Thursday, April 30, 2026

Bila pelajar mengadu lupa hafazan Al-Quran.

 بسم الله الرحمن الرحيم


Entri ini ditulis pada 9/9/23


Bila pelajar mengadu tentang lupa hafazan, ia ada perkara YANG BAIK dan ia adalah KUNCI untuk terus berusaha mengulang hafazan sehingga KUKUH DAN BERKUALITI.


Yang bahayanya bila tiada rasa sedih, risau, gelisah BILA AL QURAN YANG PERNAH DIHAFAL DILUPAKAN DAN TIDAK MENGULANG.



Sebelum menasihati pelajar supaya jaga hafazan, sayalah yang kena BUAT DULU. Kerana itu setiap hari ada kelas tasmik online dengan ustazah.

https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=10220651928193513&id=1394678315&mibextid=CDWPTG


KHATAM AL-QURAN BUKAN SATU DESTINASI, TAPI SEBUAH PERJALANAN HINGGA MATI.


Post nasihat ini selalu saya baca lambat-lambat, hayati, ulang baca banyak kali, dan saya berikan kepada pelajar-pelajar yang mengadu lupa hafazan.



Sabar dan syukur kunci utama dalam menjaga hafazan, Allah akan bukakan pintu rezeki seluas-luasnya.


Hidup dan mati kita bersama Al Quran.

Tuesday, April 28, 2026

Sejarah berulang

 بسم الله الرحمن الرحيم


Entri ini ditulis pada 8/9/23


22 tahun dulu, masa di Syria, abah pesan pi lah tasmik Al Quran dengan Anisah (guru Al Quran). Abah pesan kat adik-adik sekali suruh tasmik. Alhamdulillah semua sempat buat Syahadah Al Quran.


Sekarang kita pula pesan kat anak-anak suruh tasmik dengan Sheikh di Maahad. Gitulah sejarah berulang. 



Anak-anak mungkin masih keliru menentukan landasan masa hadapan mereka, kita sebagai ibubapalah yang perlu membantu mereka membuat keputusan.


Moga mereka dapat ilmu dan amal lebih baik daripada kita.

Sunday, April 26, 2026

Kenapa kena baca Al Quran?

 بسم الله الرحمن الرحيم


Entri ini ditulis pada 8/9/23


KELAS DARJAH 2


🧕🏻: Kita mesti pandai Al Quran sebab kita orang Islam. Mesti baca Al Quran tiap-tiap hari. Kita pelajar ke, guru ke, mesti baca Al Quran tiap-tiap hari. Kita ajak mak abah kita, kakak, adik, abang kita kat rumah baca Al Quran. Sebab apa kita kena baca Al Quran?



👦🏻: Sebab kita orang Kedahhhhh...


🧕🏻: 😅🙃

Friday, April 24, 2026

Nikmat petang

 بسم الله الرحمن الرحيم


Entri ini ditulis pada 6/9/23




Kegembiraan petang hari, kepuasan bermain. Bila dah puas main, malam kena fokus hafal Al Quran semula.


Pengalaman. Zaman kanak-kanak dah berlalu, tinggal kenangan.

Wednesday, April 22, 2026

Kecemerlangan sejak usia kecil.

 بسم الله الرحمن الرحيم


Entri ini ditulis pada 6/9/23


Apabila membaca biografi tokoh-tokoh ulama terkemuka, saya dapati kebanyakan mereka mempunyai KECEMERLANGAN ILMU sejak usia kecil. 



Sangat pintar dan sentiasa mendapat KEPUTUSAN TERBAIK DALAM PENDIDIKAN walau ada yang dalam keadaan serba dhaif dan yatim.


Moga ada yang dapat kita contohi. Amin.

Monday, April 20, 2026

Silih berganti.

 بسم الله الرحمن الرحيم


Entri ini ditulis pada 1/9/23


HIDUP DI DUNIA INI TIDAKLAH BAHAGIA GEMBIRA BERTERUSAN, Itu di syurga nanti. 


Di dunia ada hari ceria, ada hari duka, ada masa bersemangat, ada masa lemau, ada sihat, ada sakit, ada gelak ketawa, ada air mata. Begitulah.



"Dan masa (kejayaan, kehancuran, kegembiraan, kesedihan) itu Kami gilirkan di antara manusia (agar mereka mendapat pelajaran)." Ali Imran: 140

Saturday, April 18, 2026

Audio book yang best

 بسم الله الرحمن الرحيم


Alhamdulillah, saya sangat suka dengan audio book. Pagi-pagi sambil kemas rumah, boleh dengar audio book. Alhamdulillah atas nikmat teknologi.






Masih dengan audio book tentang perjalanan hidup Sheikh Yusuf Al Qaradhawi. Baru sampai kisah ketika beliau universiti, sangat bersemangat untuk menjadi siswa yang TERBAIK, pengalaman beliau dipenjarakan namun ia TIDAK MENGHALANG mereka untuk terus solat berjemaah, tazkiyatun nafs dan menambah ilmu.


Masyaallah, kisah yang penuh barakah dan semangat.

Thursday, April 16, 2026

Pengorbanan ibu ayah demi kejayaan anak-anak

 بسم الله الرحمن الرحيم


Entri ini ditulis pada 25/8/23


"Guru itu sentiasa mengharapkan kejayaan pelajar di masa hadapan." Kata-kata Anisah Maha, pensyarah Usul Hadis 20 tahun lalu yang masih diingati.



Alhamdulillah 2 pelajar yang dikenali sejak darjah 1 bertahun-tahun dulu berjaya khatam hafazan Al-Quran.



