Wednesday, November 4, 2026

Menghargai nikmat kesihatan

 بسم الله الرحمن الرحيم 

 Entri ini ditulis pada 2/11/2024


Antara anugerah nikmat Allah yang besar yang amat dirasai bila kehilangan ialah: KESIHATAN UNTUK MELAKUKAN PEKERJAAN.







Dapat buat kerja dengan TENANG dan SIHAT itu Masya Allah, sangat TERASA nikmatnya selepas kita lega dari sakit.😢


Selalunya akan pasang earphone dengar kuliah sambil-sambil kemas rumah. Rumah bersih, ilmu pun dapat. Alhamdulillah.

Tuesday, November 3, 2026

PENGALAMAN PERTAMA MENYAMPAIKAN KULIAH DI HADAPAN SISWA-SISWI TURKIYE.


بسم الله الرحمن الرحيم 


Entri ini ditulis pada 1/11/2024


Catatan ini adalah untuk merakam kenangan.


Kisahnya bermula sebulan yang lalu bila pensyarah yang mengajar saya di Mujamma' Sheikh Ahmad Kiftaro 20 tahun lalu memberi cadangan untuk saya menyampaikan kuliah menerangkan tentang perjalanan Maahad Al Iman Li Ulumil Quran kepada siswa-siswi Turkiye di akademik tempat beliau mengajar di Istanbul, Turkiye.


Walaupun hati ini pada mulanya malu dan berat untuk menerima, namun berat lagi untuk menolak pelawaan guru sendiri.



Saya menerima pelawaan Anisah Maha. Alhamdulillah 30/10/2024 Hari Khamis, Allah mudahkan untuk sampaikan kuliah selama sejam dan sesi soal jawab.


Alhamdulillah, satu pengalaman yang indah berkongsi pendapat, bertukar-tukar pengalaman bersama siswa-siswi Turkiye.


Antara soalan yang diajukan oleh siswa-siswi Turkiye semalam: "Bagaimana nak rasakan kelazatan menuntut ilmu?"


Mendengar soalan tersebut, saya teringatkan diri sendiri 20 tahun lalu di Syria mencari SEMANGAT MENUNTUT ILMU.



Teringat juga pelajar banin banat Maahad sekarang yang sedang struggle berjuang di alam universiti. Kita sama, masalah kita hampir sama, sama-sama mencari motivasi untuk menuntut ilmu.


Banyakkanlah membaca/ dengar kuliah (online pun boleh) perjalanan ulama-ulama silam mencari ilmu, tinggi hormat mereka kepada guru dan ilmu, insyaallah anda akan temui BANYAK INSPIRASI/ PENGUAT HATI dalam perjuangan menuntut ilmu.

Monday, November 2, 2026

KIRIMAN PERTAMA KE SOLO.


بسم الله الرحمن الرحيم 


Entri ini ditulis pada 1/11/2024.


Alhamdulilah ini adalah kiriman buku tanda ingatan kepada Abang Abbudey di Solo sudah sampai.


Mama tak bagitahu Abang Abbudey pun yang ada pos buku untuknya. Saja buat kejutan.




Mama minta kedai buatkan kad ucapan dan pos kepada Abang Abbudey di Solo.


Sebenarnya kos pos ke Solo agak mahal juga. Tapi tak apalah, sebagai tanda ingatan kasih sayang mama dan baba kepada Abang Abbudey, moga sentiasa dalam jagaan Allah, sentiasa bersemangat menuntut ilmu, insyaallah.




Sunday, November 1, 2026

Usaha Ahmad Zaid (9 tahun) untuk jaga hafazan sekarang


بسم الله الرحمن الرحيم 


Entri ini ditulis pada 30/10/2024


Makin banyak hafazan, kalau tidak ulang dengan baik, MUDAH saja nak boleh lupa.


Untuk usaha jaga hafazan Al-Quran, waktu petang Ahmad mula ulang hafazan dan tasmik. Kalau tak hujan, lepas Asar keluar main. Maghrib sambung pula ulang hafazan.



Pagi bangkit tidur pukul 5 pagi, sarapan, sambung lagi tasmik dan ulangkaji pelajaran.



Beginilah juga lebih kurang rutin abang-abangnya juga dulu. Kita usaha jaga hafazan Al-Quran, insyaallah Allah semat kukuhkan Al Quran dalam hati. Amin.


Kita mohon KEBERKATAN dan KEBAHAGIAAN hidup bersama KALAM ALLAH setiap hari. Amin.

Saturday, October 31, 2026

Rakan: fasa baru dalam kehidupan

 بسم الله الرحمن الرحيم 


Entri ini ditulis pada 25/10/2024


Semoga Abang Abbudey dikurniakan rakan-rakan yang mendorong ke arah kebaikan, ilmu, dan dekat dengan Al Quran dan ingat kepada Allah.



Fasa baru dalam kehidupan, dulu semua kawan-kawan Abang Abbudey anak murid mama dan baba, lani bukan dah😅

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...