Saturday, December 31, 2016

Azam, harapan dan doa 2017 ?!

بسم الله الرحمن الرحيم

Tahun bersilih ganti lagi.

Esok bermulalah tahun baru Masihi 2017.

Hakikatnya, tamatnya setiap hari, setiap masa yang berlalu, sentiasa berdoa agar ia berlalu dengan barakah dan rahmat ALLAH.

Ya ALLAH jadikanlah setiap masa yang berlalu itu dalam ibadah dan redhoMu.

Janganlah Engkau jadikan ia masa sia-sia sahaja tanpa sebarang manfaat di dunia dan akhirat.


Hakikatnya juga setiap hari ada sahaja azam untuk menyelesaikan kerja dan menghasilkan perkara yang bermanfaat buat diri sendiri, keluarga dan masyarakat.

Tahun yang berubah sebagai memperbaharui situasi kerja, buka buku kerja baru dan penanda aras tahap kerja kita saban tahun.

Adakah kerja kita tahun lepas baik?

Adakah tahun lepas banyak kejayaan dan manfaat yang diperolehi.?

Lebih seronok lagi bila boleh throwback apa yang berlaku dalam setahun melalui tulisan dalam blog dan juga gambar-gambar lalu.

Hakikatnya terlalu banyak anugerah dan nikmat yang Allah kurniakan dalam setahun yang berlalu

Begitu juga apabila merenung gambar 10 tahun yang lalu. Terlalu banyak perubahan dan kemajuan yang berlaku dalam diri dan keluarga dalam tempoh 10 tahun.

MasyaALLAH.


Melihat folder buku yang nak dicetak  pada penutup tahun 2016 dengan penuh KEAZAMAN DAN DOA.

Ya ALLAH jadikanlah tahun 2017 untuk kami dapat terbitkan LEBIH BANYAK LAGI BUKU-BUKU yang boleh memberi manfaat kepada masyarakat... Aminn

Allah....

Folder-folder ini menyimpan banyak catatan awal dan idea-idea
buku yang ingin dicetak

Inilah sebahagian cita-cita yang didoakan setiap hari.

Allah permudahkanlah urusan menerbitkan buku-buku yang berfaedah untuk masyarakat.

Amin...


Saban hari rasa teringin sangat untuk bangun malam, solat tahajud kemudian mengadap laptop untuk terus menulis, menulis dan menulis... 

Allah bantulah diri ini untuk memanfaatkan masa dengan penuh maksimum. Amin Ya Rabb

Inilah yang selalu dibaca dan disarankan oleh ramai penulis terkenal termasuklah Bonda Nor. Banyak tips-tips menjadi penulis yang baik saya cuba dapatkan dari Facebook penulis-penulis sepenuh masa,


Kini masa menulis buku dan tesis dapat digunakan pada siang hari ketika Ahmad Zaid tidur di dalam buaian. 

Tangan kanak menaip dan tangan kiri menghayun Ahmad Zaid dalam buaian. Itupun setelah selesai mengemas rumah dan mengurus hal anak-anak.

Jika matanya bulat seperti ini, tidak mahu tidur, tidak mahu main, maka kerja-kerja menulis, mengadap laptop dihentikan. Melayan anak-anak itu lebih utama.

Alahai....Berapa sangatlah masa yang berbaki yang boleh digunakan untuk menulis?

Allah....

Sikit-sikit tulis, lama jadilah sebuah buku.

Semuanya dengan bantuan Allah....

Alhamdulillah...

Cover photo Facebook peribadi dipilih gambar ini dengan harapan dan doa sentiasa
agar lebih banyak lagi buku yang dapat diterbitkan..

Aminn...

Jika Ahmad Zaid seronok bermain dengan abang-abangnya juga, bolehlah dicuri-curi masa untuk menulis sedikit.

