Thursday, August 16, 2012

Ramadan dan tetamu istimewa: datang dan pergi


بسم الله الرحمن الرحيم

Alhamdulillah...cepat sungguh rasanya Ramadhan berlalu kali ini dan terasa sibuk sungguh dalam Bulan Ramadan kali ini(bukan sibut buat kuih raya ye?)... 

Pelbagai cerita yang berlaku dalam Ramadhan kali ini...Dan sebenarnya sebelum entry ini ditulis, saya meminta izin dan kepastian beberapa kali daripada suami samada entry ini boleh ditulis atau tidak kerana ia berkaitan dengan orang lain. Takut2 ada hati yg kurang senang dengan entry kali ini 
(buat suspen je...)

Ramadan kali ini adalah ramadan pertama utk Abdul Rahman berpuasa... Alhamdulillah ia berlalu dengan mudah. Tidak sesukar yang dijangkakan...ALhamdulillah...

Alhamdulillah juga Ramadan kali ini, sekali lagi Sheikh Mahir Al-Munajjid datang ke Malaysia. Kali ini dengan ahli keluarganya sekali dan kebanyakkan masanya dihabiskan di sekitar Kedah, di Alor Setar, di Sungai Petani dan juga Baling.

Cerita ttg Sheikh Mahir DLM BLOG INI pernah di tulis di sinisini, sini, sini dan sini


Maklumat lanjut dapatkan di sini:
http://majalahhaluan.wordpress.com/2012/03/11/mh-edisi-12012-bicara-al-quran-sumber-motivasi-bersama-dr-maher-hasan-munajjid/ 
Banyak pengalaman dan perkongsian fikrah yang kami dapat sepanjang kedatangan keluarga ini pada kali ini.

Banyak topik yang dikongsikan termasuklah perbezaan budaya dalam mendidik anak2 di Malaysia dan di Syria dan masing2 ada kelebihannya.


(Abdulrahman dan anak2 sheikh Mahir: Muhammad Al-Fatih, Aisyah dan Alyaa')
kanak2 ini walaupun berbeza bahasa dan pertuturan, namun mereka tetap boleh bermain bersama. kdg2 sampai bergaduh2 dan menangis2..
Abdullah (4 tahun) membaca buku bersama Alyaa' ( 2 tahun) 
Kerana itulah mengembara dapat membuka minda, menambah ilmu dan pengalaman kita terhadap banyak perkara.... Dan kami mempunyai cita2 utk terus mengembara di merata negara untuk lebih mengenali budaya dan menambah ilmu pengetahun. Ada rezeki, InsyaALLAH tercapailah cita2 itu.


Alyaa' (2 tahun)  dan anak2 Sheikh Mahir yang lain memperdengarkan hafazan al-qurannya ketika kami berbuka puasa di homestay penginapan mereka

Muhammad AL-Fatih (Anak sulung Sheikh Mahir) 7 tahun.



muhammad alfatih


Aisyah (anak ke2 Sheikh Mahir) bersama2 sepupu2 Abbudey di airport Penang

InsyaALLAH semoga berjumpa lagi



Ma'as Salaamah Alyaa' yang comel
(MasyaALLAH! mcm anak patung!)

meriahnyalah nak hantar orang naik kapal terbang


video
Aisyah (6 tahun) mengajar adiknya Alyaa' (2 tahun) menghafal Surah Al-Kauthar.
(begini jugalah cara mengajar Abdul Rahman dan Abdullah menghafal AL-quran)

Saya dan Riemah (Isteri kepada Sheikh Mahir) sempat bertukar idea dan fikrah bagaimana kaedah dan cara untuk kanak2 cepat menghafal AL-Quran. Riemah turut merakam video hafazan AL-quran Abdullah dan Abdul Rahman untuk dipertontonkan dalam kelas2 qurannya di Syria nanti. Satu pertukaran idea yg banyak faedahnya bagi saya.


p/s: kualiti gambar kurang memuaskan adalah dr hp saya. 
Malu nak tangkap gambar, lepas tu minta gambar kat orang ... =P


SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI,
MAAF ZAHIR BATIN
DARI KAMI BUAT SEMUA PEMBACA BLOG INI.
SEMOGA ALLAH MENERIMA AMALAN RAMADAN KITA DAN MEMBERKATI KITA SEMUA 

Tuesday, August 14, 2012

Kebahagiaan seorang kanak2

بسم الله الرحمن الرحيم

Kadang2 (tp selalulah juga)kita hanya meluangkan masa dengan  aktiviti yg simple2 je bersama anak2, tp respon dari anak2 sgtlah memberansangkan!


