Saturday, August 30, 2025

Merancang untuk tidur?

 بسم الله الرحمن الرحيم


Entri ini ditulis pada 29/1/23


Islam mengajar bahawa perjalanan hidup kita perlu DIRANCANG, termasuklah sekecil-kecil perkara seperti sebelum tidur. Merancang untuk kematian kecil.


Bukan baring terus lena. Pelbagai sunnah dan amalan yang diajar oleh Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam.



Ambil wuduk, mula baring sebelah kanan, baca doa, zikir dan macam-macam lagi.


Untuk tidur pun perlu merancang, apatah lagi untuk HIDUP. Dan hidup itu adalah untuk mati, mengindahkan sebuah kematian dengan Husnul Khatimah.

Thursday, August 28, 2025

Usaha untuk ingat ayat Al-Quran yang hampir sama

 بسم الله الرحمن الرحيم


Entri ini ditulis pada 25/1/23


"Mama tolong belikan kitab ayat Al Quran mutasyabihat. Abang tengok orang sebelah abang guna tadi." Minta Abang Abbudey ketika pulang dari musabaqah 2 minggu lepas.



Mama suka bila anak-anak minta belikan kitab. Menunjukkan minat, kesungguhan menuntut ilmu. Allah mudahkan urusan beli di Shopee. 





Di tepi Al Quran ini, ditulis ayat yang sama/ semacam. Realitinya kebanyakan huffaz keliru pada ayat-ayat yang semacam/ nak sama dan tak tahu di mana ayat tersebut. Jadi Al Quran ini dapat membantu.


Cuma kertasnya nipis. Kena guna dengan tertib dan berhati-hati.

Tuesday, August 26, 2025

Pesan dekan Kuliah Dakwah yang masih diamalkan

 بسم الله الرحمن الرحيم


Entri ini ditulis pada 24/1/23


Teringat dekan Kuliah Dakwah Mujamma' Sheikh Ahmad Kiftaro, Dr. Bassam pernah pesan kepada siswa siswi agar tulis pada kitab milik kita: (نَحْنُ حُرّاسُ الشَّرِيعَة) 'Kami pemelihara Syariah'.



Supaya kita sedar kitalah yang bertanggungjawab memelihara agama ini, memuliakan dan menyebarkannya, seterusnya membaca dan menuntut ilmu DENGAN BERSUNGGUH-SUNGGUH.


Dan itulah juga yang cuba disampaikan kepada anak-anak, insyaallah.

Sunday, August 24, 2025

Perancangan ketika membesarkan anak-anak

 بسم الله الرحمن الرحيم


Entri ini ditulis pada 23/1/23


Membesarkan anak-anak memerlukan perancangan, perbincangan, membuat keputusan dan adakalanya pujuk memujuk. 


Bermula sebelum mereka lahir lagi, dan sentiasa diulang-ulang proses ini.



Semua kelebihan yang dimiliki adalah kurniaan Allah dan bagiNya pujian dan kesyukuran.


Dan hati dalam ibu ayah ini mendoakan takdir kehidupan anak-anak itu LEBIH BAIK daripada kita.

Friday, August 22, 2025

Sayu hati dalam majlis ilmu.

 بسم الله الرحمن الرحيم


Entri ini ditulis pada 23/1/23


Walaupun kuliah ilmu itu boleh saja diikuti secara online, namun REZEKI untuk duduk dalam KEBERKATAN majlis ilmu lebih memberi kesan dalam hati. 



Seawal mengetahui jadual Datuk Dr. Zulkifli Mohamad al-Bakri sebelah utara, saya berdoa dan berharap dalam menghadiri majlis ilmu ini.



Dr.Zulkifli mengulas tentang doa yang setiap pagi mama baca dengan Ahmad sambil berpimpin tangan berjalan kaki ke Maahad.


اللَّهُمَّ إِنِّي أَسْأَلُكَ عِلْمًا نَافِعًا ، وَرِزْقًا طَيِّبًا ، وَعَمَلاً مُتَقَبَّلاً

Maksudnya: “Ya Allah, aku memohon kepada-Mu ilmu yang bermanfaat, rezeki yang baik dan amalan yang diterima.”

Riwayat Ibn Majah (925), al-Nasa’ie dalam al-Sunan al-Kubra (9930) dan Ahmad (26602)






Sikap menghargai dan menepati masa yang beliau tunjukkan juga adalah satu perkara yang perlu dicontohi.


