Friday, May 31, 2013

ALHAMDLILLAH....Berita gembira hari Jumaat

بسم الله الرحمن الرحيم

Alhamdulillah..syukur ke hadrat ALLAH yg mempermudahkan sgl urusan.

ALhamdulillah, kelmarin dengan habisnya hafazan Surah AL-Hujurat, maka jumlah hafazan Abang Abbudey ialah 109 mukasurat bersamaan dgn 70 surah.



rekod Abang Abbudey hari ini

Anak2 memang sudah tahu bahawa saya update hafazan mereka dalam blog. Setiap kali habis hafazan satu surah, mereka akan minta saya highlightkan surah yg sudah dihafal di SINI...

rekod Adik Abdullah

Moga mereka terus istiqamah menghafal dan lebih tekun mendalami ilmu2 al-quran serta menjadi anak yg soleh dan pejuang Islam. amin3

Thursday, May 30, 2013

Info buku: I Can Cut N Paste (Scissor Skills)

بسم الله الرحمن الرحيم

Lagi cerita tentang buku aktiviti yang dibeli oleh Abdullah sempena menghabiskan baucher HASANI sebanyak RM 50.

Nampaknya Abdullah amat menyukai buku2 aktiviti seperti ini dan Abang Abbudey pula sukakan buku cerita dan buku aktiviti menulis (INsyaALLAH akan cerita tentang buku yang dibeli oleh Abang ABbudey nanti, InsyaALLAH.)


3 siri buku sudah dibeli oleh Abdullah

Setiap buku mempunyai 15 aktiviti cut n paste
kertas buku yang licin dan keras
kertas yang amat berkualiti dan tidak mudah koyak



Inilah buku yang dipilih oleh Abdullah kali ini.
InsyaALLAH akan menemani Abdullah sepanjang cuti sekolah ini, 
(tapi sebuah buku sudah hampir selesai disiapkan)
Oh, dia amat sukakan buku aktiviti.
Berjam2 mengadap buku ini dengan gunting kecilnya dan gam.
(sambil saya pasangkan audio AL-Quran)
Alhamdulillah



harga yang berbaloi
untuk buku yang baik dan kertas yang berkualiti
100% berwarna

penerbitnya

tinggal 1 siri lagi yang belum dibeli

dimulakan dengan asas menggunting yang simple


dimulakan dengan aktiviti cut n paste yang mudah2 dahulu


kemudian agak rumit



makin rumit

gambar2 yang comel dan menarik

sudah dilekatkan

tidak siap lagi
terdapat sijil di mukasurat terakhir setiap buku
sebagai tanda penghargaan kepada anak2.

Menarik kan buku ini kepada anak2.
Jom kongsi buku anak2 anda pula.
Menerapkan rasa cintakan buku dalam hati anak2.
=)

Wednesday, May 29, 2013

WW: Merenung dan memahami erti sebenar kehidupan

بسم االله الرحمن الرحيم





YA ALLAH kurniakanlah kepada kami semua HUSNUL KHOTIMAH
amin....

Tuesday, May 28, 2013

My Book of Dot To Dot

بسم الله الرحمن الرحيم


Cerita lagi tentang buku yang dibeli di HASANI untuk anak2.

Sebenarnya bila guna BB1M sebanyak RM250 di HASANI, maka kedai buku HASANI akan berikan baucher HASANI sebanyak RM50.

Dan kali ini, ini pula adalah antara buku yang dibeli oleh anak2  untuk menggunakan baucher buku HASANI $50.


buku pilihan Abdullah
harga: $6.90
64  mukasurat
Terbitan: Edukid

mula dengan bilangan dot yang sedikit


Abdullah sudah selesaikan


1-30 dot
makin banyak


1- 100




pelekat ganjaran
=)
Abdullah sangat sukakan buku ini, hinggakan tidur lewat malam kena nak selesaikan buku ini. Antara buku kesukaan Abdullah.

