Wednesday, July 1, 2026

APA YANG PERLU DILAKUKAN KETIKA SEDIH DAN GEMBIRA?

 بسم الله الرحمن الرحيم


Entri ini ditulis pada 11/11/23


APA YANG PERLU DILAKUKAN KETIKA SEDIH DAN GEMBIRA?


BILA SEDIH:

{ وَلَقَدۡ نَعۡلَمُ أَنَّكَ یَضِیقُ صَدۡرُكَ بِمَا یَقُولُونَ. فَسَبِّحۡ بِحَمۡدِ رَبِّكَ وَكُن مِّنَ ٱلسَّـٰجِدِینَ }

[Surah Al-Ḥijr: 97-98]


(( Dan demi sesungguhnya Kami mengetahui, bahawa engkau bersusah hati dengan sebab apa yang mereka katakan.


Oleh itu, BERTASBIHLAH ENGKAU dengan memuji Tuhanmu, serta jadilah dari ORANG-ORANG YANG SUJUD.))


Keluar buat kerja lain, berjumpa orang, ambil suasana lain, jangan fokus dan terus duduk dalam kemurungan.



BILA GEMBIRA:

{ فَسَبِّحۡ بِحَمۡدِ رَبِّكَ وَٱسۡتَغۡفِرۡهُۚ إِنَّهُۥ كَانَ تَوَّابَۢا }

[Surah An-Naṣr: 3]


((Maka UCAPKANLAH TASBIH dengan MEMUJI Tuhanmu dan mintalah AMPUN kepadaNya, sesungguhnya Dia amat menerima taubat.))

Monday, June 29, 2026

MEREALISASIKAN PERANCANGAN.

 


بسم الله الرحمن الرحيم


Entri ini ditulis pada 10/11/23


17 tahun lalu, kami ibu bapa muda yang melukis perancangan untuk anak-anak, agar mereka membesar dalam menghafaz Al-Quran. 


Al Quran pasti membuka banyak pintu kebaikan DUNIA DAN AKHIRAT. 



Walau ilmu apa sahaja yang mereka dalami, biarlah Al Quran sentiasa bersama sepanjang hayat. Dan kitalah yang perlu menjadi contoh teladan kepada mereka dahulu.


Dan semestinya ia memerlukan DISIPLIN YANG TINGGI dan PENGHARAPAN KEPADA ALLAH.

Saturday, June 27, 2026

KEBAIKAN ORANG SEKELILING.

 

بسم الله الرحمن الرحيم


Entri ini ditulis pada 10/11/23


Lumrah manusia TAK SEMPURNA tapi ada kebaikan yang boleh kita TELADANI dan DOAKAN.


Ada kelebihan pada orang lain yang mungkin kita tak mampu lakukan. Besar kurniaan Allah menjadikan kita BERBEZA-BEZA kelebihan dan kekurangan untuk saling MELENGKAPI.



Ada orang setiap minggu ziarah orang sakit, ada yang sangat suka bersedekah, yang tulisannya cantik, yang lemah lembut bersopan santun, yang cekap selesaikan tugasan, yang pandai berkomunikasi, yang mahir merancang dan macam-macam lagi. 


Syukur kepada Allah yang menganugerahkan. Semoga semuanya istiqamah dalam KEBAIKAN.

Thursday, June 25, 2026

REALITI KEHIDUPAN

 


بسم الله الرحمن الرحيم


Entri ini ditulis  10/11/23


Masyaallah, menarik betul bila tonton wawancara dengan penulis buku best seller antarabangsa Sheikh A'idh Al Qarni tentang pengurusan hidup.




Kunci BAHAGIA DALAM HIDUP: Banyak syukur, zikir dan kembali kepada Allah.



حياتك من صنع أفكارك

Hidupmu adalah hasil ciptaan mindamu, Maka optimislah.

Tuesday, June 23, 2026

Cabaran hidup bermasyarakat.

 بسم الله الرحمن الرحيم


Entri ini ditulis pada 7/11/23


Berkomunikasi sesama masyarakat ada cabarannya.