Hasil bermain dengan abang-abang 

Itulah sedikit sebanyak azam dan harapan untuk tahun 2017 di samping tesis PhD yang ingin diselesai dan juga berbakti kepada anak-anak di Maahad Al Iman Li Ulumil Quran.


Doa saya juga Allah berikanlah lebih rezeki kecemerlangan dan kejayaan kepada anak-anak dalam bidang Al-Quran dan ilmu. 
Amin Ya Rabb.



Permudahkanlah Ya Rabb!

OPTIMISLAH!

MARILAH BERSAMA-SAMA KAMI

Thursday, December 29, 2016

Info Buku: Buku Syria: Talaqqi, Demi Ilmu Aku Mengembara

بسم الله الرحمن الرحيم


Masa zaman kanak-kanak, saya selalu dengar mak bercerita tentang kerinduan mak terhadap tempat mak belajar di England dulu. 

Pelik kenapa begitu rindu sekali kepada tempat belajar dulu?

Kini, apabila telah meningkat dewasa,saya pula menjadi seperti mak, sering bercerita kepada anak-anak tentang Syria, tempat kami belajar dulu dan tanah kelahiran Abdul Rahman.

Terkenang-kenang pelbagai memori di Syria dulu.

Apabila tahu terbitnya buku  travelog pelajar Malaysia di Syria : TALAQQI, DEMI ILMU AKU MENGEMBARA hasil karya Anwar Majdi, rasa teringin sangat nak baca. 

Teringin nak tahu pandangan dan cerita orang yang pernah belajar di sana bertahun-tahun.


Membaca buku ini juga membuat teringat-ingat kenangan kami berjalan kaki malam-malam, menuntut ilmu, bertalaqqi di jamik-jamik di Syria. Seperti yang pernah ditulis di entri di bawah ini:



Istimewa lagi buku ini adalah kerana terdapat banyak gambar yang boleh memberi gambaran tentang syria.


Buku ini juga menceritakan pengalaman sebenar, susah payah, pahit manis kehidupan para pelajar Malaysia di Syria. 

Pengalaman-pengalaman yang belum ditulis dan diceritakan oleh orang lain.

Pelbagai memori yang telah terlupa setelah lebih 10 tahun meninggalkan  Syria diimbau kembali. MasyaALLAH.

Abdullah dan Abdul Rahman pun sama-sama turut berebut nak baca dan tengok gambar di dalam buku ini sebelum sempat lagi kami baca buku ini.

"Biarlah abang yang tengok dulu, ini kan cerita pasal negara abang lahir." Abdul Rahman mengemukakan alasan kenapa dia perlu menang dan membelek buku itu dahulu.

"Biarlah depa berebut nak baca buku tu. Nanti InsyaALLAH satu masa nanti bila Syria dah aman, depa pulak pi mengaji di Syria nanti." Baba menenagkan keadaan.

MasyaALLAH Syria memang sumber ilmu Islam yang sangat kaya dan perlu diambil sebanyaknya, terlalu ramai ulamak yang tinggi ilmunya, kaya akhlaknya, tawadhuknya dan murah hati. MasyaALLAH, itulah yang membuatkan ramai merindukan Syria.

Moga Syria kembali aman dan memberi banyak manfaat ilmu Islam kepada kita. 


Amin Ya Rabb.

Terlalu kasihan dengan nasib rakyat Syria sekarang ini.

Semoga semuanya kembali tenang.

Wednesday, December 28, 2016

Bacaaan AlQuran Muhammad Abdul Rahman (10 Tahun) di Ujian Saringan Tijan Annour 6

بسم الله الرحمن الرحيم


Alhamdulillah Abang Abbudey bersemangat dan bersungguh memperbaiki bacaan AlQuran ini.

Yang penting dia suka dan dengan penuh bersemangat untuk menyertai ujian saringan ini.

Moga ALLAH berkati.

