Thursday, January 31, 2013

Anak2 belajar menjahit.

بسم الله الرحمن الرحيم

Saya sangat kagum dan suka dengan orang yg mempunyai kemahiran menjahit.

Yelah. Tentu seronok, boleh menjahit baju anak sendiri. =)

Abdul Rahman banyak kali minta saya ajarnya cara menjahit.

Alhamdulillah beberapa hari lepas, ada kesempatan dan peluang untuk mengajar mereka menjahit.

Perhatian! Aktiviti ini memerlukan pemerhatian yang tinggi. Jangan biarkan anak kecil dengan alat2 jahitan sendirian.


Berusaha masukkan benang dalam lubang jarum
Berpeluh2 sebab baru lepas main pondok2 dengan kusyen, selimut dan toto.

Mula belajar asas menjahit.
Jahit kain buruk dulu =P

Toto dan kusyen yang mereka main belum mereka kemas lagi.
Selepas penat menjahit, baru kemas semuanya

masih fokus untuk masukkan benang dalam jarum
Oh, semasa mereka kecil dahulu, ada juga kenalkan mereka dengan asas menjahit melalui aktiviti lacing seperti di sini: (KENANGAN YANG SANGAT INDAH!)

1- http://cinta-rasul.blogspot.com/2010/07/diy-lacing-card.html
2- http://cinta-rasul.blogspot.com/2010/08/sulahfaat.html
3- http://cinta-rasul.blogspot.com/2010/06/mari-mengajar-bahasa-arab.html

Video percubaan Abdullah masukkan benang dalam jarum. =P

Wednesday, January 30, 2013

Apa bakat saya?

بسم الله الرحمن الرحيم


Saya dapat tahu tentang buku ini apabila membaca entri blog di sini:

Terus saya tertarik dan ingin memilikinya
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v


Buku yang akan membuatkan anda terfikir2 apa bakat anda yg boleh anda
gilap dan maksimakan?

Buku ini menceritakan betapa pentingnya bakat

Tidak semua perasan dengan bakat yg mereka ada.. Ada yg bila dah tak boleh diguna lagi baru perasan. contoh, seseorang yg sudah tua baru perasan yg dia berbakat bermain bola. Waktu tu tiada gunanya lagi..

Malahan ada juga orang yg sepanjang hayatnya dia tak perasan bakat yg ada pada dirinya. Ruginya dan takutnya.


contoh2 mereka yang berjaya dengan bakat mereka
Ada juga orang yang mempersia-siakan bakat yang ada pada dirinya.

Bakat akan membuat seseorang itu cemerlang dan terkehadapan

contohya, pemain badminton, Lee chong Wei yang berbakat dalam bermain badminton dan dia menggilap bakatnya dan mendapat nilai dari bakat tersebut.

Dan tiada orang kisah kalau dia tak reti bermain bola sepak.

Kerana itulah bakat itu perlu digilap lebih penting dari memperbaiki kekurangan yang lain .
Tetapi ilmu itu juga adalah penting. Pening tak?
Huraian lanjut boleh baca dari buku ini.

Ilustrasi yg menarik

Buku ini sangat menarik. Membacanya membuatkan saya tertanya2:
1- apakah bakat saya n anak2 yang kami ada?
2- Bagaimana kami ingin gilapnya, maksimakan dan ia memberi nilai?

Mitos kejayaan
sangat menarik

Lagi mitos kejayaan
Selepas membaca buku ini saya berbincang dengan suami apakah bakat yg saya minat dan saya nak fokus,gilap dan maksimakan?

Saya pilih bakat mengajar dan menulis. (Yang saya minat untuk lakukannya)

ALLAH berkati dan perkenankan. Amin. =)

(Oleh kerana terkesan sangat dengan buku ini sampai terbawa2 dalam mimpi mendapat anugerah dari Puan Ainon Mohd.... =P...  semangat sangat nak cungkil bakat.)

Nota: Maklumat tentang harga, sinopsis dan kandungan buku ini boleh didapati di sini:
http://pts.com.my/index.php/buku/apa_bakat_saya

Tuesday, January 29, 2013

Alkisahnya Adik Abdullah dan Udang yang bersalin kulit

بسم الله الرحمن الرحيم

Di suatu petang...