Kerana itulah sabda Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam:

المؤمن الذي يخالط الناس، ويصبر على أذاهم؛ أفضل من ‌المؤمن الذي لا ‌يخالط الناس، ولا ‌يصبر ‌على أذاهم


“Orang Mukmin yang bergaul dengan manusia dan bersabar dengan kerenah mereka lebih baik dari mukmin yang tidak bercampur gaul dengan manusia dan tidak bersabar dengan kerenah mereka.” HR AL BUKHARI.


Kita masing-masing menjadi ujian kepada orang lain.



{ وَجَعَلۡنَا بَعۡضَكُمۡ لِبَعۡضࣲ فِتۡنَةً أَتَصۡبِرُونَۗ وَكَانَ رَبُّكَ بَصِیرࣰا }

[Surah Al-Furqān: 20]


(( Dan Kami jadikan sebahagian dari kamu sebagai ujian dan cubaan bagi sebahagian yang lain, adakah kamu dapat bersabar (menghadapi ujian itu)? Dan (ingatlah) adalah Tuhanmu sentiasa Melihat.))

Sunday, June 21, 2026

LUMRAH PERTANDINGAN

 

بسم الله الرحمن الرحيم


Entri ini ditulis pada 5/11/23


Sejak kecil, abah selalu hantar kami adik-beradik masuk pertandingan hafazan Al-Quran peringkat negeri dan kebangsaan. Dah biasa rasa indahnya menang dan hibanya kekalahan.


Bila dah dewasa, kami pula hantar anak-anak/ pelajar-pelajar masuk pertandingan. 


Ada kalanya rasa macam tak boleh menang, tapi dapat. Kadang-kadang pula rasa macam dah buat sehabis baik, tapi tak dapat.😅


Yang penting USAHA SEBAIK MUNGKIN, kemudian tawakal dan redha dengan rezeki Allah aturkan.




Dan saya sangat bangga bila anak/pelajar tetap semangat untuk masuk lagi pertandingan tanpa kenal erti putus asa.


Kita orang dewasalah yang perlu atur ayat mengajar mereka erti TERUS BERJUANG dan TIDAK BERPUTUS ASA.


Tugas kita adalah untuk usaha sebaik mungkin. 


Jangan katakan: "Tak ada rezeki.". Katakanlah: "Insyaallah ada rezeki kita pula next time, yang penting kita usaha lagi😁."

Friday, June 19, 2026

ANTARA KERISAUAN BILA JADI IBU AYAH:

 بسم الله الرحمن الرحيم


Entri ini ditulis pada 3/11/23


ANTARA KERISAUAN BILA JADI IBU AYAH:


Ketika anak kecil:

 Risau jika berlaku kemalangan pada anak disebabkan kecuaian kita, macam tertinggal dalam kereta. Doa sangat moga dijauhkan.


Bila anak remaja:

 Risau anak tersilap langkah dan pilihan. 


Doa banyak-banyak moga berkat kemuliaan Al Quran yang anak-anak baca/hafal tiap-tiap hari, Allah pelihara mereka dari sebarang keburukan.



رَبَّنَا هَبۡ لَنَا مِنۡ أَزۡوَ ٰ⁠جِنَا وَذُرِّیَّـٰتِنَا قُرَّةَ أَعۡیُنࣲ وَٱجۡعَلۡنَا لِلۡمُتَّقِینَ إِمَامًا 

 "Wahai Tuhan kami, berilah kami beroleh dari pasangan dan zuriat kami: perkara yang menyukakan hati, dan jadikanlah kami ikutan bagi orang yang bertaqwa."

Wednesday, June 17, 2026

Doa ibu Sheikh Yusuf Al Qaradhawi

 بسم الله الرحمن الرحيم


Entri ini ditulis pada 2/11/23


Sheikh Yusuf Al Qaradhawi menceritakan bahawa antara doa yang selalu ibu beliau panjatkan untuk beliau adalah AGAR DIRINYA DIKASIHI Allah dan sekalian makhluk.







Setiap kali beliau musafir ke serata dunia dan mendapati kasih sayang orang ramai kepadanya, beliau berkata: Inilah berkat doa ibuku untukku.


Jangan jemu untuk berdoa untuk anak-anak kita. Begitu juga doa untuk ibu ayah, sanak saudara dan rakan-rakan, tiada ruginya.

