Tuesday, July 23, 2019

Renungilah kesilapan orang lain

بسم الله الرحمن الرحيم


*** Entri ini ditulis pada 26/4/2019

Antara prinsip dan pendirian yang sering saya pasak dalam diri ialah:

Apabila melihat kesalahan orang lain, janganlah ditunding jari atau mengejek, sebaliknya saya sentiasa berfikir ia adalah teguran dari Allah untuk diri saya agar tidak melakukan kesalahan yang sama.

Ya Allah...

Begitulah.




Apa yang baik pada diri orang lain, jadikanlah ia sebagai teladan untuk diri kita, sebaliknya kesilapan orang lain itu adalah teguran dan peringatan untuk diri kita agar tidak jatuh dalam lubang yang sama.

Ya Allah. Peliharalah kami dari segala kesengsaraan dunia dan akhirat. Ya Rabb

Saturday, July 20, 2019

Big Bad Wolf Penang 2019

بسم الله الرحمن الرحيم

Alhamdulillah Allah bagi kesempatan untuk ke Pesta buku Big Bad Wolf di Penang pada hari pertama pesta buku tersebut.

Masyaallah...

Ini adalah kali yang ketiga rasanya kami pergi ke pesta buku ini.

Pertama di Penang, kemudian di KL dan ini kali yang ketiga.


Big Bad Wolf terkenal dengan jualan buku-buku yang murah namun berkualiti.


Masya Allah...

Seronok sungguh bila masuk di sini.


Antara penambahbaikan yang saya dapati ialah bertambahnya buku-buku berbahasa Melayu.

Dulu kali pertama kali pergi ke Big Bad Wolf, buku bahasa Melayu sangat sikit, tapi kali ini, Masya Allah...

Banyak sungguh pilihan buku-buku Bahasa Melayu yang bagus-bagus.

Alhamdulillah.

Sampai tak cukup duit rasa nak membeli banyak buku.



Pergi dengan kawan yang pencinta buku juga.





Antara yang dibeli

Buku ini sudah lama menjadi impian saya untuk membacanya

Sebuah buku yang bagus.

Pengalaman disulami dengan tafsiran ayat Al-Quran.


Masyaallah... Rasa seronok betul bila dapat membaca banyak buku yang bagus-bagus.

Alhamdulilah. 

Friday, July 19, 2019

Mara selangkah lagi ke hadapan

بسم الله الرحمن الرحيم


***Entri ini ditulis pada 26/4/2019

Saya masih teringat beberapa tahun dahulu ketika memberi pandangan kepada suami supaya ajar anak untuk mula memberi ceramah di depan, suami menghalang dengan hujah supaya anak-anak memperbanyakkan lagi menuntut ilmu dan tidak terpedaya dengan sanjungan masyarakat.

MasyaAllah...masa berlalu pantas.

Beberapa hari yang lalu,baba membawa Abdul Rahman ke kuliah Maghrib di masjid An Najah, Padang Serai. Masjid yang aktif dengan program dan ramai orang.

Selepas Abdul Rahman menjadi imam Isyak, AJK masjid menyatakan hasrat melamar Abdul Rahman sebagai imam untuk Solat Terawih selama sebulan untuk tahun ini.

Alhamdulillah...




Baba juga sering membawa anak-anak menemani baba ke kuliah dan menjadi imam.

Dalam hati saya, terdetik:

"Ya Allah, kini kami mara selangkah ke hadapan lagi. Usaha untuk anak-anak terjun dalam masyarakat. Moga Allah permudahkan dan peliharalah kita semua. Moga anak-anak menjadi  ikutan bagi orang yang bertaqwa."

Insha-Allah moga menjadi generasi pelapis yang bertaqwa.

Ya Rabb.

Monday, July 15, 2019

Pengalaman Abdullah dalam Fannul Athfal

بسم الله الرحمن الرحيم

Beberapa memori Abdullah dalam pertandingan fannul atfal 2019.

Abdullah mewakili Maahad Iman untuk acara nasyid dan hafazan Al-Quran.








Alhamdulillah pengalaman yang berharga buat anak-anak.

Moga Allah berkati.

Friday, July 12, 2019

Info buku: Pelukis jalanan, Arkitek Jalanan dan Impian Jalanan

بسم الله الرحمن الرحيم

*Entri ini ditulis pada 25/12/2018

MasyaAllah..

Puas hati rasanya.

Bahagia bila dapat selesaikan ketiga-tiga buku karya Teme Abdullah.

Saya sukakan buku Travelog kisah benar.

Buku Teme Abdullah penuh dengan pelbagai kisah cabaran beliau yang tidak terjangkau dek akal fikiran.

