



    Saya dan 3 orang sepupu saya dilahirkan di Damascus Syria kerana ibu - bapa kami belajar di sana.
    Sepupu saya yang bernama Aufa dilahirkan pertama kali disana ,selepas itu  Fawwaz pula dilahirkan , selepas itu saya ( Abd . Rahman) pula yang dilahirkan ,dan yang terakhir sepupu saya yang bernama Uwais pula dilahirkan.

Saya (berbaju kuning) dengan sepupu saya Uwais

Saya (di tengah) dengan Fawwaz (bertopi) dan Uwais



                  TAMAT   TAMAT
DIHASILKAN OLEH : ABD . RAHMAN BIN AMRI  

Tuesday, July 18, 2017

Karya Abdullah: Adik saya

بسم الله الرحمن الرحيم



Dahulu saya sangat sunyi kerana tidak mempunyai adik, tapi saya ada abang. Seronok la jugak kalau ada abang.



Abang-abang bersama Sheikh Nuruddin yang tahnikkan Ahmad Zaid

Adik saya: Ahmad Zaid

Impian saya adalah untuk mendapat seorang adik.
Saya mahu adik kerana saya nak rasa macam mana saya dapat adik seperti abang saya.


Abang yang baik mengajar adik
flash card alif ba ta

Membawa Ahmad Zaid sama-sama jalan-jalan di sungai

Ahmad Zaid yang comel!


Saya menunggu sampai tahun 2015 Bulan November.
Malam itu Azan Isyak berkumandang, adik saya Zaid telah lahir dengan selamat. Amin.......Tamat






Abang Abdullah membacakan Surah Al-Faatihah kepada Adik Zaid dan adik mendengarnya dengan khusyuk

Saturday, July 15, 2017

Karya Abdullah: Haiwan kesukaan saya.

بسم الله الرحمن الرحيم

Dulu saya sangat teringin nak bela haiwan kesukaan saya iaitu kucing tetapi tidak boleh.


Pada suatu hari saya pergi ke luar dan saya nampak banyak kucing di luar rumah. Lepas itu ayah saya terus beri makanan kepada kucing lalu saya tanya mak saya nak bela kucing tapi tidak boleh.

Abdullah yang sukakan kucing ketika kecil
dan memberi kucing di belakang rumah makan

Pasti ingin menggosok kucing setiap kali melihatnya


Ahmad Zaid juga sukakan kucing

Setahun telah berlalu. Ayah pulang ke rumah. Kami ternampak dua ekor arnab kami bela sampai sekarang.......tamat





**Nota: 
Satu perkembangan yang sangat baik apabila Abdullah berusaha untuk berfikir, mencari idea untuk menulis dan menaip perlahan-lahan di dalam note di tab.

InsyaALLAH, semoga Abdullah makin mahir menulis.

Allah berkati usaha kita semua.

Amin

Wednesday, July 12, 2017

Karya Abdullah: Cerita hidup saya

بسم الله الرحمن الرحيم


Dahulu saya kecik saya diajar beribadah seperti solat,baca quran,puasa,zakat,dan banyak lagi ibadah lain.

Hidup saya ini ok saja dan sekarang saya belajar di sekolah Maahad Al Iman dan saya belajar Bahasa Arab,Bahasa Melayu,Bahasa English dan banyak lagi begitulah kehidupan saya......tamat




Monday, July 10, 2017

Karya Abdullah: Berusaha

بسم الله الرحمن الرحيم


Abdullah ( 9 tahun) sekarang ini bersemangat untuk mengarang cerita. Abdullah juga seorang yang sangat rajin membaca, dia adalah rakan berkongsi minat dalam membeli buku dan ebook.

"Adik tulislah, InsyaALLAH nanti adik boleh terbitkan buku."


Saya galakkan dan puji semangatnya untuk mengarang cerita.

 Dia mengarang menggunakan aplikasi note di dalam tab dan minta untuk diletakkan di dalam blog ini.

InsyaALLAH karya-karya Abdullah akan dikongsikan dalam blog ini.

"Nanti dah besar nanti, adik nak jadi (penulis) macam baba dan mama."

"Allah jadikan adik penulis yang lebih hebat dari mama dan baba."

Semoga semangat menulis ini akan  berterusan dan diberkati ALLAH.

Semoga ia bermanfaat buat masyarakat.

Ia adalah satu permulaan. InsyaALLAH ia akan digilap sehingga menjadi lebih baik dan penulis yang berjaya serta diredhai ALLAH.


