Wednesday, April 30, 2025

Pengalaman menyertai kelas Bahasa Arab Online

 بسم الله الرحمن الرحيم


Entri ini ditulis pada 26/11/22


Walaupun suara 'sengau' hari ini, banyak urusan luar rumah perlu diselesaikan, Ahmad tak sihat, sedaya-upaya cuba untuk masuk kelas Bahasa Arab online hari ni.


Kelas online, dok tang mana pun kita boleh masuk kelas lagi, insyaallah 😅.



Kitab 'Sahlawaih' yang digunakan dalam kelas ini adalah himpunan antologi kisah fiksyen berlatarbelakangkan pelbagai negara dalam setiap cerita. Perkataan yang mudah-mudah. 


Saya sertai dengan tujuan mengulangkaji teknik bacaan dan nahu Bahasa Arab yang sudah berhabuk.



Bacaan lambat- lambat sebab sambil baca sambil fikir i'rab perkataan tersebut.

Monday, April 28, 2025

Kemahiran mengatur kerja

 بسم الله الرحمن الرحيم


Entri ini ditulis pada 25/11/22


Sebenarnya dah lama saya ingin menulis tentang kemahiran mengatur kerja.


Teringat tulisan dalam buku DEMI MASA oleh Abu Hassan Morad: "Mengatur kehidupan itu bermula dengan mengatur rutin harian."



Menyusun kehidupan itu bermula dengan menyusun rutin harian. 


Kita mahu diri kita, anak2, keluarga yang bagaimana pada 10 tahun yang akan datang (contohnya)? Plan dan rancanglah sebaiknya. 


Pukul berapa bangun tidur? Apa yang mahu dilakukan seawal pagi? Masa tidak menunggu kita. 


Berdoalah sentiasa moga Allah berikan yang terbaik di dunia dan akhirat


Petikan buku CIKGU, ANAK SAYA OKEY? oleh Wan Zayuhisham Wan Yusoff ini mengingatkan saya tentang kepentingan merancang kerja.




Siapa saja kita samada pelajar, pekerja atau apa saja, kemahiran mengatur kerja dengan sistematik dan teratur sangat diperlukan bila banyak kerja datang serentak.


Fikir dan buat kategori:

1. Dahulukan kerja yang lebih utama.

2. Dahulukan kerja yang berkaitan dengan orang lain berbanding kerja peribadi.

3. Dahulukan kerja yang datelinenya datang dulu.


Buat senarai kerja sangat membantu menyelesaikan masalah dari serabut memikirkan kerja yang bertindan-tindan.

Thursday, April 24, 2025

Anak-anak: membanggakan atau menyedihkan?

 بسم الله الرحمن الرحيم


Entri ini ditulis pada 16/11/22


Lumrah menjadi ibu bapa, sebagaimana ada detik anak-anak membanggakan kita, ada juga detik yang kita sedih dengan mereka. 


Dunia bukan syurga, ia tempat ujian. Bahagia dan indah berpanjangan itu hanya di syurga.



Ada hari hingga menitis air mata mendoakan anak-anak. Mereka bukan malaikat, kita juga bukan malaikat.


Baca dan praktikkanlah teori mendidik anak-anak, dan lebih utama dari itu ialah DOA. Hanya kepada Allah kita memohon agar dipelihara dari maksiat, dikurniakan kecemerlangan dunia dan akhirat.


Dan kita juga adalah seorang ANAK yang penuh dengan kekurangan.

Tuesday, April 22, 2025

Kemanisan kejayaan selepas jerih berusaha

 بسم الله الرحمن الرحيم


Entri ini ditulis pada 16/11/22


Tahun lepas ketika abang selesai syahadah, Abdullah agak sedih kerana belum selesai syahadah.


"Adik baru tingkatan 1, banyak masa lagi untuk buat syahadah." Pesan baba.



Abdullah sangat pulun buat syahadah sampai stressnya orang sekeliling pun perasan.


"Adik tak lepas lagi syahadah juzuk ni." Begitulah aduannya bila datang tasmik.


"Ulang banyak kali. Kesilapan yang dah tanda dalam Al Quran tu perati elok-elok, jangan salah lagi." Itu sahaja nasihat yang mampu diberikan.