Kisah susah payahnya beliau dalam menuntut ilmu dan menempuh perjalanan sebagai seorang penuntut ilmu tanpa biasiswa di luar negara.

Istimewa lagi buku Teme Abdullah ialah kerana ia ibarat penuh misteri. Tak terjangkau jalan ceritanya hingga bila habis baca, baru faham cerita.


Puas hati, Alhamdulillah.


Kedua buku ini menceritakan kisah pengalaman penulis ketika menjadi siswa di luar negara.

Kisah susah payahnya beliau, ditipu dan ditindas oleh rakan sendiri.

Buku impian jalanan pula banyak merungkaikan lagi tentang dua buku yang sebelum itu.

Tentang kisah silam zaman kanak-kanak beliau dan juga ketika beliau sudah bekerjaya.


MasyaAllah.

Hasil karya yang hebat.

Alhamdulillah.

Penuh dengan pengajaran dan ilmu.

Ketabahan seorang untuk berjaya.

Amat berharga untuk dibaca.

Tuesday, July 9, 2019

Abdullah: Ketua nasyid pertandingan Fannul Atfal 2019

بسم الله الرحمن الرحيم


*** Entri ini ditulis pada 26/4/2019

Pada pertandingan Fannul Atfal 25/4/2019,  Abdullah mewakili Maahad Iman sebagai ketua nasyid.

Ini adalah video nasyid dalam pertandingan tersebut.




Alhamdulillah satu pengalaman yang berharga untuk anak-anak pelajar

Ini pula lirik nasyidnya.

Tajuk Nasyid : Menyantuni Ummah Membawa Rahmat
Lirik: Ustazah Anisah Binti Muhamad

Lagu: Ustaz Faiz Hakimi Bin Ahmad

Ummah yang baik pekerti mulia
Menjadi tonggak pembela agama
Hiasilah dirimu dengan  akhlak terpuji
Kelak hidup pasti disenangi

Jadikan  Al-Quran sebagai panduan
Menjana transformasi sepanjang zaman
Ikutilah apa yang disyariatkan
Agar kita tidak tersesat di jalan

Ya Rasulallah
Ya habiballah

Membina sahsiah muslim dan muslimah
Jadikan Rasulullah qudwah hasanah
Menyantuni ummah membawa rahmah
Barulah hidup di dalam berkah

Ya Rasulallah
Ya habiballah

Marilah semua berganding bahu
Membentuk sebuah generasi baru
Melestarikan ukhuwah teguh nan jitu
Lahirlah ummah yang bersatu padu.

Allahumma solli a’la Muhammad
Ya rabbi solli alaihi wasalim


Kami tengok video nasyid ini banyak kali bersama seisi keluarga.

Bila Ahmad Zaid merajuk, baba akan nasyid.

Baba ubah lirik: "Ahmad yang baik, pekerti mulia, menjadi tonggak pembela agama..."

Terus senyum Ahmad Zaid.

Kata-kata yg baik itu doa...ulang nasyid tiap2 hari, insyaallah jadi mcm yg kita nasyid..lepas ni semua pakat ubah lirik tu boh nama anak 😊


Itulah yang saya kongsikan dengan rakan-rakan di maahad:



Bertambah-tambah pahala penulis lirik asal.

MasyaAllah.

Moga-moga anak-anak menjadi baik, pekerti mulia dan pembela Agama.

Ya Rabb




Friday, July 5, 2019

Info buku: Kembali bertuhan

بسم الله الرحمن الرحيم


Entri ini ditulis pada 23/12/2018


Seingat saya ini adalah kali pertama saya membaca buku hasil tulisan penulis Ibnu Rijal.


Walaupun cover buku ini nampak macam sweet dan romantik, tapi sebenarnya isi dalamnya adalah bersifat ketuhanan dan penuh informasi.

Buku ini juga memberikan banyak contoh dan perumpamaan yang baik dalam memahami sesuatu bab.


Membaca buku ini akan membuatkan anda lebih mengenali Allah subhanahu wata'ala.

Membaca buku ini juga membuat anda lebih muhasabah diri sendiri.


Antara isi kandungan yang melekat dihati saya ialah kita mestilah mendidik anak-anak bahawa Allah itu mencintai diri kita..

Bagaimana pula Allah mencintai diri kita?

Boleh baca lanjut dalam buku ini.



Selesai membaca buku ini membuatkan saya rasa ingin mengumpul hasil tulisan penulis ini lagi insyaallah.

Alhamdulillah sebuah buku bersifat ketuhanan yang baik.

Monday, July 1, 2019

"Hafaz Al-Quran untuk jadi imam sahaja?!"

