Wednesday, November 18, 2009

RENCAH DALAM DAKWAH

Menjadi ‘ustaz’ ini tidak semudah yg disangka. Bukan hanya pergi kuliah di masjid2 dan kemudian pulang ke rumah. Byk cabaran dan dugaan yg bkn hya m’guris hati, malah adakalanya, mencincang hati!

Menjadi ‘ustaz’ bermakna anda terpaksa BERSEDIA untuk menghadapi SEGALANYA!


Bersedia untuk ‘ternganga’ apabila hanya diberi sebuah kole setelah mengharungi jalan selama 45 minit dari Kuala Ketil ke Penang dan 45minit lagi dari Penang ke Kuala Ketil, meninggalkan breakfast, anak isteri yang demam, duit poket yang hanya tinggal $10 utk isi myk shj! (klu anda dlm situasi sy ini, adakah anda akan tersyum dgn hati yg ikhlas ???!!!.)



ada sorang kawan kata ikhlas tu kalau hati tak rasa apa kalau tak diberi. Kata saya “Kenapa orang yang nak menerima ja kena ikhlas, sedang orang yang nak memberi berkira-kira dan mengungkit-ngungkit pula.


Bersedia utk dituduh mengata anak dara orang apabila menjawab soalan bahawa wanita perlu memakai tudung dan haram org perempuan yg tidak memakai tudung! (atau anda ada hukum lain bg tudung perempuan??!!)


-adakah tudung seperti ini jg boleh dikira 'hijab syar'ie???!!-


Juga bersedia untuk digelar sbg wahabi apabila mengatakan muzik yang memekik entah apa-apa tu haram! (sila bg pndgn anda klu anda ada hukum lain bg muzik yg bingit itu.)!!


Itulah antara cabaran seorang ustaz…suka duka mereka, hya mereka yg tahu…

Seorang ustaz jg perlu bersedia dgn ilmu dan kata2..Perkara ini menjadi lumrah dan perkara biasa yg perlu dihadapi.

Inilah salah satu kisahnya….

Seperti biasa, sekali dalam sebulan, sy akan dijemput untuk memberikan kuliah FEKAH di Jabatan MARITIM Malaysia di Pulau Pinang. Itulah yg sy sangkakan pada hari itu.

Apabila sampai di sana, seorang pegawai membawa sy ke sebuah dewan yang lain dari bilik kuliah yg biasa digunakan untuk kelas Fekah.

Tambahan dari itu, dewan itu jauh lebih besar dr bilik kuliah yg biasa.


Lebih lg, audiensnya tiga kali ganda lebih ramai dr pegawai yg menyertai kelas Fekah yg biasa.

Lebih dr itu, pegawai2 besar MARITIM turut turun sama untuk mendengar ceramah hari itu.

Yg tambah mencuakkan, tajuk ceramah yg bleh tahan canggihnya: INTERGRITI KEROHANIAN.

…………dan sy hya bersedia untuk myampaikan pengajian Fekah kerana tidak dimaklumkan ttg ceramah khas pada hari tersebut.

Klulah anda duduk di tempat sy pada ketika itu, apa yg anda lakukan?

1- TERNGANGA!!!

2- Mengatakan bhw anda tidak tahu ttg cerawah khas tersebut dan terus memulakan pengajian Fekah di hadapan pegawai2 yg ramai dan pegawai atasan MERITIM tersebut??!!

3- Menyalahkan pihak yg tdk memaklumkan ttg ceramah khas itu, dan terus angkat kaki, balik rumah dengan penuh kehampaan.

4- Cakap sj apa yg terlintas di minda anda??

Alhamdulillah pada ketika itu sy ada membw bersama sebuah kitab Akhlak yg bertajuk ‘Risalah Qusyairiyyah’. Syukur apabila kitab itu menjadi modal dan penyelamat utk sy ‘rancak’ berceramah selama 1 setengah jam w/pun tanpa sebarang persediaan awal dan tidak diketahui oleh sesiapapun bhw sy tdk dimaklum awal ttg ceramah itu. Namun tntu sy lebih suka untuk berceramah dengan penuh bersedia.

Di akhir ceramah, pengerusi majlis berkata: “InsyaAllah kita akan menjemput lg Ustaz Amri untuk memberikan ceramah seprti ini..”

…..Dan sy menyambung: “Tp kena habaq awai2 dulu no!”



4 comments:

  1. alhamdulillah tahniah dan syabas! pengalaman berharga...bersedia menghadapi apa jua kemungkinan...tidak melatah dan tdk menyalahkan org lain...

    ReplyDelete
  2. to anonymous: Terima kasih.. Tp knp x tgglkan nama utk sy tahu siapa yg empunya komen.....

    ReplyDelete
  3. moon share gambar terakhir itu ye, untuk diletakan di fan page saya. :D. Di https://www.facebook.com/pages/Kami-Suka-Dengar-Kuliah-Ustaz/452331858129429?skip_nax_wizard=true#

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...