Monday, March 30, 2015

Ya ALLAH jika Engkau perkenan doaku kali ini, malu aku ingin meminta lagi dariMu

بسم الله الرحمن الرحيم

"Ya ALLAH jika Engkau perkenan doaku kali ini, tidak akan kuminta apa lagi dariMu"

Begitulah kemuncak doa saya ketika menghantar proposal kertas kerja penubuhan sekolah rendah tahfiz.

Kerana hati ini sangat-sangat inginkan masa anak-anak di zaman kanak-kanak ini diisi semaksima mungkin dengan AL-Quran. Pada masa ini, masa mereka banyak dengan uurusan pembelajaran dan sekolah, jadi bahagialah diri jika mereka boleh menghafaz Al-Quran di sekolah.

MASYAALLAH.

ALLAH perkenankan doa itu.

Kata syukur yang tidak dapat digambarkan.


Selepas dari ALLAH perkenankan doa itu, masih ada lagi yang ingin diminta dari ALLAH. Fitrah manusia. Tapi seperti sudah berjanji tidak akan meminta lagi ALLAH.

Saya suarakan kegusaran hati kepada suami.

Jawapan yanng sangat menyejukkan hati:
"ALLAH itu sukakan hambaNYA yang meminta daripadaNYA. Mintalah dan doalah kepada ALLAH."





MasyaALLAH, betapa ALLAH itu Maha Baik dan Maha Berkuasa membantu kita di saat kita rasakan kita tidak punya sesiapa yang dapat membantu kita. ALLAH yang menyelesaikan kegusaran hati dan segala kerumitan yang bersarang di minda.

Jika disenaraikan, hampir segala doa dan permintaan kita dari kecil hingga dewasa ALLAH makbulkan.

ALLAH jadikanlah kita semua orang yang bersyukur, orang yang tidak kufur nikmatMU, orang yang bertaqwa dan masuk ke syurgaMu tanpa hisab. amin3

Saturday, March 28, 2015

Alhamdulillah perkembangan yang bagus

بسم الله الرحمن الرحيم

Jika beberapa tahun dahulu ketika awal kelahiran Abbudey dan Abdullah sekitar tahun 2006 dan 2008, tidak ramai ibu bapa yang ingin bercerita tentang mendidik anak dengan Al-Quran dari usia bayi, barangan untuk mendidik anak-anak dengan Al-Quran pada usia bayi jugak tiada di pasaran.

Namun pada masa sekarang ini, MasyaALLAH sudah ramai ibu bapa yang bercerita melalui Facebook atau blog mengenai mendidik anak-anak dengan Al-Quran dan secara Islamik, termasuklah mereka yang melakukan homeschool dan mendidik anak 100% di rumah termasuklah mengajar Al-Quran.

Barangan untuk mengajar ajak-ajak menghafaz dan membaca AL-Quran juga banyak di pasaran. Dari Apple mainan yang boleh mengeluarkan bacaan Al-Quran, buku alif ba ta yang bewarna warni dan comel, buku-buku kain yang comel, puzzle alif ba ta dan macam-macam lagi. Semua itu memudah usaha ibu bapa untuk menggalakkan anak-anak menghafaz AL-Quran. Rugilah jika tidak mengambil peluang keemasan sebegini

Bagi saya ini adalah satu perkembangan yang bagus, MasyaALLAH.

Ganerasi yang mendapat pendidikan agama sebeginilah yang diharap menjadi pemimpin masa depan, amin.

Diharap pendidikan sebegini juga dapatlah mengurangkan peratus masyarakat yang tidak solat, berpuasa, buta Al-Quran dan segala macam kejahilan agama .

InsyaALLAH inilah ganerasi AL-Quran yang kita idam-idamkan.

Ganerasi yang akan mengajak masyarakat kepada kebaikan dan menjadi khalifah yang membersihkan bumi ALLAH dari maksiat yang fasad, InsyaALLAH

Thursday, March 26, 2015

Bukan kemasyhuran yang diinginkan

بسم الله الرحمن الرحيم


Bagi seorang introvert ini, bukanlah populariti yang diharapkan dari perkongsian dalam Blog ini, malahan rasa agak 'senget' bila ada orang mengatakan bahawa dia adalah pengikut blog ini, akibatnya akan jadi seperti mahu tidak mahu sahaja bercakap.

