Monday, February 26, 2018

Kemahiran Ahmad Zaid di usia 2 tahun

بسم الله الرحمن الرحيم


** Entri ini hanya untuk merekodkan perkembangan Ahmad Zaid dan merakam memori.


Alhamdulillah, pada 20.11.2017 Ahmad Zaid telah berusia 2 tahun.

Tiada sambutan hari jadi yang kami buat kerana ia bukanlah dari budaya dalam keluarga kami. Namun adakalanya anak-anak teringin nak berseronok dan makan kek dengan sepupu-sepupu mereka, kami akan layankan kehendak mereka itu sekadarnya.

Abdullah nak beli kek ketika harijadinya pada 5/11.
Kami tulis terus nama Ahmad Zaid walaupun harijadi
Ahmad Zaid pada 20/11.

Sebiji kek kecil yang sedap.



Antara perkembangan Ahmad Zaid ketika berusia 2 tahun ini ialah:

1- MINAT BERMAIN LEGO

Saya masih ingat lagi, beberapa bulan yang lalu, Ahmad Zaid tidak pandai lagi untuk bermain Lego.

Apabila diberikan Lego, dia akan balingkannya dengan perasaan tidak tertarik kepada Lego tersebut.

Namun dalam beberapa minggu sebelum Ahmad Zaid berusia 2 tahun, dia sudah pandai mencantumkan dan membuka Lego menggunakan kekuatan tangannya.

Mahir menyusun dan boleh menghabiskan masa berjam-jam bermain Lego.



2- KEMAHIRAN MENGAYUH BASIKAL 3 RODA

Ini juga kemahiran yang diperolehi beberapa minggu sebelum Ahmad Zaid berusia dua minggu.

Biasanya sebelum ini dia hanya akan menolak basikal menggunakan kakinya.

Namun, kini dia sudah boleh mengayuh basikal 3 roda.




3- KEMAHIRAN BERTANYA DAN BERCAKAP

Ahmad Zaid juga sekarang sudah banyak bertanya, pandai mengeluarkan arahan dan permintaan dan rajin bertanya.

Soalan yang sama berulang-ulang kali setiap hari.

Begitulah kanak-kanak yang suka mengulang-ulang.

Seperti di dalam video ini, Ahmad Zaid bertanya berulang-ulang kali tentang orang lain.



Dia bertanya di mana wan, tok, adik abang, Uwais, Kak dan lain-lain.

"Wan?"

" Wan fi Kelantan." (Dalam Bahasa Arab, maksudnya: Wan di Kelantan.)

"Tok?"
" Tok fi Kelantan." (Dalam Bahasa Arab, maksudnya: Tok di Kelantan.)

Setiap pagi jika banguun dari tidur, Ahmad Zaid akan mencari abang-abangnya dan bertanya jika dia tidak menjumpai abang-abangnya di dalam bilik?

"Abang?"

"Adik?"

 Ahmad Zaid memanggil Abang Abdullah sebagai 'adik' kerana sebelum kelahiran Ahmad Zaid kami semua memanggil Abdullah dengan gelaran 'adik'

Kami akan membetulkan kepada Ahmad Zaid:

"Bukan Adik, Abang Abdullah."
Namun seringkali juga Ahmad Zaid memanggil adik juga.


4- KEMAHIRAN BELAJAR DAN MENGULANG SEMULA

Ahmad Zaid mudah belajar selepas bangun dari tidur.

Dia akan mudah mengulang apa yang kita ajar.

Begitu juga melalui video-video pembelajaran yang lain.

Seperti Video Al-Quran Vocabulary di dalam video di bawah ini:




Ahmad Zaid mengulang semula perkataan yang disebut di dalam video tersebut.

Semoga ALLAH memberkati kita semua dan menjadikan kita ikutan bagi orang-orang yang bertaqwa.

Amin.

Friday, February 23, 2018

Percutian ke Morak Villa Resort, Tumpat dan Pengkalan Kubor, Kelantan

بسم الله الرحمن الرحيم

Ini adalah percutian kami pada penghujung bulan 11/2017 yang lalu.

Kami hanya berada di sini untuk sehari sahaja. Keluarga-keluarga yang lain sehingga 3 hari.

Ia bukanlah sekadar percutian, namun untuk memenuhi jemputan untuk mengadakan kuliah di masjid-masjid sekitar kelantan.

Kami menyewa di Morak Villa Resort di Tumpat di Kelantan.

Rumah yang mempunyai 5 bilik.

Setiap bilik ada bilik air, kipas, air cond, peti ais, almari dan peralatan hotel yang standard.

Susah untuk cari homestay yang setiap bilik ada bilik air, tak perlu berkongsi bilik air.