Amin Ya Rabb

Monday, December 26, 2016

Menyertai ujian saringan program Tijan Annour 6

بسم الله الرحمن الرحيم

"Satu hari nanti abang dan adik akan masuk program Tijan AnNour ini dan menang, InsyaALLAH." Mama menyatakan hasrat beberapa kali ketika menonton rancangan TV Tijan Annour di TV Al-Hijrah .

Rancangan yang menampilkan anak-anak kecil yang membaca Al-Quran dan dihakimi oleh para sheikh yang muktabar di dunia Islam.

Saya lakukan seperti mana yang abah lakukan ketika kami kanak-kanak dahulu ketika kami menonton rancangan Musabaqah Hafazan Al-Quran di TV1. dan kata-kata abah itu diperkenankan ALLAH. Moga kata-kata saya juga diperkenankan Allah.

Amiin Ya Rabb


Kisah tersebut ada saya ceritakan dalam buku Aku Mahu Anakku Super Al-Quran
Boleh dapatkan di sini:
http://galeriilmu.com/v4/index.php?route=product/product&product_id=732&search=super


Iklan tentang temuduga ujian saringan Tijan Annour di Hotel Perdana, Kota Bharu, Kelantan bagai melambai-lambai untuk disertai.


Ia adalah satu peluang keemasan yang tak patut dipersiakan.

Ia adalah mimpi yang mahu direalisasikan.

"Abang dengan adik nak masuk tak?"
Pandangan dan suara mereka kami dahulukan.

MasyaALLAH mereka begitu teruja dan bersungguh-sungguh berlatih setiap hari.

Alhamdulillah. Allah campakkan rasa suka dalam hati mereka.

Kami hadir awal pagi


Alhamdulillah Abdul Rahman membaca tanpa rasa kekok dan takut

Barisan juri yang hebat MasyaALLAH




Bagi kami peluang seperti ini adalah peluang keemasan yang perlu direbut. 

Niat kami agar anak-anak mendapat lebih banyak ilmu, memperbaiki diri sendiri dan tahu bahawa ilmu Al-Quran itu luas dan tidak cukup sekadar menghafaznya sahaja.

Selain dari itu, ia juga bertujuan mengasah keberanian anak-anak berada di khalayak ramai.





Moga ada keberkatannya

Semoga anak-anak dapat lebih mengasah bakat dalam diri mereka, lebih terbuka minda mereka, bertambah pengalaman dengan menyertai program seperti ini.

Abdullah mendapat giliran ke6. Tepat selepas abangnya

InsyaALLAH pada entri akan datang saya akan kongsikan video bacaan Abdullah dan Abdul Rahman dalam ujian saringan ini.



Moga ALLAH berkati dan jadikan kami golongan yang bertaqwa. Amin

"Kejayaan sebenar itu adalah ketika kita masuk syurga."
Saya berkongsi kata-kata yang baru saya baca dalam facebook kepada anak-anak.

Friday, December 23, 2016

Berjuang untuk berkomunikasi ?!

بسم الله الرحمن الرحيم

Menjadi seorang yang introvert ada penatnya!

1- Bukan mudah untuk berkomunikasi dengan orang yang baru kenal atau dengan orang yang lama kenal tetapi sudah lama tidak bersua. 

Lebih kelihatan sombong walaupun tidak terdetik di hati pun untuk menyombong.

Hakikatnya otak menjadi kosong dan tidak ada idea untuk bersembang.

Blank!



Fuh!

Ia satu situasi yang perlu kepada berjuang.

Seringkali berhadapan dengan situasi ini.

Apabila berjumpa dengan kenalan lama atau pelajar yang pernah diajar di sekolah lama yang bertegur sapa. Hanya mampu bertanya satu soalan dan pergi.


Aduh!


"Kenapa buat macam tu? Tak baiklah sombong dengan anak murid." 

Aduh!

Bukan menyombong. 

Tapi sungguh otak kosong!

 Tak ada point untuk bercakap!


Kecuali dengan kenalan lama yang sudah kenal lama. Pasti tak berhenti bercakap dan bergelak.