Adik: Mama. Mai tengok ketam baba dah mati.

Mama: (Dalam hati: sejak bilalah rumah ni ada bela ketam?)
Udanglah dik.
(Dia fikir itu ketam sebab saiz udang  dalam aquarium itu agak besar.)

Adik: Udang baba mati dah.

Mama: Dia tak mati lagi, dia salin kulit.

Adik: Salin kulit? Kenapa dia salin kulit?

Mama: Dia salin kulit sebab dia makan banyak, kulit dia tak muat dah.
Dia goyang2, pastu keluarlah kulit lama dia Tengok badan dia berkilat sebab tukar kulit baru.

Adik: Mama, kita boleh salin kulit x?

Mama: Tak. Kita salin baju je....

Adik: Ooooo....

Mama: (Tiba2 terfikir udang bakar. =P )

Inilah yang adik sangkakan ketam yang dah mati.
Sebenarnya ia adalah kulit udang yang dah salin

Sang udang dalam akuarium bergaya  dengan kulit barunya =P

P/s: Alhamdulillah ilmu baru utk anak2 


Monday, January 28, 2013

Bahagianya dengan aura positif (siri 2)


(Entri ini adalah sambungan dari entri di sini)



3- Membaca dan mendengar perkara2 yang menyebarkan aura2 positif


Buku positif yang saya sangat suka ini
InsyaALLAH saya akan tulis tentangnya


Sering membaca buku2 seperti ini membuatkan diri bersemangat dan hilang kemalasan.

jadilah seperti bear yg rajin membaca ini =P


Antara buku2 lain yang buatkan saya bermotivasi adalah seperti di sini dan juga di sini


4) IBADAH


Ibadah juga akan membuatkan diri kita penuh dengan Aura positif

Solat2 fardhu, Solat Tahjjud, Solat Sunat Dhuha, Puasa sunat akan membuatkan diri kita rasa yakin dan penuh dengan aura positif.

Sebagai contoh:
Orang yang sering bertahajjud akan merasa resah gelisah bila dia meninggalkan ibahad tahajjud itu dalam masa beberapa lama.

credit: Google Image
Rasa tak tentu arah.

Rasa tak selesa.

Ini berlaku juga berlaku kepada orang yang biasa tunaikan ibadah2 sunnat yang lain seperti puasa sunat, solat Sunat Dhuha.

Betul tak? Siapa yang pernah alaminya tentu setuju kan?

*** ini adalah antara cara saya mendapat dan mengumpul aura2 positif.
Bagaimana pula dengan anda? Jom kongsi!

credit: Google Image

Sunday, January 27, 2013

Bahagia dengan Aura (semangat) Positif (siri 1)

بسم الله الرحمن الرحيم


Antara nikmat yg ALLAH kurniakan kepada kita ialah bila hati merasakan bersemangat dan penuh dengan aura positif.

Perasaan yang bahagia.

Rasa kaya dengan idea!

Rasa bersemangat!

Ceria!

Seronok!

Moga ALLAH berikan kita semua aura positif yang berpanjangan. Amin!

Antara cara yang membuatkan saya mendapat aura positif ialah:

1- Bila bersahabat dengan orang yang positif

Orang yang positif ialah orang yang kurang merungut, kurang menyebar cerita2 negatif (sungutan, keluhan). Kata2 mereka memberi semangat dan positif.


Hinggakan ayat al-quran juga meminta kita menyebarkan cerita positif . Seperti ayat 11 dari Surah kesukaan Abdullah

 وَأَمَّا بِنِعْمَةِ رَبِّكَ فَحَدِّثْ
  
Maksudnya:

(( Adapun nikmat Tuhanmu, maka hendaklah Engkau sebut-sebutkan hendaklah kamu menyebut-yebutNya (dengan bersyukur) ))


Dan juga Rasulullah SAW juga menggalakkan kita menyebarkan cerita positif dan hindarilah dari berkongsi cerita negatif dari hadis mimpi ini:

