Saturday, December 24, 2011

Berkraf tangan dengan Majalah Aulad lagi

بسم الله الرحمن الرحيم
Abdullah dan Abbdudey banyak kali beraktiviti menggunakan majalah Aulad.

Antaranya pernah dicatatkan di sini dan di sana...

Majalah Aulad mmg majalah kesukaan Abdullah n Abbudey..Banyak faedah dan pelajaran yg mereka dapat dari majalah ini. Mereka boleh duduk diam berjam2 mengadapa Majalah Aulad....menulis, mewarna, membaca dan mcm2 lagi...


Kraftangan kali ini kami ambil dr Majalah Aulad keluaran JUN 2009...

ye...JUN 2009...(punyalah lama...)

cover majalah yg ini ya?
Bilangan 82 (jun 2009)
Kraf SARANG BURUNG
Abang Abbudey mula menggunting

Adik Abdullah cuba menolong

background n sarang burung dari pinggan kertas yg dah siap

mukasurat cara2 membuat kraf sarang burung

siap! anak2 burung dah masuk sarang burung!
Dua orang budak yg gembira n puas hati dapat menyiapkan kraftangan sarang burung dari Majalah Aulad


 OK...selesai cerita ttg kraf tangan ni, nak cerita ttg majalah Aulad ini..

Sebenarnya majalah ini kami beli di pasaraya di Sungai Petani.W/pun majalah ini sudah 2 tahun, tp tetap dijual dgn harga asal (RM 2)..tak tahu kenapa??...

Dan mereka iklankan: 'koleksi majalah AULAD, 5 jilid = $10'...nampak mcm murah kan? tp sebenarnyha ia dijual dgn harga asal...

Agak licik kan??...hmmmm


mmg harga asal RM2 pun

OK..kalau ada sesiapa yg tahu dimana boleh dapatkan Majalah Aulad yg lama (dalam kuantiti yg banyak) dengan harga lebih murah dari harga asal, sila emel ke: aishahhashimee@gmail.com

Terima kasih.
Assalamualaikum.





              KLIK SINI UNTUK LIHAT LEBIH BANYAK AKTIVITI KRAF YANG MENARIK 

Thursday, December 22, 2011

acuan plastersin

Saya pernah senaraikan permainan playdough @ pastersin @ tanah liat sbg permainan yg membuatkan kanak2 ralit berjam2 lamannya di sini.

Antara perkara yg membuatkan aktivit bermain palydough ini lebih menarik ialah dgn adanya acuannya.

acuan berbentuk gajah

bentuk bear

bentuk badak

Linkhasil karya adik (yg adik x bg simpan...dia mula belajar menghargai hasil karya sendiri)




sgt khusyuk dan diam bila bermain playdough

Wednesday, December 14, 2011

mengguna semula pasu-pasu plastik

Alhamdulillah, dua tiga hari ni cuaca sgt baik...pukul 12 tghari pon masih boleh main kat luar rumah sbb matahari x terik...Alhamdulillah..

Alhamdulillah cuba menggunakan masa cuti sekolah dengan berkualiti....

Kali ini, kami mengguna semula pasu2 plastik yg ada dirumah.

mula2 sekali bersihkan, basuh dan lapkan pasu2 plastik lama

Abdullah mengecat pasu plastik

proses mengecat pasu

jemur utk memastikan cat2 betul2 kering

Bila dah kering, bolehlah lukis atas pasu td

adik melukis

Abang

Pasu yg dah siap dilukis dan sedia utk ditaman @ disemai pokok di dalamnya
                                   

              KLIK SINI UNTUK LIHAT LEBIH BANYAK AKTIVITI KRAF YANG MENARIK 

Sunday, December 11, 2011

Keputusan GA 'Ebook 3 Langkah Mudah Didik Anak Hafal AL-quran"

بسم الله الرحمن الرحيم

Alhamdulillah, GA yg dianjurkan oleh blog cinta-rasul ini telah selamat berjalan dan ditutup pada pkl 12 mlm semalam.


Ucapan terima kasih kepada semua peserta yang menyerti GA ini...Semoga hasrat anda semua anda dimakbulkan ALLAH dan semoga anda semua akan sentiasa diberkati ALLAH..

Dan ALhamdulillah juga, cabutan bertuah telah dilakukan oleh Muhammad Abdul Rahman pada pukul 9.30am, pagi ini....


Untuk mengetahui pemenangnya, sila lihat video di bawah ini, InsyaALLAH:




Blog cinta-rasul mengucapkan TAHNIAH kepada pemenang. ALLAH telah memberi rezeki dan menentukan bahawa anda adalah penerima 'ebook 3 Langkah Mudah Didik Anak Hafal AL-Quran'.

Kami berharap semoga ebook ini akan memberi manfaat kepada anda, InsyaALLAH..TAHNIAH sekali lagi..

PERHATIAN KEPADA PEMENANG: sila hantarkan nama penuh dan alamat emel secepat mungkin ke (aishahhashimee@gmail.com) supaya kami dapat menghantar hadiah kepada anda. Terima Kasih

Kepada peserta lain, diharap jangan berduka cita dan menyesal...Semuanya telah ditentukan ALLAH..Mungkin rezeki anda ada pada hari2 yg lain, InsyaALLAH! Semoga hari2 anda sentiasa di bawah rahmat dan limpah kurnia Ilahi. Terima kasih atas penyertaan anda....

Semoga kita bersua lagi di GA yg akan datang, InsyaALLAH (ada ke??)