Monday, June 15, 2026

Soalan emas

 بسم الله الرحمن الرحيم


Entri ini ditulis pada 2/11/23


Sesekali terima soalan tentang CARA UNTUK INGAT HAFAZAN daripada pelajar thanawi. Ia menunjukkan semangat dan ambil berat mereka terhadap Al Quran, tapi dari pelajar sekolah rendah adalah luar biasa.


Seingat-ingat rasanya itulah kali pertama pelajar datang pejabat bertanya tentang itu.


👦🏻: Ustazah, boleh tak ana nak minta benda sikit?

🧕🏻: Enta nak ceklat ke?

👦🏻: Tak. Boleh tak ustazah bagi tips untuk ana ingat hafazan lama ana. (Pelajar ini dah hafaz lebih 7 juzuk)



Semoga Allah beri istiqamah semangat hafaz Al-Quran dan menuntut ilmu serta menjadi tauladan bagi rakan-rakan, insyaallah. Semoga menjadi Hafiz/ Hafizah Al Quran yang berkualiti. Amin.

Saturday, June 13, 2026

Mama suruh orang hafal Quran, mama tak hafal Quran pun." 🙃

 بسم الله الرحمن الرحيم


Entri ini ditulis pada 1/11/23


Bila kita suruh anak-anak hafal Al Quran tiap-tiap hari, kitalah yang pertama kena tunjukkan contohnya dulu. Barulah tak ada ayat sentap:

"Mama suruh orang hafal Quran, mama tak hafal Quran pun." 🙃



Alhamdulillah dah masuk tahun ke 3 tasmik online dengan Ustazah Thuwaibah. Inilah antara hikmah pasca covid. Sebelum tu, kita tak ambik kisah pun apa dia kelas online

Thursday, June 11, 2026

Syukur seorang guru.

 بسم الله الرحمن الرحيم


Entri ini ditulis pada 1/11/23


Dalam ramai-ramai pelajar, ada pelajar yang membuatkan kita bersyukur sangat kerana memilih kerjaya sebagai seorang guru.


Akhlak terbentuk, berdisiplin tinggi, semangat menuntut ilmu dan menghafaz Al-Quran yang membara. Setiap hari bersungguh-sungguh pastikan hafazan yang dihantar lancar dan baik. Masyaallah.



Untung ibu ayah beliau mendapat anak sebaik itu, masyaallah. Begitu besar nikmat anugerah Allah untuk mereka.


Doa dipanjatkan semoga Allah kekalkan semangat menuntut ilmu dan menghafaz Al-Quran, terus cemerlang dunia dan akhirat, dicontohi oleh rakan-rakan. Amin.

Tuesday, June 9, 2026

Bila mata tak boleh lelap.

 بسم الله الرحمن الرحيم


Entri ini ditulis pada 31/10/23


Pernah alami tak boleh lelap mata sepanjang malam? Pejam mata pun tak lena.


Zikir sepanjang malam masih tak lena. Akhirnya terkebil-kebil sorang-sorang sampai subuh. 


Pagi-pagi bangun kepala pusing, tak boleh fokus. Fizikal dan mental penat, tapi mata tak boleh lena.



Itulah besarnya nikmat dapat tidur malam dan bangun pagi dengan tenaga baru. Alhamdulillah.


{ وَجَعَلۡنَا نَوۡمَكُمۡ سُبَاتٗا }

Dan Kami telah menjadikan tidur kamu untuk berehat.

{ وَجَعَلۡنَا ٱلَّيۡلَ لِبَاسٗا }

Dan Kami telah menjadikan malam (dengan gelapnya) sebagai pakaian (yang melindungi). Surah An-Nabaʾ: 9-10

REVIU BUKU: ATOK PERGI KOREA. TERBANGLAH SEJAUH MANAPUN, TAPI TETAPLAH TAMBAT HATI DENGAN ISLAM..



بسم الله الرحمن الرحيم


Atuk dan nenek pergi ke negara moden, Korea yang orang Muslim di sana hanya 0.1% bukan hanya untuk melihat keindahan bumi Korea dan ziarah anak cucu. Atuk dan nenek turut pamerkan ajaran-ajaran Islam dalam kehidupan seharian yang semakin hilang jika tidak diamalkan dan diajar kepada generasi seterusnya. 


