Saturday, August 31, 2024

Jasa guru yang mungkin kita lupakan

 بسم الله الرحمن الرحيم


Entri ini ditulis pada 16/5/22


Saya selalu terfikir antara jasa guru yang sangat besar namun MUNGKIN tak mampu kita ingat ialah JASA GURU TADIKA/PASTI/ PRA SEKOLAH.


Yang mengajar ilmu ASAS sebelum kita pandai serba serbi. Kepandaian kita selepas itu bermula dari ilmu ASAS ini.


Segala amal kita seterusnya termasuk dalam timbangan kebaikan mereka berkat mereka mengajar ILMU ASAS.


Namun ingatan jasa mereka mungkin TAK MAMPU KITA INGAT kerana KELEMAHAN MEMORI MINDA KITA.


Begitulah jasa guru-guru yang lain yang mungkin ada yang kita tak ingat lagi. Doakan kebahagiaan dunia akhirat buat semua guru.


NOTA: Mohon banyak-banyak kemaafan, saya antara orang yang hilang memori tentang ZAMAN TADIKA. Tak ingat apa langsung.😔 



Pantasnya masa berlalu seperti gambar-gambar ini😅

Thursday, August 29, 2024

Identiti seseorang

 بسم الله الرحمن الرحيم


Entri ini ditulis pada 14/5/22


Kalau kita perhatikan pada diri seseorang, kita akan tahu fokusnya, apa yang selalu dia selalu dipesan dan ulang-ulang cakap selalu. Di situlah terletaknya keunikan identiti.


Antara kuliah yang saya selalu ikuti ialah yang disampaikan oleh Prof Kamil Ibrahim. Siapa yang biasa baca buku beliau atau dengar kuliah yang disampaikan oleh beliau, pasti tahu fokusnya: Solat berjemaah di masjid, masuk syurga tanpa dihisab bersama orang yang tersayang, menutup aurat, kematian dan banyak lagi. 


Topik ini diulang-ulang bersama kisah kehidupan yang seringkali menyentuh hati.





Kisah hidup setiap kita ada pengajaran, bagi yang berfikir.

Tuesday, August 27, 2024

Melawan kesedihan!

 بسم الله الرحمن الرحيم


Entri ini ditulis pada 13/5/22


Ada detik-detik dalam hidup yang rasa sedih sangat bila sorang-sorang, tanpa sebab! 


Ada juga kawan-kawan pernah cerita alami perkara sama. 


Kita manusia normal yang beremosi, tapi kita bukan hamba kepada emosi.



Apa yang saya buat?


1. Bangun awal. Pukul 4 pagi


2. Doa banyak-banyak.


3.Dengar kuliah sambil kemas rumah.


4. Bersenam depan cermin sambil senyum.


5. Bersyukur banyak-banyak. Allah beri banyak sangat nikmat yang orang lain tak dapat.


6. Lawan! Jangan tenggelam dalam emosi.


7. Allah tahu kita sedang mujahadah.


8. Ia adalah ujian. Pasti akan berlalu.


Alhamdulillah perkongsian ini dapat memberi manfaat kepada orang lain juga.




Sunday, August 25, 2024

Anak.

 بسم الله الرحمن الرحيم


Entri ini ditulis pada 12/5/22


Seluruh hidup kita, sepenuh kebergantungan kita kepada Allah setiap masa, termasuk urusan anak-anak. Kita tidak ada kuasa untuk mengatur melainkan dengan bantuan Allah.



Doakan sentiasa semoga anak-anak tetap dalam amal soleh, dijauhkan dari maksiat dan fitnah, dipelihara dari kejahatan dengan keberkatan kemuliaan Al Quran yang mereka hafal setiap hari.


Makin mereka membesar remaja, makin bersungguhlah kita berdoa moga mereka terpelihara dari terjerumus dalam kemungkaran.

Friday, August 23, 2024

Motivasi dalam mendidik

 بسم الله الرحمن الرحيم


Entri ini ditulis pada 11/5/22


Antara perkara yang menaikkan semangat kita dalam mendidik ialah membaca/ dengar kuliah tentang tokoh-tokoh yang hebat.



Pasti akan terdetik dalam hati moga kita juga dapat menjadi seperti mereka.