Begitu jugalah kisahnya ketika ramai orang dan sahabat  yang bertanya tentang perubatan homeopathy abah ketika di Syria dulu, cakap acuh tidak acuh sahaja. Agak tidak selesa bila disoal banyak.

Kerana itu jugalah lebih selesa untuk berkongsi cerita di dalam blog berbanding di Facebook, tidak perlu berhadapan dengan ulasan dan komen pembaca dan tidak perlu membalas komen-komen.


Jika entri dalam blog ini bermanfaat kepada anda, doakanlah kami.


Namun apa yang diinginkan dari blog ini adalah kesan dari perkongsian idea dan cerita, biarlah penulisnya tidak dikenali.

Suatu masa dahulu, ketika awal kelahiran Abdul Rahman dahulu, tidak ramai yang bercakap tentang mendidik anak dengan AL-Quran dari usia bayi. Kerana itulah saya berkongsi kisah hidup di sini.

Di samping itu juga ingin mencuba mengasah skil menulis yang tidak seberapa serta mengharapkan pahala yang besar dengan tulisan yang bermanfaat InsyaALLAH.

Suami juga amat memberi galakan dan motivasi untuk terus menulis dan berkongsi idea dengan masyarakat. Moga ada kebaikan di sana. InsyaALLAH.

Wednesday, March 25, 2015

Country Heights Kajang, Mengimbau memori kanak-kanak

بسم الله الرحمن الرحيم

Ini adalah kali pertama anak-anak dibawa ke Villa Country Heights Kajang. Abah Hashimee belanja.

Teringat memori indah masa kecil ketika abah bawak datang ke sini. Seronoknya.




Tapi sekarang tempat ini dah lama dan tidak diselenggara dengan sempurna. Kan bagus kalau dijaga dan diselenggara untuk mengekalkan kecantikan tempat ini...hmmmmm..

Monday, March 23, 2015

1st time ice skating

بسم الله الرحمن الرحيم

Baba dah janji pada Abbudey kalau habis periksa AL-Quran semuanya (sebanyak 10 juz) , baba akan bagi hadiah.

Kebetulan semasa kawan mengesyorkan jalan-jalan ke IOI MALL, Putrajaya, Abang Abbudey nampak tempat main luncur ais, tapi ramai sangat orang. Jadi esoknya, tepat pukul 10, kami datang ke sana semula untuk menunaikan hadiah Abang Abbudey.

bersedia untuk bermain

seronok nak dapat hadiah habis periksa AL-Quran
Ini pertama adalah Abbudey bermain luncur ais dan pertama kali jugalah kenal ice skating, tapi Alhamdulillah anak ini cepat belajar dan cepat mahir meluncur dan mengimbangkan badan. Cepat dia boleh dapat skill meluncur ais.


Mula-mula dia bergayutan di tebing.
Kemudian mendapatkan bantuan dari penguin


cuba-cuba untuk lepas tangan


ALhamdulillah sudah mahir


Berani ke tengah


Abdul Rahman bermain di sini 2 jam setengah bila seronok dah pandai meluncur ais. Tapi makin lama, makin ramai orang. ALhamdulillah anak ini punya keberanian dan cepat belajar menyesuaikan diri untuk perkara baru. ALhamdulillah

Saturday, March 21, 2015

ALLAH yang meluaskan jalan ketika kita kesempitan

بسم الله الرحمن الرحيم

....... sambungan dari entri lepas.

Setiap hari saya benar-benar meminta dari ALLAH agar dapat memberikan pendidikan yang terbaik dan hafazan AL-Quran kepada anak=anak.

Terasa hidup anak-anak terbiar dan sia-sia jika tidak dipenuhkan dengan didikan agama dan hafazan Al-Quran.

Saya merasakan kecerdikan yang dimiliki anak-anak menjadi sia-sia bila tidak disalurkan untuk menghafaza dan memahami Al-Quran.

Sehingga saya menanam dalam hati:
"Ya ALLAH, jika Kau perkenankan doaku yang satu ini, aku tidak akan meminta apa lagi daripadaMu."

Bagi saya pendidikan anak-anak di sekolah rendah ini dan ketika kecil amatlah penting. Jika kita corakkan dengan agama dan asuhan yang betul, InsyaALLAH dengan izin ALLAH semuakan akan selamat di masa kelak.