Monday, May 27, 2013

Kebahagiaan seorang pencinta kucing =P

بسم الله الرحمن الرحيم

Saya pernah menulis tentang impian Abdullah untuk membela kucing di sini dahulu. 

Oh perasan pencinta kucing yang sensatif adakalanya susah nak difahami oleh mereka yang tidak berapa sukakan kucing.huhu

Baru2 ni, apabila pergi ke pasaraya, Abdullah nampak makanan kucing, dia meluahkan rasa teringinnya untuk membeli makanan kucing tersebut untuk kucing-kucingnya (mana rumah kita ada bela kucing).

Jadi, sekarang ini Abdullah akan memberi makan mana2 kucing yang datang ziarah ke rumah. Dan tempat makan  tetap kucing ialah di pintu belakang.


tempat makan tetap kucing,
di pintu belakang

Abdullah memberi makan kepada kucing sambil menyampaikan nasihat 
Membantu mama siang ketam dan udang.
Kulit udang itu juga dijadikan hidangan kepada kucing

kebahagiaan seorang pencinta kucing

Jadi walaupun kucing tersebut lalu di halaman depan, apabila kucing itu masuk ke dapur, ia akan tunggu pintu belakang dibuka. Apabila pintu belakang dibuka, menderulah kucing tu lari keluar dan tunggu makanannya dihidangkan. Pandailah pulak kucing ni.

Saya pesan kepada Abdullah minta dia nasihat kepada kucing2nya (padahal kucing liar ataupun kucing jiran) yang diberi makan supaya jangan 'membuang' di rumah kami. Sila 'membuang' di longkang...Abdullah pun sampaikanlah pesanan tersebut kepada kucing2 yg sedang makan itu dengan penuh perasaan, tapi tak tahulah kucing itu taat ke tidak dengan pesanan tersebut. Harap2 mereka taatlah.
=)

Sunday, May 26, 2013

Buku aktiviti pilihan Abdullah (Abdullah sangat sukakannya)

بسم الله الرحمن الرحيم

Beberapa hari lalu, saya bawa Abdullah ke kedai buku Hassani di Sungai Petani untuk menghabiskan BB1M yang masih berbaki lagi. 

Tiba2, Abdullah berminat dengan buku di bawah ini:


Perkara yang pertama yang menarik perhatian saya ialah tulisan cina pada tajuk buku itu.

Saya katakan kepada Abdullah:
"Ini buku cina, mama tak faham." (padahal saya tak tengok lagi isi kandungan buku tersebut.)

Abdullah kata:
"Tapi adik suka buku ni."

Barulah saya lihat isi dalam buku ini dan setuju untuk beli.


Rupa2nya ia adalah buku aktiviti kegemaran Abdullah.

Koyakkan dan lekatkan.


Alhamdulillah, Abdullah sangat sukakan buku aktiviti ini dan berusaha untuk membuatnya dengan penuh minat.


harga:
RM 5.90 untuk 30 mukasurat
yang berwarna.

sangat berbaloi

4 siri menarik yg boleh dimiliki

Jom kita lihat gambar aktiviti yang dah dibuat oleh Abdullah.
=)
Selesai dilekatkan

Juga sudah selesai

terdapat juga aktiviti melukis dalam buku ini
dan Abdullah sedaya upaya meniru
lukisan dalam buku ini.

Ini adalah gambar kipas

100% lukisan Abdullah


gambar2 yang menarik

gambar2 utk dikoyakkan dan dilekatkan
pada mukasurat sebelah kiri

terbitan
(haha..gambarnya x jelas)

Abdullah memicit gam

melekatkannya

lagi lukisan Abdullah....
=)
*** Saya pernah terfikir bahawa Abdullah tak perlukan lagi buku2 aktiviti seperti ini kerana dia sudah masuk ke alam tadika (PASTI) dan saya fikir mungkin dia jemu dengan aktiviti seperti ini. Nampaknya sangkaan saya silap kerana dia amat sukakan buku2 aktiviti seperti ini, hingga tidur lewat malam sebab asyik menyiapkan buku seperti ini. Dan dia juga yang memilih dan meluahkan rasa hati bahawa dia sukakan buku2 aktiviti seperti ini

Apa2pun, bagi saya aktiviti buku seperti ini baik untuk tanamkan rasa cintakan buku dalam diri anak2.