Moga memberi kesan dalam hati anak-anak juga. Moga Allah redha.

Wednesday, August 20, 2025

Mengapa tulis ulasan/ review buku?

 بسم الله الرحمن الرحيم


Entri ini ditulis pada 23/1/23


Tujuan utamanya ialah: Sharing is caring. Perkara yang kita suka dan rasa bermanfaat untuk diri kita, kita juga suka orang lain turut mendapat manfaatnya. 


Menulis review buku bukan sahaja untuk menggambarkan pandangan peribadi, tetapi ia juga antara cara pembaca memberi sokongan dan penghargaan kepada penulis.


Saya menyokong usaha MENGHIDUPKAN dunia buku dengan menulis ulasan buku yang telah dibaca.


Mungkin ramai orang tak ada idea untuk beli buku apa? Review buku membantu mereka memilih buku yang sesuai.










Saya juga banyak membeli buku melalui pembacaan ulasan buku di media sosial.


Mula menulis ulasan buku seawal 2012 dulu di dalam blog:

https://cinta-rasul.blogspot.com/search/label/tentang%20buku.?m=1


Bacalah dan sebarkanlah manfaat.

Monday, August 18, 2025

Reviu buku: Penulis Yang Disayang Tuhan. Penulis: Bahruddin Bekri

 بسم الله الرحمن الرحيم


Entri ini ditulis pada 21/1/23


Walaupun saya sebenarnya bukanlah peminat karya fiksyen, tapi saya sifatkan kebanyakan karya penulis Baharuddin Bekri adalah out of the box dan mind blowing. 



Kehebatan karya pada plot yang penuh kejutan serta penamat cerita yang tak terjangkau dek akal dan tidak klise membuatkan pembaca teruja untuk terus-menerus membaca hingga tamat buku.


Perasaan yang sama dirasakan ketika membaca karya Andrea Hirata iaitu Guru Aini dan Orang-orang Biasa. 


Karya Baharuddin Bekri juga disulam dengan unsur-unsur keagamaan, kerohanian dan tauhid. Namun tidak membosankan pembaca. 












Di sebaliknya juga unsur lucu yang sangat menghiburkan membuatkan pembaca ketawa tak tertahan-tahan. Aduhai😅.


'Penulis yang disayang Tuhan' memang buku yang anda tak boleh nilai melalui luarannya. Kisah yang luar biasa! 


Kisah seorang penulis yang jatuh muflis setelah novel ketiganya dikomen. Berjumpa dengan penulis berjaya kemudian ditugaskan untuk bertemu dengan 4 individu dan mesti bertanyakan SATU SOALAN SAHAJA: 

"Mengapa kamu lakukan apa yang kamu lakukan sekarang?"


Karya yang membuatkan pembaca banyak berfikir.


Saya pernah post entri ini di Facebook dan mendapat maklumbalas daripada penulis:




Saturday, August 16, 2025

Pentingnya perisai Muslim

 بسم الله الرحمن الرحيم


Entri ini ditulis pada 21/1/23


Menyemai peri PENTINGNYA doa/ perisai Muslim dalam diri anak² kecil. Moga dapat diamalkan hingga akhir hayat. Amin.




Untuk rujuk doa harian ➡️ Apps perisai Muslim:








Ia sunnah Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam. Hati sentiasa ingat bahawa ALLAH sentiasa DEKAT.

Thursday, August 14, 2025

Kongsikan untuk dicontohi

 بسم الله الرحمن الرحيم


Entri ini ditulis pada 21/1/23


Ketika pengajian Jumaat, saya minta beberapa banat untuk ceritakan tentang perkara bermanfaat yang dilakukan ketika cuti panjang lepas. Moga-moga dapat dicontohi rakan-rakan lain.



Alhamdulillah sejuk hati dan optimis dengan perkongsian mereka yang berusaha untuk ISTIQAMAH dengan ibadah, menyuburkan budaya ILMU dan tazkirah bersama keluarga di rumah.


Setiap keluarga mempunyai prinsip dan cara mendidik yang berbeza. Namun, apa yang sentiasa kita harapkan ialah BANTUAN ALLAH DALAM MEMBENTUK KELUARGA BAHAGIA MENUJU KE SYURGA.