Pastinya pengorbanan ibu ayah amat besar untuk 6 orang anak. Pengorbanan material, kekuatan jiwa mendidik anak-anak, air mata kesabaran semua itu pastinya tak mudah dan sudah tentu bukan sia-sia. Ianya bernilai di sisi Allah.

Tuesday, April 14, 2026

Majlis khatam Al-Quran kali ke-5

 بسم الله الرحمن الرحيم


Entri ini ditulis pada 24/8/23


Alhamdulillah majlis khatam hafazan Al-Quran kali ke-5 meraikan 11 orang pelajar Thanawi kali.



Setiap kali majlis khatam pun masih rasa syahdu.



Insyaallah memberi semangat kepada pelajar lain untuk terus bersemangat menghafaz dan belajar Al Quran.


Selamat menjaga hafazan Al-Quran buat semua Huffaz. Teruskan menuntut ilmu Al Quran.

Sunday, April 12, 2026

Apabila mula lupa hafazan Al-Quran yang lama

 بسم الله الرحمن الرحيم


Entri ini ditulis pada 19/8/23


Realitinya: makin banyak juzuk hafal, makin mudah lupa. Ahmad pun dah mula lupa-lupa hafazan lama bila masuk juzuk 24. 








Cuba untuk atasinya dengan tambah aktiviti 'tebuk/soal' di samping murajaah harian.


Dulu masa kecik, selalu marah Ahmad baca iqra' suara perlahan macam 🐜. Lani selalu pesan: "baca suara biasa ja, tak payah menjerit." 🙃

Friday, April 10, 2026

Kebahagiaan keluarga dan hidup

 بسم الله الرحمن الرحيم


Entri ini ditulis pada 18/8/23


USIA KANAK-KANAK AMAT BERHARGA. Inilah masa untuk kenalkan ASAS dalam kehidupan.


Usahalah bersungguh-sungguh untuk MAHIR baca Al Quran sebelum melangkah ke alam sekolah menengah. Itulah kitab UTAMA kita sebagai ORANG ISLAM.





Belajar Al Quran bukan sekadar di sekolah. Jadikanlah ia IBADAH HARIAN dalam KELUARGA KITA.


Jadikanlah AL QURAN itu KEBAHAGIAAN KELUARGA dan HIDUP kita, insyaallah.

Wednesday, April 8, 2026

Audio book perjalanan hidup Sheikh Yusuf Al Qaradhawi. ابن القرية والكُتَّاب

 بسم الله الرحمن الرحيم


Entri ini ditulis pada 13/8/23


Ada inspirasi pada perjalanan hidup orang-orang yang HEBAT.


Dah lama saya nak baca kisah hidup S.Yusuf Al Qaradhawi yang beliau tulis sebanyak 6 jilid. Bertajuk ابن القرية والكُتَّاب (Anak kampung dan tempat mengaji).



Seorang anak yatim dibesarkan dalam kehidupan kampung yang sangat dhaif, tapi memiliki minda yang AMAT CERDAS. Catatan yang terperinci, macam dairi.




Alhamdulillah. Allah temukan saya dengan audio book tersebut. Setengah jilid = 3.5 jam. Amat banyak manfaat yang dapat, masyaallah.

Monday, April 6, 2026

Nikmat alat permainan anak-anak

 بسم الله الرحمن الرحيم


Entri ini ditulis pada 6/8/23


Antara nikmat BAHAGIA yang Allah kurniakan kepada KITA masa anak-anak kecik ialah ALAT PERMAINAN.


Dalam bermain, ada KEMAHIRAN yang mereka dapat.


Anak-anak lelaki mesti suka BOLA SEPAK, tiap-tiap petang mesti nak keluar main bola. Yang paling kuat main bola: Ahmad. Banyak bola pecah Ahmad sepak.🤦🏻‍♀️



Abbudey dulu suka Lego. Beli Lego (murah) yang PALING SUSAH bagi Abbudey, dia boleh buat.


Abdullah pula dulu selalu ralit kalau dapat buku aktiviti. Sampai lani pun Abdullah adalah anak yang boleh pegang/ baca buku tanpa diajak/ disuruh. Alhamdulillah.


Bila anak-anak dah remaja ni, terkenang zaman depa suka main dulu. Itulah NIKMAT ALLAH kepada kita.

Saturday, April 4, 2026

Menjaga Hafazan AL QURAN

 بسم الله الرحمن الرحيم


Entri ini ditulis pada 6/8/23


Antara sedikit usaha saya untuk jaga hafazan Al-Quran ialah:

5x seminggu tasmik (1 juz sehari)

2x seminggu tebuk hafazan.


Usaha yang sedikit berbanding pelajar-pelajar tahfiz yang mungkin tasmik lebih 3,4 juzuk sehari.


Antara cabaran tasmik ialah bila batuk-batuk dan hilang suara😢.



Moga kelak kita tidak dipersoalkan kerana MENGABAIKAN AL QURAN YANG PERNAH DIHAFAL. 


Doa saya moga Allah kurniakan usaha yang lebih kepada anak-anak dan pelajar-pelajar untuk MENJAGA HAFALAN AL QURAN.

Thursday, April 2, 2026

Memupuk minat membaca dalam diri anak-anak

 بسم الله الرحمن الرحيم


Entri ini ditulis pada 24/7/23.


Belajar membaca itu tak mudah, perlu konsisten. Memupuk minat membaca juga tidak mudah. Lagi-lagi ada saingan perkara lain yang lebih menarik dan menghiburkan.



Sementara masih kecik, boleh ajak membaca sikit-sikit setiap hari.



Sambil hati berdoa moga Allah campakkan rasa CINTA kepada buku dan ILMU SEPANJANG HAYAT. Insyaallah.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...