Hasil tulisan yang 'ramah' juga tidak menjaminkan identiti seorang itu ada peramah. 

Maafkan saya jika saya kelihatan sombong berbanding hasil tulisan yang ramah tamah di dalam blog ini.



.


2- Berjuang untuk memberi ucapan di khalayak ramai


Saya tidak pasti adakah saya seorang jurucakap yang baik di khalayak ramai ataupun tidak?

Yang pasti, rasa amat kekok sekali apabila bercakap di khalayak ramai. 

Ia adalah perasaan yang disembunyikan dengan harapan audiens kita tidak perasan ketakutan dan rasa kekok itu.

Perasaan tersebut hanya akan dikongsi dengan orang yang terdekat sahaja.


Selesai memberi ucapan, pasti akan rasa 'poyo giler' pembentangan dan ucapan tadi...huhuhu, walaupun untuk pembentangan tesis phD di hadapan para pensyarah.

Dan ia juga perlu kepada perjuangan yang kuat. 

Memaksa diri untuk terus berdiri di khalayak ramai untuk bercakap walaupun diakhiri dengan rasa 'poyo'.



Tapi jangan takut untuk menyapa saya. InsyaALLAH saya tidak sombong, cuma kurang ramah dan tiada idea untuk bersembang.


Semoga semuanya baik-baik sahaja.
Amin

Yang penting gunakanlah kelebihan diri masing-masing untuk memberi manfaat kepada orang lain samada anda adalah seorang introvert ataupun extrovert.

Peace.......

Monday, December 19, 2016

Kisah Periuk Nasi Elektrik

بسم الله الرحمن الرحيم

Perasaan, reaksi dan persepsi manusia adalah berbeza-beza terhadap sesuatu perkara.

Ada orang yang perasaannya biasa-biasa sahaja terhadap sesuatu perkara itu, dan ada juga orang yang sangat tersentuh tentang perkara tersebut.

Ibarat kata pepatah:
RAMBUT SAMA HITAM, HATI LAIN-LAIN. 
(bukan isu ada orang yang rambut berwarna perang pula ya.)


Entri kali ini adalah tentang hadiah perpisahan pemberian rakan-rakan sekerja di SRITM pada penghujung bulan lalu.

Inilah hadiahnya.
Hadiahnya adalah periuk nasi elektrik

Sangat menghargai hadiah ini.

Bukan kerana harganya atau nilainya.

Tetapi kerana ia adalah simbol kepada keprihatinan mereka kepada diri ini.

Pada saya, hadiah ini menunjukkan mereka faham dan perasan dengan sifat minimalis saya yang tidak gemarkan menyimpan barang banyak-banyak dan sangat sukakan hadiah yang boleh dimanfaatkan sepenuhnya dan juga mereka prihatin dengan periuk nasi lama (yang sudah buruk dibawa keluar masuk hutan dan dah rosak pun) yang dibawa ketika acara potluck sesama guru. Hahaha..

Banyak yang saya pelajari dari mereka semua

kenangan hari terakhir bertugas

Begitulah kisah periuk nasi elektik yang penuh simbolik dan sangat  saya hargai.


Hidup ini penuh dengan pelajaran dan kenangan yang indah.

Moga kita sentiasa dalam keberkatan dan rahmat Ilahi

Saturday, December 17, 2016

Info Buku: 28 hari di NICU

بسم الله الرحمن الرحيم

Saya tamat baca buku ini dengan air mata yang mengalir. 

Rasa sayu.

Dipeluk dan dikucup Zaid yang sedang tidur.

Kisah yang amat menyayat hati.

Kisah penuh pengorbanan

Membaca tajuk di kulit buku ini sahaja sudah memberi pandangan awal bahawa buku ini sarat dengan cerita pengorbanan dan air mata.


Tapi hati rasa amat tertarik untuk membaca buku ini sehingga tamat.

Serius permulaan buku ini amat menarik.

