Thursday, November 28, 2019

Percutian ke Pattani (Siri 1)

بسم الله الرحمن الرحيم

Alhamdulillah pada 13/7/2019 dan 14/7/2019, Hari Sabtu dan Ahad, kami dengan 8 orang keluarga dan kawan-kawan telah menyertai rombongan percutian ke Pattani.

Rombongan dengan sebuah bas dan kereta. Dengan tujuan untuk menziarahi pondok-pondok di Pattani.

Alhamdulillah... Satu perjalanan yang menarik dan memberi banyak info dan muhasabah diri.

Dalam bermusafir pasti banyak perkara yang bersabar dan banyak ketidakselesaan yang perlu ditanggung.

Walaupun adakalanya ia adalah perkara yang remeh, tapi ia tetap tidak selesa seperti isu tandas, kebersihan tandas, tempat berwuduk yang tertutup bagi wanita serta keselesaan tempat solat.

Baba memberikan tazkirah di dalam bas


Anak-anak membawa buku untuk dibaca dalam perjalanan yang panjang ini


Kami bertolak dari Masjid Padang Temusu pada jam 7.30 pagi dan sampai di Pattani selepas 5 jam.

Bayaran untuk percutian kali ini ialah: RM190 untuk seorang. Bayaran merangkumi penginapan di hotel, bayaran bas dan makan.

Tempat pertama yang dituju ialah kedai makan untuk makan tengahari.


Kedai makan tengahari dan sarapan pagi keesokan harinya di sini. Di bandar Pattani.

Makan tengahari adalah nasi berlauk.

Pilihan lauk yang pelbagai

Unik kaki kipas ni

Abang Abbudey suapkan Ahmad Zaid yang baru bangun tidur isi kelapa. Nampak penyayang di situ 😅

Serawa labu dengan kuah santan yang sedap


Dia tulis apa agaknya tu?

Motosikal antik di dalam gerai makan tersebut


Di luar kedai

Banyaknya kamera


Selepas makan, rombongan kami menuju ke rumah Baba Ali.

Beliau adalah seorang penulis Al Quran.

Penulis Al Quran Tuan Haji Ali telah menulis 11 naskah setakat ini dan sedang menyiapkan naskah yg ke 12. Tenang bila dapat menatap wajah ahli al quran ini. 


Di rumah Baba Ali

Beliau menyampaikan tazkirah agar kita sentiasa berpegang teguh dengan Al Quran.

Tidak meninggalkan Al Quran walaupun sehari. Kerana Al Quran itulah penawar bagi hati manusia yang resah gelisah pada masa ini dan jalan penyelesaian bagi masalah yang melanda kita dalam sehari-hari.

Bersama antara al Quran yang ditulis oleh Baba Ali.


Baba mengulas dan menerangkan semula tentang penulis Al Quran, Haji Ali

Menariknya lagi pada setiap pondok yang kami ziarah, mereka amat memuliakan tetamu dengan menghidangkan kuih, roti, manisan dan jus. Masya Allah....

Begitu mereka bersungguh-sungguh memuliakan tetamu.


Insyaallah bersambung pada entri akan datang.......

Sunday, November 24, 2019

Kemahiran bercerita untuk anak usia 3 tahun setengah

بسم الله الرحمن الرحيم





**entri ini ditulis pada 2/6/2019

Nikmat bersama anak-anak seusia ini bila layan mereka bercerita.

Seingat-ingat Abdullah seusia ini pandai bercerita dalam Bahasa Arab sebab dia suka tengok kartun (Mama bagi dia tengok kartun arab saja). Masing-masing anak-anak adalah kelebihan tersendiri.

Punyalah mama cuba jadi pendengar yang baik, alih-alih mama yang terpinga-pinga.

Siapa dapat faham cerita Ahmad dia terer.

Ini hanya 1% dari cerita Ahmad. Biasanya diakhiri dengan dengan pendengar yang lena dulu. 

Latihan berani bercakap depan orang, insyaallah. Optimis itu penting!

Wednesday, November 20, 2019

Mengapa inginkan anak khatam Al-Quran di usia kecil?

بسم الله الرحمن الرحيم

** Entri ini ditulis pada 1/6/2019

Apa yang saya rasakan tentang pandangan mengapa ingin anak khatam hafazan Al-Quran di usia kecil:

1. Menghafaz Al-Quran akan memaksa anak-anak menjaga Al Quran sepanjang hidup mereka. Membaca Al-Quran membuatkan mereka sentiasa dekat dengan Allah. Kita tidak selamanya dapat menjaga anak-anak, moga keberkatan Al Quran dan penjagaan Allah mengiringi mereka dunia dan akhirat.

