Saturday, May 30, 2026

Tangis tawa zaman pasca siswazah

 بسم الله الرحمن الرحيم


Entri ini ditulis pada 16/10/23


Antara tangis tawa suka duka zaman mengaji pascasiswazah. 🤣



Buat anak-anak banin banat yang masih mengaji, kuatkan semangat, banyakkan berdoa. Kesukaran ketika mengaji akan menjadi kemanisan, kenangan indah bila dah tamat mengaji nanti.


Bila dah habis mengaji, tepuk bahu sendiri, cakap pada diri sendiri: "Well done myself, kau dah berjaya harungi kesukaran dan selesaikan misteri-misteri/ cabaran-cabaran yang diberikan."🥲

Thursday, May 28, 2026

Reviu buku: Seribu Wajah Ayah. Penulis: Azhar Nurun Ula

 بسم الله الرحمن الرحيم


Entri ini ditulis pada 8/10/23


Penyesalan yang amat menyakitkan apabila melibatkan pemergian yang tiada kembali lagi.



Buku ini sarat dengan perasaan dan ayat-ayat yang indah.











Mengisahkan tentang pengorbanan seorang ayah membesarkan anaknya tanpa isteri di sisi.


Adakah pengorbanan itu terbalas?


Ebook ini boleh dibaca di link ini:

https://play.google.com/store/books/details?id=AKraDwAAQBAJ

Tuesday, May 26, 2026

Perjuangan kita.

 بسم الله الرحمن الرحيم


Entri ini ditulis pada 6/10/23


PERJUANGAN KITA adalah untuk MEMPERTAHANKAN iman, akidah, ibadah, akhlak, hati HINGGA ke hembusan nafas terakhir. 


Hingga bertemu Husnul Khatimah.



(( Oleh itu, hendaklah engkau sentiasa tetap teguh di atas jalan yang betul sebagaimana yang diperintahkan kepadamu.)) Surah Hud: 112

Sunday, May 24, 2026

Berkongsi reviu buku online dan offline

 بسم الله الرحمن الرحيم


Entri ini ditulis pada 6/10/23


Sebagaimana puas hati bila berkongsi reviu buku di medsos, begitulah juga rasanya berkongsi reviu buku dengan pelajar-pelajar banat di hujung setiap pengajian petang Jumaat.



Cukup 5 minit sahaja untuk 1 sesi.


Moga dapat memupuk minat pelajar-pelajar membaca. Insyaallah.

Friday, May 22, 2026

Erti tarbiyah

 بسم الله الرحمن الرحيم


Entri ini ditulis pada 4/10/23





Kata Sheikh Bassam Ajek (Dekan kuliah dakwah kami dulu): dalam video ini: 


 

Tarbiyah itu adalah satu perjalanan yang amat panjang. Yang perlu bergantung sepenuhnya kepada Allah.


إذا لم يكن للفتى عون من الله

فأول ما يقضي عليه اجتهاده.


Jika bukan kerana sebab bantuan Allah, perkara pertama yang akan memusnahkan dirimu ialah usahamu.


وينشأ ناشئ الفتيان منا 

على ماكان عوده ابوه 


Seorang anak itu membesar di antara kita

Mengikut apa yang dibiasakan oleh orang tuanya


Doalah selalu:

رَبِّ أَوۡزِعۡنِيٓ أَنۡ أَشۡكُرَ نِعۡمَتَكَ ٱلَّتِيٓ أَنۡعَمۡتَ عَلَيَّ وَعَلَىٰ وَٰلِدَيَّ وَأَنۡ أَعۡمَلَ صَٰلِحٗا تَرۡضَىٰهُ وَأَصۡلِحۡ لِي فِي ذُرِّيَّتِيٓۖ إِنِّي تُبۡتُ إِلَيۡكَ وَإِنِّي مِنَ ٱلۡمُسۡلِمِينَ

(( Wahai Tuhanku, ilhamkanlah daku supaya tetap bersyukur akan nikmatmu yang engkau kurniakan kepadaku dan kepada ibu bapaku, dan supaya aku tetap mengerjakan amal soleh yang Engkau redai; dan jadikanlah sifat-sifat kebaikan meresap masuk ke dalam jiwa zuriat keturunanku. Sesungguhnya aku bertaubat kepadamu, dan sesungguhnya aku dari orang-orang Islam (yang tunduk patuh kepadamu)".)) Al Ahqaf: 15

Wednesday, May 20, 2026

Menulis buku biografi diri sendiri.


بسم الله الرحمن الرحيم


Entri ini ditulis pada 21/9/23


Selain Sheikh Yusuf Al Qaradhawi, Sheikh Ahmad Fahmi Zamzam juga ada menulis tentang biografi hidupnya sendiri.


Antara lain tujuan menulis biografi hidup sendiri kerana ia lebih TEPAT berbanding ditulis oleh orang lain.



Tujuan lain juga adalah agar menjadi pengajaran, teladan dan memberi semangat kepada pembaca.


Biografi adalah antara genre buku yang tak jemu dibaca.

Monday, May 18, 2026

Percikan doa


بسم الله الرحمن الرحيم


Entri ini ditulis pada 21/9/23


Sheikh Yusuf Al Qaradhawi menceritakan dalam bukunya ابن القرية والكُتَّاب tentang pandangan optimis (terhadap masa depannya), serta doa daripada guru-guru dan sheikh kepadanya sejak kecil. 


Begitulah juga yang kita harapkan selalu pada perjumpaan bersama orang alim dan soleh. 



Moga ada percikan doa yang baik-baik daripada mereka yang Allah perkenankan, memberi cahaya kegemilangan di masa hadapan, insyaallah.