Ia ibarat permulaan yang penuh misteri dan tanda tanya yang anda akan temui jawapannya apabila anda tamat membaca buku ini.


Ini adalah kisah benar pengorbanan ibu bapa dan keluarga apabila bayi yang dilahirkan disahkan menghadap Sindrom Edward.

Perjalanan hidup mereka bersama bayi yang amat rapuh ini ditulis dengan amat baik sekali di dalam buku ini.

Saat sedih dirasakan begitu sedih sekali.

Saat gembira apabila mereka dapat melihat senyuman indah anak ini.


Istimewa lagi buku ini kerana ia berwarna sepenuhnya dan terdapat banyak gambar yang dapat menambah info dan menjelaskan gambaran sebenar perjalanan cerita di dalam buku ini.

Buku ini menyuburkan rasa syukur, tawakkal dan usaha dalam hati pembaca.

Pengalaman penulis yang berharga yang dikongsi dan ditulis dengan sebaiknya.

Allah berkati kita semua.

Amin.



Pasca MAHA2016: Reban Ayam Urban

بسم الله الرحمن الرحيم

Antara perkara yang menarik perhatian di MAHA2016 adalah reban ayam di bawah ini.



Rupanya ada yang menyimpan hasrat untuk membuat reban ayam urban seperti ini.

Maka dengan penuh semangat mereka menyiapkan reban ayam seperti ini dalam masa 2 hari.
hari pertama.

Siap separuh jalan.

Bersambung pada keesokkan harinya pula


Ahmad Zaid juga tak ketinggalan untuk turut serta dalam projek DIY reban ayam ini.

Ilmu kemahiran hidup yang tidak kurang pentingnya untuk dipelajari.


Kalau ada minat itu, memang semua kerja dibuat dengan penuh tekun, teliti dan tanpa jemu.

Kalau dan ada minat, tak perlu kepada motivasi pun mereka boleh sempurnakan sesuatu kerja itu.

Di situlah pentingnya MINAT.

Alhamdulillah siap sudah reban ayam mereka.

Ada juga idea yang diambil dari MAHA2016

Thursday, December 15, 2016

Air Mata Halab, Syria

بسم الله الرحمن الرحيم



Melihat video-video yang dikongsikan dalam laman FB tentang apa yang berlaku di Syria amatlah menusuk hati.

Sangat sedih.

Lebih-lebih lagi apabila yang ada pengalaman peribadi bersama warga Syria beberapa tahun di sana. Lebih terasa sedihnya dan lebih terasa kecewa atas kegagalan kita untuk membantu mereka selain derma dan doa.

Dikongsikan bersama  anak-anak video tersebut agar mereka juga tahu apa yang berlaku di dunia sekarang dan turut bersimpati dan mendoakan untuk ummat Islam seluruh dunia.

"Depa tak boleh nak lari. Depa tak dak tempat nak sembunyi. Rumah depa kena bom. Tak dak tempat yang depa boleh selamatkan diri."

Dua respon yang sangat berbeza selepas menonton video-video tersebut.




Abdul Rahman menekup muka pada bantal dan menangis.

Abdullah pula memberi ayat yang jelas.

“Takpe, depa mati syahid. Masuk Syurga!”

Kebetulan juga sedang menulis tentang tafsir ayat tentang peperangan pada hari tersebut.

“Sebab tu kita kena selalu doa Allah bagi kita keamanan, jangan sekali-kali fikir nak duduk dalam perang. Itulah yang Nabi ajar. Tapi kalau kita ada dalam perang, kita mesti sabar dan doa banyak-banyak. Kita mesti banyak doakan dan derma untuk Orang Syria .”