Namun dapur tidak dibenarkan untuk digunakan oleh penginap rumah tersebut. Hanya untuk penjaga villa dan staf sahaja.

Sarapan juga disediakan dan dibeli oleh penjaga rumah.

Sebarang masalah boleh dirujuk kepada penjaga villa tersebut.

Butiran tentang Villa dan reviu lain tentang villa ini boleh dilihat di sini:


Ruang tamu di villa

Terdapat kolam renang kecil di luar rumah bertentangan dengan ruang tamu.

Anak-anak cukup seronok dapat bermain bersama sepupu-sepupu mereka.


Sarapan pagi termasuk nasi berlauk dihidangkan di ruang tamu

Secara keseluruhan, villa ini OK sahaja, cuma beberapa barang perlu diselenggarakan dengan lebih baik seperti air cond yang rosak dan air menitik dari air cond, tekanan air yang rendah di dalam bilik air. Bilik air yang kotor dan berdaki.

Parking kereta juga di luar kawasan rumah, di luar gate yang tertutup. Agak merunsingkan juga.


Berikut adalah komen yang dicatatkan dalam Agoda.com:

"1- Rumah mempunyai 5 bilik. Setiap bilik ada bilik air, kipas, air cond, peti ais, almari dan peralatan hotel yang biasa. Susah untuk cari homestay yang setiap bilik ada bilik air, tak perlu berkongsi bilik air.

2- Sarapan juga disediakan.

3- Sebarang masalah boleh dirujuk kepada penjaga villa tersebut. Layanan yang baik.

4- Swimming pool yang menyeronokkan  dan mudah dipantau.

5- Kawasan luar rumah yang baik.

6- Penjaga rumah dan tuan rumah yang jujur dan menjawab semua soalan. Call kami untuk pulangkan HP yang tertinggal ketika check out.

7- Dapur tidak dibenarkan untuk digunakan oleh penginap rumah tersebut. Hanya untuk penjaga villa dan staf sahaja.

8- Beberapa barang perlu diselenggarakan dengan lebih baik seperti air cond yang rosak dan air menitik dari air cond, tekanan air yang rendah di dalam bilik air. Bilik air yang kotor dan berdaki. Setelah diberitahu, mereka bersihkan

9- Parking kereta juga di luar kawasan rumah, di luar gate yang tertutup. Agak merunsingkan."

Satu-satu tempat yang sempat kami lawati ialah Pengkalan Kubor.

Inilah kali pertama kami datang ke sini.

Tempatnya agak menarik juga.

Selain membeli belah, ia juga terdapat tempat-tempat yang cantik untuk bergambar di sana.

Lukisan dinding yang menarik di sana.

Ais krim










Membeli Akok dalam perjalanan pulang.

Kami keluar dari Pengkalan Kubor jam 11.00 pagi dan sampai di
rumah jam 4.00 petang.

Alhamdulillah





Antara kuliah-kuliah yang diadakan di masjid-masjid sekitar Kelantan.








Alhamdulillah percutian yang mengeratkan hubungan kekeluargaan di samping majlis ilmu yang diadakan.

Wednesday, February 21, 2018

Info Buku: 25 Nota Kembara Syria

بسم الله الرحمن الرحيم


Buku kali ini tertumpu kepada pengalaman penulis di Syria bermula tahun 2002. Sama tahun dengan kami di sana. Penulis buku ini juga merupakan rakan sekelas baba sejak dari kecil. Jadi makin membara keinginan untuk mendapatkan buku ini.


Apabila ternampak iklan tentang buku tentang Syria, pasti ingin membeli.

Yelah, tempat jatuh lagikan dikenang, inikan pula tempat kita menuntut ilmu, mengenal hati budi penduduk di sana.

Antara buku tentang Syria yang pernah dibeli:







Ingin sekali mengimbau kembali kenangan lama yang hampir 12 tahun ditinggalkan.

Sungguh kenangan itu makin lama semakin kabur dari ingatan.


Kelebihan buku 25 Nota Kembara Syria ini berbanding buku yang lain ialah penulis dapat menceritakan dengan lebih terperinci keadaan dan suasana di sana. Pengamatan seorang penulis adakala berbeza dari penulis yang lain.




Hinggakan pembaca yang ada pengalaman di Syria pasti akan mengiyakan pendapat penulis padahal tidak disedari sebelum ini.

Sebagai contoh nukilan penulis tentang suasana pembelajaran di Syria yang serba kekurangan dari segi prasarana namun punya kelebihan dari sudut semangat para Sheikh yang mengajar dan keikhlasan serta kesungguhan mereka mendidik.