 عن أبي سعيد الخدري أنه سمع النبي صلى الله عليه وسلم يقول إذا رأى أحدكم رؤيا يحبها فإنما هي من الله فليحمد الله عليها وليحدث بها وإذا رأى غير ذلك مما يكره فإنما هي من الشيطان فليستعذ من شرها ولا يذكرها لأحد فإنها لا تضره


(( Apabila seseorang darimu melihat mimpi yang menggembirakannya maka hendaklah ia mengucapkan Alhamdulillah dan ceritakannya kepada orang yang lain, dan sebaliknya apabila ia melihat mimpi yang menduka citakannya, maka mimpi itu adalah dari syaitan, kerana itu hendaklah ia mengucapkan Isti’azah dan jangan ceritakannya kepada orang lain kerana mimpi itu tidak mendatangkan mudarat kepada nya.))

Diriwayatkan oleh al-Bukhari dari Abi Sa’id



Ustazah Siti Khadijah yang sentiasa menyebarkan aura positif dalam pelbagai cara

Sebaliknya jika bersama dengan orang yang negatif, sering bersungut, mengeluh akan membuatkan kita jadi penat dengan keluhannya dan jadi penat juga terkesan dengan ceritanya. (saya juga perlu banyak ubah diri dalam bab mengeluh ini..ya rabb!)

UBAH KELUHAN KEPADA KESYUKURAN

2- Menghadiri tempat2 yang mempunyai aura positif seperti majlis ilmu.

Ini juga adalah sebab mengapa saya menghadiri Bengkel Mendorong Pelajar Corot untuk kali ke-2 pada 26/1/2013 di INSPIN, Alos Star pula selepas menghadirinya di Hotel Swiss Inn pada bulan 12 yang lepas.
Alhamdulillah ALLAH permudahkan urusan saya untuk menghadirinya. 

Syukur ALhamdulillah

Ketika bengkel
Kredit gambar dr FB USK


Selepas saya menghadirinya, saya merasakan motivasi diri bertambah dan banyak idea. ALhamdulillah. Moga ALLAH jadikannya berkekalan. Amin3.

Kredit gambar dari FB USK

BERSAMBUNG........................

Info Buku: Didik Anak Jadi Bijak

بسم الله الرحمن الرحيم

Jika sebelum ini saya pernah berkongsi info dua buah buku parenting seperti di sini dan di sini.

InsyaALLAH kali ini sebuah lagi buku parenting yang ingin saya kongsikan infonya.

Buku ini dibahagikan mengikut usia anak2 untuk menjalankan aktiviti tersebut


inilah bukunya







1- Aktiviti untuk anak2 dari usia 0 -2.
2- usia 2-3 tahun
3- Dari usia 4- 5
4- Dari 5 - hingga ke atas.

Buku ini akan memberi idea tentang aktiviti yang sesuai untuk ibu bapa lakukan bersama anak2 seperti:

-Aktiviti Matematik
- Aktiviti label dan  Warna
- Aktiviti Bahasa
-Aktiviti Sains
- Aktiviti Bermain
- Aktiviti Permainan Kreatif


Ditambah menarik lagi buku ini dengan adanya lukisan2 comel yang menjelaskan aktiviti yang disarankan.

Maklumat tentang harga dan pembelian secara online boleh didapati di sini:
http://pts.com.my/index.php/buku/didik-anak-jadi-pintar

Selamat membaca dan menambah idea untuk beraktiviti dengan anak2. =)




Saturday, January 26, 2013

Kepekaan Abang Abbudey terhadap ayat Al-Quran

بسم الله الرحمن الرحيم

Pada entri lepas, saya pernah bercerita tentang kepekaan Adik Abdullah terhadap ayat AL-Quran.

InsyaALLAH kali ini saya akan bercerita tentang kepekaan Abang Abbudey terhadap ayat Al-Quran. Kisah ini juga berlaku pada malam 15.1.2013.

Abang Abbudey baca AL-Quran sebelum adik Abdullah.

Malam tersebut kami baca Surah AL-Baqarah, ayat 170-173.