عَنْ سَالِمٍ أَبِي النَّضْرِ مَوْلَى عُمَرَ بْنِ عُبَيْدِ اللَّهِ وَكَانَ كَاتِبًا لَهُ قَالَ : كَتَبَ إِلَيْهِ عَبْدُ اللَّهِ بْنُ أَبِي أَوْفَى رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُمَا فَقَرَأْتُهُ إِنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فِي بَعْضِ أَيَّامِهِ الَّتِي لَقِيَ فِيهَا انْتَظَرَ حَتَّى مَالَتْ الشَّمْسُ ثُمَّ قَامَ فِي النَّاسِ خَطِيبًا قَالَ:
(( أَيُّهَا النَّاسُ لَا تَتَمَنَّوْا لِقَاءَ الْعَدُوِّ وَسَلُوا اللَّهَ الْعَافِيَةَ فَإِذَا لَقِيتُمُوهُمْ فَاصْبِرُوا وَاعْلَمُوا أَنَّ الْجَنَّةَ تَحْتَ ظِلَالِ السُّيُوفِ ثُمَّ قَالَ اللَّهُمَّ مُنْزِلَ الْكِتَابِ وَمُجْرِيَ السَّحَابِ وَهَازِمَ الْأَحْزَابِ اهْزِمْهُمْ وَانْصُرْنَا عَلَيْهِمْ.))

Maksud hadis:
Salim Abu an-Nadlir, maula (hamba kepada) ‘Umar bin ‘Ubaidillah dan beliau adalah adalah juru tulis baginya meriwayatkan: ‘Abdullah bin Abi Awfaa Radiallahu Anhu menulis surat kepadanya (ketika dia keluar berperang untuk menghadapi kaum Al Haruriyah). Maka aku membacakan surat itu, (di dalamnya berisi keterangan) bahawa Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam pada sebahagian kehidupan baginda, saat bertemu dengan musuh, baginda menunggu hingga matahari tergelincir kemudian baginda berdiri di hadapan manusia lalu bersabda:
(( Wahai sekalian manusia, janganlah kalian mengharapkan berjumpa dengan musuh, akan tetapi mohonlah kepada Allah keselamatan. Dan apabila kalian telah berjumpa dengan musuh maka bersabarlah dan ketahuilah bahawa syurga itu berada di bawah libasan pedang.)) Kemudian baginda berdoa: ( (Ya Allah, Yang Menurunkan Kitab, Yang menggerakkan awan, Yang Menghancurkan tentera musuh, hancurkanlah mereka dan tolonglah kami menghadapi mereka.)) Hadis riwayat: Al-Bukhari


Allah hantarlah tentera-tenteraNya untuk menghancurkan musuh-musuh Islam, bantulah rakyat Syria yang tidak bersalah, angkatlah kesengsaraan mereka dan berilah ganjaran yang berganda kepada mereka.

Tuesday, December 13, 2016

Jalan-jalan: Syoknya PSN Scifest 2016, Gunung Keriang, Alor Setar !

بسم الله الرحمن الرحيم


Musim cuti sekolah ini, banyak tempat yang membuat pelbagai aktiviti untuk kanak-kanak, jika ada rezeki terjumpa iklan aktiviti menarik untuk anak-anak, pasti seronok mereka dapat mengisi masa cuti mereka dengan perkara yang berfaedah.

Ini adalah iklan yang terpapar dalam laman Facebook Pusat Sains Negara Cawangan Utara.


Alhamdulillah kami mempunyai kelapangan masa untuk membawa anak-anak merasai pengalaman baru ke sini.

Ini adalah kali ke-2 kami ke Pusat Sains Negara Cawangan Utara di Gunung Keriang, Alor Setar.

Kali pertama bersama dengan rombongan sekolah SRITM 3 tahun yang lalu.

Ahmad Zaid pun seronok dapat berjalan-jalan cuti sekolah ini


Alhamdulillah terlalu banyak aktiviti yang menarik dan input ilmu yang dapat diperolehi di sini.

Setiap tempat terdapat kakak-kakak atau abang-abang yang mengajar membuat aktiviti SECARA PERCUMA DENGAN BAHAN-BAHAN YANG DISEDIAKAN SECARA PERCUMA JUGA!!!!