Lepas habis syahadah barulah nampak senyumnya. Kalau tak, muka stress yakmat. Moga Allah berkati segala susah payah hambaNya menjaga hafazan Al-Quran. Terus istiqamah murajaah Al Quran hingga akhir hayat.


Kemanisan kejayaan itu amat dirasai selepas jerih perit berusaha.

Sunday, April 20, 2025

Reviu buku: Ayahanda. Penulis: Azizi Abdullah

 بسم الله الرحمن الرحيم


Entri ini ditulis pada 14/11/22


Walaupun sebelum ini saya lebih gemar membaca buku bukan fiksyen, tetapi buku fiksyen ini dipilih selepas membaca banyak reviu tentangnya.


Membaca buku ini membuatkan hati hiba, sebak, kecewa, malu sendiri.


Mengisahkan kisah seorang lelaki tua yang kematian isteri, dikelilingi anak-anak dalam kehidupan kampung yang sederhana. 



Pelbagai kisah keluarga yang berlaku. Salah faham, perselisihan dalam keluarga, kekacauan emosi dan jiwa. Yang mungkin juga sama dengan realiti kehidupan kita.



Kekecewaan yang menikam pedih. Ia kisah yang penuh dengan emosi.

Friday, April 18, 2025

PERNAH RASAKAN DIRI SENDIRI TERUK?

 

بسم الله الرحمن الرحيم


Entri ini ditulis pada 13/11/22


Bagi saya ia satu perasaan yang selalu berulang-ulang. 


Saya pernah kongsikan perasaan ini kepada rakan sekuliah, Aayah dari Romania. Jawapannya sangat mengejutkan. Masih diingati walau sudah 20 tahun berlalu.



"Jangan risau. Bagus kamu rasakan diri teruk. Supaya kamu boleh berusaha perbaiki diri. Kamu rasa teruk, kamu berdoa kepada Allah agar islah diri kamu. Daripada kamu sentiasa rasakan diri kamu TERPALING MULIA, TERPALING HEBAT dan lupa anugerah Allah."

Wednesday, April 16, 2025

Menerapkan ayat Al-Quran dalam mendidik anak-anak

 بسم الله الرحمن الرحيم


Entri ini ditulis pada 12/11/22


Masyaallah. Hebatnya bila nilai-nilai Islam dan ayat Al Quran dapat diterapkan dalam kehidupan seharian bersama anak-anak.


Moga dapat kita contohi. Amin


Perkongsian daripada rakan sepengajian di Kuliah Dakwah dulu.





Monday, April 14, 2025

Harga sebuah KOMITMEN dan KONSISTEN

 بسم الله الرحمن الرحيم


Entri ini ditulis pada 12/11/22



Banyak perkara dalam hidup ini perlukan KOMITMEN dan KONSISTEN, KECEKALAN, KETEGUHAN, ISTIQAMAH untuk berjaya. Melakukan dengan tekun, bukan sambil lewa.


Termasuklah dalam menghafaz Al-Quran. Kita tidak mempunyai minda sehebat Imam Asy Syafie yang mampu menghafaz dengan sekali pandang. 



Mampu hafaz Al-Quran sehingga khatam dan INGAT dengan BAIK membuktikan RAHMAT ALLAH yang menjayakan usaha kita.


Dan ia bukan hanya sekadar itu. Ilmu Al Quran itu luas. TIADA PENGHUJUNGNYA. Baca, hafaz, ulang, faham, hayati, kaji, amal.

Saturday, April 12, 2025

Reviu buku: Isteriku Seorang Doktor. Terbitan: Koleksi Tarbiah Sentap

 بسم الله الرحمن الرحيم


Entri ini ditulis pada 7/11/22




Bukan buku tentang cintan-cintun. Tetapi antologi kisah-kisah benar tentang REALITI kehidupan rumahtangga yang 'fragile'. Sepatah kata saja mampu merobohkan kebahagiaan yang lama disemai. Perlu banyak berdoa.


Kehidupan seharian yang berbeza dipamerkan dalam buku ini mengingatkan kepada hikmah:

تَنوَّعتْ أجناسُ الأعمالِ لتنوُّعِ وارداتِ الأحوالِ

"Amal itu bermacam-macam sesuai keadaan manusia yang pelbagai.”


Pintu syurga itu luas. Amal ibadat itu pelbagai mengikut keadaan yang Allah takdirkan kita di situ. Yang penting: niat yang ikhlas dan amalan berlandaskan syariat.


