Di dalam post yg sblm2 ni, beberapa kl dah sy tulis ttg dosa2 lidah TERUTAMANYA MENGUMPAT. Sampai ada yg b’tya knapa perlu menulis perkara seremeh tu? Knapa tak menulis ttg masalah politik ke, keruntuhan moral, ekonomi ke @ lain2?
Bg sy, dosa2 lidah ini bukanlah seremeh yg disangka oleh mereka. Bahkan ia tak ubah seperti api dalam sekam. Senyap2 habis dosanya memakan amalan pahala yg dilakukan seumur hidup, itulah ingatan Nabi Sallahu alaihi wasallam ttg dosa lidah yg SERING DIANGGAP REMEH.
Teringat sy satu kata2:
لو كان الكلام من الفضة لكان السكوت من الذهب.
((Kalaulah kata2 itu dari perak, tentulah diam itu daripada emas.))
Tetapi diam di sini tentlah diam pada tempat yg sepatutnya, bukannya diam sbb malu nak bertya dalam kelas, diam malu menegah kemungkaran…..
Itu ungkapan ttg berharganya diam pada suatu masa dahulu, ttp pada masa kini diam bkn lg dianggap emas, malahan dianggap ‘kera sumbang’ dan katak bawah tempurung!
Kali ini kita akan menerjah dan melihat dgn teliti peribadi dan betapa rugi seseorang yg sering membiarkan lidah mengata itu dan ini:
PERIBADI ORG YG MENGATA DAN MENGUMPAT DI SISI ALLAH.
1- Di anggap umpama org yg mmakan daging saudaranya sendiri. (sanggupkah kita memakan daging saudara kita?)
2- Pahala2nya terhapus krana amalan menganyam ketupat x berdaun itu.
3- Hina di sisi Allah dan Rasulullah SAW
4- Baginya azab yg pedih kerana dosa sepotong daging yg bernama lidah
5- Tiada kebahagian baginya di dunia (Mcm mana nak bahagia kerana hatinya sentiasa dengki dan iri dengan kesenangan dan kebahagian org lain. Lalu hati yg sakit dan rosak itu diterjemahkan dengan lidah yg berkata2 tak tentu hala.
Dan dia juga hilang rasa kasih syg dan nikmat mahabbah dgn org lain krn sering iri hati dan dengki terhadap org lain ) dan di akhirat.
PERIBADI ORG YG MENGATA DAN MENGUMPAT DI SISI MANUSIA.
1- Sedarkah diri kita bahawa org yg mengumpat adalah org yg PENGECUT, krg hya brani mengata di blkg shj?
2- Sdrkah juga bhw pengumpat itu adalah TALAM DUA MUKA kerana mengata org di belakang dan berbuat baik di hadapan.
3- Tanpa disedarinya, dia sebenarnya hilang kepercayaan di sisi org lain krn mjadi lumrah alam org akan setkan dlm otak ‘klu dia mengumpat org lain dpn aku, x mustahil dia akan mengumpat aku di blkg aku.’
4- Tidak tergolong dikalangan org yg tsiqah
5- Org yg suka mengumpat ini sebenarnya membuka pekung di dadanya dan mendedahkan keburukan dirinya sendiri.
6- Tanpa disedari, org memandang lekeh kpdnya dan mencopnya sebagai MULUT TEMPAYAN dan RADIO BERGERAK.
7- Tanpa dia sedari juga, org akan menganggapnya seorang yg KURANG ILMU DAN AKHLAK krn asyik mengata perihal org lain. Org yg berilmu dan mulia akhlaknya tidak akan sewenang-wenangnya mempersenda dan memperkecilkan org lain krn tidak mustahil org lain lebih baik drnya
Tentu rasa malu (mcm nak menyorok bwh meja) bl diri dianggap manusia PENGECUT, TALAM DUA MUKA, MULUT TEMPAYAN dan RADIO BERGERAK. KURANG ILMU DAN AKHLAK kan? Habis tu, klu tak mengumpat nak cakap apa? Itulah dosa lidah yg dianggap kecil itu sedar x sedar dah bernanah (atau lebih tepat barah yg dah kronik) krn masyarakat x dpt berenti daripada melakukannya, ibarat ketagihan.
Ingatlah Hadis RAsulullah SAW:
عن أبي هريرة قال: قال رسول الله صلى الله عليه وسل: ((من كان يؤمن بالله واليوم الآخر فليقل خيرا أو ليصمت.)) رواه البخاري ومسلم
((Barangsiapa yg beriman dgn Allah dan RasulNya maka hendaklah dia berkata yg baik ataupun dia berdiam.))
Mengapa perlu mengata org lain sedangkan semua manusia punya kekurangan dan kelebihan tersendiri (dan ingat bhw anda x sempurna dan byk kecacatannya.).??!!!
Mengapa perlu iri hati dengan kesenangan dan kemewahan org lain sedangkan Allah telah catatkan rezeki bg setiap hambanya.??!!!
Carilah kebahagian dan KETENANGAN HATI dengan meninggalkan sakit hati dan iri hati terhadap manusia lain…..
No comments:
Post a Comment