Kali ini, ingin berkongsi dengan anda satu lg aktiviti simple yg disukai oleh anak2...

lihatlah betapa cerianya budak lelaki ini bila dapat beraktiviti sesimple ini
(rambut dah panjang lg...)

Aktiviti cuma : MEWARNA BERSAMA2...simple amat kan?

tp anak2 mmg sangat sukakan bila kita sama2 join mereka mewarna...
seronok sgt memilih mukasurat untuk diwarnakan

seronoknya dia dengan hasil warna bersama2...
kambing berwarna biru + pink !!!

buku ini dihadiahkan oleh Pak Ngah Azli beberapa bulan yg lalu

inilah antara buku kesukaan anak2 untuk dibaca dan diwarna bersama

masa berbaik2 mewarna bersama2


video
Abdullah (agak tidak sihat) mengulang Surah An-Naba' sambil mewarna bersama Abg Abbudey


p/s: selamat beraktiviti dengan anak2 ye? walaupun aktiviti yang biasa2 je..tp disukai oleh anak2 =)....Alhamdulillah....!!


JOm menggandakan amalan untuk dalam Ramadan yg masih berbaki lagi ini...

              KLIK SINI UNTUK LIHAT LEBIH BANYAK AKTIVITI KRAF YANG MENARIK 

Friday, August 3, 2012

Jom masak simple krim karamel dengan Abbudey dan Abdullah

بسم الله الرحمن الرحيم

Sebenarnya Abg Abbudey yg minta buat krim karamel ni....Jadi jom kita buat sama2...Guna serbuk Krim Karamel ready made je...


Kami guna yang ni....
harga: maaf lupa...

mula2: tuang gula hangus dalam bekas

Tuang sampai habis

2- Tuang air ikut sukatan
(p/s: sepatutnya guna susu segar, tp kat rumah ada susu tepung, so, bancuh jelah susu tepung

masukkan susu tepung dan kacau2

Abg Abbudey membasuh alat2 yang telah dipakai dan adik tak sudah2 lagi menuang gula hangus

letak atas api dan kacau sampai menggelegak
Adik masih belum siap menuang gula hangus dalam  bekas2
=)

Bila dah menggelegak, tutup api dan tuang dalam bekas yang telah diisi  dengan gula hangus.
Biarkan sejuk dan letak dalam peti ais

Inilah hasil Krim karamel yang dah sejuk  yg Abbudey dan Abdullah buat
OK x?


Abg Abbudey yang puasa begitu teruja (dan BERSABAR) melihat adik mencuba krim karamel  yang mereka masak tadi.
InsyaALLAH buka nanti bolehlah Abg Budey rasa hasil masakannya
=)


Memasak bersama anak2 banyak manfaatnya...

Wednesday, August 1, 2012

Shapeland book - buku aktiviti yg sgt menarik!



بسم الله الرحمن الرحيم

Buku kali ini amatlah menarik dengan aktivitinya yg sangat disukai anak2 dan buku yg berwarna warni..

Jom tengok buku ini:
Shapeland Book

satu utk adik dan satu utk abang...adil!
murah je harganya
Beli di kedai buku Hasani, Sungai Petani, Kedah


muka belakang buku


4 set buku yg menarik...

Aktiviti dlm buku ini ialah:
koyakkan shape yg disediakan



lekat di mukasurat yang disediakan


yg ni adik dah siap lekatkan

siap dikoyak semuanya
hasilnya ialah gamabr dibawah


gambar2 yg comel2


seronok melakukannya di tahfiz

Adik semangat meletakkan gam

lap guna baju?!

Buku aktiviti seperti ini mmg akan membuatkan anak2 boleh duduk diam dalam jangkamasa yg lama dan mereka sgt sukakan buku seperti ini. Anak2 tentu akan berterima kasih kerana seronok bila dihadiahkan buku aktiviti seperti ini (seperti adik Abdullah)...



Kita bukan sahaja mengajar mereka ttg shapes tetapi juga dapat mengajar mereka cintakan buku....




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...