MasyaALLAH , perkara yang kita rasakan payah dan tidak jalan penyelasaian itu sebenarnya amat mudah dan remeh di sisi ALLAH.

ALLAH permudahkan segala urusan untuk menubuhkan sekolah rendah tahfiz.

ALLAHU AKBAR

Segala usaha menjadi mudah ibarat air yang mengalir.

Bermula dari persetujuan pengerusi sekolah, pembinann sekolah 2 tingkat dalam masa 3 bulan, penulisan kitab-kitab silibus mengikut sukatan yang bersesuaian, pemilihan pelajar dan guru, pendaftaran dan segalanya menjadi mudah. 

SUBHANALLAH. ALLAHU AKBAR.

Doa saya sentiasa agar ALLAH permudahkan segala usaha ini, janganlah diuji dengan ujian yang berat kerana kita ini hanyalah hamba yang lemah.

......... Bersambung ke entri akan datang

Thursday, March 19, 2015

Mencari yang terbaik

بسم الله الرحمن الرحيم

Teringat beberapa tahun lalu ketika Abd Rahman tamat PASTI dan ingin masuk ke sekolah rendah.

Sebelum ini memang kami mencari sekolah yang sesuai untuk apa yang kami cita-citakan untuk anak-anak.

Sekolah yang boleh memberi didikan agama yang kukuh, Bahasa Arab yang mantap dan hafazan Al-Quran yang bagus tanpa asrama. Namun untuk kawasan sekitar Sungai Petani dan Kuala Ketil, kami tidak menjumpai sekolah yang menepati 'piawaian' kami.

Kami menghantar Abdul Rahman ke sebuah sekolah agama yang kami rasa paling sesuai dengan prinsip kami.

Namun setelah hampir setahun, apa yang dicari bagai tidak ditemui. Saya berbincang berdoa dengan suami agar menjumpai sekolah yang bersesuaian.

ALLAH ilhamkan agar saya membuat kertas kerja, beserta dengan silibus, kaedah hafazan, target dan macam-macam lagi untuk menubuhkan sekolah rendah tahfiz. saya menghantar kepada AJK dan pengerusi sekolah pada bulan 9 tahun 2013.

Walaupun rasa pada permulaannya saya rasa agak mustahil perkara ini akan berlaku, setiap hari saya berdoa, Ya ALLAH, bantulah kami untuk memberi pendidikan agama yang terbaik untuk anak-anak agar mereka kelak menjadi pendokong dan pejuang agamaMU, Ya RAbb.

Bantulah kami.

Setiap malam, itulah doanya.

Merasai diri begitu lemah dan kuasa hanyalah milik ALLAH.


................bersambung di entri akan datang

Tuesday, March 17, 2015

Kini 9 tahun

بسم الله الرحمن الرحيم

Alhamdulillah, hampir tahun ke-9 Abbudey menghafaz Al-Quran, Abdullah 7 tahun, sama dengan usia mereka.

Apa yang saya nampak, kesan dari menghafaz Al-Quran dan mempdengarkan Al-Quran dari usia bayi kepada anak-anak, antaranya ialah mereka mudah mengingati ayat-ayat Al-Quran dan mudah menghafaznya.

Anak-anak boleh menghafaz satu muka surat hafazan ayat baru dengan cepat. Dua tiga ulang, sudah hafaz satu mukasurat.

Ia bukanlah satu keajaiban. Ia adalah hasil usaha dan bantuan ALLAH.

Kita janganlah mengharapkan berlakunya keajaiban yang macam-macam. Sebaliknya kita berusahalah sehabis baik dan bertawakkallah kepada ALLAH, InsyaALLAH ALLAH akan berikan kita hasil yang terbaik.

Saya lihat ia menjadi mudah apabila anak-anak sering mendengar audio Al-Quran, jadinya, Alhamdulillah sungguh mudah untuk menghafaz Al-Quran.

Seperti juga anak-anak yang sering mendengar lagu-lagu yang macam-macam di radio atau tv, mudah sahaja menghafalnya dengan gaya jogetnya sekali... Begitu jugalah jika kita ubah ke perkara yang baik seperti Al-Quran, InsyaALLAH mudah mereka menghafaz jika sering mendengarnya.

Namun, seperti biasa nasihat saya, AL-Quran mestilah sentiasa diulang-ulang, jika tidak, akan lupa juga akhirnya.