Pada ayat 173, ketika saya membacakan ayat tersebut, ada perkataan 'KHINZIR', terus Abang ABbudey bulatkan mata dia dan sengih sambil berbisik: "Mama, khinzir!." (dapat bayangkan tak macamana muka Abang ABbudey ketika itu? =P)
(Anak2 sangat sensatif dengan perkataan 'khinzir'!)
sumber:
Google Image

Saya pun syarahkanlah ayat tersebut:

(( Sesungguhnya Dia (ALLAH) mengharamkan atasmu bangkai, darah, daging khinzir dan daging yang disembelih dengan menyebut nama selain ALLAH SWT.

Tetapi barangsiapa yang terpaksa makannya (bukan kerana menginginkannya) dan tidak pula melampaui batasan, maka tiada dosa baginya. Sesungguhnya ALLAH Maha Pengampun dan Maha Penyayang.))

Dan anak seperti tidak boleh menerima dan percaya bahawa khinzir itu boleh dimakan ketika darurat dan langsung tiada makanan. Kalau tidak makan, boleh membawa kepada kematian.

Maka sesi bacaan Al-Quran selalu bertukar2 wajah menjadi sesi Fekah, atau tafsir atau Sirah.

Oh, bahagianya! Moga ia berterusan dan kami dapat Istiqamah. AMin

*tears*
sumber: Google Image

Friday, January 25, 2013

Membuat Pizza bersama anak2

بسم الله الرحمن الرحيم 


Alhamdulillah beberapa hari yang lalu, kami sekeluarga sempat membuat pizza bersama2.

Resepi untuk doh pizza saya ambil di sini:

Dan resepi untuk topping, pakai campak je segala apa yg ada dalam freezer. Teknik mencampak yang handal dan berseni adalah ciri2 penting untuk pizza yang sedap(haha)

Antara bahan2 yg dicampak:
1- daging ayam goreng 
2- udang goreng
3- sardin  + tomato puri (utk sosnya)
4- bawang
5- cabai
6- lada cameron (antara yg penting dan menyedapkan pizza.)
7- buah zaitun
8-cheese 

Okay, jom kita tengok cara anak2 membuatnya:

mencampurkan garam dalam tepung

campur sedikit gula + yis

uli sepenuh perasaan
Selepas itu, tutup dengan kain basah dan rehatkan sebentar

Bila dah cukup kembang, lenyek
(berkopian sebab baru lepas solat Maghrib)

cucuk dengan garfu supaya bahagian dalam masak dengan elok nanti
Selepas letak topping, letak cheese pula

Kerja membasuh pinggan mangkuk adalah hobi adik.
Tiap2 kali habis basuh, mesti kena salin baju sebab basah kuyup

Sementara tunggu pizza siap dibakar,
anak2 baca buku ini dulu
Nanti saya akan tulis tentangnya di entri akan datang
InsyaALLAH
Sebelum masuk oven


ALhamdulillah.
Siap!
**Pesanan saya kepada anak2 sepanjang melakukan kerja2 dapur, banyakkan berselawat dan membaca AL-Quran, kerana itulah yg akan masuk dalam tubuh badan kita.

Thursday, January 24, 2013

Menyemai rasa bersyukur melalui pembacaan

بسم الله  الرحمن الرحيم

Alhamdulillah hobi membaca buku membawa dan memberi natijah dan hasil yang banyak.

Bukan sahaja banyak ilmu yang diperolehi, malahan juga ia menambah nilai2 kehambaan dan kerohanian.

Seperti buku travelog ini:
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v

buku tavelog yang sangat menarik

Saya pernah membaca dan menulis info tentang buku Prof. Kamil Ibrahim di sini:
http://cinta-rasul.blogspot.com/2012/12/buku-muhasabah-tulisan-prof-muhd-kamil.html


Buku itu juga antara buku kesukaan saya yang mempunyai banyak nilai2 kerohanian.

Mengajar erti bersyukkur dan doa.

Buku travelog ini pula ditulis oleh isteri kepada Prof. Kamil Ibrahim, iaitu Puan Roza Roslan.

Buku ini sangat menarik dan indah.

Bahasanya cantik dan lembut.

Antara keisitimewaannya yang lain ialah penulisnya berjaya menggambarkan suasana persekitaran dengan baik dan juga menceritakan sedikit sebanyak tentang kesusahan ketika zaman kanak2nya.