Atuk tunjukkan kepentingan bangkit tahajud sekeluarga, membawa dan membaca Al Quran walaupun sejauh mana musafir, menyampaikan tazkirah, ilmu selepas solat kepada keluarga, adab-adab dalam musafir, sifat tolong menolong, kasih sayang, keharmonian dalam keluarga dan banyak lagi. 





Sungguh ibadah dan nilai-nilai Islam ini insyaallah lebih kukuh tersemat dan dapat istiqamah jika mula dibentuk dalam kalangan keluarga sendiri. 


Moga dapat kita contohi, Amin. 

Sunday, June 7, 2026

Ambil jurusan agama, lepas tu mesti jadi ustaz/ Ustazah?

 

بسم الله الرحمن الرحيم


Entri ini ditulis pada 18/10/23


Antara kenyataan yang sering didengari zaman berzaman ialah: "Ambil jurusan agama/ balik dari negara Arab mesti jadi ustaz/ ustazah."


Namun hakikatnya bagi kami yang berada dalam bidang ini, melihat bahawa sebenarnya hanya sebilangan kecil sahaja yang menjadi ustaz/ ustazah.


Lebih ramai yang memilih pekerjaan dalam bidang lain seperti perniagaan.



Malahan untuk mengajar masyarakat yang mempunyai pelbagai lapisan usia dan latarbelakang juga memerlukan banyak kekuatan/ kemahiran:

1. Kemahiran berkomunikasi

2. Kekuatan ilmu dan menjawab soalan

3. Minat yang mendalam

4. Keikhlasan hati 


Dan tak semua orang mempunyai kelebihan-kelebihan ini yang melayakkannya menjadi ikon ilmu agama yang berkualiti.

Friday, June 5, 2026

Habis belajar. Biasa atau luar biasa?

 

بسم الله الرحمن الرحيم


Entri ini ditulis pada 18/10/23


Satu ketika dulu ketika baru tamat degree, saya berpendapat bahawa ia adalah perkara biasa. Sepatutnya orang yang daftar universiti mestilah belajar sehingga habis.






Kini menghampiri usia 40, melihat banyak dari sisi kehidupan selama ini, saya merasakan bahawa dapat belajar hingga habis adalah satu anugerah Allah yang amat besar kerana banyak ujian yang melanda.



Antara yang saya lihat ujian kesihatan, ujian peperangan, pusat pengajian ditutup, kematian sanak saudara dan macam-macam lagi.


Masyaallah sungguh dapat habis mengaji adalah satu anugerah Allah yang amat besar.

Wednesday, June 3, 2026

Diuji

 


بسم الله الرحمن الرحيم


Entri ini ditulis pada 16/10/23


Dalam hidup ini, saya pernah lihat sahabat yang sangat pandai diuji Allah sehingga dia menjadi agak kurang waras di usia muda.


Saya juga pernah melihat saudara dekat yang merupakan doktor yang biasanya merawat pesakit yang akhirnya terlantar di pembaringan.


Begitulah juga seorang rakan baik yang dahulunya kaya hingga diwajibkan zakat diuji dengan kefakiran di kemudian hari.


Allah. 


Sungguh kita sentiasa memohon kepada Allah agar dikurniakan keselamatan dan afiat.




Monday, June 1, 2026

Berharganya HIKMAH.

 بسم الله الرحمن الرحيم


Entri ini ditulis pada 17/10/23


Hikmah itu kebijaksanaan. 


Meletakkan perkara yang betul, di tempat yang betul, pada masa yang betul.


Di usia dewasa ini, saya amat merasakan kepentingan hikmah/ kebijaksanaan.




Kebijaksanaan dalam membuat keputusan dalam setiap pilihan dalam sehari-hari kita walaupun keputusan pada perkara yang kecil sekalipun menentukan seseorang itu berhikmah/ bijaksana ataupun tidak.


Kerana itulah perlunya kita memohon ditunjukkan jalan yang lurus setiap masa dalam hidup, dapat membuat pilihan yang tepat dengan bijaksana.


Begitulah kaitan 'tunjukkan jalan yang lurus' dan 'hikmah' yang saya rasakan.




