Tuesday, November 24, 2009

يرفع العلم بقبض العلماء- الفاتحة إلى المرحوم الشيخ أبو بكر أوانج

صباح يوم الاثنين 23 نوفمبر 2009 فقد المسلمون عالما كبيرا وهو الشيخ أبو بكر أوانج. وكان فقيها أصوليا فرضيا. تخرج الشيخ رحمه الله من إحدى جامعات بغداد. وكان يدرسني في المعهد أصول الفقه وعلم الفرائض



وقد أفادني واستفدت منه علوما جمة. ساعة ما سمعت خبر وفاته تتراكم ذكريات عن وقت التتلمذ إليه. كان الشيخ لطيفا بالطلاب متسامحا لا يؤاخذنا عما بدا منا الخطأ, ولا سيما في الامتحان.

وأنا شخصيا لم أرسب يوما في مواده. وكان مازحا يضحكنا أحيانا كثيرة, يدخل إلى الصف ويتحدث عما يريد التحدث به حتى منتصف الحصة ثم يتصفح الكتاب ويبدأ بالشرح.



رحم الله الشيخ, وبوفاته يرفع بعض العلم ونحتاج إلى إنشاء علماء آخرين كي نضمن استمرارية وجود العلم. اللهم اغفر له وأسكنه جنانك



HILANGNYA ILMU DENGAN KEMATIAN PARA ULAMA


Pagi Isnin, 23 November 2009 telah mencatatkan sejarah kehilangan seorang lagi ulama yang banyak jasanya pada masyarakat. Beliau adalah Sheikh Abu Bakar Awang, seorang yang sangat alim dalam bidang Fekah, Usul Fekah dan Faraid. Sheikh Abu Bakar tamat pengajian di sebuah universiti di Baghdad.


Banyak kenangan indah yang bermain di memori sewaktu menuntut ilmu Fekah dan Faraid dengannya sewaktu di zaman persekolahan dulu. Ilmu yang dicurahkannya kepada murid-muridnya tidak terhitung banyaknya.

Sheikh Abu Bakar yang kukenali adalah seorang sheikh yang sangat mesra dan berlemah lembut dengan para pelajarnya. Jarang sekali beliau mengambil hati dengan kesalahan yang sering kami lakukan. Lebih2 lagi dalam peperiksaan. Saya sendiri tidak pernah langsung gagal dalam maddah yang diajarnya.



Masih terbayang lagi saat Sheikh Abu Bakar mengajar di maa’had. Beliau sering bergurau senda bersama kami. Jika beliau masuk ke kelas kami, senyuman pasti terukir di bibirnya dan juga kami. Beliau pasti akan mula dengan bercerita apa sahaja sehingga habis setengah hissah, kemudian baru beliau akan membuka kitab dan mulakan pengajian.


SEMOGA ALLAH MERAHMATI SHEIKH ABU BAKAR. Dengan kematiannya, terangkat lagilah ilmu. Kerana itu kita perlukan menjana generasi ulama yang baru untuk memastikan kesinambungan ilmu di bumi Allah.

SEMOGA ALLAH MENGAMPUNI DOSA KITA DAN DOSA SHEIKH ABU BAKAR AWANG DAN SEMOGA BELIAU DITEMPATKAN DI DALAM SYURGA…AMIN YA RABB..

AL-FATIHAH…


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...