Friday, March 29, 2019

Menghafal Matan Tajwid Tuhfatul Athfal

بسم الله الرحمن الرحيم

**Entri ini ditulis pada 14/12/2018

Alhamdulillah sejak Daurah Tajwid musim cuti hujung tahun bersama tenaga pengajar dari Mesir, ada ilmu baru yang anak-anak belajar iaitu tentang menghafal matan tajwid Tuhfatul Athfal.

Saya juga pertama kali mendengar matan ini. Sebelum ini hanya pernah menghafaz matan Tajwid Jazariah sahaja,

Seronok mereka menghafaz matan Tuhfatul Athfal ini, sehingga Ahmaz Zaid pun dapat menghafaz sedikit.

*Matan: ialah rangkap syair bahasa Arab yang menghimpunkan formula-formula tertentu.

Dalam daurah ini mereka menghafaz matan yang menghimpunkan beberapa kaedah hukum tajwid.

Video mereka belajar menghafaz Matan Tuhfatul Athfal di Maahad.


Mereka menghafaz matan ini mengikut rentan seperti dalam video ini, yang dibaca oleh qari alquran terkenal, Sheikh Saad Al-Ghamidi


Suka mendengar rentak mereka menghafaz matan ini, seakan-akan ringan dan mudah untuk dihafaz.
InsyaALLAH saya menggalakkan anak-anak untuk hafaz matan ini sehingga tamat, iaitu 61 bayt syair.

InsyaALLAH pada entri akan datang, saya akan kongsikan video anak-anak menghafaz matan ini dan cara mereka menghafaz.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...