Amat menyayat hati!


Mengingatkan saya betapa senangnya hidup kita berbanding orang lain. ALhamdulillah.

Untuk maklumat lanjut tentang harga dan pembelian buku ini secara online, boleh lihat di sini:
http://pts.com.my/index.php/buku/travelog-cinta-abadi


Selamat membaca dan bermuhasabah =)

Tuesday, January 22, 2013

Abdullah bercakap Bahasa Arab

بسم الله الرحمن الرحيم

Kalau diikutkan dan dikira, banyaknyalah yang anak2 saya belajar dari mesin.

Kalau dahulu mereka menghafal Al-Quran dari mesin (radio dan audio), sekarang ni mereka berjaya belajar berkomunikasi dalam bahasa Arab melalui mesin juga. 

Iaitu melaui video2 kartun You tube.

Sebenarnya saya memang sentiasa berazam untuk berkomunikasi dengan anak2 menggunakan bahasa Arab. 

Walaupun memang kami menggunakan beberapa patah ayat dalam Bahasa Arab, namun saya masih tidak berpuas hati selagi saya tidak mampu untuk berkomunikasi dengan anak2 dalam Bahasa Arab lebih dari 80% sehari.

Dan seringkali juga kami berazam untuk bercakap dengan anak2 dalam Bahasa Arab.

Akhirnya, kini saya dapati bahawa video kartun dalam Bahasa Arab sangat membantu anak2 untuk berkomunikasi dalam bahasa itu.

Anda boleh lihat hasilnya dalam video di bawah ini:



Abdullah (4 tahun) menerangkan lukisannya dalam Bahasa Arab.
Bahagianya! 
ALhamdulillah!
 Masih banyak kesalahan Nahu namun ia adalah satu peningkatan prestasi yang membanggakan.

InsyaALLAH akan dapat diperbaiki pada masa hadapan


INilah lukisan ayam yang adik lukis dan warnakan 

Abdullah kata ini kucing.
Dia lukis dan warna
Malahan, anak2 dapat menggunakan bahasa Arab dengan perasaan yang gembira seperti mana Abdullah dalam video tersebut kerana mereka meniru intonasi dalam kartun tersebut.

Bahagianya dapat bercakap Bahasa Arab dengan anak2! Alhamdulillah!

Alhamdulillah sekali lagi mesin membantu saya dalam mendidik anak2.

Oh. di link di bawah ini, anda boleh dapati banyak kartun2 yang baik2 dalam bahasa arab (baku/ fus ha) yang bagus dan biasa saya pertontonkan kepada anak2 sehingga mereka berjaya berkomunikasi dalam Bahasa Arab.

(PERHATIAN: Walaupun demikian, jangan biarkan mereka terlampau lama di hadapan screen dan terlalu dekat dengan screen kerana ia akan menyebabkan kesan buruk kepada FOKUS, PERHATIAN dan MATA mereka! )

inilah link tersebut
http://www.youtube.com/user/deiclone123/videos?view=1

kartun2 yang menggunakan Bahasa Arab baku/fus ha

3D sticker ketika demam

بسم الله الرحمن الرحيم


**ENTRI YANG DAH LAMA TERPERAP DALAM DRAFT...

Aktiviti ini adalah antara kesukaan Abdullah dan barang yang selalu kami beli jika singgah di kedai serbaguna Mr.DIY.... (boleh baca di sini)


Hatta ketika demam pun, Abdullah masih nak melekat-melekatkan 3D sticker ni....(sampai dia  pening kepala)
anak kecil yg demam 

hampir penuh peti ais dengan hasil kraftangan  anak2...
perlu beli peti ais baru x?? yg lebih besar?? haha



Abdullah yang demam tapi masih bertenaga untuk melekat2 3D stickers ni..