---------------------------------------




Dahulu saya tidak tahu naik basikal tayar dua. dan saya terus berusaha sampai berjaya.dan sekarang saya sudah mahir menaiki basikal tayar dua.begitulah hidup kita, siapa yang berusaha dia akan berjaya di masa depan.....tamat


Latihan berbasikal menuju ke rumah tok wan sejauh 2KM




Saturday, July 8, 2017

Liku-liku perjalanan mendidik anak dengan Al-Quran (Siri 2)

بسم الله الرحمن الرحيم



SAMBUNGAN DARI ENTRI LALU.... Baca di sini

"Hidup ni takkan nak semuanya mudah ja, bila lagi nak rasa susah, baru susah sikit ja dah putus asa. Anak yang susah nak hafaz Alquran, mak yang stress dan putus asa?" Suara di dalam hati memujuk diri sendiri agar terus bertabah dalam perjalanan bersama Alquran.


Ya. Perjalanan ini bukanlah perjuangan sendirian.. Ia perjalanan kami sekeluarga bersama-sama. Susah senang sama-sama berkongsi rasa.

Rasa putus asa dan ragu-ragu juga mula timbul apabila terbaca tulisan-tulisan yang seakan-akan memberi tanggapan negatif dan kurang manfaat bagi usaha menghafaz Alquran sejak dari kecil.

"Menghafal Alquran sahaja ?! Menjejaskan potensi anak-anak. Tak boleh nak gilap bakat dan nilai diri mereka yang lain!"

Allah....







"Ulamak dan ilmuwan terkemuka sejarah lampau dah membuktikan usaha mereka berjaya dalam pelbagai bidang mereka dan mereka itu penghafaz Alquran." Suara hati memujuk agar terus tetap dalam perjalanan mendidik anak-anak dengan Alquran sejak dari kecil.

Bukan terhad menghafaz Alquran sahaja, tapi biarlah ia menjadi ilmu utama yang kita titikberatkan dalam kehidupan. InsyaAllah perjalanan memahami Alquran dan ilmu-ilmu lain turut dipelajari juga.

Biarlah kita menjadi orang yang menjadikan Alquran keutamaan yang terbesar dalam hidup. 

Moga Allah Redha.



"Tunjukkanlah kami jalan yang benar Ya Rabb. Janganlah sekalipun Engkau palingkan kami dari kebenaran Ya Rabb. Jadikanlah Alquran yang kami usaha untuk menghafaz, memahami dan mengamalkannya ini sebagai pelindung kami dari maksiat dan fitnah dunia. Jadikanlah Alquran ini hiasan akhlak dan peribadi zuriat-zuriat kami Ya Rabb." Itulah doa yang dipanjatkan sepanjang hayat.


Cubalah untuk bertolak ansur supaya anak-anak tidak jemu menghafaz Alquran.

Ibarat menarik tali. 

Adakalanya apabila mereka dikurniakan kemudahan, motivasi dan semangat oleh Allah untuk menghafaz Alquran dan mengulangnya, biarlah mereka mengulangkan dengan banyak, tapi adakalanya mereka diuji sedikit kesukaran, berilah mereka peluang dan mudahkanlah mereka. 



Cubalah untuk beri motivasi dan semangat.

Bantulah mereka untuk bangun dan kembali bersemangat menghafaz Alquran.

Sesungguhnya diri ini banyak salah silap emosinya dalam mendidik anak-anak. Cuba usaha sebaik mungkin untuk menjadikan keadaan lebih baik. 

Diri kita sama sekali tidak sempurna. Allah jualah tempat mengadu dan memohon bantuan dalam mendidik anak-anak.

Aku inginkan perjalanan bersama Alquran sepanjang hidup kami dan zuriat kami. Jadikanlah Alquran pendamping kami hingga ke syurga. 

Hindarilah kami dari rasa putus asa Ya Rabb!



Nota: sumber semua gambar dari Google

Wednesday, July 5, 2017

Liku-liku perjalanan mendidik anak dengan Al-Quran (Siri 1)

بسم الله الرحمن الرحيم


Semalam terlihat post ini di Facebook Puan Siti Aminah Sulaiman.




Kebetulan sehari dua ini juga, diri merasa putus asa dan agak emosi dengan hafazan Alquran anak-anak.

Ya. Dari pengalaman yang pernah dilalui, memberi saya gambaran bahawa perjalanan menghafaz Alquran bukanlah terlalu ideal, mudah dan sempurna setiap masa. 

Wallahua'lam, mungkin tidak semua orang begitu.

Liku-liku yang menjadikan kita lebih peka dan prihatin untuk menghafaz AlQuran.


Abang Abbudey pernah lalui pengalaman sukar menghafaz Alquran ketika menghafaz Surah Al Isra' dan Surah Hud seperti yang dituliskan DI SINI , SINI dan SINI.

Ia mengingatkan kembali kepada zaman remaja saya yang juga sukar menghafaz Surah Hud juga sehingga menangis-nangis,  menunjukkan perasaan tidak puas hati di hadapan ustazah hingga dipanggil ke pejabat guru besar dan diberikan nasihat.


Apabila Abdul Rahman sukar untuk mengingati Surah Hud, terus teringat sejarah silam itu.

"Takpelah, hari ini abang ulang 10 mukasurat sahaja, yang penting abang ulang sampai ingat."