Dan benarlah ia adalah satu anugerah yang amat besar jika Allah kurniakan kepada kita.

Saturday, May 30, 2026

Tangis tawa zaman pasca siswazah

 بسم الله الرحمن الرحيم


Entri ini ditulis pada 16/10/23


Antara tangis tawa suka duka zaman mengaji pascasiswazah. 🤣



Buat anak-anak banin banat yang masih mengaji, kuatkan semangat, banyakkan berdoa. Kesukaran ketika mengaji akan menjadi kemanisan, kenangan indah bila dah tamat mengaji nanti.


Bila dah habis mengaji, tepuk bahu sendiri, cakap pada diri sendiri: "Well done myself, kau dah berjaya harungi kesukaran dan selesaikan misteri-misteri/ cabaran-cabaran yang diberikan."🥲

Thursday, May 28, 2026

Reviu buku: Seribu Wajah Ayah. Penulis: Azhar Nurun Ula

 بسم الله الرحمن الرحيم


Entri ini ditulis pada 8/10/23


Penyesalan yang amat menyakitkan apabila melibatkan pemergian yang tiada kembali lagi.



Buku ini sarat dengan perasaan dan ayat-ayat yang indah.











Mengisahkan tentang pengorbanan seorang ayah membesarkan anaknya tanpa isteri di sisi.


Adakah pengorbanan itu terbalas?


Ebook ini boleh dibaca di link ini:

https://play.google.com/store/books/details?id=AKraDwAAQBAJ

Tuesday, May 26, 2026

Perjuangan kita.

 بسم الله الرحمن الرحيم


Entri ini ditulis pada 6/10/23


PERJUANGAN KITA adalah untuk MEMPERTAHANKAN iman, akidah, ibadah, akhlak, hati HINGGA ke hembusan nafas terakhir. 


Hingga bertemu Husnul Khatimah.



(( Oleh itu, hendaklah engkau sentiasa tetap teguh di atas jalan yang betul sebagaimana yang diperintahkan kepadamu.)) Surah Hud: 112

Sunday, May 24, 2026

Berkongsi reviu buku online dan offline

 بسم الله الرحمن الرحيم


Entri ini ditulis pada 6/10/23


Sebagaimana puas hati bila berkongsi reviu buku di medsos, begitulah juga rasanya berkongsi reviu buku dengan pelajar-pelajar banat di hujung setiap pengajian petang Jumaat.



Cukup 5 minit sahaja untuk 1 sesi.


Moga dapat memupuk minat pelajar-pelajar membaca. Insyaallah.

Friday, May 22, 2026

Erti tarbiyah

 بسم الله الرحمن الرحيم


Entri ini ditulis pada 4/10/23





Kata Sheikh Bassam Ajek (Dekan kuliah dakwah kami dulu): dalam video ini: 


 

Tarbiyah itu adalah satu perjalanan yang amat panjang. Yang perlu bergantung sepenuhnya kepada Allah.


إذا لم يكن للفتى عون من الله

فأول ما يقضي عليه اجتهاده.


Jika bukan kerana sebab bantuan Allah, perkara pertama yang akan memusnahkan dirimu ialah usahamu.


وينشأ ناشئ الفتيان منا 

على ماكان عوده ابوه 


Seorang anak itu membesar di antara kita

Mengikut apa yang dibiasakan oleh orang tuanya


Doalah selalu:

رَبِّ أَوۡزِعۡنِيٓ أَنۡ أَشۡكُرَ نِعۡمَتَكَ ٱلَّتِيٓ أَنۡعَمۡتَ عَلَيَّ وَعَلَىٰ وَٰلِدَيَّ وَأَنۡ أَعۡمَلَ صَٰلِحٗا تَرۡضَىٰهُ وَأَصۡلِحۡ لِي فِي ذُرِّيَّتِيٓۖ إِنِّي تُبۡتُ إِلَيۡكَ وَإِنِّي مِنَ ٱلۡمُسۡلِمِينَ

(( Wahai Tuhanku, ilhamkanlah daku supaya tetap bersyukur akan nikmatmu yang engkau kurniakan kepadaku dan kepada ibu bapaku, dan supaya aku tetap mengerjakan amal soleh yang Engkau redai; dan jadikanlah sifat-sifat kebaikan meresap masuk ke dalam jiwa zuriat keturunanku. Sesungguhnya aku bertaubat kepadamu, dan sesungguhnya aku dari orang-orang Islam (yang tunduk patuh kepadamu)".)) Al Ahqaf: 15

Wednesday, May 20, 2026

Menulis buku biografi diri sendiri.