Tetapi keadaannya sangat berbeza pada malam sebelum itu:

Abdullah membaca doa supaya cepat sembuh seperti di sini:
http://cinta-rasul.blogspot.com/2012/03/doa-supaya-sembuh-dari-penyakit.html

              KLIK SINI UNTUK LIHAT LEBIH BANYAK AKTIVITI KRAF YANG MENARIK 

Saturday, January 19, 2013

Surah kesukaan Adik Abdullah

بسم الله الرحمن الرحيم

Setiap hari bila masa menghafal n mengulang Al-Quran, Abdullah mesti nak baca Surah ini walaupun disuruh baca surah lain dan sudah baca surah lain, paling2 tidak, akhir sekali mesti nak ulang surah ini.

Nak tahu surah apa?
Jom teka?




Bila difikir-fikir dan diingat semula di dalam Sahih Bukhari ada menceritakan antara sebab turunnya Surah Ad-Duha ialah kerana Rasulullah SAW telah lama tidak mendapat wahyu dari ALLAH SWT dan orang kafir Quraisy menabur tohaman: "Tuhan Muhammad telah meninggalkannya."

Lalu ALLAH SWT menurunkan ayat yang bermaksud: "Tuhanmu tidak meninggalmu dan tidak membencimu."

Maka Surah Ad-Dhuha ini menjadi penyejuk hati dan menggembirakan Rasulullah SAW.

Moga Surah Ad-Dhuha yang disukai adik Abdullah ini dan sangat ingin dibacanya setiap hari ini akan menjadi penyejuk hati dan menambah kebahagiaan dan kegembiraan dalam keluarga kami dunia dan akhirat.

Friday, January 18, 2013

Dam Ular???

بسم الله الرحمن الرحيم

** ENTRI YANG DAH LAMA TERPERAP DALAM DRAFT..

Adakah anak anda kenal dengan permainan DAM ULAR??

mungkin ramai kanak2 yg tak  kenal makkluk apakah itu dam ular?? adakah ia spesis ular seperti ular kapak, ular tedung dan lain2.

Kanak2 zaman sekarang mungkin lebih kenal Angry Bird dr Dam Ular wpun kedua2nya ada unsur2 binatang!

Jom belajar mengira sambil bermain DAM ULAR!

inilah dia dam ular
(bgtau kat anak!)

saya sedang bermain dengan Abbudey dan Abdullah bermain dengan permainannya 

mengenali dam ular juga satu ilmu kan?
haha..

lepas ni org dok sebut dam ular, tahulah mereka bahawa ia bukanlah spesis ular, tp ia adalah sebuah permainan yg dah lapuk dek zaman.


ok... tamat sesi berkenalan dengan dam ular...

Thursday, January 17, 2013

Info Buku: Indahnya Didikan Awal Anak Cara Islam

بسم الله الرحمن الرحيم

Antara buku parenting kesukaan saya yang pernah saya kongsikan infonya adalah di sini.

InsyaALLAH kali ini saya akan berkongsi info dengan anda buku yang sudah selesai dibaca beberapa minggu lalu.

Memiliki buku ini dapat menambahkan ilmu pengetahuan tentang kebolehan dan pembangunan anak2 dari usia 0-2 tahun.


Inilah bukunya
bila lihat gambar anak lelaki di muka depan buku ini,
saya terus teringat anak2 Ummu Muhammad
Ya, kelihatan seperti mereka.

harganya
Beli online di PTS lebih dari $25, boleh dapat free delivery

muka belakang


Apa yang saya suka dengan buku ini:

1- Susunannya yang rapi.
Dikategorikan mengikut  Tema Pembangunan

a)Rohani
b)Kognitif
c) Jasadi
d) Bahasa
e) Emosi
f) Sosialisasi
kandungan


lagi kandungannya
Dibahagikan kepada tema2

2- Draf buku dan pembahagian mengikut usia kanak2. Contohnya: dari peringkat 6 bulan - 12 bulan, dan lain2 lagi





susunan yang sangat teratur dan mudah difahami


3- Susunan aktiviti diletakkan dalam kotak dan sangat jelas untuk difahami

4- Banyak tips dan panduan yang amat berguna.


gambar2 yang menarik menerangkan lagi aktiviti tersebut




Oh, membaca buku2 parenting seperti ini membuatkan hati menjerit2 :
"Bilalah dapat menulis buku seperti ini?!  Bahagianya!" (Moga ALLAH perkenankan!)


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...