SIAPA YANG TAK SUKA BENDA YANG PERCUMA KAN?! LAGI-LAGI PERKARA YANG BANYAK ILMU DAN FAEDAHNYA

Antaranya:
1- Membuat kereta
Belajar membuat kereta dan menggerakkannya menggunakan belon
dan bahan-bahan yang disediakan


Mengambil bola menggunakan tekanan air di dalam picagari 

Bahkan anak-anak juga dapat belajar adab komunikasi bersama orang ramai.

Contohnya:

1- Apabila dapat belajar membuat aktiviti dengan kakak-kakak dan abang-abang, jangan lupa ucapkan TERIMA KASIH

2- Belajar adab sopan meminta izin jika ingin melakukan sebarang aktiviti.

3- Belajar bersabar dan tekun untuk menyiapkan aktiviti.

4- Belajar menunggu giliran.

5- Belajar menggunakan peralatan di sana dengan cermat dan tidak merosakkannya


Real lastik Angry Bird

Cuba untuk masukkan dalam tempat sasaran di hadapan sana

Memahami fungsi roda

Kakak mengajar membuat kipas dan memahami fungsi angin


Siap sudah


MasyaALLAH sebenarnya banyak lagi aktiviti yang dilakukan anak-anak yang tiada dalam gambar termasuk buat kereta menggunakan sepit baju dan macam-macam lagi di samping pameran sains, pelbagai pertandingan untuk pelawat, persembahan sains di pentas dan macam-macam lagi yang menarik.



Ralit melihat kipas yang abang-abang buat di PSNCWU berpusing-pusing

Terlalu banyak sehingga tidak semua dapat dicuba, tak sempat.

Alhamdulillah sehari yang seronok dan penuh ilmiah.

Terima kasih PSNCWU

Dalam kita berseronok, doa juga untuk seluruh ummat Islam yang dalam kesusahan.. Allah permudahkan semua urusan mereka dan mengangkat segala kesedihan dan kesusahan mereka. Amin

Monday, December 12, 2016

Percutian ke Kelantan lagi ! Kali Ke-3 Ke Tok Aman Bali

بسم الله الرحمن الرحيم

Pada penghujung bulan lepas, kami bersama 6 keluarga beramai-ramai konvoi bercuti ke Kelantan.

Percutian ke Kelantan selalu menjadi sasaran kami kerana tempat yang tenang dan damai.

Tempat pertama ialah ke Wan Danisha Villa Inn di Kota Bharu.

Villa yang baru, sangat bersih dan ada kolam renang.

Boleh lihat dan harga dan buat tempahan di sini:


Kolam renang di Villa Wan Danisha



Anak-anak semua seronok dengan aktiviti mereka


Pemandangan sekitar villa



Alhamdulillah Ahmad Zaid sudah tidak takut dengan kolam.

Hari kedua, kami menuju ke Tok Aman Bali yang pernah kami pergi dua tahun lalu dan 4 tahun lalu. Pernah diceritakan di sini:

dan juga di sini:

Percutian di Tok Aman Bali juga selalunya sangat disukai oleh anak-anak kerana terdapat banyak aktiviti menarik untuk anak-anak.

Bagusnya pihak hotel sentiasa menambah baik aktiviti yang boleh didapati di sini.

Antara yang terkini yang tiada pada percutian di Tok Aman Bali sebelum-sebelum ini ialah:

Tandem Bike: Basikal yang perlu dikayuh oleh 2 orang serentak.

Sangat seronoklah anak-anak dapat merasai pengalaman baru mengayuh tandem bike

dan juga walking ball

Ia juga adalah pengalaman baru yang menyeronokkan

percutian yang menyeronokkan

Alhamdulillah terasa seronok sangat atas nikmat yang ALLAH beri.


Alhamdulillah semoga kembali bersemangat untuk melakukan pelbagai kerja kerana ALLAH.

Amin Ya Rabb
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...