بسم الله الرحمن الرحيم
Lama tidak menulis entri tentang hafazan anak-anak.
Maaf jika entri dalam blog ini tidak membincangkan isu-isu terkini kerana entri dalam blog ini kebanyakkan adalah auto-post yang ditulis pada masa lapang sahaja dan disetkan tarikh mengikut turutan.
Untuk tahun 2015 ini, ALhamdulillah anak-anak (termasuk anak2 tahfiz juga) melakukan peperiksaan ulangan hafazan2 yang lama bagi memastikan hafazan mereka mantap dan kukuh diingatan, InsyaALLAH.
Begitulah harapan tinggi kepada anak2 ini. Sangat bimbang jika masa bertahun2 dihabiskan untuk menghafaz AL-Quran, namun apabila sudah khatam, banyak yang lupa. Untuk mengelakkan lupa, mestilah banyak mengulang hafazan-hafazan yang lama lebih-lebih lagi ketika di rumah.
Budaya dan rutin di rumah sangatlah memainkan peranan penting dalam kualiti hafazan anak-anak.
Jika rutin harian mereka berkualiti, mementingkan hafazan dan ulangan AL-Quran, InsyaALLAH hasilnya ingatan hafazan yang mantap dan kukuh, InsyaALLAH.
Begitu juga sebaliknya, jika di rumah budaya hiburan, TV, game bertakhta, bagaimanalah AL-Quran dapat membenih dalam diri kita dan anak-anak?
Nauuzubillahi min zalik
rekod ulangan Abdullah untuk Bulan Januari sebanyak 63 mukasurat hafazan lama Selesai semuanya. Sekarang sedang menambah hafazan yang baru di samping mengulang hafazan-hafazan yang lama. |
ini pula rekod hafazan Abdul Rahman. Hafazannya untuk tahun lepas sebanyak 220 mukasurat |
Dan ulangan hafazan lama untuk bulan Januari 2015 sebanyak 130 mukasurat
Doa untuk semua anak2 agar hafazan mereka mantap, mampu memahami dan mengamalkan AL-Quran, berakhlak dengan akhlak AL-Quran. Amin3. ALLAH perkenankanlah
Dan besar sekali harapan agar Abdul Rahman dan Abdullah dapat mendidik adik-adik mereka dengan Al-Quran pula InsyaALLAH. (BACA SINI)
Sering berharap dan terfikir dan dititipkan amanah bahawa anak yang sulung ini perlu dididik dengan sebaik-baiknya, tahu memikul tanggungjawab yang berat agar mereka dan membantu kita dalam mendidik adik-adik yang seterusnya. Jika ibu bapa sudah di usia tua, terlupa untuk menegur kesalahan anak2 kecil ini, anak yang tualah yang diharap memainkan peranan membetulkan adik-adiknya, InsyaALLAH
Di rumah, pembelajaran masih seperti dulu, audio AL-Quran dipasang sebanyak masa yang mungkin, TV dan hiburan diminimumkan seminimum mungkin, ibarat garam dalam masakan, sedikit sekadar keperluan menghilangkan lelah sahaja dan bukan untuk dijadikan amalan dan rutin hidup, budaya ilmu dan membaca terus disemai, Ibadah dan solat diawal waktu diamalkan sentiasa.
menjahit dan memperbaiki sendiri dolphin yang koyak |
Banyak lagi yang perlu ditingkatkan dan dipolish lagi.
ALLAH berkati dan berikan istiqamah dan terus maju demi mencari keredhaanNya.
No comments:
Post a Comment