ALLAH berkatilah kita semua dengan Al-Quran

Saturday, March 14, 2015

Kereta Solar rekaan Abdul Rahman

بسم الله الرحمن الرحيم

Kereta Solar kali ini adalah 100% rekaan Abdul Rahman tanpa merujuk ke buku panduan. Menggunakan daya kreativiti sendiri yang diilham oleh Allah.

Keretanya simple, ringan, mudah bergerak dan menunjukkan bahawa Abdul Rahman dah faham bagaimana untuk menyambung rantai kepada solar dan kaitan untuk menggerakkan kereta tersebut dengan kuasa sinaran matahari.




Inilah kereta solar rekaan Abdul rahman

Jom lihat kereta ini bergerak menggunakan kuasa solar.

Alhamdulillah. Ilmu baru untuk anak2.



Thursday, March 12, 2015

Info Buku: Siri Haiwan Teladan: Kucing Dengan Pipit

بسم الله الرحمن الرحيم

Tujuan saya sering berkongsi info buku kepada pembaca blog ini ialah:

1- Menambah info pembaca blog ini tentang buku-buku yang bagus dan sesuai untuk anak-anak

2- Memupuk minat membaca dalam diri kanak2


Buku kali ini dipilih kerana mempunyai pengenalan bahasa arab yang mudah supaya dapat memperkayakan lagi bahasa arab anak-anak



Keistimewaan buku ini lagi ialah memberi pengenalan terhadap Bahasa Arab, Inggeris dan tulisan jawi.




Buku binatang memang sentiasa menarik minat kanak-kanak

Monday, March 9, 2015

Info Buku: Pertama kali Kedai Gunting. Pertama Kali ke Klinik Gigi

بسم الله الرحمن الرحيم

Buku kali ini dipilih kerana ia ditulis dalam 3 bahasa

Siri kali Pertama






Buku ini mempunyai jalana cerita yang menarik dan kelakar.
Seronok anak-anak membacanya.

Lebih-lebih lagi Abdullah yang sungguh-sungguh menjiwai apa yang dibacanya.



Buku sememangnya memberi keseronokkan kepada anak-anak.
Alhamdulillah

Saturday, March 7, 2015

Info Buku: Bzz! Bzz! Dunia Afi

بسم الله الرحمن الرحيم

Buku ini comellah sangat


Buku tentang keluarga lebah yang islamik.
Dengan ayat-ayat yang mudah dan banyak moral dan akhlak yang baik yang boleh dipelajari dalam buku ini.


Abdullah tanya:
"Mama, kenapa lebah nak kena puasa."

Mama jawab:
"Sebab lebah ni Islam. =P"

Nampaknya Abdullah telah menggunakan logik akal bahawa lebah adalah binatang, tak wajib puasa. 
hahahaha

Lebih menarik lagi turut disertakan aktiviti-aktiviti menarik dalam buku ini. 






Moga bermanfaat

Thursday, March 5, 2015

Info buku: 20 Mainan Terbang

بسم الله الرحمن الرحيم

Buku kali ini adalah pilihan Abang Abbudey yang sukakan buku craft dan aktiviti.
boleh dapatkan buku ini
DI SINI

Terbitan:
Yamani Angle
Rujuk sini:
http://www.yamaniangle.com.my/
https://www.facebook.com/pages/Yamani-Angle-Sdn-Bhd/349511187073

Isi kandungan


Bermain secara positif

Buku ini memberikan idea tentang DIY permainan yang boleh terbang.






Turut menarik bila disertakan dengan penghayatan terjemahan ayat Al-Quran dan
info-info yang menarik

Walaupun bermain, ilmu dan Al-Quran tidak disisihkan.
MasyaALLAH


InsyaALLAH banyak manfaat yang Abang Abbudey boleh dapati dari buku ini InsyaALLAH

Monday, March 2, 2015

Info Buku: Komik Abu Nuwas, kisah-kisah alaf baru

بسم الله الرحمن الرحيم

Komik Abu Nuwas ini bukan sekadar komik biasa, ia menanamkan dalam jiwa pembaca semangat memberi manfaat kepada orang lain.

Sangat bagus motif yang disampaikan dalam buku ini disamping lukisan yang cantik dan berwarna warni.



Maklumat lanjut dan pembelian boleh dibuat di sini:



Ralit membaca


Membudayakan ilmu dan menjadikan membaca sebagai rutin harian, InsyaALLAH
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...