Buku tentang tokoh-tokoh ini juga ada ditulis dalam Bahasa Melayu.



Selain tulis nama, tarikh dan harga, dekan Kuliah Dakwah, Sheikh Bassam Ajek pernah berpesan kepada kami dan menceritakan bahawa guru beliau mengajar beliau untuk menulis di kulit kitab:


نحن حرّاس الشريعة

(Kita adalah penjaga syariat)


Supaya kita sedar, bersungguh-sungguh menuntut ilmu syariat, memeliharanya dan menyebarnya

Wednesday, August 21, 2024

Tasmik dengan orang atau ulang hafazan Al-Quran sendiri sahaja?

 بسم الله الرحمن الرحيم


Entri ini ditulis pada 10/4/22


Sungguh sangat berbeza bila ulang hafazan Al-Quran sendiri dan tasmik dengan orang.


Bila tasmik hafazan dengan orang, kita akan lebih serius, lebih berhati-hati dari salah, dan memandang berat kesalahan hafazan dilakukan.



Jika ulang hafazan sendiri tanpa tasmik dengan orang lain, boleh saja kita tak perasan ada kesalahan pada hafazan kita.


Itulah kepentingan tasmik hafazan Al-Quran dengan orang lain. Lebih memantapkan hafazan Al-Quran kita.

Monday, August 19, 2024

Buku: Mustajabnya Doa

 بسم الله الرحمن الرحيم


Entri ini ditulis pada 6/5/22


Keghairahan beramal dan berdoa lebih kita rasakan seiring meningkatnya usia.


Ketika usia kanak-kanak dan remaja, ia mungkin tidak menjadi keutamaan hidup kita.





Tapi semakin kita dewasa dan menua, Allah campakkan perasan itu dalam hati.


Agar kita sentiasa ingat bahawa perjuangan hidup kita adalah untuk mengindahkan kehidupan selepas kematian.

Saturday, August 17, 2024

Hafaz Al-Quran dalam kereta?

 بسم الله الرحمن الرحيم


Entri ini ditulis pada 3/5/22


Kereta adalah antara tempat yang anak-anak sudah biasa hafaz dan ulang Al Quran sejak kecil dulu.


Paling-paling pergi balik Sungai Petani, masa sejam digunakan untuk tasmik jika belum tasmik lagi pada hari tersebut. 




Nasihat yang selalu ulang pada anak-anak:

"Sayang bila kita dah hafal 30 juzuk, tapi kita hanya ingat juzuk 30 saja. Yang lain lupa sebab tak murajaah. Jaga hafazan elok-elok."


Insyaallah kita sentiasa bersama Al Quran dalam hidup kita, Al Quran juga akan sentiasa bersama kita selepas kita mati. Itulah harapannya. Amin.

Al Quran terjemahan per kata: lebih mudah difahami, insyaallah.


بسم الله الرحمن الرحيم 


Minggu lepas tengok Al Quran pelajar. Al Quran terjemahan per kata. AL QURAN MU'JAM.


Sekali tengok terus rasa MUDAH nak faham sebab terjemahan bawah ayat terus. 

Terjemahan terus bawah ayat.

Insyaallah mudah difahami.

Terdapat juga terjemahan ayat penuh di tepi.

Untuk lebih mengetahui tentang tafsir ayat, sebab turun ayat dan lain-lain perlu mengikuti pengajian tafsir Al Quran, secara online pun banyak sekarang.


Betul. Terjemahan yang tak pisah dari ayat lebih mudah dibaca dan difahami.

Boleh dibeli secara online. Insyaallah mudah didapati.

Moga cintakan kalam Allah sentiasa mekar dalam hati anak² zuriat kita semua sepanjang masa. Insyaallah. Amin.


Sebelum ni guna Al Quran yang ada terjemahan di tepi. 


Boleh juga, tapi agak sukar sebab kena tengok tepi, pastu tengok ayat balik, pastu cari pulak terjemahan ayat kat tepi. (Yang guna Al Quran seperti ini, mesti faham situasi ini)


Beli 2 buah secara online. Satu letak di pejabat, satu di rumah. 


Dok cari juga dalam HP apps Al Quran yang mudah faham ayat Al-Quran seperti ini (per kata), tapi masih tak jumpa.


Bagi saya ini satu inovasi yang baik. 