Kisah tentang tempat pengajian di Syria

Buku ini juga tidak sekadar berkongsikan pengalaman penulis sahaja, terdapat banyak nilai ilmu yang boleh diperolehi dari buku ini.

Terdapat banyak nilai ilmu boleh diperolehi dalam buku ini

Ada juga info baru yang diketahui dalam buku ini yang tidak
perasan tentangnya ketika di Syria dulu

Banyak juga pengalaman penulis yang berbeza dengan kami. Lumrah kehidupan. Masing-masing punya jalan cerita hidup yang berlainan.


Membaca buku ini juga mengingatkan kembali kenangan indah, sifat-sifat mulia penduduk di Syria. Yang indah-indah naklah diingat semula..yang buruk-buruk biarlah kita jadikan pengajaran.

Membaca bab makan cukup untuk membuatkan tersenyum sendiri membayangkan kelazatan makanan di sana dulu

Membaca cerita tentang halib mauz, bagai terasa keenakan dan kemanisan halib mauz,
 terus ke dapur untuk membuat
Halib Mauz...

Segelas besar halib mauz dinikmati sesi keluarga

Apabila membaca tentang para Sheikh di Syria, sayu pula mengenangkan ada antara mereka yang telah pergi. Manfaat dari mereka masih mengalir melalui kitab-kitab karangan mereka

Cerita tentang kisah sheikh terkemuka Syria yang telah pergi

Kisah umrah bersama baba dan rombongon Sheikh Mahir Al Munajjid juga diceritakan dalam buku ini



Penulis juga berlaku adil dalam penulisannya dengan membawakan sudut positif juga negatif tentang Syria dan penduduknya. Yang positif kita teladani, yang negatif kita ambil pengajaran dan hindarinya.

Anak-anak juga turut seronok membaca buku ini bila tahu sedikit sebanyak ada kaitan dengan keluarga kami. Banyak soalan yang mereka ajukan untuk tahu lebih lanjut.

Teruja benar Abdullah bila baca kisah baba dan rombongan umrah.


Kisah kemuliaan sikap masyarakat di Syria

Kisah pelik yang boleh dijadikan pengajaran

Boleh hubungi penulis untuk dapatkan buku ini

Tuesday, February 20, 2018

Berubah dan terbalik

بسم الله الرحمن الرحيم


Lebih 30 tahun menempuhi hidup, pelbagai pelajaran hidup dan ibrah yang dikutip.

Antara yang sering bermain di minda, lebih-lebih lagi sejak kebelakangan ini ialah:

JANGAN MEMANDANG RENDAH KEPADA ORANG LAIN. MANUSIA ITU BERUBAH. MUNGKIN SUATU HARI NANTI, DIA AKAN LEBIH MULIA DAN LEBIH HEBAT DARI ORANG YANG MEMANDANG HINA KEPADANYA PADA MASA LAMPAU.




Ya! 

Manusia boleh berubah.

Berapa banyak kejadian yang dilihat, orang yang pada masa dahulu lemah, tidak cerdik, gemuk, miskin, tapi ia menjadi berbeza selepas beberapa tahun.

Dia lebih cerdik dari orang yang melihatnya bodoh suatu ketika dulu.

Dia lebih kaya dari orang yang melihatnya miskin suatu ketika dulu.

Dia lebih cantik dari orang yang melihatnya hodoh suatu ketika dulu.

Manusia berubah!

Mungkin satu ketika, kita melihat seseorang itu sangat liar, melakukan maksiat hingga kita katakan:
"Dia ni ahli neraka ni."

Tetapi berapa ramai yang boleh berubah dan menjadi lebih baik dan lebih soleh dari diri orang yang berkata macam-macam.

Berulang kali teringat nasihat mak masa kecil dahulu.
"Jangan dok kata macam-macam kat orang, takut satu hari nanti, kita pulak yang jadi macam orang yang kita kata tu."

Moga ALLAH tetapkan kita di jalan yang benar.

Allah tetapkanlah hidayahnya kepada kita.

Amin

Saturday, February 17, 2018

Info Buku: Buku-buku 'letak jawatan' : Suri Hati Mr.Husband dan 99 Stress Free Daddy

بسم الله الرحمن الرحيم

***Mohon maaf banyak-banyak kerana gambar dalam entri kali ini yang tunggang terbalik. Saya dah edit 2 kali, tapi bila upload dalam blog, dia masih lagi tunggang terbalik lagi. Jangan stress ya!

Buku-buku ini saya pernah lihat sebelum ini namun tidak dibeli kecuali selepas mendapat pengaruh dari review buku dari blog dan Facebook.


Itulah pentingnya review buku. Boleh menyebarkan kebaikan dan mempengaruhi peminat buku untuk membacanya.