Maklumat lanjut ttg ebook ini boleh didapati di:
http://islamicparentingnetwork.net/pages/ebook.php

Saturday, December 3, 2011

Ghuraba' = Orang yang Asing (pelik)

بسم الله الرحمن الرحيم

Bila sebut tajuk Nasyid Ghuraba', mesi ramai yang sudah tahu dan hafal lirik nasyid yg sangat popular zaman berzaman ni.

Nasyid bahasa Arab yg berinspirasikan dari Hadis Riwayat Muslim (daripada Abu Hurairah)  yg bermaksud:

Sabda Rasulullah SAW:
(( Bermulanya Islam itu asing (pelik) , dan ia akan kembali asing(pelik) . Maka, berbahagialah orang yg 'asing'.))

Asing di sini bukan bermakna pendatang asing. Tetapi ia bermaksud orang yang mengamalkan ajaran Islam akan dianggap asing dan pelik. Orang yang berbuat amal soleh ketika masyarakat rosak!

Lihat sahaja hari ini....orang yang bertudung labuh, berjubah dianggap pelik...tapi yg berpakaian ketat dan tak menutup aurat itu biasa.






Satu lagi contoh yg simple: Dalam dunia remaja, kalau seorang remaja itu menghabiskan masa pada malam menyambut tahun baru dengan bertahajjud dan membaca quran akan dianggap pelik, ganjil dan buang tebiat.

Tapi, yg menyambutnya dengan merempit, berpesta dan lain2 maksiat itu dianggap biasa.

Begitu juga seseorang yg tidak berkawan dengan lelaki (atau jantina yg berlainan) akan dianggap kolot dan 'kampung', tapi yg dok ke hulu ke hilir bawa awek dan ikut balak itu akan dibanggakan...

pelik kan?? Benarlah Sabda Rasulullah SAW.


MARI SAMA2 KITA HAYATI MAKSUD NASYID YG SANGAT MEMBERI SEMANGAT N INSPIRASI INI.

Maksud Lirik Nasyid Ghuraba 

Orang-Orang Asing 8X

Orang-orang asing, jangan kita mengagungkan sesuatu selain daripada Allah, Orang-orang asing, redhailah ianya sebagai syiar hidup. Orang-orang asing, jangan kita mengagungkan sesuatu selain daripada Allah, Orang-orang asing, redhailah ianya sebagai syiar hidup.
Sekiranya kau tanya tentang kami maka kami tidak peduli dengan orang-orang yang zalim, Kita tentera Allah selamanya, jalan kita adalah jalan orang-orang yang enggan terhina. Sekiranya kau tanya tentang kami maka kami tidak peduli dengan orang-orang yang zalim, Kita tentera Allah selamanya, jalan kita adalah jalan orang-orang yang enggan terhina.

Orang-Orang Asing 8X

Kita tidak peduli dengan perikatan bahkan kita akan selesaikan untuk selama-lamanya, Kita tidak peduli dengan perikatan bahkan kita akan selesaikan untuk selama-lamanya. Maka marilah kita berjihad, kita bertempur dan kita berperang daripada pembaharuan, Orang-orang asing beginilah kebebasan di dalam dunia perhambaan.
Maka marilah kita berjihad, kita bertempur dan kita berperang daripada pembaharuan, Orang-orang asing beginilah kebebasan di dalam dunia perhambaan.

Orang-Orang Asing 8X

Berapa kalikah kita memperingati masa tika hari kita bergembira, Dengan kitab Allah kita menghafaznya pagi dan petang. Berapa kalikah kita memperingati masa tika hari kita bergembira, Dengan kitab Allah kita menghafaznya pagi dan petang.

Orang-Orang Asing 8X

Orang-orang asing, jangan kita mengagungkan sesuatu selain daripada Allah, Orang-orang asing, redhailah ianya sebagai syiar hidup. Orang-orang asing, jangan kita mengagungkan sesuatu selain daripada Allah, Orang-orang asing, redhailah ianya sebagai syiar hidup.
Sekiranya kau tanya tentang kami maka kami tidak peduli dengan orang yang zalim, Kita tentera Allah selamanya, jalan kita adalah jalan orang-orang yang enggan terhina. Sekiranya kau tanya tentang kami maka kami tidak peduli dengan orang yang zalim, Kita tentera Allah selamanya, jalan kita adalah jalan orang-orang yang enggan terhina.

Orang-Orang Asing 8X 


(maklumat lanjut tentang nasyid ini, boleh lihat web di atas itu.)


P/s: Saya tertanya2 kenapa nasyid ni amat popular w/pun sudah berpuluh2 tahun berlalu. Mgkin kerana yg mngarang lagu ini sangat tulus dan ikhlas...Setiap amalan yg ikhlas dan tulus biasanya akan berpanjangan dan tersebar meluas..Contoh yg mudah kitab hadis 40, matan2 yg masyhur n sbgnya.



Abdullah dapat menghafal Ghuraba' ini w/pun hya mendengarnya 2,3 kali sahaja...MasyaALLAH otak budak2 mmg cepat menghafal...MasyaALLAH.

 (1st time Abdullah dengar nasyid ini ialah ketika ihtifal di Tahfz Rabu lalu, balik rumah dia minta saya tunjuk nasyid ni, saya pon search dan tunjuk padanya...2,3, kali lepas tu, terus dia boleh hafal...)


Jadi, pastikan anak2 anda hya melihat n mendengar dan melihat PERKARA YG BAIK2 SAHAJA, InsyaALLAH!

Semoga kita tergolong dalam golongan GHURABA' yang didoakan kebahagian oleh Rasulullah SAW
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...