Dari kecik kita baca, hafal Al Quran. Tingkatkan nilai Al Quran dalam diri kita untuk faham ( + MENGIKUTI kelas² tafsir)


Perjalanan bersama Al Quran sepanjang hayat. Insyaallah.

Thursday, August 15, 2024

Mood kerja pada hari raya

 بسم الله الرحمن الرحيم


Entri ini ditulis pada 3/5/22


Sepanjang raya ni jumpa ramai pekerja yang kena kerja pada hari raya.... Ramai yang muka chomm bad mood...☹️


Dan ni mungkin salah satu calon pekerja yang enjoy dengan kerjanya.😄... Tahniah. 






Semoga mendapat keberkatan kerana kesungguhan bekerja dengan ceria dan memudahkan kerja orang lain.

Tuesday, August 13, 2024

Nikmat kesihatan

 بسم الله الرحمن الرحيم


Entri ini ditulis pada 30/4/22


Ketika solat terawih di masjid, saya dapat rasakan makcik yang berusia 60/70an di sebelah saya lebih tenang solatnya berbanding saya yang resah gelisah menahan sakit belakang. Aduh! 


Jika solat terawih sendirian lagilah terasa lemau dek lenguh-lenguh.



"Masyaallah, kuat makcik ya." Sejujurnya itulah yang saya ucapkan kepadanya selepas selesai witir.


"Alhamdulillah, doakan ya." Senyum makcik tersebut.


Kesihatan adalah satu nikmat yang sangat besar.

Sunday, August 11, 2024

Kena buat hari-hari?

 بسم الله الرحمن الرحيم


Entri ini ditulis pada 29/4/22


"Kenapalah habuk ni tak habis-habis? Tiap-tiap hari mop, sapu pun masih ada lagi." Itulah yang saya fikirkan dulu.



Tapi selepas berpuluh tahun buat rutin yang sama, mop, kemas rumah tiap-tiap hari, barulah sedar bahawa ada perkara yang kita perlu lakukan setiap hari. Tak cukup jika dilakukan jarang-jarang.


Seperti membaca Al Quran juga. Ialah adalah amalan yang perlu dilakukan setiap hari untuk perbaharui iman dan dekatkan diri dengan Allah.



Beruntunglah guru yang mengajar Al Quran. Allah rezekikannya untuk tetap membuka, membaca Al Quran setiap hari.

Friday, August 9, 2024

Bacaan Hizib

 بسم الله الرحمن الرحيم


Entri ini ditulis pada 29/4/22


Bacaan hizib harian untuk hari terakhir Ramadhan 1443H bersama para pelajar.





Moga Allah membekaskan segala amal soleh dalam diri pelajar, guru dan semua warga Maahad Al Iman seterusnya menjadi insan bertaqwa bermanfaat buat sekalian makhluk hingga ke akhir hayat. 


Amin

Wednesday, August 7, 2024

Kemahiran anak-anak

 بسم الله الرحمن الرحيم


Entri ini ditulis pada 25/4/22


Bila tengok semula video anak-anak yang lama-lama, boleh nampak perbezaan kemahiran mereka.







Abdullah dulu mudah merangka ayat dalam Bahasa Arab dari kecik. Seperti video ulasan buku ini secara spontan, bukan hafal.



Semuanya kerana Abdullah suka tengok kartun dalam Bahasa Arab.


Tapi dengan Ahmad Zaid, tak jadi. Ada kemahiran lain pula, insyaallah

Monday, August 5, 2024

Ulangkaji doa harian

 بسم الله الرحمن الرحيم


Entri ini ditulis pada 25/4/22


Setiap kali jalan p sekolah dengan Ahmad pagi-pagi, ulangkaji bacaan doa-doa harian. 



Walaupun kerapnya selalu lupa nak amalkan.


Moga selepas ni kita lebih ingat nak amalkan doa-doa/sunnah harian agar hidup kita lebih berkat dan terpelihara.


🧕🏻: Doa keluar rumah camna? Doa naik kenderaan cmana? Doa pakai baju, doa bangun tidur?


👦🏻: Ahmad tak ingat. Doa untuk kucing camna, mama?


😑

Sunday, August 4, 2024

Musabaqah Al-Quran luar sekolah kali pertama untuk Ahmad dan kemenangan pertama.