Tuesday, August 12, 2025

Bila sudah kaya

 بسم الله الرحمن الرحيم


Entri ini ditulis pada 19/1/23


Semalam baba bawa anak-anak pergi tahlil di rumah seorang penduduk Kuala Ketil.


Balik dari tahlil, bising Ahmad cerita semua orang dapat beg cenderahati dan RM100. Tetamu tahlil ada lebih 500 orang!



Terus terdetik dalam hati: 'Mudah saja untuk lakukan jika KAYA.' 


Itu baru kayanya manusia. Dan Allah itu Maha Kaya, Maha Berkuasa, Maha Memiliki, dan semua perkara AMAT MUDAH. كن فيكون. Yakinlah dengan kuasa Allah! 


Amat mudah bagi Allah untuk perkenankan permintaan hambaNya.

Saturday, August 9, 2025

HIDUP INI ADALAH PENGULANGAN.


بسم الله الرحمن الرحيم


Entri ini ditulis pada 20/1/23


Setiap hari kita ulang BANYAK RUTIN, KERJA yang sama. Itulah yang MEMBENTUK DIRI KITA. 



Kerana itu, jika ada TABIAT BURUK, cubalah sedaya upaya untuk tinggalkan. Ia MEMBENTUK DIRI KITA.


Semaikan rutin yang baik dan positif. IA MEMBENTUK DIRI KITA.

Thursday, August 7, 2025

Ayat yang menyentuh hati

 بسم الله الرحمن الرحيم


Entri ini ditulis pada 19/1/23


Allah lorongkan dapat dalami ilmu Al Quran sehingga phd, dan MASIH menuntut ilmu.


Dapat mengajar bidang yang kita tekuni bertahun-tahun adalah satu kepuasan. Terapkan kepentingan MERUJUK TAFSIR dan hayati ayat Al-Quran kepada pelajar.


Perbincangan yang bersemangat pada petang Jumaat lalu: " Setiap hari enti ulang hafazan, apakah ayat yang MEMBERI KESAN dalam diri enti?"



Dan saya mulakan sebagai memberi contoh, ayat-ayat yang MASUK JAUH DALAM HATI.

Tuesday, August 5, 2025

Perjalanan Al Quran dalam kehidupan

 بسم الله الرحمن الرحيم


Entri ini ditulis pada 18/1/23


Mendengar hafazan Al-Quran Abang Abbudey (Abdul Rahman) sekarang, kemudian membaca reaksi daripada saudara mara dan guru-guru sekolah rendah Abbudey dulu kepada status Whatsapp peribadi, membuat minda terbang ke 15 tahun lampau.


Allah rezekikan perjalanan bersama Al Quran yang tidak putus-putus dalam hidup. Hari demi hari. Tahun demi tahun. Itulah anugerah Allah yang amat berharga. Mungkin juga berkat usaha dan doa mak abah yang mendidik kami menghafaz Al-Quran dulu. Doa keberkatan dan kesejahteraan buat ibubapa kita semua.


Setiap hari berazam untuk memperbaiki, menambah ilmu bersama Al Quran. Memperbaiki bacaan, hafazan, memahami, menghayati dan mengamalkannya.


Dan perjalanan ini tiada kesudahannya sehingga akhir hayat. Hidup dan mati bersama Al Quran.





Sebagaimana Al Quran menjadi sahabat karib kita di dunia, setiap hari menelitinya, begitulah juga harapannya Al Quran menjadi pembela kita di akhirat sana. Insyaallah.






Allah pelihara kita semua dan mencambahkan cinta Al Quran dalam hati kita setiap hari. Amin.

Friday, August 1, 2025

Harapan.

 بسم الله الرحمن الرحيم


Entri ini ditulis pada 14/1/23


Langkah 

Menggapai cahaya

Tersungkur

Tersentak

Semua yang berlaku

Kerana rahmatNya

Yang diharap hanya

Keikhlasan

PenerimaanNya.



((Mereka (yang bersifat dengan sifat-sifat yang terpuji seperti itu) ialah Orang-orang yang Kami terima dari mereka amalnya yang baik yang mereka telah kerjakan,dan Kami ampunkan kesalahan-kesalahannya; (mereka akan dimasukkan) dalam kumpulan ahli Syurga, sebagai memenuhi janji yang benar, yang telah dijanjikan kepada mereka.)) Al Ahqaf: 16

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...