Thursday, June 20, 2024

UNLIMITED OVERTHINKING.

 بسم الله الرحمن الرحيم


Entri ini ditulis pada 12/3/22


Bila diingatkan, setiap fasa kehidupan ada kebimbangannya.


Kebimbangan tentang kesihatan, harta, kegagalan, rezeki, jodoh dan banyak lagi. Bila lihat orang lain juga ada begitu.


Ketika kanak-kanak pernah risau,kalau aku jadi anak yatim, nak tinggal mana?


Mana ta'hilli, pernah menangis jumpa Anisah Huda Hayk, mengadu takut rosib pada Imtihan akhir. Padahal Imtihan awal dapat Mumtaz. Anisah pun gelak😅. Lagipun sebab sakit perubahan cuaca time tu



Habis belajar, takut tak dapat kerja. Pernah give up, risau anak tak habis hafaz Al-Quran.


Ketika Syria perang, risaukan keselamatan diri dan keluarga. Risaukan anak-anak nak masuk universiti lepas ni, risaukan hari tua.....Begitulah kerisauan yang tak kesudahan.


Bak kata Dijah: Kau terlalu banyak masa untuk risaukan macam-macam dan cipta masalah yang tak ada.😅

Apa-apa pun ubatilah kerisauan tu dengan doa dan usaha.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...