بسم الله الرحمن الرحيم 


Rezeki Ahmad untuk masuk pertandingan agak kurang. Selalunya tak cukup syarat atau masa tak sesuai, tak boleh masuk.


Ahmad selalu kata:

"Abang-abang selalu menang musabaqah. Ahmad tak dapat masuk pun."


Alhamdulillah Jumaat lepas terjumpa iklan musabaqah di Facebook, hantar Whatsapp untuk daftar, hari Sabtu berlatih dan hari ni pi bertanding awal-awal pagi.

Alhamdulillah gembira Ahmad bila diumumkan sebagai johan.

Seperti biasa orang akan terkejut sebab Ahmad kecik 😅

Ahmad menjawab soalan musabaqah.


Allah bagi jumpa iklan ini pada Hari Jumaat ketika dalam kereta keluar untuk membeli barang rumah di Cmart Sungai Petani.

Tanya Ahmad: Ahmad nak masuk tak?
Ahmad mau.

Bincang dengan baba. Baba agak keberatan sebab agak jauh. Hampir sejam dari rumahnya.

Bincang punya bincang Alhamdulillah baba benarkan.


Pi cek kat meja pendaftaran, nama Ahmad tak ada😅. Selepas tunjuk bukti Whatsapp Alhamdulillah selesai.


Hari Jumaat lepas, Abdullah siap mengusik Ahmad supaya tak payah masuk musabaqah sebab jauh. 


Hampir sejam perjalanan dari rumah ke Dewan Melinium, Kepala Batas, Penang.


Ahmad berlatih dengan mama, Ustazah Khadijah secara online dan dengan kawannya Islam.


Ketika pengumuman, Ahmad hampir menangis kerana ingatkan tak menang selepas namanya tidak disebut ketika mengumumkan tempat ketiga dan naib johan.



Alhamdulillah Allah rezekikan dapat johan. Seronok sungguh Ahmad. Alhamdulillah.


Hadiah hamper yang dapat Ahmad makan dengan kawan-kawannya dan Islam yang melatih Ahmad untuk musabaqah kelmarin.


Insyaallah usaha lebih baik di masa hadapan. Betulkan lagi makhraj huruf, tajwid dan ulang hafazan banyak lagi insyaallah.

Saturday, August 3, 2024

Plan last minute yang menjadi

 بسم الله الرحمن الرحيم


Entri ini ditulis pada 22/4/22


Ibubapa, adik beradik adalah perkara yang kita tidak boleh pilih. Ia ketentuan Allah. Kita perlu redha dan usahakan yang terbaik.


Adik-beradik saya tinggal di Malaysia, tapi kali terakhir berkumpul kelapan-lapan adik beradik adalah pada 2010!



Misi berbuka puasa di rumah mak dirancang last minute. Untuk menjayakan misi ini, kami bermusafir KEDAH-KL, KL KEDAH dalam tempoh 12 jam.


Walaupun pernah bermusafir begini, tapi ia agak memenatkan. Bertolak jam 12 tengahari. Sampai KL 3.30 petang. Selesai buka puasa, bertolak ke Kedah jam 9 malam, sampai rumah jam 12.30 tengah malam. 


Beberapa jam selepas itu, kena bangkit sahur dan kerja. Alhamdulillah semuanya baik-baik.


Dirasakan rahmat kasih sayang Allah melimpah ruah di Bulan Ramadhan. Alhamdulillah.

Thursday, August 1, 2024

Ahmad dan wallpaper?

 بسم الله الرحمن الرحيم


Entri ini ditulis pada 22/4/22


Beberapa hari lalu, terfikir: Alhamdulillah anak-anak dah besar, tak adalah yang conteng dinding.


Tiba-tiba hari ni, kertas penuh nama pemain bola ditampal di dinding ruang tamu.



🧕🏻: Ahmad, awat tampal kertas ni kat dinding?


👦🏻: Tak apalah mama. Elok ni mama.


Terus teringat, masa dalam pantang dulu, malam-malam baba yang jaga Ahmad, dokong Ahmad......sambil tengok perlawanan bola 😅


Orang lain cat rumah baru nak raya, Ahmad lekat kertas kat dinding nak raya. Aduh

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...