2. Kebanyakan Ulamak dan salafussoleh itu adalah penghafaz Al-Quran. Siapakah lagi ikutan kita jika bukan mereka?

3. Apa sahaja bidang yang bakal diceburi oleh anak-anak, Al Quran pasti  akan membantu dan memberi petunjuk kepada mereka.

Semoga kita menjadi insan yang memuliakan Al Quran dan dimuliakannya, mencintai dan dicintai Allah Subhanahu wata'ala.

Amin

Saturday, November 16, 2019

Abdullah: Berbaki hafazan 5 juz setengah

بسم الله الرحمن الرحيم

**Entri ini ditulis pada 1/6/2019


Alhamdulillah hari ini Abdullah masuk hafazan juz 10. Berbaki 5 juz setengah lagi untuk khatam hafazan Al-Quran. Doakannya dapat khatam hafazan tahun ini insya-Allah.

Dikongsikan dalam status Whatsapp peribadi video hafazan Al-Quran Abdullah di juz 10



Mama khatam hafazan tahun 1999 (diusia 14), abang Abbudey khatam hafazan diusia 12 (2018). Insyaallah Abdullah tahun ni (11 tahun).

Baba selalu kata: Ahmad Zaid lagi hebat, insya-Allah Ahmad khatam hafazan usia 8 tahun. Amin... Berkat doa baba selalu, Allah perkenankan, insyaallah.


Tuesday, November 12, 2019

Wasiat bagi penerima ijazah sanad Al Quran

بسم الله الرحمن الرحيم

**Entri ini ditulis pada 1/6/2019



Ini adalah terjemahan sanad Al Quran (hafazan) yang diterima daripada Sheikh Muhyiddin Alkurdi pada tahun 2003 dulu. Abah bawak pi terjemah di ITN.

Moga semua pemilik ijazah ini dapat mengamalkan semua wasiat yang terkandung dalam ijazah ini 
(والله المستعان),

 Mendoakan sheikh pada setiap bacaan Alquran, insyaallah.

Friday, November 8, 2019

40 perkara penting dalam hidup saya

بسم الله الرحمن الرحيم

Entri ini ditulis pada 31/5/2019

Nota ini adalah dari buku nota Abdullah.

Nota ini ditulis ketika program di sekolah.

Ustaz minta tulis beberapa perkara.

Yang pertama tentang 40 perkara yang penting dalam hidup seseorang itu.

Inilah jawapan yang ditulis oleh Abdullah:




Alhamdulillah, segala puji bagi Allah Subhanahu wata'ala.

Moga anak-anak kita terdidik dan membesar menjadi insan yang hebat di sisi Allah, menjadi ikutan bagi mereka yang bertaqwa.




Yang kedua ialah amalan yang seseorang akan lakukan jika baki hidupnya hanya tinggal 7 hari sahaja.

Dan yang terakhir sekali ialah jika baki hidupnya hanya tinggal 24 jam sahaja. Apa yang Abdullah akan lakukan?

Inilah jawapan yang diberikan oleh Abdullah:


Moga Allah hidup dan matikan kita sebagai orang yang bertaqwa.


Ini juga yang saya kongsikan dalam status Whatsapp peribadi saya.


Amin.

Monday, November 4, 2019

Rindunya Ahmad Zaid nak pergi PASTI

بسم الله الرحمن الرحيم

Entri ini ditulis pada 30/5/2019.



Seperti ketika kebiasaannya, bila cuti panjang, Ahmad Zaid akan rindu untuk pergi ke PASTI.

Begitulah juga dengan cuti kali ini. Cuti raya dan penggal persekolahan pertama yang lebih dari dua minggu.

Baru 3 hari cuti pun, Ahmad Zaid dah ajak pergi PASTI.

Bila bermain di rumah, habis semua nama kawan-kawannya disebut.

Kalau nasyid-nasyid PASTI tu tak payah cakap, setiap hari berulang kali Ahmad nasyid. Ustaz Fakhrullah yang ambil Ahmad dari PASTI kata:
"Macam radio dah, tak payah pasang radio bila naik kereta."

"Jangan tolak-tolak kawan." Ahmad Zaid melakonkan watak cikgu PASTI memberi pesan kepada para pelajar yang sedang beratur.

"Ustaz Fakhrullah mai dah, boleh balik." Melakonkan pula adegan pulang dari PASTI.


Semoga Allah sentiasa suburkan perasaan cintakan ilmu dalam diri kita dan anak-anak.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...