Peluang diberikan moga-moga dapat mengurangkan sedikit kesukaran dan kepayahan Abdul Rahman mengulang hafazan Surah Hud.

Bukan selalu mereka tidak lancar mengulang hafazan. Biasanya mereka mudah sahaja ingat dan boleh mengulang hafazan dengan baik, cuma ada beberapa surah yang agak sukar bagi mereka.

Ia juga pernah dilalui oleh saya ketika dibangku tahfiz dulu.

Begitu juga dengan Abdullah. Beberapa hari lalu ketika mengulang hafazan lamanya pada Surah Al Qosos, Abdullah banyak melakukan kesilapan dan tidak ingat ayat di dalam Surah tersebut.

"Adik ulang banyak kali sampai tak sempat nak hantar hafazan kat ustaz." Abdullah mengadu.

Setiap kesukaran pasti ada ganjaran berganda padanya


"Takpelah , esok adik hantar 5 muka sahaja dari Surah Al Qosos, dan 5 muka lagi dari juz 28. Yang penting adik ulang sampai ingat." 

Pada hari biasa, ulangan hafazan Abdullah adalah 15 mukasurat dan ulangan  hafazan Abdul Rahman adalah 20 mukasurat sehari.


Bukanlah nak membahagi-bahagikan surah-surah Alquran itu kepada senang dan susah. Allah dah menjanjikan Alquran itu mudah untuk dihafaz sebanyak 4 kali di dalam Surah Al Qomar namun ia mungkin detik-detik ujian bagi penghafaz Alquran.



Diuji dengan sedikit kesukaran untuk menghafaz dan mengingati ayat Alquran agar kita sentiasa ingat bahawa Allah jualah yang berkuasa meletakkan Alquran di dalam hati kita. Adulah dan berdoalah kepadanya.

Jadilah Realistik!

Hidup ini pasti ada masa sukar, sedih dan ada masa yang mudah dan gembira.


Malahan bukan sekali hati terdetik untuk berputus asa dengan perjalanan Alquran anak-anak.

"Susah-susah sangat tak payahlah hafal Alquran." Kekecewaan yang dilafazkan depan suami.
Astagfirullah...

Jarum hasutan syaitan dan hawa nafsu untuk berputus asa berjaya mencucuk.


Astagfirullah.

Abdullah sudah 13 juz (baki 17juz), Abdul Rahman pula sudah 23 juz (baki 7 juz lagi untuk khatam 30 juzuk Alquran), namun hasutan untuk berputus asa itu dapat hadir dalam hati. 



Astagfirullah.


BERSAMBUNG DI ENTRI AKAN DATANG INSYAALLAH.

Nota: sumber semua gambar dari Google

Monday, July 3, 2017

Percubaan Pertama Menulis Karangan Bahasa Arab

بسم الله الرحمن الرحيم

- 29/3/2017

Alhamdulillah...

Antara perkara yang penting dalam menuntut ilmu (hatta dalam apa perkara sekalipun) ialah: SEMANGAT !

Dengan semangat, seseorang itu akan bertenaga padu dan berusaha bersungguh-sungguh.

Begitulah dengan keadaan Abang Abbudey ketika pertama kali membuat kerja sekolah karangan Bahasa Arab yang diberikan oleh ustazah di sekolah.
(Semoga anak-anak sentiasa bersemangat dalam menuntut ilmu sepanjang hayat mereka)

Begitu bersemangat dan terujanya Abang Abbudey menulis karangan yang bertajuk:
بر الوالدين
Berbuat baik kepada ibu bapa.

Hinggakan dia mencari kitab-kitab hadisnya yang lama-lama di rumah (ketika darjah 4, 3 dan lain-lain) untuk memasukkan petikan hadis dalam karangan tersebut.

Dah macam buat bahas dah gayanya.

Karangan pertama Abdul Rahman




  Suasana pembelajaran Bahasa Arab di Maahad Al Iman Li Ulumil Quran


Seronok dengan tulisan karangannya itu, Abang Abbudey membacakannya (dengan sendirinya tanpa dipinta) di hadapan mama dan baba dengan penuh teruja.

"Mama suka tengok abang sungguh-sungguh buat karangan Bahasa Arab. Abang kena rajin buat karangan Bahasa Arab sampai pandai, nanti boleh tulis bahas dan buku dalam Bahasa Arab pula. Adik pun kena buat juga karangan Bahasa Arab macam abang jugak." diambil kesempatan dengan keterujaan dan semangat Abang Abbudey dengan menulis karangan Bahasa Arab itu.


Suasana pembelajaran Bahasa Arab di Maahad Al Iman Li Ulumil Quran


"Kalau dah pandai Bahasa Arab, nanti senang nak belajar kat Syria, nak rujuk kitab-kitab. Kitab-kitab banyak dalam Bahasa Arab."



Inilah antara usaha dan doa yang sering dipohon. Agar anak-anak mahir berbahasa Arab.

Amin Ya Rabb.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...