هو أستاذي وأبي وأخي وصديقي. أستاذ حين يقرئني القرآن ويصحح قراءتي. وأب حين يتفقدني ويعتني بي. وأخ حين يستمع إلي ويحل مشكلاتي وصديق حين يمازحني ويأخذني للتجوال في أنحاء سوريا. فوالله ما وجدت أحدا أطيب منه قلبا وأحسن منه خلقا.
تذكرت يوم تعرفت عليه في مقعد صف التأهيلي الثالث بمجمع الشيخ أحمد كفتارو. كان يشجعنا على حفظ القرآن وإتقان قراءته بالسند المتصل إلى الحبيب محمد صلى الله عليه وسلم . فجئته يوما بعد صلاة الفجر في إحدى طوابق جامع أبي النور لأسمعه القرآن, وبدأت بسورة الفاتحة. ولمدة أسبوعين أو أكثر كنت أعيد تلك السورة بأمره حتى مللت وكدت أترك الشيخ. فوفقني الله حتى أجيد وأحسن مخارج الحروف فتابعت القراءة حتى كدت أنهي القرأن. أحسن الله إلى هذا الشيخ وبارك فيه.
كان يحب الطلبة الأجانب ويحبونه. وكثيرا ما رأيته يختلط بهم ويأخذهم إلى المزرعة والمسبح والولائم.
كنت أسمعه القرآن في الجامع وفي محله وبيته وحتى في السيارة ليل نهارا, فعلا هو شيخ ينفع طلابه في كل وقت ومكان ولا يبالي بالكل والتعب . وللقصة متابعة....
Sheikh Mahir Hasan Munajjad-Moga Allah memeliharanya.
Beliaulah ustazku, ayahku, abangku dan sahabatku. Beliau ustaz ketika membacakan Al-quran dan memperbetulkan bacaanku. Ibarat ayahku ketika memeriksa keadaanku dan mengambil berat tentangku. Menjadi abangku ketika beliau menjadi pendengar masalahku dan menyelesaikan masalah yang membelengu diriku. Beliau bak sahabat tika mana bergurau dan membawa aku bersiar-siar di merata Syria. Tidak pernah berjumpa seseorang yang lebih mulia hatinya dan baik akhlaknya daripada beliau.
Masih terbayang di dalam memoriku saat pertemuan kali pertama dengan Sheikh Mahir ketika aku di Ta’hili tiga (pengajian diploma bahasa arab) di Mujamma’ Sheikh Ahmad Kiftaro. Beliau memberi galakan kepadaku supaya menghafal al-quran dan memperbaiki bacaan dengan mengambil sanad Al-Quran yang bersambung dengan Kekasih Hakiki, Muhammad SallahuAlaihiWasallam.
Hinggalah pada suatu hari, aku pergi berjumpa dengan beliau di Jamik Abu Nur selepas Solat Subuh dengan hasrat ingin memperdengarkan bacaanku. Bermula dari detik itulah aku membaca al-quran dengan beliau dan kerana kekurangan yang ada dalam diriku, aku terpaksa mengulang Surah Al-Fatihah selama dua minggu. Sampai aku rasa jemu dan hampir-hampir aku meninggalkan Sheikh. Tetapi Allah telah memberi petunjuk kepadaku dan aku dapat memperbaiki bacaaan dan makhraj huruf. Aku meneruskan bacaanku dengan Sheikh Mahir sehingga aku hampir khatam Al-quran. Moga Allah memberi kebaikan dan memberkati beliau.
Sheikh Mahir sangat rapat dengan pelajar bangsa asing. Sering aku lihat beliau bergurau senda dengan mereka dan membawa mereka bersiar-siar di taman, kolam renang dan kenduri. Kerana itu jugalah beliau disanjungi oleh pelajar-pelajar.
Aku selalu pergi mengaji dengannya tak kira siang atau malam. Bukan hanya di masjid sahaja, malahan di kedainya, dalam keretanya, dan di rumahnya.
Beliau seorang sheikh yang banyak memberi manfaat kepada pelajarnya sepanjang masa di mana sahaja tanpa menghiraukan rasa jemu dan penat.
Kisah ini baru sahaja bermula dan ada sambungannya……
Very good!
ReplyDeleteAlthough from different places, but this perception is consistent, which is relatively rare point!
ReplyDelete