=)

Saturday, May 25, 2013

MAAF...MAAF...MAAF...

بسم الله الرحمن الرحيم

maaf


Di sini, saya selaku pemilik blog cinta-rasul ingin memohon maaf kepada siapa2 yang pernah bertanya SEBARANG SOALAN KEPADA SAYA (menghantar emel atau komen) tetapi masih tidak terjawab.

MAAF

MAAF 

MAAF

Kadang2, saya tinggalkan  dulu soalan dan emel tersebut untuk cari idea, masa  dan mood untuk balas emel dan jawab soalan, tapi sat ja dah lupa... (dan mood lambat pula sampai mood nak jawab soalan.). Nak reka ayat dan karang jawapan bukanlah kerja yang mudah sebenarnya.

Oh, sangat kesal dan sedih rasanya sebab tak jawab soalan orang. Samalah rasa macam kita rasa bila kita tnya soalan kepada orang dan tertunggu2 orang tak jawab.


MAAF

MAAF

MAAF....

Friday, May 24, 2013

Doa dan Kenangan

بسم الله الرحمن الرحيم

Beberapa hari yang lalu, ketika sesi membaca dan mencerita kisah nabi dari buku ini, saya terbaca hadis ini.

Saya pernah ulas tentang buku ini di sini:
http://cinta-rasul.blogspot.com/2013/03/bedtime-story-yang-sangat-best.html

Di dalam hadis ini menceritakan tentang adab Rasulullah Sallahu Alaihu Wasallam ketika hendak tidur bahawa Nabi Sallahu Alalihi Wasallam meletakkan tangan kanan baginda di pipi kanan dan membaca doa ini:







Teringat pula kepada pesanan Sheikh Ali Sobuni ketika beliau datang ke Sungai Petani hujung tahun lepas.
Saya pernah catatkan memori tersebut di sini:

Saya ceritakan pula kepada anak2:
"Ingat tak, masa Sheikh Ali Ash-Sobuni mai SP, dulu, dia ajar suruh amalkan doa nilah sebelum tidur?"

Dan sebelum tidur, Abbudey kembali amalkan doa ini. Tersentap juga hati. Nampaknya sesi bercerita malam tersebut sudah meresap dalam hati Abang Abbudey. 

ALHAMDUILLAH.

Moga isitqamah. amin ya rabb.

Selalunya bukan hati tak mahu nak amalkan doa2 seperti ini, tapi selalu lupa. Nampaknya kena tulis besar2 dan pelekat di dinding kan?


P/S: Yeeeeayyyy... dah mula cuti 2 minggu! =)

HARI NI HARI JUMAAT = SURAH AL-KAHF

Wednesday, May 22, 2013

Monday, May 20, 2013

Aplikasi Al-Quran dalam Sony Ericsson

بسم الله الرحمن الرحيم

Seperti yang diberitahu pada entri yang lepas, saya akan cerita ttg Aplikasi Al-Quran dalam HP Sony Ericsson pula.

dan aplikasi2 seperti ini yg membuatkan saya sukakan hp sekarang ini kerana ia seperti kita mmbawa Al-Quran di mana2 sahaja.


symbol Aplikasi Al-Quran
(sebelah kanan)

* x pandai lg nak buat screen shot utk HP


Quran For Android

pembahagian surah yg mudah dicari

seperti muka surat dalam AL-Quran (hafiz)
yang biasa

dibesarkan sedikit

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...