بسم الله الرحمن الرحيم


Entri ini ditulis pada 21/9/23


Selain Sheikh Yusuf Al Qaradhawi, Sheikh Ahmad Fahmi Zamzam juga ada menulis tentang biografi hidupnya sendiri.


Antara lain tujuan menulis biografi hidup sendiri kerana ia lebih TEPAT berbanding ditulis oleh orang lain.



Tujuan lain juga adalah agar menjadi pengajaran, teladan dan memberi semangat kepada pembaca.


Biografi adalah antara genre buku yang tak jemu dibaca.

Monday, May 18, 2026

Percikan doa


بسم الله الرحمن الرحيم


Entri ini ditulis pada 21/9/23


Sheikh Yusuf Al Qaradhawi menceritakan dalam bukunya ابن القرية والكُتَّاب tentang pandangan optimis (terhadap masa depannya), serta doa daripada guru-guru dan sheikh kepadanya sejak kecil. 


Begitulah juga yang kita harapkan selalu pada perjumpaan bersama orang alim dan soleh. 



Moga ada percikan doa yang baik-baik daripada mereka yang Allah perkenankan, memberi cahaya kegemilangan di masa hadapan, insyaallah.

Saturday, May 16, 2026

Pengakhiran

 بسم الله الرحمن الرحيم


Entri ini ditulis pada 21/9/23


Sehebat manapun kita, berdoalah semoga dikurniakan pengakhiran yang baik, husnul khotimah, kerana mudah sahaja hati itu berubah.




Jangan terpedaya dengan kebaikan sekarang, mohonlah moga dikurniakan ISTIQAMAH.

Thursday, May 14, 2026

Bab yang terpaksa dilangkau

 بسم الله الرحمن الرحيم


Entri ini ditulis pada 20/9/23


Bab yang terpaksa dilangkau dan tak sanggup nak dengar di audiobook karangan S. Yusuf Al Qaradhawi (ابن القرية والكُتَّاب ) ialah tentang seksaan yang mereka terima dalam tahanan penjara ketika era revolusi di Mesir sekitar tahun 1956.



Bab ini mengingatkan tentang liputan media tentang kem tahanan muslim di Guantanamo yang disiarkan secara meluas ketika peperangan di Iraq 2003 dulu. Ketika itu saya di kuliah dakwah tahun 2 di Syria. Liputan media yang merobek hati umat Islam ketika itu.

Tuesday, May 12, 2026

Hafal Al Quran dengan bacaan yang salah TAJWIDNYA.

 بسم الله الرحمن الرحيم


Entri ini ditulis pada 19/9/23


Sungguh amat sukar nak ubah jika sudah hafal Al Quran dengan bacaan yang salah TAJWIDNYA.


Kerana itu, hafal Al Quran itu perlu banyak BANYAK DENGAR BACAAN YANG BETUL dan talaqqi.








Bila dah mula hafal dengan sebutan, panjang pendek, tajwid yang salah, susah nak ubah semula bagi betul.


BANYAKKAN MENDENGAR AL QURAN SEBELUM MENGHAFAZ.

Sunday, May 10, 2026

Personaliti diri remaja

 بسم الله الرحمن الرحيم


Entri ini ditulis pada 15/9/23


Fasa remaja: fasa mengenali personaliti diri dan memajukan bakat / kebolehan yang ada.


Ketika ini mula terserlah sifat diri extrovert/ introvert yang mungkin berbeza ketika kanak-kanak. Makin dewasa, ia makin zahir.



Banyak kebolehan diri yang terzahir dan dapat dikembangkan dengan ilmu dan latihan, contohnya: kemahiran pengucapan awam.


Makin dewasa makin kita kenal kekuatan dan kekurangan personaliti diri sendiri, yang boleh digilap lagi.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...