Antara petikan buku yang menyentuh hati:









Thursday, April 10, 2025

Sebalik pejuang ilmu

 بسم الله الرحمن الرحيم


Entri ini ditulis pada 4/11/22



Rintik hujan mencurah ganas.

Sang anak berlindung dari titis air

Berbentengkan tubuh ibu 

tabah menunggang motosikal.

Biar dingin, biar basah

Melunaskan amanah

Tidak jemu berkorban

Tidak hirau kepayahan  

Biar dada anak dipenuhi ilmu

Mengenal Allah, mengerti Islam



Penuh kasih, penuh kelembutan 

Menukar baju lencun anak

Menyarung jubah tolibul ilmi

Bersih kemas wangi

Bersalaman mengucup berdoa

Buat anak, sang penuntut ilmu.


Dan aku hanyalah saksi

Tulus kasih ibu

Memendam sebak.

Tuesday, April 8, 2025

Tangan kecil itu

 بسم الله الرحمن الرحيم


Entri ini ditulis pada 4/11/22


Ini antara doa yang dibaca (selain doa pagi & dan doa keluar rumah) sama-sama dengan Ahmad Zaid setiap pagi ketika berjalan kaki melangkah ke sekolah.



Keluar awal pagi, tenang, melangkah sambil memimpin tangan kecil itu.



Sungguh mengharapkan keberkatan dalam mendidik anak-anak ketika kecil, moga membekas hingga akhir hayat mereka.

Sunday, April 6, 2025

Reviu buku: Siri Pujuklah Hati 5 : Throw Back. Penulis: Bonda Nor

 بسم الله الرحمن الرحيم


Entri ini ditulis pada 3/11/22


Pernahkah anda baca buku yang rasanya seperti kena lempang berkali-kali? 😅


Atau jika kandungan buku ini dishare oleh rakan anda dalam medsoc, terasa seperti: 'ni mesti nak sindir aku ni.'😅



Begitulah pendapat saya tentang buku dari SIRI PUJUKLAH HATI.


Merawat plot-plot dalam kehidupan yang sangat dekat dengan kita. Sangat bagus walau berulang kali rasa tersindir.😅


Banyak isi yang memberi kesan dalam hati.


Antaranya, inilah yang saya kongsikan:


Hayatilah:






















Friday, April 4, 2025

Masa darjah 2 dulu hafal surah apa?

 بسم الله الرحمن الرحيم


Entri ini ditulis pada 28/10/22


🧕🏻: Ahmad, pi hafal Quran.


👦🏻: Mama masa darjah 2 dulu hafal surah apa dah?


🧕🏻: Mama dulu tak pandai macam Ahmad, darjah 2 baru hafal Al-Masad, masa tu tak masuk tahfiz lagi. Tapi, mama habis hafal Quran umur 14, abang Abbudey habis hafal umur 12, abang Abdullah habis hafal umur 11.



👦🏻: Baba, baba darjah 2 dulu hafal surah apa? Mama darjah 2 dulu, baru hafal surah Al Masad.😑


( Pasni, habis semua orang Ahmad tanya soalan ni)😑


NOTA GAMBAR: Catat tarikh khatam hafazan di muka belakang dalam Al-Quran.

Wednesday, April 2, 2025

Salurkan pemikiran ke arah yang betul, jauhilah stress

 بسم الله الرحمن الرحيم


Entri ini ditulis pada 27/10/22


Pengajian KITAB HIKAM yang diikuti setiap pagi sebelum pergi kerja. Ada Bahasa Arab dan Melayu. Ada beratus-ratus siri. Menyedarkan diri HAKIKAT SEBENAR KEHIDUPAN DAN KEHAMBAAN.







Salurkan pemikiran kepada ilmu. Jika tidak, ia akan berfikir perkara yang tidak perlu, yang negatif. Syaitan menguasai pemikiran. Bermujahadahlah. 



Masyaallah pengajian kitab Hikam sangat bagus. Selalu pesan kat banat: Berkatnya ilmu pengarang kitab Hikam ni, dah beratus tahun meninggal dunia (709H), tapi kitabnya masih diajar serata dunia. Banyaknya pahala mengalir untuk pengarang. Beruntungnya.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...