Monday, December 15, 2008

مراقبة الله

Seorang ulama di masa dahulu yang dikenali sebagai Imam Sahl bin Abdullah At-Tusturi. Beliau ialah seorang ulama tasawwuf yang sangat mashur pada zamannya. Beliau menetap di Basrah dan meninggal sekitar tahun 283H.


قال سهل بن عبد الله التستري رحمه الله : كنت في بواكير صباي أصحو في الليل على صوت خالٍ لي وهو يصلي، فقلت له علمني.
قال : يا سهل إذا أخذت مضجعك فقل: "الله ناظر إلي.. الله شاهد علي.. الله معي".
فقلتها حتى ذل بها لساني.
ثم قلت له : علمني.
قال: إذا كان الله ناظرا إليك .. وشاهدًا عليك .. وهو معك أينما كنت ... فكيف تعصيه؟!
قال: فسجدت سجدة أحسست فيها أن قلبي قد سجد فما أحببت أن أرفع.
فذهبت وسألته: إذا سجد القلب فمتى يرفع؟
قال: إذا سجد القلب فلا يرفع إلا عند لقاء الله

Ketika beliau anak kecil, bapa saudaranya pernah berkata kepadanya: “Setiap kali kamu masuk tidur, ucapkanlah:

"اَللهُ مَعِي …اَللهُ نَاظِرٌ إِلَيَّ.. اَللهُ شَاهِدٌ عَلَيَّ.. ".

Yang bermaksud: ((Allah bersamaku…Allah sentiasa melihatku…Allah sentiasa memerhatikanku.))”

Maka Abdullah bin Sahl At-Tusturi mengamalkan perkara itu sehinggalah ia menjadi sebahagian dari hidupnya. Dan menjadi orang yang paling takut untuk melakukan maksiat kerana terkesan dengan kata-kata yang sering diucapkannya itu. Jika Allah bersamaku, melihatku dan memerhatikanku, bagaimana aku tergamak untuk melakukan maksiat walaupun tiada orang lain bersamaku.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...