بسم الله الرحمن الرحيم
Entri ini ditulis pada 22/12/2018

"Hafaz Al-Quran untuk jadi imam sahaja?!"
Inilah ayat cliché yang selalu kita dengar sepanjang zaman. Seakan-akan jika menghafaz Al-Quran tiada kerja lain yang boleh dilakukan selain menjadi imam.

Hakikatnya, satu perkara yang lebih kita perlu risaukan apabila pada masa kini kurangnya generasi muda yang boleh menjadi pelapis yang berkualiti untuk menggantikan imam-imam di masjid.

Begitu juga, sebenarnya jika kita dahulukan agama Allah dan kalamNya, insyaallah Allah akan buka peluang yang lebih besar lagi untuk kita, samada di dunia atau di akhirat.

Malahan menjadi imam juga bukanlah satu perkara yang boleh dilakukan oleh semua orang.

Berapa ramai orang yang mengelak jika diminta menjadi imam.

Anak-anak juga dilatih dan sering diberikan teguran untuk menjadi imam yang baik.

Solat itu satu perkara yang besar dalam hidup seorang Muslim, jadi mengapa pula perlu malu jika menjadi imam.

Teringat saya kisah anak-anak yang bersemangat dan excited untuk mengumandangkan azan dan menjadi imam:

Friday, June 28, 2019

Reviu buku: Meniti Masa Berbaki

بسم الله الرحمن الرحيم

MasyaAllah....

Membaca buku ini membuatkan hati rasa sebak.


Alhamdulillah buku ini saya habiskan baca dalam masa sehari.

Antara keistimewaan buku ini ialah ia adalah sebuah buku yang cantik...

Gambar dalam dia sangat menarik.

Ayat-ayat di dalam buku ini sangat menyentuh hati dan perasaan

Terlalu banyak yang membuatkan hati merasa hiba

Berikut adalah beberapa helaian yang menjadi kesukaan saya dan saya kongsikan dalam media sosial saya.






















MasyaAllah.

Tahniah kepada penulis-penulis buku ini. Semoga Allah merahmati dan memberkati usaha mereka

Sungguh ia sebuah buku yang menarik.

Alhamdulillah.

Tuesday, June 25, 2019

Bila Abang Abbudey ajarkan ilmu baru

بسم الله الرحمن الرحيم

"Mama, mama ingat tak ayat dalam Surah Al Qasas ni?" Abang Abbudey mula bertanya.


" Mama tau tak kenapa  pada ayat pertama yang tentang malam, Allah sebut hujung ayat 'mendengar', bila ayat selepas dia pasal siang, hujung ayat, Allah sebut 'melihat?' "



"Sebab antara hikmahnya ialah sebab malam kita boleh dengar tapi tak boleh lihat, siang pulak kita boleh lihat. Abang belajar kat maahad." Abang Abbudey memberikan jawapan.


Masya Allah..

Ilmu baru untuk mama dari anak-anak.


Moga anak-anak terus istiqamah mencintai ilmu dan menjadi ulama yang cintakan Allah dan dicintaiNya."

Amin Ya Rabb

Saturday, June 22, 2019

Didikan abah tentang masa dan solat

بسم الله الرحمن الرحيم

Sungguh makin kita dewasa makin kita mendapat inspirasi dari didikan ibu ayah kita dahulu.

Sungguhpun semua manusia punya salah silap, namun yang baik jadikanlah ikutan, yang buruk itu jadikanlah sempadan.

Antara didikan mak abah yang terkesan di hati dan saya syukuri kerana dididik sedemikian ialah budaya menepati masa dan menghargai masa.


Bila abah menulis tentang masa.

Sungguh.

Ramai orang tak hormati masa orang lain bila terlewat.

Terkesan dengan didikan abah sejak dari kecil, saya cuba sedaya mungkin untuk tidak lewat dapat setiap keadaan.

Antara yang utama ialah tidak melewat-lewatkan solat.

Allah bantulah kita semua untuk solat di awal waktu.

Ada orang yang tidak rasa bersalah apabila lambat. Tidak berubah.

Muka sardin bak kata Puan Roza Roslan dalam bukunya

Mungkin kita boleh terlewat sekali dua, namun janganlah dijadikan tabiat


Begitu juga apabila Puan Roza Roslan menulis tentang masa


Pakwa juga adalah seorang yang cukup menepati masa


Antara lain didikan mak abah yang memberi inspirasi kepada saya ialah:
Mak abah tak pernah jemu-jemu menyuruh dan mengajak anak-anak lelaki solat di masjid setiap hari setiap kali azan hingga kini.

Seringkali rasa bersyukur dengan didikan mak abah apabila melihat orang lain yang bersikap tidak peduli dalam hal-hal sebegini.

Ya-Allah, moga kami juga dapat mendidik anak-anak dengan lebih baik. Ya Rabb

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...