Saturday, May 16, 2026

Pengakhiran

 بسم الله الرحمن الرحيم


Entri ini ditulis pada 21/9/23


Sehebat manapun kita, berdoalah semoga dikurniakan pengakhiran yang baik, husnul khotimah, kerana mudah sahaja hati itu berubah.




Jangan terpedaya dengan kebaikan sekarang, mohonlah moga dikurniakan ISTIQAMAH.

Thursday, May 14, 2026

Bab yang terpaksa dilangkau

 بسم الله الرحمن الرحيم


Entri ini ditulis pada 20/9/23


Bab yang terpaksa dilangkau dan tak sanggup nak dengar di audiobook karangan S. Yusuf Al Qaradhawi (ابن القرية والكُتَّاب ) ialah tentang seksaan yang mereka terima dalam tahanan penjara ketika era revolusi di Mesir sekitar tahun 1956.



Bab ini mengingatkan tentang liputan media tentang kem tahanan muslim di Guantanamo yang disiarkan secara meluas ketika peperangan di Iraq 2003 dulu. Ketika itu saya di kuliah dakwah tahun 2 di Syria. Liputan media yang merobek hati umat Islam ketika itu.

Tuesday, May 12, 2026

Hafal Al Quran dengan bacaan yang salah TAJWIDNYA.

 بسم الله الرحمن الرحيم


Entri ini ditulis pada 19/9/23


Sungguh amat sukar nak ubah jika sudah hafal Al Quran dengan bacaan yang salah TAJWIDNYA.


Kerana itu, hafal Al Quran itu perlu banyak BANYAK DENGAR BACAAN YANG BETUL dan talaqqi.








Bila dah mula hafal dengan sebutan, panjang pendek, tajwid yang salah, susah nak ubah semula bagi betul.


BANYAKKAN MENDENGAR AL QURAN SEBELUM MENGHAFAZ.

Sunday, May 10, 2026

Personaliti diri remaja

 بسم الله الرحمن الرحيم


Entri ini ditulis pada 15/9/23


Fasa remaja: fasa mengenali personaliti diri dan memajukan bakat / kebolehan yang ada.


Ketika ini mula terserlah sifat diri extrovert/ introvert yang mungkin berbeza ketika kanak-kanak. Makin dewasa, ia makin zahir.



Banyak kebolehan diri yang terzahir dan dapat dikembangkan dengan ilmu dan latihan, contohnya: kemahiran pengucapan awam.


Makin dewasa makin kita kenal kekuatan dan kekurangan personaliti diri sendiri, yang boleh digilap lagi.

Friday, May 8, 2026

Reviu buku: Melukis Pelangi. Catatan Hati Oki Setiana Dewi. Penulis: Oki Setiana Dewi

 بسم الله الرحمن الرحيم

Entri ini ditulis pada 14/9/23


MERENUNG HIKMAH SEBALIK KEJADIAN HIDUP.


Buku best seller mengupas hikmah hidup Oki sejak kecil. Ketika Allah perkenankan hampir semua impiannya (walaupun kelihatan mustahil).



Sentiasa cemerlang dalam pelajaran walau hidup dalam kemiskinan, ditentang ketika ingin berhijab dan mendalami Islam, menjaga keikhlasan hati ketika popular disanjung-sanjung, melihat kehidupan masyarakat yang jauh lebih miskin dan sukar.


Yang baik dijadikan teladan, yang buruk dijadikan sempadan.

Indeks/ fihris ayat mutasyabihat dalam Al Quran (ayat-ayat yang hampir sama).

 بسم الله الرحمن الرحيم


Entri ini ditulis pada 8/5/2026


Indeks/ fihris ayat mutasyabihat dalam Al Quran (ayat-ayat yang hampir sama). 


Insyaallah dapat membantu para Hafiz Hafizah untuk ingat Al Quran dengan lebih baik bila tahu perbezaan² ayat. 



الله يعيننا في حفظ القرآن ومراجعته، وارزقنا حبه. 

Rujuk link ini:

https://truthseekerway.com/dl/qs/tajwid/tajweed-qraat/vcNvglrE.pdf

Wednesday, May 6, 2026

Bila mama sakit.

 بسم الله الرحمن الرحيم


Entri ini ditulis pada 14/9/23


Minggu ni mama tak sihat. Ahmad balik sekolah, masuk bilik, terus tanya:



👦🏻: Mama, kalau mama mati nanti, sapa nak tanam mama? Kalau mama mati, sapa nak belikan beyblade kat Ahmad bila Ahmad habis Surah Ghafir nanti?


🧕🏻: 😭

Monday, May 4, 2026

MENGHAMPIRI 40.

 بسم الله الرحمن الرحيم


Entri ini ditulis pada 11/9/23


Fasa ini: Banyak cita-cita dan impian yang Allah dah perkenankan, Alhamdulillah. Cita-cita sekarang nak tengok kejayaan anak-anak dan pelajar-pelajar pula.





Fasa ini fasa 'sejarah berulang' 'التاريخ يعيد نفسه ', dulu kita dinasihati, kini kita menasihati.

Saturday, May 2, 2026

Cita-cita anak muda.

 


بسم الله الرحمن الرحيم


Entri ini ditulis pada 9/9/23


👦🏻: Mama, mama tau tak gaji driver lori tinggi tau.



🧕🏻: Hampa jadi ustazlah, payah nak jumpa anak muda yang bercita-cita tinggi nak ustaz. Hafal Quran bagi elok, belajar bagi mantap, pastu kongsikan ilmu kepada masyarakat.


Pesan Sheikh Robi' yang baba selalu ulang dan ingat: "Kalau nak berjaya, kena mantap dalam AL QURAN dan BAHASA ARAB."

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...