Review buku ٍSuri Hati Mr.Husband sangat menarik minat saya untuk membelinya selepas saya baca di blog ini:


Review buku 99 Stress Free Daddy pula viral selepas penulisnya meninggal akibat sakit.





Persamaan kedua pada buku-buku ini adalah penulisnya berhenti kerja di pejabat, lari dari stress dan keserabutan kesesakan lalu lintas dan berkerja di rumah (satu lagi menjadi suri rumah) atas sebab-sebab peribadi yang istimewa dan menyebabkan mereka boleh menerbitkan buku sekitar itu.

Dari buku 99 Stress Free Daddy

Dari Buku Suri Hati Mr.Husband
Persamaan ketiga bagi kedua buku ini pula ialah terbitan Must Read Sdn.Bhd yang semakin rancak menerbitkan buku-buku yang menarik kini.


Persamaan keempat ialah kedua-dua buku ini mempunyai ilustrasi kartun yang menarik dan kelakar (terutamanya buku 99 Stress Free Daddy)
Dari buku 99 Stress Free Daddy

Dari buku 99 Stress Free Daddy

Inilah antara keistimewaan kedua buku ini. Mereka merakamkan kenangan indah membesarkan anak-anak di dalam buku ini.

Lebih indah lagi buku Suri Hati Mr.Husband (Walaupun tajuknya hampir sama dengan tajuk novel dan drama, tapi ini bukan buku novel, ini buku travelog kisah benar penulis.) menceritakan antara sebab utamanya berhenti kerja adalah untuk mendidik anak-anak dengan Al-Quran dan menghafal Al-Quran walaupun sudah di usia 30an. MasyaALLAH.



Buku ini juga sarat dengan pelbagai tip dan info berguna.


Dari Buku Suri Hati Mr.Husband





Dari Buku Suri Hati Mr.Husband

Dari Buku Suri Hati Mr.Husband



Ditambah lagi dengan kisah-kisah mendidik anak-anak mentadabbur Al-Quran yang boleh dijadikan contoh.

Dari Buku Suri Hati Mr.Husband

Penulis juga merupakan adik kepada penulis best seller yang terkenal: Prof. Kamil Ibrahim.

Selamat membaca.



Wednesday, February 14, 2018

Info Buku: The Real Abang Long Fadhil. Pahit Sekarang Manis Kemudian

بسم الله الرحمن الرحيم

* semua gambar di bawah di screen shot dari ebook The Real Abang Long Fadhil. Pahit Sekarang Manis Kemudian*

Antara perkara yang menarik dalam membaca juga adalah bila kita dapat pedoman dan pengajaran dari hidup orang lain.

Itulah antara sebab saya membeli ebook ini.




Isi kandungan buku






Dengan harapan ada pengajaran yang saya boleh dapat dari kisah penghijrahan ini.

Beberapa konklusi dari buku ini ialah:

1- Hebatnya doa ibu



2- Pentingnya jemaah, sahabat yang baik dan persekitaran yang baik.

3- Pentingnya solat






Sampel beberapa helaian buku boleh dibaca DI SINI

Semoga ada pengajaran yang boleh diambil dari buku ini.

Sunday, February 11, 2018

Info buku: Diet-Licios

بسم الله الرحمن الرحيم


Makan.

Perbuatan yang kita lakukan setiap hari.

Janganlah kerana makan kita dapat penyakit.

Dan janganlah kerana makan juga kita masuk ke neraka. Moga dijauhkan.

Buku kali ini ialah tentang pekerjaan yang berkait rapat dengan makan.

Bukan chef.

Bukan Penjual makanan.

.
.
.
.
.
.
.

Inilah bukunya.


Tentang  kehidupan dietitian.

Selepas membeli buku terbitan Syarikat Kata Pilar, saya makin tertarik dengan buku-buku terbitan syarikat ini yang kebanyakannya berlatar belakangkan tentang kedoktoran, ilmu-ilmu pemakanan dan juga tarbiah samada secara santai atau secara langsung.

Seperti buku Cakar Ayam Seorang Doktor yang pernah dibuat review tentangnya di sini:


kartun-kartun comel dalam buku ini

Terdapat juga info permakanan

Pelbagai cerita yang menginsafkan

Janganlah pemakanan harian kita memudaratkan kita dan membinasakan tubuh badan yang ALLAH amanahkan.


Kanak-kanak juga ramai yang mendapat sakit akibat makan.



Alhamdulillah.. buku yang menarik, penuh info untuk kehidupan harian kita.

Jika ada yang kita tidak setuju dengan info dalam buku ini, atau bercanggahan dengan info kita selama ini, ia adalah lumrah. Setiap buku boleh dihujjah kembali kecuali Al-Quran.

Selamat menambah ilmu.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...