1- Rasulullah i sangat berlemah-lembut dan memanjakan kanak-kanak.
Lihatlah, bagaimana muamalah Rasulullah i bersama cucunya, Hasan dan Husin. Betapa baginda i memanjakan kanak-kanak. Taraf baginda i sebagai ketua negara dan ummat sedikitpun tidak menyebabkan baginda sombong dan menjauhkan diri dari kanak-kanak.
عَنِ ابْنِ مَسْعُوْدٍ رَضِيَ اللهُ عَنْهُ قَالَ: كَانَ النَّبِيُّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يُصَلِّيْ، فَإِذَا سَجَدَ وَثَبَ الْحَسَنُ وَالْحُسَيْنُ عَلَى ظَهْرِه،ِ فَإِذَا أَرَادُوا أَنْ يَمْنَعُوهُمَا، أَشَارَ عَلَيْهِمَ أَنْ دَعُوهُمَا، فَلَمَّا قَضَى الصَّلاَةَ وَضَعَهُمَا فِي حجْرِهِ، وَقَالَ: «مَنْ أَحَبَّنِي فَلْيُحِبَّ هَذَيْنِ» رواه أبو يعلي بسند حسن.
Maksudnya:
Daripada Ibnu Mas’ud berkata: Pada satu ketika, nabi i sedang bersolat. Apabila baginda bersujud Hasan dan Husin memanjat belakang baginda i .
{HR Abu Ya’la}
2- Rasulullah i mengajar mereka kalimah tauhid dan al-quran walaupun di usia kecil.
عَنْ جُنْدُبِ بن عَبْد اللَّه قَالَ: "كُنَّا مَعَ النَّبِيِّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ وَنَحْنُ فِتْيَان حَزَاورة فَتَعَلَّمْنَا الإِيْمَانَ قَبْلَ أَن ْنَتَعَّلمَ القُرْآنَ، ثُمَّ تَعَلَّمْنَا القُرْآنَ فَازْدَدْنَا بِهِ إِيْمَانًا". أخرجه ابن ماجه وغيره
Maksudnya:
Daripada Jundub bin Abdullah berkata: ((Kami bersama Rasulullah i sewaktu kami kecil maka kami mempelajari iman sebelum kami mempelajari al-quran, kemudian apabila kami belajar al-quran maka bertambahlah iman kami.))
{HR Ibnu Majah}
3- Rasulullah i tidak melarang kanak-kanak bermain.
عَنْ عَائِشَةَ رَضِيَ اللهُ عَنْهَا قَالَتْ : [ سَابَقَنِي رَسُول اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فَسَبَقْتُهُ ، فَلَمَّا أَرْهَقَنِي اللَّحْم سَابَقَنِي ، فَسَبَقَنِي ، فَقَالَ : هَذِهِ بِتِلْكَ. ] صحيح مسلم
Maksudnya:
Daripada Aishah Radiallahu Anha berkata: Rasulullah i pernah berlumba lari dengan aku dan aku berjaya mengalahkannya, ketika badan aku semakin berisi Rasulullah i pula mengalahkan aku lalu baginda i berkata: ((Kemenangan ini untuk kekalahan hari itu.))
Perlu diingatkan di sini, walaupun Rasulullah i tidak melarang kanak-kanak bermain secara umumnya, tetapi apabila sampai masa-masa yang tententu seperti pada penghujung petang dan awal malam kerana syaitan berlegar-legar pada waktu itu.
4- Rasulullah i menyuruh ibu bapa mengajar mereka bersolat kerana ia adalah tiang agama.
Solat adalah perkara yang pertama yang akan ditanya kepada manusia apabila manusia menghadap Allah di akhirat nanti. Justeru Allah meminta ibu bapa mengajar anak-anak bersolat sedari kecil. Ibu bapa bukanlah hanya mengajar anak-anak kaifiat bersolat, tetapi mereka perlu menyedarkan anak-anak juga apa tujuan mereka bersolat, bagaimana pensyariatan solat itu terjadi dan apa hikmat di sebalik solat yang dikerjakan sehari semalam itu.
عَنِ ابْنِ عَبَّاسٍ رَضِيَ اللهُ عَنْهُمَا أَنَّ النَّبِيَّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ : (( مَنْ لَمْ تَنْهَهُ صَلاَتُهُ عَنِ الْفَحْشَاءِ وَالْمُنْكَرِ لَمْ يَزْدَدْ مِنَ اللهِ إِلاَّ بُعْداً .))رواه الطبراني
Maksudnya:
Daripada Ibnu Abbas Radiallahuanhuma bahawa nabi i bersabda: ((Barangsiapa yang solatnya tidak menghalangnya dari melakukan maksiat dan kemungkaran maka dia adalah semakin jauh daripada Allah.))
{HR At-Tabrani}
5- Rasulullahi hanya menyuruh ibu bapa memukul mereka kerana tinggalkan solat dan bermalas-malas untuk mendirikannya, itupun pada umur sepuluh tahun, bukan kurang dari itu dan bukan kerana perkara-perkara remeh yang lain.
عَنِ ابْنِ عَبَّاسٍ عَنِ الرَّسُولِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّم قَالَ : (( عَلِّقُوا السَّوْطَ حَيْثُ يَرَاهُ أَهْلُ الْبَيْتِ ، فَإِنَّهُ أدب لَهُمْ.)) رواه الطبراني
Maksudnya:
Daripada Ibnu Abbas Radiallahu Anhu daripada Rasulullah i bersabda: (( Gantunglah cemeti di tempat yang dilihat oleh ahli rumah, maka sesungguhnya ia dapat mendisiplinkan mereka)) {HR At-Tabrani}
6- Rasulullah i menanam semangat berusaha dan berlumba-lumba dan menggalakkan mereka dengan hadiah kerana ia dapat mengeluarkan bakat yang terpendam.
7- Rasulullah i mengasah minda para sahabat termasuklah kanak-kanak dengan bermain teka-teki.
8- Rasulullah i tidak memperkecilkan kanak-kanak.
9- Mengajar mereka adab, doa-doa dan akhlak mulia
10- Rasulullah i mengingatkan ibu bapa supaya jangan mengajar mereka menipu dan berhati-hati dengan dosa-dosa yang kecil.
YA RASULULLAH, BETAPA INDAHNYA AKHLAKMU, BETAPA LUHURNYA PERIBADIMU...
اللهم صلِّ على سيدنا محمد
*PETIKAN BUKU MOTIVASI RASUL oleh Amri Mohd Nason dan Aishah Hashimee yang bakal diterbit....
No comments:
Post a Comment